Anda di halaman 1dari 10

1.

Pengenalan
Sebagaimana yang kita ketahui, perkataan nilai merupakan satu

perkataan yang mempunyai makna yang luas. Dengan merujuk kepada


kamus dewan, nilai ditafsirkan dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi,
bahasa, matematik, muzik, seni lukis, kualiti, mutu, taraf dan nilai moral.
Sekiranya kita lihat dari aspek kepentingan, perkataan nilai didefinisikan
sebagai kepentingan atau kegunaan yang sepenuhnya bagi sesuatu benda
atau perkara. Nilai dilihat dari sudut prinsip ditafsirkan sebagai prinsip
seseorang tentang apa yang betul dan apa yang salah atau idea tentang apa
yang penting dalam kehidupan. Fokus utama dalam Pendidikan Moral ialah
terhadap nilai moral. Semua objek atau perkara mempunyai nilainya yang
tersendiri tetapi tidak semestinya merupakan nilai moral. Sebagai contohnya,
taman bunga yang cantik mempunyai nilai estetik tetapi menjaga kebersihan
dan kecanikan taman bunga itu merupkan nilai moral.
Menurut Koo & Tan (1990:70), nilai merupakan standard dan prinsip
dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda sebagai baik, berfaedah,
diingini, berharga atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di
antara kedua pola ini, iaitu sederhana. Sebenarnya, menilai sesuatu perkara
sama ada baik atau buruk merupakan penilaian yang dibuat oleh akal
manusia mengikut piawaian mereka yang tersendiri. Oleh itu, wujudlah
pelbagai kegunaan nilai. Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang
sering digunakan oleh individu dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai
instrumental (nilai ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai
relatif dan nilai mutlak.
Individu akan menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan
cara. Hal ini disebabkan nilai amat penting dalam memantau kelakuan
seseorang individu. Secara amnya, nilai bertindak sebagai ukuran yang
membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu moral
dan menjadikan piawai bagi seseorang untuk bertindak. Pada masa yang
sama, nilai juga berfungsi sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik serta
mengekalkan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu, kita haruslah jelas tentang
konsep-konsep nilai ini dan menjadi seseorang individu yang bermoral.

2.0

Jenis-jenis Nilai

2.1

Nilai Subjektif
Nilai Subjektif didefinisikan sebagai nilai atau kualiti yang diterima atau

ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya


sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara. Dengan kata lain, nilai subjektif
adalah berasal daripada dunia dalaman individu, iaitu berpunca daripada
dalaman individu dan merupakan suara hati seseorang yang tersendiri. Oleh
itu, nilai subjektif yang dimiliki oleh setiap individu adalah berbeza kerana
setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza. Nilai sebjektif ini akan
dipengaruhi oleh latar belakang, sikap, status ekonomi, umur, jantina,
kebiasaan, budaya, adat, dan agama seseorang yang berbeza-beza dalam
dunia ini. Justeru itu, nilai subjektif yang dipegang oleh seseorang individu
mungkin dipersetujui atau tidak dipersetujui oleh orang yang berlainan.
Berdasarkan penjelasan di atas, boleh kita dapati bahawa nilai
subjektif mempunyai beberapa fungsi yang penting. Nilai subjektif yang
dipegang oleh seseorang individu akan menyampai beberapa mesej kepada
orang lain mengenainya. Yang pertama adalah nilai subjektif akan
membayangkan keinginan, minat dan harapan seseorang individu terhadap
sesuatu benda atau perkara. Contoh yang boleh kita lihat adalah terdapat
sesetengah orang yang mempunyai keinginan untuk mengejar produk
berjenama tetapi bukan semua orang berbuat demikian. Selain itu, nilai
subjektif juga dapat membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar
seseorang individu terhadap sesuatu perkara atau benda. Contohnya, bukan
semua individu gemar menggunakan mesin basuh untuk membersihkan baju.
Sesetengah orang menganggap mesin basuh memudahkan kerja tetapi
sesetengah orang pula menganggap mesin basuh tidak dapat membersihkan
baju dengan sepenuhnya. Oleh itu, kita boleh merumuskan bahawa apa yang
baik bagi satu pihak mungkin diterima atau ditentang oleh pihak yang lain
mengikut perspektif nilai subjektif. Ini bermaksud kualiti ini boleh diterima atau
ditolak oleh seseorang yang memberi pandangan citarasa peribadi.
Terdapat banyak contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai subjektif,
contoh yang dipilih ialah isu pemilihan kerjaya remaja lepasan SPM/STPM.

Secara umumnya, terdapat pandangan yang berbeza mengenai peranan ibu


bapa dalam membantu anak mereka memilih kerjaya yang sesuai.
Sesetengah pihak berpendapat bahawa ibu bapa perlu memberi bantuan
kepada anak mereka untuk membuat pilihan. Hal ini disebabkan remaja yang
baru tamat pengajian tidak jelas tentang alam pekerjaan yang sebenar.
Sekiranya mereka memilih kerjaya dengan minat dan keinginan sendiri
sahaja, kerjaya itu mungkin tidak dapat memberi rezeki kepada mereka.
Contoh kerjaya yang sering dibincang dan dipertikaikan termasuk artis,
pelukis, pereka fesyen dan peniaga. Kerjaya-kerjaya ini mampu memberi
rezeki yang tinggi hanya dengan syarat mereka yang terlibat mendapat
pencapaian yang tinggi dan cemerlang. Oleh itu, sesetengah ibu bapa berasa
risau dengan masa depan anak mereka dan sering meminta anak mereka
mengikut kerjaya yang telah mereka pilih. Walau bagaimanapun, terdapat
sesetengah remaja yang tidak berpandangan demikian dan meinginkan
kebebasan yang sepenuhnya dalam memilih kerjaya sendiri. Hal ini
disebabkan mereka berharap dalam terlibat dengan pekerjaan yang diminati
dan bukan demi mencari rezeki sahaja. Di samping itu, mereka juga
mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk terlibat dengan kerjaya yang
dipillih.

2.2

Nilai Objektif
Nilai objektif merupakan kualiti yang bernilai atau berbaliknya yang

bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang diterima atau ditolak adalah
berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek
luar yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang. Dengan kata lain, nilai objektif
terbentuk apabila nilai tersebut diterima atau ditolak oleh majoriti berdasarkan
satu set kriteria. Oleh itu, nilai objektif adalah terbalik dengan nilai subjektif
yang bergantung pada pandangan peribadi seseorang individu. Nilai objektif
adalah sangat rigid dan tidak boleh dinafikan kebenarannya.
Sama seperti nilai subjektif, nilai objektif juga mempunyai fungsinya
yang tersendiri. Nilai objektif mempunyai peranan dalam menegaskan
bahawa setiap objek atau perkara mempunyai bentuk dan kegunaan

tersendirinya. Dengan dapat mengenalpasti bentuk atau kegunaan objek,


maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya. Sebagai contohnya,
setiap orang bersetuju bahawa penggunaan kalkulator dapat memudahkan
kerja pengiraan yang rumit. Kita dapat lihat penggunaan kalkulator amat
meluas seperti penggunaan dalam mata pelajaran matematik, pengiraan
jumlah bayaran dalam restaurant, mini market, kedai-kedai dan ramai lagi.
Tidak dapat kita nafikan bahawa penciptaan kalkulator memudahkan kerja
kita. Oleh itu, penggunaan kalkulator mengambarkan satu nilai objektif yang
diterima oleh kebanyakan orang.
Bagi contoh nilai objektif yang dititikberatkan dalam masyarakat kini
adalah seperti isu rusuhan kaum perlu dielakkan. Nilai ini amat penting dalam
menjamin perpaduan negara terutamanya bagi negara yang diduduki
pelbagai kaum seperti Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Singapura.
Secara umumnya, rusuhan kaum berlaku disebabkan oleh faktor kekurangan
sikap toleransi dan hormat-menghormati antara kaum yang berlainan adat
dan budaya. Rusuhan kaum akan mengakibatkan kehilangan nyawa dan
menjejaskan kesejahteraan negara. Contoh kejadian yang berlaku adalah
peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia yang menjadi detik hitam bagi masyarakat
kita. Rusuhan kaum akan memecah-belahkan rakyat jelata dan mengehadkan
pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, rusuhan kaum perlu dielakkan
dengan mengamalkan sikap toleransi dan hormat-menghormati antara satu
sama lain.

2.3

Nilai Instrumental (Ektrinsik)


Nilai instrumental atau dipanggil sebagai nilai ektrinsik merupakan nilai

yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.


