Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan

Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh
individu dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai instrumental (juga dikenali
sebagai nilai ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan
nilai mutlak (absolute).
Sebenarnya, nilai mempunyai beberapa fungsinya. Yang berikut adalah
antara fungsi-fungsi terpenting bagi nilai. ( Eow B.H., 2001) Nilai berperanan
sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang konsisten agar individu atau
masyarakat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Fungsi ini
membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral,
iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri dan
orang lain.
Selain itu, fungsi nilai juga sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan
untuk menyelesaikan konflik moral. Ini bermaksud, walaupun dalam keadaan
beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan
membantunya menyelesaikan konflik yang dialami. Nilai bukan hanya sebagai
perangsang,

malahan

membataskan

perlakuan

seseorang.

Ini

bermakna

seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan melakukan
sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang dihayati.
Di samping itu, nilai juga berfungsi sebagai batasan (restriction) terhadap
perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai yang
dipengangi. Apabila kita dapat memahami dan menghayati nilai, maka kita akan
melakukan perbuatan mengikut kehendak dan kepentingan nilai terhadap diri
sendiri dan orang lain.
Terdapat 3 konteks utama yang boleh membantu memahami sesuatu nilai.
Pertama, nilai yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai, iaitu nilai
instrumental/ekstrinsik dan nilai intrinsik. Nilai instrumental merupakan nilai yang
bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai intrinsik tidak
mengambil kira kesan dengan nilai sendiri sebagai matlamat. Kedua, nilai yang
digunakan untuk menunjukkan pandangan seseorang terhadap nilai, iaitu nilai
subjektif dan nilai objektif. Nilai subjektif mengikuti pandangan seseorang individu.

Nilai objektif pula berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua
orang. Ketiga, nilai yang digunakan untuk menunjukkan apa yang nilai, iaitu nilai
relatif dan nilai mutlak. Nilai relatif tidak sempurna, tidak tertentu dan berbeza-beza
antara masyarakat yang berlainan manakala nilai mutlak diterima umum dan telah
diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk.
Tuntasnya, kita perlu memahami fungsi nilai iaitu satu piawai yang
konsisten agar kita dapat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Kita
dapat menjadi agen moral, mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai
kemoralan diri sendiri dan orang lain.
Nilai Instrumental (Ektrinsik)
Nilai instrumental dirujuk sebagai nilai ekstrinsik. Makna nilai membawa
maksud suatu kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu
matlamat. Nilai ini akan bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu
matlamat dan juga boleh dikategorikan sebagai nilai peringkat kedua (second
order value), misalnya sikap jujur, berani, rajin, hormat-menghormati dan
sebagainya. Oleh itu, nilai instrumental merupakan pembentukan suatu nilai bagi
mewujudkan satu nilai yang lain. Dalam hal ini, matlamat sesuatu perkara boleh
dicapai dengan pembentukan nilai yang memerlukan nilai yang lain. Nilai
instrumental juga dijadikan satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan,
membantu dalam menunjukkan arah dan menjadi penentu dalam membuat pilihan.
Nilai ini amat menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap
tindakan.
Terdapat beberapa contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai instrumental
ini. Misalnya Albert berpura-pura rajin di depan ibunya untuk mengambil hati
ibunya.

Nilai di atas (mengambil hati) bergantung kepada nilai lain (rajin)

untuk mencapai matlamatnya. Bagi contoh lain termasuklah Merry belajar


bertungkus lumus untuk mendapatkan keputusan SPM yang cemerlang. Dalam hal
ini, kita boleh tahu bahawa nilai rajin yang diamalkan adalah untuk mencapai
kejayaan hidupnya. Seterusnya, contoh yang berkaitan dengan nilai ini
termasuklah hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah adalah untuk
menghapuskan perbuatan mengedar dadah kepada rakyat di negara kita.

Selain itu, Cikgu Lee telah mendenda Ali kerana dia gagal dalam Bahasa
Cina. Dalam hal ini, kita boleh menganggap tindakan Cikgu Lee tersebut adalah
positif kerana tindakan Cikgu Lee adalah bertujuan meningkatkan semangat
memajukan diri Ali dan juga mengharapkan prestasi Ali dapat bertambah baik pada
ujian yang akan datang. Ini membolehkan remaja berfikiran jauh bahawa terdapat
niat baik sebelah dendaan dan mengikis perasaan dengki atau benci antara murid
dengan guru.
Di samping itu, contoh yang biasa dilihat adalah pihak sekolah mengenakan
tindakan disiplin kepada pelajar yang datang lewat ke sekolah dan juga pelajar
yang merokok dandemi menjaga tatatertib para pelajar. Tindakan sekolah ini
bukan sahaja boleh menjaga tingkah laku murid-murid, malah ia juga dapat
membentuk

nilai

moral

dalam

kalangan

murid

serta

membantu

dalam

meningkatkan kecemerlangan akademik. Jelaslah bahawa nilai-nilai di atas


bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya.
Tambahan pula, pihak kerajaan Malaysia telah mengenakan hukuman
penjara dan sebatan kepada individu yang membuat hubungan seks dengan gadis
bawah umur bagi mengelakkan kejadian rogol secara berleluasa. Jika nilai ini
dilihat dari sudut baik, kita akan mendapati bahawa hukuman berat yang
dikenakan itu dapat mencegah hubungan luar nikah dan menjaga hak asasi
kanak-kanak dan wanita.
Nilai Instrinsik
Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu bergantung
kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya kerana nilai itu sendiri merupakan
matlamat akhir. Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik
atau buruk dan tanpa mengira kesannya. Nilai ini merupakan nilai peringkat
pertama (first order value), misalnya baik hati, kasih saying, keadilan dan
sebagainya.
Sesungguhnya, nilai ini mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah
menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai ini juga
menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan keadilan

dalam setiap perbuatan. Contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai ini adalah
seperti situasi di bawah. Musan seorang pengadil dalam pertandingan banner
antara kelas. Rakan sekelasnya telah menyuruhnya memberi markah yang lebih
tinggi kepada kelas mereka. Namun, Musan tidak berbuat demikan kerana dia
menilai semua karya dengan teliti dan adil tanpa dipengaruhi oleh permintaan
rakan-rakanya. Contoh ini dapat memberi gambaran kepada remaja supaya
bertindak dengan saksama dalam segala hal.
Selain itu, contoh yang boleh diambil termasuklah kasih sayang ibu bapa
terhadap anaknya. Dalam hal ini, kasih sayang ibu bapa adalah lahir semula jadi
dan bukan kerana untuk mendapatkan balasan daripada anak mereka. Sama juga
seperti kasih sayng anak terhadap ibu bapanya. Azhar amat menyayangi ibu
bapanya dan sanggup berkorban apa sahaja demi kesenangan ibu bapanya. Azmi
tidak pernah mengharapkan harta warisan kerana dia berpendapat bahawa
seseorang anak berkewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap ibu bapa.
Bukan itu sahaja, hakim menjatuhkan hukuman mati kepada seorang penagih
dadah atas kewajipan dan undang-undang, tetapi bukan keinginannya yang ingin
membasmi kegiatan pengedaran dadah. Hal ini sama seperti seorang hakim yang
menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara kepada perogol setimpal dengan jenayah
yang dilakukan. Jelaslah bahawa nilai-nilai di atas bukan bergantung kepada nilai
lain untuk mencapai matlamat.
Tambahan pula, contoh yang berkaitan dengan nilai intrinsik termasuklah
situasi semasa Kelvin duduk di taman permainan kanak-kanak ini. Tiba-tiba
seorang kanak-kanak berlari ke arahnya lalu menyorok di belakang pokok
berhampiran dengan Kelvin dengan wajah penuh ketakutan. Satu minit selepas itu
datang dua orang kanak-kanak yang lebih besar bertanyakan Kelvin tentang lokasi
kanak-kanak tadi. Kelvin menggelengkan kepala dan tindakan ini telah
menyelamatkan kanak-kanak tadi daripada menjadi mangsa buli walaupun dia
tidak berniat untuk membanteras kegiatan buli di tempat tinggalnya.
Nilai Subjektif
Definisi bagi nilai subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak
oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri

terhadap sesuatu benda atau perkara. Sebenarnya, nilai subjektif adalah berasal
daripada dunia dalaman individu, iaitu berpunca daripada dalaman individu.
Berdasarkan maklumat, boleh dirumuskan bahawa nilai subjektif mempunyai
beberapa fungsi yang penting. Antaranya adalah membayangkan keinginan, minat
dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara. Nilai subjektif juga berperanan
dalam membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap
sesuatu perkara atau benda.
Terdapat banyak contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai subjektif dalam
proses pembentukan moral individu, antaranya termasuklah pengunaan buku teks
dalam pengajaran Pendidikan Moral. Secara amnya, penggunaan buku teks
Pendidikan Moral adalah membantu pelajar mengkaji perkara-perkara yang
dibincangkan. Pelajar boleh memberi nilai atau pendapatnya berdasarkan
kehendakan soalan-soalan dalam buku tersebut dan ini dapat membentuk yakin
diri dalam pelajar sendiri. Namun, terdapat juga sesetengah kumpulan
berpendapat bahawa buku itu tidak nilai bagi mereka kerana segala pengajaran
atau maklumat dalam buku adalah tidak relevan dalam kehidupan dan kurang
wujud dalam kehidupan mereka.
Selain itu, kes hukuman rotan ke atas murid di khalayak ramai juga
merupakan salah satu contoh yang hangat dibincangkan dalam isu pendidikan.
Terdapat pihak yang mencadangkan supaya hukuman rotan di khalayak ramai
dikuatkuasakan kembali bagi memberi pengajaran kepada murid yang membuat
salah dan pengajaran kepada murid lain. Namun begitu, terdapat juga pihak yang
tidak bersetuju dan berpendapat bahawa hukuman rotan akan memberikan kesan
negatif seperti memalukan pelajar dan melanggar hak asasi kanak-kanak. Contoh
ini menunjukkan dua isu nilai iaitu satu pandangan hukuman rotan untuk mendidik
tetapi satu pihak lain melihat hukuman ini merupakan tindakan yang memberi
kesan negatif kepada murid.
Sementelahan pula, terdapat juga satu contoh yang berkaitan dengan nilai
subjektif iaitu perbuatan melepak. Abu seorang remaja yang baik. Walau
bagaimanapun apabila dia penat belajar, dia selalu melepak di pusat beli belah
berhampiran dengan rumahnya. Dia berpendapat bahawa melepak tidak salah

kerana dia dapat melepaskan tekanan. Contoh ini telah menjelaskan bahawa nilai
subjektif yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan
kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara.
Tambahan pula, contoh nilai subjektif termasuklah Amerika Syarikat dan
sekutunya bercadang menyerang Negara Iran. Britain bersetuju supaya Amerika
Syarikat menyerang Iran bagi menghalang Iran daripada membuat senjata nuklear.
Tujuannya untuk menjaga keamanan dunia daripada kesan senjata nuklear jika
Iran menggunakannya untuk tujuan peperangan. Rusia pula tidak menyokong
cadangan serangan ini kerana berpendapat bahawa Iran hanya membuat
penguraian uranium bagi tujuan penjanaan kuasa kegunaan tempatan dan jika
diserang akan berlaku pertumpahan darah. Contoh ini menjelaskan dua pihak
yang melihat nilai dari dua sudut yang berbeza. Satu pihak melihat dari sudut
tujuan serangan dan satu pihak melihat dari aspek kesan peperangan dan
kebenaran isu.
Nilai Objektif
Nilai objektif merupakan nilai yang bebas daripada pilihan peribadi dan ia
diterima atau ditolak berdasarkan pengalam dalaman yang dialami atau berpunca
dari

aspek

luar yang

dipersetujui

oleh

kebanyakan

orang. Nilai

objektif

menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan
kegunaan tersendirinya. Dengan mengenalpastikan bentuk atau kegunaan objek,
maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya.
Contoh yang berkaitan dengan nilai objektif adalah banyak. Pertamanya
termasuklah kegiatan pemerdagangan manusia perlu dibanteras. Jika dianalisis
dari contoh ini didapati wujud kriteria nilai iaitu kegiatan pemerdagangan perlu
ditolak. Dalam hal ini, kebanyakan orang telah bersetuju bahawa kegiatan ini perlu
dihapuskan bagi kesejahteraan manusia.
Seterusnya, contoh lain seperti pandangan tentang penderaan haiwan
adalah tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan. Agama Buddha juga ada
menasihatkan siswa-siswaNya mengamalkan kasih sayang suci bukan sahaja
terhadap manusia tanpa mengira kasta, kepercayaan atau warna kulit tetapi juga

kepada haiwan. Tiada seorang pun yang berhak memusnahkan nyawa makhluk
hidup lain kerana nyawa adalah sesuatu yang sangat berharga kepada semua.
Sebenarnya, semua makhluk gentar pada saat kematian, semua makhluk takut
kepada hukuman dan ingatilah bahawa kita adalah seperti mereka dan jangan
membunuh atau melakukan penyembelihan. Dengan itu, patutlah semua orang
mempunyai perasaan belas kasihan terhadap haiwan dan jangan mencederakan
haiwan.
Sementelahan pula, AIDS merupakan suatu isu moral. Menurut Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), AIDS mengancam nyawa setiap individu, termasuklah
kanak-kanak dan ia merupakan suatu penyakit yang amat berbahaya. Dalam hal
ini, pandangan berkenaan AIDS merupakan nilai-nilai yang diterima dan
dipersetujui kebanyakan orang.
Seperkara lagi, peperangan adalah ibarat menang jadi arang kalah jadi
abu. Hal ini demikian peperangan merupakan satu tragedi yang dahsyat. Ia akan
mengakibatkan kemusnahan nyawa yang amat berharga dan juga menjejaskan
kehidupan orang ramai. Pandangan sebegini telah diterima berdasarkan satu set
kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang.
Nilai Relatif
Nilai relatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak
dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat.
Nilai relatif ini adalah bersifat arbitrary, iaitu tidak tertentu, tidak sempurna dan
berbeza antara masyarakat yang berlainan.
Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut masa dan kriteria nilai sama
ada benar atau salah bagi sesebuah masyarakat untuk dibincangankan atau
dibahaskan. Seterusnya, nilai relatif juga membolehkan semua manusia
membentuk nilai norma masyarakat yang berbeza mengikut kesesuaian
pandangan masyarakat masing-masing. Nilai ini mampu mengubah nilai norma
masyarakat mengikut masalah yang dihadapi dan juga pemikiran manusia.
Dengan itu, perubahan nilai dalam sesebuah masyarakat mungkin terjadi apabila
terdapat perubahan pandangan mengikut perubahan zaman.

Contoh bagi nilai relatif ini adalah seperti situasi pergaulan bebas antara
remaja yang berleluasa serta menjadi isu hangat pada masa kini. Walaupun
perkara ini adalah biasa di negara barat, tetapi ia adalah masalah sosial yang
hangat di Malaysia. Negera barat berpendapat bahawa perkara ini adalah tidak
bersalah dari sisi undang-undang, manakala Malaysia berpandangan serius
tentang isu ini kerana ia membawa kesan seperti orang yang terlibat akan
dipandang keji dan dikutuk oleh orang lain. Ini membawa pengajaran kepada
remaja supaya mengamalkan nilai relatif yang mengutamakan pandangan dan
peraturan dalam masyarakat yang mana dia berada.
Selain itu, kes bersedudukan sebelum berkahwin juga merupakan contoh
bagi nilai relatif. Kita tahu bahawa amalan suami isteri tinggal bersama tanpa nikah
adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dari segi agama dan dikeji oleh
masyarakat. Disebabkan kes ini dipandang serius di Malaysia, maka ia beri
pengajaran kepada remaja masa kini supaya bertindak dengan rasional dan mesti
selaras dengan pandangan masyarakat.
Di samping itu, contoh kebebasan memilih pasangan perkahwinan pada
dahulu dan kini. Pasa masa dahulu, orang tiada kebebasan untuk memilih
pasangan hidupnya. Tetapi, remaja masa kini diberi bebas untuk memilih
pasangannya. Menerusi contoh ini, dapat dilihat perubahan zaman membawa
ubahan dan pemikiran remaja masa kini harus selaras dengan faham masyarakat
dan bukannya mementingkan hasrat diri sahaja.
Seperkara lagi, penggunaan Bahasa Inggeris di papan tanda juga
merupakan salah satu contoh nilai relatif. Pandangan berkenaan pada satu ketika
dahulu dianggap sebagai tidak patrioktik. Tanggapan sedemikian berubah apabila
kerajaaan memartabatkan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan hari ini.
Seterusnya, terdapat juga contoh bermain mercun dalam masyarakat kini. Bermain
mercun merupakan sebahagian daripada amalan penting dalam sambutan Tahun
Baru Cina. Walau bagaimanapun, masyarakat Cina mula menerima pengharaman
bermain mercun yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebagai tindakan rasional
pada masa kini.

