Anda di halaman 1dari 73

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2003), kemahiran berfikir terdapat

pelbagai istilah bagi menerangkan makna berfikir dan gaya berfikir. Pemikiran boleh

dibahagikan kepada pemikiran logikal, pemikiran kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran

analitikal, pemikiran reaktif, pemikiran historisi, pemikiran hipotetikal, pemikiran

proaktif, pemikiran konstruktif, pemikiran sistematik, pemikiran pragmatik, pemikiran

negatif, pemikiran nilai, pemikiran emotif, pemikiran intuitif, pemikiran objektif,

pemikiran vertikal, pemikiran konvergen dan pemikiran divergen. Daripada penerangan

ini, terdapat pelbagai pemikiran.

1
Manakala menurut Shukri Ismail dalam Jurnal akademik Maktab Perguruan Kuala

Terengganu (2001/2002) menyatakan kemahiran berfikir ialah suatu proses

menggunakan minda manusia sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap

sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran

berfikir menurut Nasruddin dan Halimah (2012), adalah kecekapan seseorang

menggunakan akal bagi menjalankan proses pemikiran. Manusia yang memperoleh

kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea

secara teratur dalam membuat keputusan yang tepat dan betul untuk sesuatu tindakan

yang sewajarnya.

Pemikiran merupakan satu sistem yang tersusun, sistematik, dan saintifik hasil daripada

proses pemikiran manusia. Menyedari tentang hakikat perkembangan dan kepentingan

kemahiran pemikiran pelbagai usaha telah dijalankan bagi membangun perkembangan

minda manusia. Manakala menurut Nasiruddin, Abdul Salam dan Mohsin Mohamad

(2012), menyatakan pemikiran adalah istilah yang merujuk kepada idea pemikiran dan

disokong dengan ulasan-ulasan. Keberkesanan adalah bergantung kepada sejauh mana

kebijaksanaan seseorang itu dengan kefahaman. Ini disokong lagi dengan alasan-alasan

bagi mengukuhkan lagi sesuatu kefahaman. Pemikiran menurut Dewey (1933) dalam

Ainon dan Abdullah (1995), pemikiran sebagai perilaku untuk menyelesaikan sesuatu

masalah. Manusia perlu berfikir untuk menyelesaikan masalah-masalah dan

menyesuaikan diri dengan persekitaran.

2
Berdasarkan buku pemikiran saintifik oleh Mohd Yusof Hassan (2003), pemikiran telah

dibahagikan kepada iaitu pemikiran luhur, pemikiran lahir, pemikiran logik dan

pemikiran lateral. Pemikiran luhur adalah pemikiran yang berdasarkan kepada

ketauhidan, keimanan dan ketakwaan. Pemikiran lahir pula ialah menerangkan tentang

kemampuan manusia untuk berfikir daripada peringkat dalam rahim semasa berusia 6

hari sehingga usia 6 tahun. Pada peringkat ini, proses minda manusia adalah sangat

penting. Pemikiran logik adalah merupakan pemikiran yang berdasarkan ilmu-ilmu

pasti, ilmu sains dan ilmu matematik. Pemikiran jenis ini memerlukan bukti serta hujah

bagi membuktikan kebenaran sesuatu fakta. Manakala Pemikiran Lateral sejenis

pemikiran yang tidak mementingkan pada fakta-fakta logik atau fakta kebenaran tetapi

lebih mementingkan kreativiti, imaginasi, rekaan dan khayalan semata-mata.

Minda adalah sebesar-besar anugerah Allah kepada manusia. Daripada minda manusia

boleh memperoleh menyimpan dan menggunakan ilmu pengetahuannya untuk

digunakan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Minda terbahagi kepada tiga iaitu

kebolehan mengetahui sesuatu, memahami, mengingati dan berperasaan. Kedua,

perasaan gembira, duka, takut, terseksa, kasih dan cemburu. Ketiga, berkaitan dengan

kemahuan cita-cita, harapan, tindakan dan niat.

Kajian yang dijalankan terhadap 8 lirik lagu M. Nasir adalah untuk mengetahui tentang

pemikiran luhur. Kebanyakan lirik-lirik lagu yang dihasilkan adalah mempunyai sifat-

sifat luhur yang boleh dilihat dalam pelbagai perspektif seperti Allah, Al Quran, rukun

iman, mukmin, hamba, fardu ain, amal makruf, dunia dan akhirat. Kebanyakan lagu-

3
lagunya adalah mempunyai pemikiran yang mengajak manusia mentaati dan mengikuti

amalan-amalan yang baik dalam setiap lirik lagu yang dihasilkan.

1.2 Penyataan Masalah

Berdasarkan buku pemikiran saintifik oleh Mohd Yusof Hassan (2003), pemikiran luhur

adalah sejenis pemikiran yang tinggi martabatnya. Pemikiran ini suci berdasarkan

ketauhidan, keimanan, dan ketakwaan. Pemikiran jenis ini adalah merupakan unsur-

unsur ketuhanan dan mempunyai unsur nilai-nilai baik dalam diri seseorang. Kajian

yang dijalankan terhadap lirik-lirik lagu M. Nasir adalah mempunyai unsur-unsur luhur.

Dalam Islam terdapat aspek-aspek penting dalam akidah kepercayaan kepada Allah,

Nabi Muhammad S.A.W, Al Quran dan Hadis, Rukun-rukun Islam, Muslimin-

Muslimat, akidah, fardu ain, amal makruf-nahi mungkar, amal ibadat, rohani dan

jasmani dan lain-lain. Unsur luhur ini terdapat dalam kebanyakan lagu-lagu ciptaan M.

Nasir. Walaupun kita ketahui bahawa M. Nasir adalah bukan di kalangan penyanyi

nasyid tetapi kebanyakan lagu-lagunya adalah pemikiran luhur yang ingin disampaikan

kepada masyarakat.

Persoalan mengenai Tuhan dan ketuhanan amat luas skop perbincangannya. Dengan ini,

dapat dibahaskan dari berbagai-bagai sudut. Kenyataannya setiap bangsa atau suku

4
kaum manusia yang menghuni alam ini mempunyai pandangan dan persepsi yang

tersendiri yang menyentuh perkara ini.

Dalam kehidupan, masyarakat sering meletakkan lagu sebagai salah satu daripada

cabang kesenian dan medium hiburan yang sangat digemari. Dalam hubungan ini,

kekuatan dan keutuhan sesebuah lagu sering dikaitkan dengan beberapa unsur yang

menyokongnya. Selain irama atau melodi yang mengasyikkan, lirik yang baik dan

berkesan dapat menyumbang ke arah kemantapan dan nilai penerimaan masyarakat.

Lirik berfungsi menerangkan kisah atau pemikiran dalam sesebuah lagu serta

mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat.

Muzik Melayu bermula sejak bangsa Melayu wujud kerana seperti manusia lain juga di

dunia ini, orang-orang Melayu secara fitrah dibekalkan dengan kemampuan untuk

menyatakan perasaan atau ekspresi diri melalui pelbagai cara dan salah satu daripadanya

ialah melalui muzik. Irama dan gaya penyampaian muzik atau dendangan lagu

mempunyai kaitan yang rapat dengan pencerminan sosial (John Shepherd, 1991).

Ringkasnya dapat dikatakan bahawa pelahiran sesuatu bahan seni dalam bentuk muzik

bergantung rapat dengan keadaan dan kehendak sosial sesuatu kaum. Jelasnya, seni

muzik mempunyai signifikan sosial.

Kajian ini dijalankan terhadap lirik-lirik lagu M. Nasir yang mempunyai unsur-unsur

pemikiran luhur. Kebiasaannya, kebanyakan lirik-lirik yang berunsurkan luhur adalah

ditulis dan dinyanyikan oleh kumpulan-kumpulan nasyid. Uniknya walaupun M. Nasir

5
adalah merupakan seorang penyanyi dan penulis lirik yang bukan di kalangan golongan

pendakwah.

1.3 Latar belakang kajian

Datuk M. Nasir  atau nama sebenarnya  Mohamad Nasir bin Mohamad  dilahirkan pada

tarikh 4 Julai 1957 di Singapura, beliau merupakan seorang  penyanyi, penggubah lagu,

pelakon, serta pelukis yang menetap di Malaysia. Beliau juga dikenali dengan

jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia. M. Nasir juga adalah salah seorang

penyanyi yang berbangsa Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4

dekad berturut-turut selain penyanyi seperti Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah

Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah dan Noraniza Idris.

Berdasarkan kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada 8 lirik lagu yang dicipta

oleh beliau antaranya Kupu-kupu, Ada, Aduhai Kasih Aduhai, Akar Kita, Impian Anak

Jalanan, Masirah, Andalusia, Dedaun Masa.

6
1.4 Objektif penyelidikan

Kajian ini akan menjurus kepada objektif yang berikut:

i. Mengenal pasti lirik-lirik yang mempunyai pemikiran luhur yang terdapat di

dalam lirik lagu M Nasir.

ii. Menghuraikan pemikiran luhur yang terdapat dalam lirik-lirik lagu M Nasir.

1.5 Batasan Penyelidikan

Kajian ini dijalankan terhadap 8 lirik lagu yang dinyanyikan oleh M Nasir. Antara lagu-

lagunya ialah Kupu-kupu, Ada, Aduhai Kasih Aduhai, Akar Kita, Impian Anak Jalanan,

Masirah, Andalusia, Dedaun Masa.

1.6 Kepentingan Penyelidikan

Dalam konteks kajian ini, penulis mengemukakan beberapa soalan sebagai panduan atau

penunjuk arah kepada proses penulisan kajian ini. Soalan-soalan itu ialah:

i. Selain daripada penyanyi dan komposer, M. Nasir juga merupakan penulis lirik

dan lagu yang berkonsepkan pemikiran luhur.

7
ii. Kebiasaannya penulis lirik menyampaikan lagu-lagu berkonsepkan cinta tetapi

sebalik lagu-lagu M. Nasir juga berkonsepkan pemikiran luhur dalam

menyampaikan dakwah.

iii. Konsep luhur bukan sahaja terdapat dalam pelbagai general kesusasteraan tetapi

terdapat juga dalam lirik lagu untuk dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji

lain.

1.7 Soalan Kajian

Dapatan kajian yang diperoleh daripada kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan

kepada pengkaji lain untuk menerangkan tentang pemikiran luhur dalam lirik lagu M.

Nasir. Soalan kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui adakah lirik lagu

nyanyian M. Nasir ini mempunyai unsur-unsur luhur, sekiranya terdapat unsur-unsur

luhur dalam lirik lagu M. Nasir ini apakah unsur dan nilai luhur yang terdapat sama ada

dari segi ketauhidan, keimanan dan ketakwaan.

8
1.8 Kesimpulan

Hampir kebanyakan lagu-lagu yang dicipta oleh M. Nasir terkandung di dalamnya

konsep pemikiran luhur. Diharapkan kajian ini akan dapat menjelaskan perkataan yang

menerangkan tentang pemikiran luhur yang telah dikemukakan oleh Mohd Yusof

Hassan (2003). Kajian ini diharapkan juga agar dapat menerangkan nilai-nilai luhur

yang tedapat dalam lirik lagu nyanyian M. Nasir. Pemikiran luhur ini bukan sahaja

menyentuh tentang keagamaan sahaja tetapi juga menyentuh tentang aspek politik,

ekonomi, pendidikan, sains, ilmu pengetahuan, kemasyarakatan dan kemanusiaan.