Dengan kata lain, nilai instrumental mewakili kualiti yang diterima atau ditolak
sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Nilai instrumental ini adalah nilai
peringkat kedua, misalnya berani, rajin, dan hormat-menghormati. Oleh itu,
nilai instrumental merupakan pembentukan suatu nilai bagi mewujudkan satu
nilai yang lain. Sehubungan dengan itu, matlamat atau objektif sesuatu
perkara dapat dicapai dengan pembentukan nilai yang memerlukan nilai yang

lain. Secara amnya, nilai instrumental memerlukan faktor luaran yang


merangsangkan nilai tersebut terbentuk.
Fungsi utama nilai Instrumental adalah digunakan sebagai satu
kepiawaian kepada apa

yang

dilaksanakan serta membantu dalam

menunjukkan arah kepada suatu matlamat. Sebagai contohnya, seseorang


mengamalkan nilai instrumental sekirannya dia menghormati pengurus atau
bosnya. Dia akan menurut arahan mereka dan menyempurnakan tugas yang
diberi. Dengan nilai ini yang diamalkan, seseorang itu mempunyai matlamat
agar memberi tanggapan yang baik kepada bosnya dan seterusnya
mempunyai peluang untuk dinaikkan pangkat. Matlamat itu akan menjadi
faktor luaran yang menyebabkan pembentukan nilai instrumental. Selain itu,
nilai instrumental juga menjadi penentu dalam membuat pilihan dan tindakan.
Akan tetapi, nilai ini menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam
setiap tindakan.
Seterusnya, contoh yang dapat dipetik dalam kehidupan seharian
adalah seperti situasi guru yang mendenda pelajar yang mempunyai
kesilapan dalam kerja rumah. Contohnya, Mei Ling sering menulis salah
perkataan Bahasa Cina yang sudah diajar. Oleh itu, guru mata pelajaran
Bahasa Cina mendenda Mei Ling untuk menulis perkataan-perkataan yang
salah sebanyak dua puluh kali. Tindakan guru sebenarnya adalah untuk
memberi peluang kepada Mei Ling untuk berlatih dan menulis perkataan
dengan betul supaya dia dapat mengingati cara penulisan perkataan tersebut.
Pada masa yang sama, tindakan guru sebenarnya dapat memberi pengajaran
kepada Mei Ling supaya menumpukan perhatian semasa guru mengajar dan
menulis perkataan dengan teliti. Tindakan ini dapat membantu Mei Ling
mengubah kelemahannya dan meningkatkan prestasi Mei Ling pada masa
depan.

2.4

Nilai Instrinsik
Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu

bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya. Hal ini disebabkan
nilai itu sendiri merupakan matlamat yang terakhir. Oleh itu, kualiti bagi nilai
ini diterima atau ditolak semata-matanya ia berniat baik atau buruk dan tanpa
mengira kesannya. Dengan kata lain, tiada faktor luaran yang merangsang
pembentukan nilai ini dan pembentukannya adalah disebabkan oleh faktor
dalaman seseorang individu. Tiada matlamat atau tujuan lain yang ingin
dicapai menerusi nilai instrinsik. Nilai ini merupakan nilai peringkat pertama,
misalnya baik hati, kasih sayang, keadilan dan sebagainya.
Nilai instrinsik mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah menjadi
penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Sebagai contohnya,
seseorang individu memilih untuk memaafkan orang yang melukai hatinya
semata-matanya kerana dia baik hati dan pemaaf. Dia tidak berniat untuk
mendapatkan apa-apa faedah menerusi tindakannya. Selain itu, nilai ini juga
menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan
keadilan

dalam

setiap

perbuatan.

Contohnya,

seorang

hakim

akan

menjatuhkan hukuman kepada pesalah mengikut keputusan para anggota juri


dan undang-undang. Beliau tidak berniat untuk menganiayi atau membantu
pesalah tersebut. Oleh itu, tindakan tersebut menggambarkan bahawa beliau
telah menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama tanpa dipengaruhi oleh
faktof lain.
Nilai instrinsik yang diamalkan adalah seperti kejujuran. Contoh situasi
adalah seperti Susan merupakan ketua kelas 3C. Pada suatu hari, rakan
Susan, John telah memecahkan tingkap bilik kelas kerana bermain bola
dalam kelas semasa waktu rehat. John meminta Susan menolongnya dengan
tidak memberitahu kejadian ini kepada guru. Walaupun John merupakan
kawan baik Susan, tetapi selaku ketua kelas, Susan tetap memberitahu guru
kejadian ini dengan jujur. Keputusan yang diambil oleh Susan tidak
dipengaruhi oleh permintaan rakannya. Contoh ini menyampaikan nilai
kejujuran yang diamalkan oleh Susan sepatutnya diamalkan juga oleh John
dan perlu dicontohi oleh semua remaja.

