Anda di halaman 1dari 6

Teknik Bercerita Dalam Moral

Bercerita merupakan suatu teknik yang boleh menarik minat kanak-kanak. Biasanya muridmurid akan lebih cepat menumpukan perhatian terhadap penceritaan guru.Bercerita
menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai jenis cerita
berunsur moral boleh didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah,internet dan lisan.
Bercerita

boleh

merangsangkan

minda

dan

menimbulkan

minatmurid

jika

guru

melaksanakannya secara berkesan.


Banyak pengajaran dan nilaimoral dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang mengandungi
unsur moral.Sekarang marilah kita lihat apakah langkah-langkah yang harus diambil kira
oleh guru dalam persediaan teknik bercerita.
Garis Panduan Teknik Bercerita
1) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, minat, dan ada kaitan denganisi
pelajaran yang hendak disampaikan. Pastikan objektif pengajaran danpembelajaran ada
kaitan dengan cerita tersebut
2) Kaji isi kandungan cerita itu terlebih dahulu dan selitkan nilai-nilai murni yang bersesuaian
dengan tema.
3) Semasa bercerita guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenarnya seperti
patung wayang kulit, pelbagai jenis pupet , gambar kartun dan alat-alat bantu mengajar
yang bersesuaian.
4) Tempoh masa bagi sesuatu pelajaran sama ada 30 minit atau 60 minit turut
mempengaruhi peruntukan masa untuk bercerita
5) Tahap kebolehan murid dan pengetahuan sedia ada murid amat mempengaruhiguru
dalam pemilihan cerita
6) Cerita boleh diselang-seli dengan latar belakang muzik dan unsur bunyi kehidupan alam
yang menarik. Contoh: bunyi air, api, hujan, guruh .
7) Kepelbagaian penekanan nada dan intonasi guru, semasa bercerita menjadikan
penyampaian cerita lebih berkesan.
8) Gerak-geri guru haruslah sesuai dengan isi cerita.
9) Guru haruslah menggunakan bahasa serta istilah yang mudah agar semua murid dapat
memahami cerita yang menjadi isi pelajaran.

10) Mewujudkan peluang untuk murid-murid mengambil bahagian atau turut sertadalam
proses penceritaan tersebut.
11) Guru tidak boleh menumpukan perhatian kepada sebahagian murid atau kelompok
tertentu sahaja. Sebaliknya cuba memandang kepada keseluruhan kelas secara bergilir-gilir.
12) Akhiri cerita dengan kemas dan berikan suatu kepuasan kepada murid disamping
mengutamakan unsur pengajaran pembelajaran.
13) Murid juga boleh ditugaskan untuk bercerita dengan garis panduan yang diberikan oleh
guru.
14) Memasukkan unsur pertandingan bercerita secara spontan/berstruktur. Aktiviti tersebut
boleh dijalankan di dalam kelas Pendidikan Moral. Jangka masa bercerita perlu ditetapkan
supaya guru dapat mengawal masa.
15)Merakamkan sesi bercerita dan menayangkannya kembali kepada murid.
16)Selepas mendengar cerita daripada pelbagai pendekatan, minta murid tuliskan sinopsis
cerita yang diperolehi daripada cerita itu.

Main Peranan Dalam Moral


Main Peranan merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan satu lakonan spontan
tentang satu-satu isu atau masalah oleh murid-murid yang telah dipilih oleh guru. Main
peranan juga ialah aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid untuk
membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu. Aktiviti ini
merupakan salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif murid-murid dalam
pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas dan murid-murid
yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang dibayangkan.

Matlamat

Murid berasa prihatin dan memahami perasaan orang lain.


Berpeluang membincangkan dan memikir masalah diri sendiri lalu memahami diri

sendiri dengan mendalam.


Murid berpeluang untuk melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak dan

mengalami sendiri sesuatu situasi.


Memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk masalah sosial.
Murid berpeluang untuk melahirkan pelbagai perasaan dengan bebas mengikut

situasi watak.
Membantu murid yang bersifat pendiam membina keyakinan diri.
Menggalakkan murid menggunakan bahasa yang bernas.
Membantu murid berkomunikasi secara berkesan.
Melatih murid mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi.

Kaedah Bermain

Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri kanak-kanak kepada
pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran.
Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon dan kepekaan kepada
perasaan orang lain, iaitu kanak-kanak tidak akan dapat memahami atau mengaplikasikan
prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali diberi peluang menyaksikan
sendiri situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah. Kanakkanak berpeluang dan boleh mempertingkatkan kebolehan empati, menambah kepekaan
proses interaksi dan memiliki kebolehan menganalisis situasi secara objektif. Kaedah
bermain sambil belajar merupakan situasi yang dilakukan secara spontan dengan arahan
dan bahannya diambil daripada kisah benar.
JENIS MAIN
Main yang diketengahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah boleh
dibahagikan kepada dua iaitu :
1. main sosial
2. main kognitif
1. Main sosial
Berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kumpulan. Main sosial
terbahagi kepada 6 kategori iaitu :
*Unoccupied Play
Kanak-kanak tidak terlibat dalam aktiviti dan tidak bermain dengan alatan.
*Onlooker Play
Kanak-kanak memerhatikan rakan-rakannya yang lain bermain dan dia lebih berminat
dengan permainan orang lain.
*Solitary Play
Kanak-kanak bermain seorang diri tanpa menghiraukan rakan dan keadaan di sekelilingnya.
*Parallel Play
Kanak-kanak bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan
rakannya yang lain. Tiada interaksi yang berlaku untuk main jenis ini.
*Associative Play

Melibatkan kanak-kanak bermain dengan kanak-kanak yang lain dimana mereka berinteraksi
antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam alatan tetapi mereka tidak bermain
bersama-sama.
*Cooperative Play
Melibatkan kanak-kanak bermain bersma-sama di dalam kelas.
2. Main kognitif
Bermaksud kanak-kanak menggunakan bahan maujud untuk memperoleh pengetahuan bagi
menigkatkan perkembangan dan pengetahuan dari segi kognitif, fizikal, sosio emosi dan
bahasa. Jenis-jenis main kognitif ialah :
*Functional of practice play
Berkaitan dengan peringkat motor deria.
*Main simbolik
Memberi peluang kepada kanak-kanak menunjukkan kreativiti, kebolehan fizikal dan
kesedaran sosial dengan berpura-pura menjadikan satu objek lain seperti rama-rama atau
bunga.
*Main games and rules
Memerlukan kanak-kanak bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkah laku
mereka
KEPENTINGAN BERMAIN UNTUK KANAK-KANAK
Adalah terhad kerana mengikut peraturan permainan.
*Main konstruktif
Main yang memerlukan kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan mereka
mengenali dunia. Kanak-kanak menggunakan bahan atau alatan mainan yang lain untuk
membina bahan lain seperti istana pasir, kenderaan dan sebagainya.
1) Bermain untuk Perkembangan Fizikal
Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan
kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan
mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-

bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak


meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan
boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan
dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995;
Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002;
Santrock, 2003).
2) Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan
perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari
pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing.
Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain
dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan
mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat
memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial,
mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri
sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.
3) Bermain untuk Perkembangan Kognitif
Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanakkanak (Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti kemajuan
dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap (McCune & Zanes, 2001: Smilansky &
Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002);
pengambilan perspektif (perspective-taking) (Burns & Brainerd,1979); memori (Jensen,
1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang
melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan
Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.
Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun
jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak
akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya
agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai