Anda di halaman 1dari 8

http://ardiya-izwani.blogspot.com/2012/07/froebel.

html
FROEBEL

FRIEDRICH WILHELM FROEBEL 1782-1852
Friedrich Wilhelm Froebel terkenal sebagai father of kindergarden kerana telah mencipta GARDEN
OF CHILDREN atau KINDERGARTEN (Taman Kanak- kanak) di Blakenburg, Jerman. Model
rancangan sekolah Froebel ini telah mempengaruhi rancangan sekolah di seluruh dunia. Model ini
merupakan perluasan dari pandangannya terhadap dunia dan pemahamannya terhadap hubungan
individu, Tuhan, dan alam. Menurutnya lagi, pendidikan dapat membantu perkembangan anak
secara wajar. Ia menggunakan taman sebagai suatu simbol dari pendidikan anak. Apabila anak
mendapat pendidikan yang tepat, ia akan berkembang secara wajar dan mengikuti hukumnya
sendiri. Berikut merupakan model yang dikemukan oleh Froebel:
4.1 Main dan Kanak-kanak
Friedrich Wilhelm Froebel telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak
yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas
untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat
membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan,
kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya
bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi dipengaruhi oleh cara
kanak-kanak bermain. Oleh itu, alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih
dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.
Froebel amat menekankan bahawa belajar melalui bermain itu adalah penting bagi kanak-
kanak. Berdasarkan pengalamannya sendiri, Froebel menyatakan bermain harus dipandang
sebagai suatumetode dari pendidikan dan merupakan cara bagi kanak- kanak untuk meniru
kehidupan orang dewasa. Dengan demikian, kegiatan bermain yang tidak berstruktur adalah sangat
berbahaya iaitu tanpa bimbingan dan pengarahan serta perencanaan lingkungan yang baik, akan
mengakibatkan cara belajar kanak- kanak menjadi yang salah. Bagi Froebel, guru
bertanggungjawab dalam membimbing dan mengarahkan, dengan demikian anak akan menjadi
lebih kreatif. Secara tidak langsung akan mengembangkan kurikulum pendidikan pra-sekolah yang
lebih terancang dan sistematik.
Erikson (1902- 1994) dalam Nuriman (2009) juga mempunyai pendapat yang hampir sama
dengan Frobel tentang bermain iaitu beliau percaya bahawa apabila kanak- kanak bermain, mereka
akan lebih memahami diri mereka sendiri. Kanak- kanak akan mengetahui tahap dan kemampuan
diri mereka ketika bermain. Semakin banyak kanak- kanak bermain, semakin banyak yang
dipelajarinya. Oleh itu, sebaik- baik permainan adalah permainan yang melibatkan pemikiran, aktiviti
fizikal dan juga interaksi.
4.2 Aspek Perkembangan Sosial dan Emosi
Froebel berpendapat perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan harus
dipelajari sejak daripada kecil lagi. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak
ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya,
memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak
berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka.
Philip (1991) dalam Vijayen Gopal (2003), turut mempunyai pandangan yang menyokong
pendapat Froebel mengenai perkembangan sosial dan emosi kanak- kanak, iaitu menurut Philip,
kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan
interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) dalam Vijayen Gopal (2003), pula
mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan
individu lain dalam situasi sosial ataupun kerja. Terdapat pelbagai cara untuk memupuk
perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah, Contohnya, aktiviti bermain yang
dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh
ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi.
Bandura (1976) dalam Indah (2009) pula menyatakan pendapatnya yang menyokong
Froebel tentang kepentingan sosial emosi kanak- kanak ini. Beliau menyatakan bahawa
perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat
kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan cuba untuk melakukan gerak
balas yang belum pernah mereka cuba. Selain daripada itu, cara kanak-kanak menyatakan
emosinya juga bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh
masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk
mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.
4.3 Aspek Perkembangan Fizikal
Bagi aspek perkembangan fizikal pula, Froebel menyatakan permainan biasanya melibatkan aktiviti
fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor
halus.
Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan
psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Kenyataan Froebel
ini adalah selaras dengan pendapat Schmidt (1982) dalam Ernie Suliana (2008), yang menyatakan
psikomotor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan
tindakan atau pergerakan yang kekal, iaitu pembelajaran yang telah berlaku berdasarkan maklum
balas mengikut prestasi pengetahuan (knowledge of performance) dan pengetahuan keputusan
(knowledge of results). Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui
empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh
dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:
i. Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar
Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas, dan
mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal
pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti
sistem pernafasan dan sistem saraf. Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti
memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada monkey bar, bermain buaian dan sebagainya
dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.
ii. Aspek Perkembangan Motor Halus
Kemahiran motor halus pula ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil
seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik
adalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-
kanak. Antara aktiviti dalbentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan
fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas,
melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.
4.4 TEORI TINGKAH LAKU FOEBEL
Froebel berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori
pembelajaran ini kebanyakkannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan
ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan
ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan
tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran
akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku kanak- kanak sama ada baik atau
sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku kanak- kanak boleh diperhatikan,
dikawal dan juga diramal.
Selain daripada itu, terdapat pandangan atau definisi pembelajaran behavioris yang boleh
diterima umum seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) dalam Ishak Othman (2000), yang
menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkah laku kanak- kanak yang agak tetap
akibat daripada latihan secara berterusan.


Teori Perkembangan Montesori
MODEL MONTESSORI (1870-1952)


Model Montessori dipelopori oleh Maria Montessori. Beliau dilahirkan di
Chiaravalle, Itali pada tahun 1870. Pada tahun 1896, beliau telah menamatkan
pengajiannya dalam bidang perubatan sekali gus telah menjadikan beliau seorang
doktor wanita pertama di Itali. Maria Montessori terkenal kerana penglibatan
beliau dalam pendidikan kanak-kanak. Beliau juga dicalonkan untuk anugerah
Nobel Peace Prize sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1949, 1950 dan 1951.
Walaupun beliau sudah meninggal dunia, perjuangannya masih diteruskan lagi
melalui Association Montessori Internationale (AMI) di Amsterdam,
Netherlands sehingga kini. Maria Montessori amat mementingkan perkembangan
kanak- kanak diperingkat awal lagi.
Menurut Montessori, kanak- kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu
aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya.
Montessori telah mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan
kurikulum kanak- kanak pada peringkat awal. Antaranya konsep yang
dikemukakan oleh Montessori adalah seperti berikut:
Penggunaan sensori-deria
Menurut Montessori, minda kanak- kanak mudah menyerap sesuatu maklumat
yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan
konsep tersebut. Pernyataan Montessori ini telah disokong oleh Pensyarah
Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mastura Badriz (2002) dalam Zul Azri
(2009), iaitu beliau melihat pendidikan sebagai satu proses yang berkembang
serentak dengan perkembangan seorang kanak-kanak yang belajar melalui
persekitaran dan mengaplikasikannya dalam konteks kehidupan sehariannya
sebagai persediaan untuk kehidupan dimasa hadapan.
Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-
kanak dari persekitarannya merupakan satu pendidikan tidak formal kepadanya.

Penerokaan kepada persekitaran
Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan bahawa persekitaran yang
menggalakkan perkembangan kanak- kanak adalah persekitaran yang lengkap
dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan konsep dan
pengetahuan kanak- kanak apabila mereka memerlukannya. Di samping itu, dalam
ertikata lain pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala
aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang telah disediakan oleh orang dewasa,
aktiviti yang difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan juga bahasa atau teknik
komunikasi yang diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.
Walaubagaimanapun, pendidikan juga boleh menjadi sesuatu yang tersembunyi
dan tidak dirancang di mana kanak-kanak belajar tanpa disedari.
Pendapat Montessori ini sekali lagi disokong oleh Mastura Badriz (2002) dalam
Zul Azri (2009), iaitu beliau berpendapat, masa atau perhatian yang diberikan
terhadap sesuatu aktiviti oleh penjaga kanak- kanak, mungkin akan menyebabkan
kanak- kanak tersebut merasakan perkara itu adalah lebih berfaedah walaupun
hakikatnya adalah sebaliknya.

Belajar melalui aktiviti bermain
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui
bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan keadaan ini dikenali
sebagai pembelajaran tidak formal. Menurut pendapat Montessori, apabila
seseorang kanak- kanak itu bermain, secara tidak langsung mereka dapat belajar
dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila melalui proses
pembelajaran yang menarik dan bermakna.Keadaan ini membuktikan bahawa
bermain merupakan satu proses belajar secara semula jadi dan juga spontan.
Melalui aktiviti bermain, secara tidak langsung ibu bapa turut membenarkan
kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif.
Ummu Abdullah (2009), turut menyatakan pandapat yang hampir sama dengan
pendapat Montessori iaitu menurut beliau, setiap kanak- kanak yang membina
pengalaman baru dan berinteraksi dengan persekitaran mereka akan membina
beberapa sambungan pada otak kanak- kanak tersebut. Pernyataan ini
menunjukkan bahawa melalui aktiviti bermain, otak kanak- kanak akan turut
berkembang dan secara tidak langsung turut melatih kanak- kanak tersebut untuk
menjadi lebih kreatif.

Tempoh sensitif
Montessori menyatakan bahawa kanak- kanak yang berusia enam tahun dan ke
bawah mempunyai minda yang mudah menyerap jika dibandingkan dengan kanak-
kanak yang berumur enam tahun dan ke atas. Tempoh masa ini dikenali sebagai
tempoh masa sensitif, iaitu merupakan tempoh masa yang sangat sesuai untuk
mereka belajar dan memahaminya. Pada tahap ini, kanak- kanak perlu dipupuk
minat untuk belajar dan pembelajaran ini akan berjaya jika mereka dibimbing
untuk meneroka kepada bahan dan juga persekitaran yang tepat. Tempoh sensitif
adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak- kanak menguasai sesuatu
kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak- kanak menunjukkan
kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa
menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan
pengajaran.
Selain daripada itu, Montessori (1870- 1952) dalam Azizah Lebai Nordin
(2002), turut menyatakan bahawa beliau percaya dalam tempoh masa sensitif,
kanak- kanak cepat mempelajari beberapa tingkahlaku dengan lebih berkesan
berbanding dengan tempoh masa biasa. Ahli pendidik awal kanak- kanak
menamakan masa sensitif ini sebagai kesediaan (readiness). Selain daripada
model- model kurikulum Maria Montessori yang telah dibincangkan, terdapat juga
teori yang dikemukakan oleh Maria Montessori iaitu teori interaksi.

TEORI INTERAKSI
Menurut Montessori, pengalaman belajar yang tidak formal dapat dihasilkan bukan
sahaja dari interaksi dengan guru tetapi juga dengan sesama rakannya. Interaksi
antara rakan sebaya ini juga dapat menghasilkan teladan moral dan sosial kepada
diri kanak- kanak tersebut. Selain itu, teori interaksi ini juga dapat membantu
pertukaran informasi sehingga menjadi sumber yang penting bagi pembelajaran
tidak formal kanak- kanak.
Jean Piaget (1896-1980) dalam Nuriman (2009), turut mempunyai pendapat
yang hampir sama dengan Montessori iaitu bagi beliau, kanak- kanak belajar
melalui interaksi dengan orang lain atau pun masyarakat. Semakin ramai orang
yang kanak- kanak tersebut berinteraksi, semakin banyak ilmu yang akan
dipelajarinya.

http://sutantiii.blogspot.com/2013/01/teori-perkembangan-montesori.html

Anda mungkin juga menyukai