2.5

Nilai Relatif
Secara umumnya, nilai relatif boleh diterangkan sebagai nilai yang

diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk


mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini adalah bersifat arbitrari, iaitu
tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang
berlainan. Dengan kata lain, nilai relatif ini boleh berubah mengikut masa dan
fahaman mengenai benar atau salah bagi suatu topik yang dibincangkan.
Biasanya, nilai relatif adalah berbeza mengikut masyarakat atau negara. Hal
ini disebabkan nilai yang dipegang oleh sesuatu masyarakat atau negara
mungkin tidak sesuai untuk diaplikasikan di negara yang berlainan. Perkara
ini biasanya dipengaruhi oleh kebiasaan, agama, budaya, dan kepercayaan
masyarakat tersebut.
Nilai relatif memainkan peranan penting dalam membolehkan semua
manusia membentuk nilai norma masyarakat yang berbeza mengikut
kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing. Oleh itu, nilai relatif
menjamin keharmonian sedunia kerana nilai relatif yang diamalkan oleh
masyarakat lain tidak boleh dianggap salah walaupun nilai tersebut tidak
diamalkan oleh masyarakat yang berbeza. Sebagai contohnya, masyarakat
India tidak menjadikan lembu sebagai sumber makanan kerana kepercayaan
mereka menyatakan lembu merupakan haiwan yang suci dan melambangkan
dewa mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat yang lain seperti Cina dan
Melayu tetap menjadikan lembu sebagai sumber makanan kerana berlain
kepercayaan. Tindakan mereka tidak boleh dianggap salah kerana nilai relatif
adalah dibentuk berdasarkan peraturan agama masing-masing.
Di samping itu, nilai ini mampu mengubah nilai norma masyarakat
mengikut masalah yang dihadapi dan juga pemikiran manusia. Nilai relatif
yang berdasarkan pandangan digunakan untuk menggantikan nilai atau
norma masyarakat yang tidak sesuai atau kurang relavan. Contoh yang boleh
kita lihat pada zaman sekarang adalah pendidikan dalam kalangan wanita.
Pada zaman dahulu, wanita tidak digalakkan untuk belajar kerana kedudukan
sosial yang rendah. Perkara ini semakin ditentang mengikut peredaran masa
kerana amalan ini adalah tidak adil bagi wanita. Oleh itu, nilai ini sudah tidak

dipegang pada zaman sekarang dan isu pendidikan dalam kalangan wanita
merupakan perkara yang biasa serta digalakkan oleh kebanyakan orang.
Seterusnya, contoh bagi nilai relatif ini dapat dilihat menerusi isu
pengguguran bayi. Sebagaimana yang kita ketahui, tindakan pengguguran
bayi adalah salah dari segi undang-undang Malaysia. Pengguguran bayi ini
dianggap

sebagai

satu

tindakan

yang

sangat

kejam

dan

tidak

berperikemanusian oleh masyarakat kita. Hal ini disebabkan tindakan ini


sama seperti membunuh dan setiap bayi mempunyai hak untuk memulakan
kehidupan. Walau bagaimanapun, tindakan pengguguran bayi dibenarkan di
sesetengah negara seperti negara Amerika Syarikat. Tindakan ini dapat
diluluskan dari segi undang-undang Amerika Syarikat disebabkan pihak
pentadbir mempunyai pandangan bahawa dengan kelulusan undang-undang
ini, isu pembuangan bayi akan dapat dikurangkan. Selain itu, terdapat
sesetengah wanita berhamil adalah disebabkan dirogol. Oleh itu, undangundang ini juga dapat membantu mangsa-mangsa kes rogol untuk menjalani
kehidupan yang baharu. Menerusi contoh ini, kita dapat melihat perbezaan
pandangan oleh negara yang berbeza dan itu yang merupakan nilai relatif.

