Anda di halaman 1dari 6

Aliran Pemikiran Moral

1.
2.
3.
4.

Naturalis,
Emotivis,
Intuitionis,
Rasionalis

Pemikiran Naturalis

Definisi dan ciri-ciri :


Naturalisme

ialah

aliran

pemikiran

yang

menggambarkan

sesuatu

dalam

keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii
(nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus
hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau
semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain. Manusia jauh berbeza dripada
haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara
rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan
batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.
Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan
hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang
baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat
di antara haiwan yang lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara
satu sama lain. Ini bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan
kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau
kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.
Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat
dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi
naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja
dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar
dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.
Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan
sesuatu situasi sahaja.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang


berfikiran sedemikian ialah:
o Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan
peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut
mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia
bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Dia tidak berusaha
untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan dia mendapat markah yang
rendah.
o Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki
secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin
walau pun negara telah merdeka 47 tahun yang lalu.
o Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun

kerana

kebanyakan

penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu


tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain
mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya
usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan
berakhir.

Pemikiran Emotivis

Definisi dan ciri-ciri :


Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada
perasaan gembira mahupun sedih.
Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan.
Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan
fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap
atau perasaan.
Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan
mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang sama di
kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata
lain, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak

menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan


pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat pentafsiran atau
pernyataan-pernyataan moral.
Berdasarkan

pertimbangan

moral,

seseorang

itu

mula-mula

menyatakan

perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.
Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak
memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung
perlakuan

moral.

Pandangan

emotivis

memberi

sumbangan

dengan

memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada
pemikiran rasional, malah emosi moral. Golongan emotivis cuba menganalisis apa
yang salah dari segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi
konsep tidak dipersetujui mengandaikan terlebih dahulu penanggapan salah.
Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah
bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep emosi yang
lengkap.
Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi berlainan
terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secara sewenangwenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.
Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang
berfikiran sedemikian ialah:
o Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di
tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut
enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut.
o Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir
panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.
o Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan
murid tersebut
o Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar
o Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan
o Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka
keluarga.
o Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh
salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

o Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah diberi markah yang
rendah oleh pensyarahnya. Mengenai markah yang rendah itu, Lupin mungkin
berkata , Pensyarah itu aneh betul! Adakah dia membaca dan meneliti
tugasan saya dengan rapi? Mungkin tidak. Pemalas!

Pemikiran Intuitionis

Definisi dan ciri-ciri :


Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita baru
pertama kali menemui orang itu. Setengah-setengah orang merasakan mereka tahu
perkara-perkara seperti ini. Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi. Perkataan
intuisi berasal daripada perkataan Latin intueor yang bermakna saya memandang
tepat kepada sesuatu. Ia merupakan satu proses melihat atau memahami secara
intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui
fahaman atau pengertian langsung.
Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara spontan.
Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang individu
yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya.
Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila
mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang
tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu terkilat ikan di air sudah
tahu jantan betina.
Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi
dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh
dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak
secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh
dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek
Melayu dalam bahasa indahnya, lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya
bentara.
Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah
intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don

juan atau kasanova lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah
mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang
berfikiran sedemikian ialah:
o Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama
berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran
faktor usia.
o Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova lantaran
pengalaman hidupnya yang masih hijau kerana mereka mudah diperkotakkatik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.
o Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata
sedemikian mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya,
Cis! Pensyarah itu memang tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya
rendah. Lain kali, saya tak akan bekerjasama dengannya.

Pemikiran Rasionalis

Definisi dan ciri-ciri :


Rasionalis berasal daripada perkataan ratio yang bermakna reason atau sebab.
Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar
dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.
Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan
menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak,
menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia
sejagat.

Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu,

bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.


Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama
dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai pendangan
bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita
berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri. Mengikut pandangan ini,
pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea dengan idea-idea lain.
Golongan rasionalis berpendapat bahawa pancaidera-pancaidera dengan sendirinya

tidak

dapat

pengalaman

menghasilkan
yang

diperoleh

pentafsiran-pentafsiran
melalui

pancaindera

yang

sah.

Pengalaman-

kita

seperti

penglihatan,

pendengaranm sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan bahan-bahan mentah


pengetahuan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu perlu disusun oleh
pemikiran kita supaya membentuk satu sistem yang bermakna sebelum ia menjadi
pengetahuan. Bagi golongan rasionalis, pengetahuan itu diperoleh daripada konsepkonsep, prinsip-prinsip dan hukum-hukum, bukan daripada deria fizikal sahaja.
Menurut golongan rasionalis lagi, manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui
dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak dapat
diberikan oleh pacaindera semata-mata.
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang
berfikiran sedemikian ialah:
o Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng
Hui, maka Abu adalah lebih berat daripada Seng Hui.
o Dua tambah dua bersamaan dengan empat.
o Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180 atau dua sudut tepat.
o Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang
dengar dengan baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti,
yang menunjukkan aliran pemikiran rasionalis mungkin berkata, Apakah
sebab-sebabnya tugasan saya kurang elok? Mungkinkah gambar-gambar
yang saya gunakan itu kurang jelas? Elok saya tanya pensyarah saya supaya
saya tidak mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang .

Anda mungkin juga menyukai