Anda di halaman 1dari 4

FRIEDRICH WILHELM FROEBEL 1782-1852

Friedrich Wilhelm Froebel terkenal sebagai father of kindergarden kerana telah mencipta
GARDEN OF CHILDREN atau KINDERGARTEN (Taman Kanak- kanak) di Blakenburg,
Jerman. Model rancangan sekolah Froebel ini telah mempengaruhi rancangan sekolah di
seluruh dunia. Model ini merupakan perluasan dari pandangannya terhadap dunia dan
pemahamannya terhadap hubungan individu, Tuhan, dan alam. Menurutnya lagi, pendidikan
dapat membantu perkembangan anak secara wajar. Ia menggunakan taman sebagai suatu
simbol dari pendidikan anak. Apabila anak mendapat pendidikan yang tepat, ia akan
berkembang secara wajar dan mengikuti hukumnya sendiri. Berikut merupakan model yang
dikemukan oleh Froebel:
4.1 Main dan Kanak-kanak
Friedrich Wilhelm Froebel telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanakkanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain
adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang
sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan, kebebasan,
kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau
percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi
dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Oleh itu, alat-alat permainan yang digunakan oleh
kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanakkanak.
Froebel amat menekankan bahawa belajar melalui bermain itu adalah penting bagi kanakkanak. Berdasarkan pengalamannya sendiri, Froebel menyatakan bermain harus dipandang
sebagai suatu metode dari pendidikan dan merupakan cara bagi kanak- kanak untuk meniru
kehidupan orang dewasa. Dengan demikian, kegiatan bermain yang tidak berstruktur adalah
sangat berbahaya iaitu tanpa bimbingan dan pengarahan serta perencanaan lingkungan yang
baik, akan mengakibatkan cara belajar kanak- kanak menjadi yang salah. Bagi Froebel, guru
bertanggungjawab dalam membimbing dan mengarahkan, dengan demikian anak akan menjadi
lebih kreatif. Secara tidak langsung akan mengembangkan kurikulum pendidikan pra-sekolah
yang lebih terancang dan sistematik.
Erikson (1902- 1994) dalam Nuriman (2009) juga mempunyai pendapat yang hampir sama
dengan Frobel tentang bermain iaitu beliau percaya bahawa apabila kanak- kanak bermain,

mereka akan lebih memahami diri mereka sendiri. Kanak- kanak akan mengetahui tahap dan
kemampuan diri mereka ketika bermain. Semakin banyak kanak- kanak bermain, semakin
banyak yang dipelajarinya. Oleh itu, sebaik- baik permainan adalah permainan yang melibatkan
pemikiran, aktiviti fizikal dan juga interaksi.
4.2

Aspek Perkembangan Sosial dan Emosi

Froebel berpendapat perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan harus
dipelajari sejak daripada kecil lagi. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak
ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya,
memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak
berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka.
Philip (1991) dalam Vijayen Gopal (2003), turut mempunyai pandangan yang menyokong
pendapat Froebel mengenai perkembangan

sosial dan emosi kanak- kanak, iaitu menurut

Philip, kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan
perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) dalam Vijayen Gopal
(2003), pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara
efektif dengan individu lain dalam situasi sosial ataupun kerja. Terdapat pelbagai cara untuk
memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah, Contohnya, aktiviti
bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah
mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi.
Bandura (1976) dalam Indah (2009) pula menyatakan pendapatnya yang menyokong Froebel
tentang kepentingan sosial emosi kanak- kanak ini. Beliau menyatakan bahawa perkembangan
emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak
meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan cuba untuk melakukan gerak balas yang
belum pernah mereka cuba. Selain daripada itu, cara kanak-kanak menyatakan emosinya juga
bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara
yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu
dengan paling mudah dan cepat.
4.3 Aspek Perkembangan Fizikal
Bagi aspek perkembangan fizikal pula, Froebel menyatakan permainan biasanya melibatkan
aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor
kasar dan motor halus.

Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu
perkembangan

psikomotor

halus,

perkembangan

psikomotor

kasar,

kesihatan

dan

keselamatan. Kenyataan Froebel ini adalah selaras dengan pendapat Schmidt (1982) dalam
Ernie Suliana (2008), yang menyatakan psikomotor merupakan satu proses gabungan latihan
dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal, iaitu
pembelajaran yang telah berlaku berdasarkan maklum balas mengikut prestasi pengetahuan
(knowledge of performance) dan pengetahuan keputusan (knowledge of results). Aspek
perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah
dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk
memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:
i.

Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar

Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas,
dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar
mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem
dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. Misalnya, aktiviti bermain di padang
permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada monkey bar,
bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.
ii.

Aspek Perkembangan Motor Halus

Kemahiran motor halus pula ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot
kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang
baik adalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada
kanak-kanak. Antara aktiviti dalbentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu
perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang,
menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

4.4 TEORI TINGKAH LAKU FOEBEL


Froebel berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
Teori pembelajaran ini kebanyakkannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang
dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka
menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang
menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa
pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku kanakkanak sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku kanakkanak boleh diperhatikan, dikawal dan juga diramal.
Selain daripada itu, terdapat pandangan atau definisi pembelajaran behavioris yang
boleh diterima umum seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) dalam Ishak Othman (2000),
yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkah laku kanak- kanak yang
agak tetap akibat daripada latihan secara berterusan.

Anda mungkin juga menyukai