2.6

Nilai Mutlak (Absolute)


Nilai Mutlak merupakan nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada

sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta yang
diterangkan oleh nilai mutlak dapat diterima secara umun oleh semua
masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini disebabkan nilai
mutlak telah diuji atau terbukti samada ia baik ataupun buruk dan tidak akan
dipersoalkan lagi. Nilai ini adalah berkekal sepanjang masa dan di semua
tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat. Biasanya,
nilai tersebut telah diamalkan dalam suatu jangka masa yang panjang dari
zaman dahulu hingga sekarang.
Dari segi peranannya, nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang
konsisten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk
bertindak supaya tindakan mereka adalah berhala niat baik dan betul serta

dapat diterima oleh pihak lain. Contohnya, menghormati hak golongan kurang
berupaya merupakan nilai mutlak yang menerangkan semua individu perlu
menerima golongan ini tanpa diskriminasi. Perbuatan ini adalah berniat baik
dan betul kerana golongan ini juga merupakan insan ciptaan Tuhan yang
setaraf dengan semua orang. Selain itu, nilai mutlak juga berperanan untuk
sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu supaya
seseorang dapat bertindak secara rasional dan tidak keterlaluan. Sebagai
contohnya, setiap masyarakat mengamalkan nilai menghormati ibu bapa.
Tindakan seperti memarahi dan mendera ibu bapa adalah dilarang sama
sekali dan tidak boleh dilakukan oleh semua orang.
Dalam kehidupan seharian, contoh nilai mutlak yang dipegang oleh
semua individu adalah seperti menjaga kebersihan dan keharmonian alam
sekitar. Semua individu tanpa mengira agama, bangsa dan budaya, bersetuju
bahawa kita mesti menjaga alam sekitar kita kerana kita hanya mempunyai
satu bumi. Alam sekitar yang bersih dan harmoni akan menjamin keselesaan
hidup semua pendudukannya. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan
bagi merealisasikan harapan ini. Sebagai contohnya, penghasilan petrol
kenderaan tanpa plumbun, amalan kitar semula, mengurangkan penggunaan
beg plastik dan sebagainya merupakan tindakan yang telah diambil oleh
penghuni dunia ini bagi menjaga alam sekitar. Hakikatnya, usaha melindungi
bumi kita akan sentiasa dilakukan sehingga ke masa depan dan disokong
oleh semua individu.

3.0

Kesimpulan
Setelah meneliti keenam-enam jenis nilai di atas, kita boleh membuat

kesimpulan bahawa terdapat tiga konteks utama yang boleh membantu kita
memahami sesuatu nilai. Pertama sekali adalah nilai yang digunakan untuk
menunjukkan hubungan antara nilai, iaitu nilai instrumental atau dipanggil nilai
ekstrinsik dan nilai Intrinsik. Nilai instrumental merupakan nilai yang
bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat manakala
nilai intrinsik tidak mengambil kira kesannya kerana nilai sendiri tersebut
sebagai matlamat yang terakhir. Seterusnya merupakan nilai yang digunakan
untuk menunjukkan pandangan seseorang terhadap nilai, iaitu nilai subjektif
dan nilai objektif. Nilai subjektif akan ditaksif mengikuti pandangan seseorang
individu. Sebaliknya, nilai objektif adalah berdasarkan satu set kriteria yang
dipersetujui oleh semua orang. Yang terakhir, nilai digunakan untuk
menunjukkan apa yang dinilai, iaitu nilai relatif dan nilai mutlak. Nilai relatif
tidak sempurna, tidak tertentu dan berbeza-beza antara masyarakat yang
berlainan. Namun, nilai mutlak adalah diterima umum dan telah diuji atau
terbukti sebagai baik atau buruk serta tidak akan dipertikaikan lagi.
Sehubungan dengan itu, kita perlu faham bahawa terdapat sesetengah
nilai yang boleh berubah dan kadang-kadang berbeza di antara seseorang
dengan yang lain atau sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain.
Oleh itu, kita perlu memahami fungsi nilai iaitu satu piawai yang konsisten
agar kita dapat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima dalam
masyarakat kita. Dengan itu, kita akan dapat menjadi seorang yang bermoral
dan mengetahui apa yang boleh dilakukan serta menilai kemoralan diri sendiri
mahupun orang lain.

Anda mungkin juga menyukai