9
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Sastera terbahagi kepada tiga jenis iaitu puisi, prosa, dan drama. Lirik lagu adalah

termasuk dalam jenis puisi termasuklah juga pantun, sajak, syair dan sebagainya. Puisi

ialah luahan emosi seseorang penyair yang berteraskan sesuatu seperti kejadian yang

dilihat atau dialaminya dengan pemerihalan yang disampaikan dengan emosinya pada

masa itu (Sahlan, 2005). Lagu atau nyanyian adalah sebuah alunan nada dan bunyi yang

mampu mengubah jiwa seseorang yang mendengarnya. Keadaan ini berlaku adalah

disebabkan oleh setiap manusia akan menikmati keindahan sesebuah lagu itu adalah

berbeza di antara satu sama lain. Keindahan sesuatu lagu adalah bergantung pada

keindahan bahasa yang digunakan. Keadaan ini ditambah lagi dengan gabungan di

antara suara dan alat muzik akan menyebabkan wujudnya kesatuan.

10
Lagu adalah melambangkan identiti sesebuah masyarakat dan bangsa. sesuatu

masyarakat itu itu dapat dikenali ciri-ciri sesuatu kaum itu kesemuanya dapat

digambarkan dalam bahasa-bahasa yang digunakan dalam lirik-lirik lagu tersebut.

Walaupun mengalami arus pemodenan sesuatu bangsa itu tetapi alunan dan lirik lagu

masih lagi dikekalkan.

Moral adalah digambarkan sebagai model kehidupan yang melambangkan tingkah laku

pengkarya terhadap sesuatu karya yang dihasilkan. Nilai-nilai luhur adalah berkaitan

dengan agama dan sifat-sifat yang terpuji. Antara sifat-sifat terpuji seperti hormat pada

orang tua, ikhlas, keberanian, tolong-menolong, menghormati tetamu, menurut perintah

Allah, berterima kasih, bersabar, menepati janji, timbang rasa, pemaaf, murah hati dan

rasa bertanggungjawab.

2.2 Tinjauan literatur

Kajian literatur ialah kajian yang dibuat secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen-

dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah memperoleh maklumat

berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan. Menurut Boote dan Beile (2005),

objektif kajian literatur adalah bagi membezakan kajian terdahulu dengan kajian yang

akan dijalankan, menemui pemboleh ubah yang relevan dengan tajuk penyelidikan yang

baru, menggabungkan bahagian-bahagian penulisan dari pelbagai bahan rujukan dan

mendapat perspektif baru dalam topik yang sama.

11
Terdapat pelbagai kajian dan jurnal yang telah dicadangkan oleh pengkaji terdahulu

sama ada di dalam atau di luar negara. Kebanyakan pengkaji mengkaji tentang nilai

luhur atau nilai-nilai murni yang terdapat pada lirik-lirik lagu. Kebanyakan kajian yang

dijalankan terhadap lirik lagu sama ada di dalam atau luar negara adalah kebanyakannya

adalah berkisar pada nilai-nilai baik yang perlu diikuti oleh manusia tanpa mengira

agama. Semua manusia mestilah percaya pada agama dan melakukan kerja-kerja

kebaikan untuk manusia sejagat. Penelitian mengenai lirik lagu kebanyakan dilakukan

untuk mengetahui sejauh mana kemampuan sebuah lirik lagu dapat mempengaruhi

masyarakat.

Berdasarkan kajian jurnal yang bertajuk Analisis Interpretasi Lirik Dabus Yang

Diamalkan Oleh Masyarakat Di Bagan Serai, Perak yang dihasilkan oleh Nurfarhana

Shaira Rosly dan Mohd Sharifudin Yusop (2014). Kajian ini menganalisis aspek mesej

dan amanat dalam lirik lagu persembahan Dabus masyarakat di Bagan Serai, Perak.

Dalam lirik lagu yang dianalisis terdapat perhubungan di antara manusia dengan

ketuhanan. Kebanyakan lirik lagu yang ditulis adalah berkisar kepada pujian kepada

Allah dan mengajak manusia melakukan kebaikan untuk bekalan dunia dan akhirat.