Nilai Mutlak (Absolute)


Nilai Mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu
kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima
secara umun dan diuji atau terbukti sama ada nilai itu baik ataupun buruk. Nilai ini
adalah berkekalan sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir sama bagi
semua situasi norma masyarakat.
Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang konsisten dan kukuh bagi
seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka
adalah berhala niat baik dan betul serta dapat diterima oleh pihak lain. Selain itu,
nilai ini juga berperanan untuk sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan
individu supaya seseorang dapat bertindak secara rasional dan tidak keterlaluan.
Contoh yang berkaitan dengan nilai mutlak ini adalah seperti gambaran
hidup berkeluarga adalah kehidupan yang baik. Ini memberi gambaran yang positif
kepada remaja kini supaya mengamalkan amalan hidup berkeluarga yang sihat.
Hal ini demikian kerana hidup berkeluarga dapat mendatangkan keharmonian
antara ahli keluarga serta menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan
negara. Justeru, pengamalan nilai yang baik akan mendatangkan kebaikan
kepada diri dan pihak lain.
Selain itu, contoh yang biasa seperti tindakan membunuh tanpa sebab
adalah perbuatan yang tidak bermoral dan melanggar hukum kemanusiaan. Dalam
hal ini, hukuman mati akan dikenakan kepada pesalah yang didapati membunuh
seseorang yang lain. Hal ini demikian kerana nilai keadilan dianggap mutlak dalam
hal sebegini. Jika perkara ini berlaku pada masa dan tempat yang lain, hukuman
yang sama juga akan dijatuhkan terhadap pembunuh. Dengan itu, remaja haruslah
sentiasa berniat baik dan mempunyai batasan dalam segala tindakan.
Akhirnya sekali, contoh nilai mutlak termasuklah budaya menghormati ibu
bapa dan orang tua. Dalam hal ini, anak dituntut untuk menghormati ibu bapa
kerana tanpa mereka siapalah mereka. Anak yang tidak menghormati ibu bapa
dianggap sebagai anak derhaka dan dipandang keji oleh orang lain. Seterusnya,
orang remaja atau pemuda juga harus menghormati orang yang lebih tua. Mereka

tidak boleh mengherdik atau memarahi orang tua kerana perbuatan itu dianggap
kurang ajar.
Penutup
Nilai merupakan satu aspek penting dalam mencorakkan budaya hidup
manusia. Sistem nilai terbentuk melalui proses pengukuhan dan penerimaan nilai
dan sistem sosial. Ia adalah penting dalam hubungan sosial antara individu
dengan
masyarakat untuk menjamin kestabilan masyarakat dan kehidupan yang baik
sesama manusia. Individu yang menghayati sesuatu nilai akan melakukan sesuatu
yang berkaitan dengan nilai itu dan tidak melakukan sesuatu yang dirasakan
bercanggah dengan nilai yang diamalkannya. Tuntasnya, semua orang harus
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupannya supaya menjadi modal insan
yang dapat merealisasikan aspirasi wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai