Anda di halaman 1dari 2

Ciri Nilai Moral ialah suatu nilai tetapi adakah semua nilai itu moral?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan 'nilai'. Terdapat beberapa ciri nilai iaitu nilai yang ditonjolkan secara lisan atau menerusi perlakuan individu atau kumpulan. Contohnya, seseorang yang menghayati nilai tanggungjawab akan menunjukkan nilai tersebut dalam pertuturan dan perlakuannya. Dia juga akan mempertahan nilai tanggungjawab pada dirinya serta mengkritik orang lain yang bersikap tidak bertanggunjawab. Nilai juga merupakan satu kepercayaan yang preskriptif sama ada diharapkan atau tidak diharapkan. Contohnya, nilai rajin ialah sesuatu yang diharapkan dan positif berbanding dengan nilai malas yang tidak diharapkan serta negatif. Ada kemungkinan seseorang itu lebih mengutamakan sesuatu berbanding dengan nilai lain. Nilainya itu pula mungkin berlainan daripada nilai orang lain. Fungsi Nilai Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Nilai bukan sahaja memberi suatu tunjuk arah kepada seseorang tentang bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai tingkah laku sendiri serta orang lain. Nilai juga berfungsi sebagai satu panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan. Walaupun dalam situasi beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang dihadapi. Selain itu, nilai bukan hanya merangsang malah mengehadkan perlakuan seseorang. Nilai moral mempunyai ciri (5) dan fungsi (6) Apakah yang membeza nilai moral berbanding nilai bukan moral? Nilai moral merujuk nilai yang dianggap oleh individu atau kumpulan masyarakt sebagai sesuatu nilai yang baik dan patut dari segi moral. Nilai bukan moral dalam domain politik, ekonomi atau estatika, walaupun baik, ia tiada kaitan dengan apa yang dianggap baik dan patut dari segi moral. Walaupun, terdapat sesetengah nilai moral ada yang berpunca daripada agama, tetapi nilai moral tidak meliputi semua nilai agama. Nilai moral sama dengan nilai sosial daripada beberapa aspek. Oleh itu, persamaan dan perbezaan antara nilai moral dan nilai bukan moral tertakluk kepada bagaimana sesuatu nilai itu digunakan oleh individu. 6 Nilai Etika (Perbezaan Asas Nilai Etika)

Nilai dapat digunakan untuk menunjukan hubungan antara nilai.

Nilai instrumental/ekstrinsik bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai intrinsik nilai yang tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamat. Cth: kasih sayang terhadap ibu bapa merupakan suatu kewajipan anak (intrinsik) dan bukan kerana ingin mewarisi harta mereka (instrument) Nilai juga dapat digunakan untuk menunjukkan pandangan kita terhadap nilai.

Nilai subjektif : sesuatu nilai diterima atau ditolak oleh seseorang mengikut pandangan peribadi dan nilai objektif: nilai yang bebas daripada peribadi (sejagat) tetapi berdasarkan satu set kriteria yang telah diterima oleh orang lain, diterima atau ditolak. Cth: AIDS Nilai digunakan untuk menunjukan apa yang dinilai. Nilai relatif (tidak menentu): nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesebuah masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat; dan nilai mutlak/absolute (bersifat kekal): nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Cth: membunuh orang lain hukuman bunuh.

Anda mungkin juga menyukai