Hasil daripada dapatan kajian yang dibuat, wujudnya hubungan manusia dengan Tuhan,

sosiobudaya, keindahan alam, pendidikan, kepahlawanan dan kebudayaan. Ini

menunjukkan setiap lirik lagu mempunyai jalan cerita tersendiri dengan menggunakan

ayat serta frasa yang pendek, tepat dan padat. Pemuzik atau pengubah lirik lagu juga

12
berperanan dalam mencipta lagu yang memberi kesan kepada pendengar hingga

membawa kepada perubahan dalam diri pendengar yang menghayati mesej yang

disampaikan dalam lagu tersebut.

Kajian tentang lirik lagu juga telah dihasilkan oleh Norshafawati Saari, Asiah Sarji dan

Fauziah Kartini Hassan Basri (2010). Jurnal yang bertajuk Muzik dan Pembangunan

Sosial, Paparan Dasar Industri Hiburan Dalam Akhbar-akhbar di Malaysia. Gabungan

lirik lagu dan melodi dalam aspek komunikasi meletakkan muzik salah satu aspek

komunikasi.

Hasil daripada kajian ini, pengkaji telah menggambarkan imej dan ketamadunan bangsa.

Sesuatu bangsa dapat dilihat pada lirik-lirik lagu yang dihasilkan. Kelembutan dan

keindahan sesuatu lagu itu mencerminkan ketamadunan sesuatu bangsa atau

masyarakat.

Kajian yang seterusnya telah dihasilkan oleh Fauzi Rahman (2011) yang bertajuk

Perbandingan gaya bahasa dan bahasa kiasan lirik lagu Peterpan dalam album

Alexandria dengan lirik lagu ungu dalam album Melayang serta aplikasinya dalam

pembelajaran Bahasa Indonesia di SMA. Tujuan kajian dilakukan adalah untuk

mengetahui perbandingan penggunaan bahasa dan bahasa kiasan yang terdapat dalam

lagu Peterpan. Dapatan kajian, daripada 107 penggunaan gaya bahasa, terdapat 50

perkataan yang menggunakan bahasa kiasan tersebut adalah bertujuan bagi

13
menyampaikan apa yang tersurat dan juga tersirat. Pengkaji telah menggunakan teori

gaya bahasa dan juga teori kiasan bagi menyampaikan sesuatu bahasa dalam lirik lagu.

Kajian yang keempat berkaitan dengan tajuk pemaknaan lagu Sekuat Hatimu oleh

Nizwan Amin (2012). Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui makna

yang terkandung di dalam lirik lagu Sekuat Hatimu. Makna sesebuah lagu tidak

ditafsirkan secara keseluruhan tetapi perlulah diteliti perkataan dari perkataan bagi

mengetahui makna yang terkandung di dalam lagu tersebut. Berdasarkan kajian Nazwan

Amin (2012) adalah menggunakan teori semiotico ferdinand de faussure iaitu di dalam

teori ini menggunakan kerangka berfikir berdasarkan frene of referen dan field

experience. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dan mengkaji secara langsung di

antara lirik-lirik lagu dengan makna lagu tersebut.

Dapatan daripada kajian ini ialah berdasarkan lirik lagu Sekuat Hatimu oleh Nazwan

Amin (2012) menerangkan tentang penyesalan yang dialami oleh remaja yang memilih

gaya hidup yang salah. Kesannya penyesalan untuk kembali merasai kasih sayang

daripada seseorang ibu. Penilaian tentang makna lagu ini dikaji dari perkataan ke

perkataan bagi menjelaskan makna yang sebenar.

Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Deddy Nugraha (2014) yang bertajuk analisis

struktural-semiotik lirik lagu “Vois Sur Ton Cheemin” dan “Caresse Sur L’ocean”

karya Bruno Coulais. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan

tentang aspek bunyi, aspek sintaksis, aspek semantik dan aspek semiotik. Berdasarkan

14
perkataan penggantian erti, penyimpanan erti dan penciptaan erti dalam lirik lagu “Vois

Sur Ton Cheemin” dan “Caresse Sur L’ocean”. Hasil dapatan berdasarkan analisis

aspek bunyi, aspek sintaksis dan aspek semantik dapat disimpulkan bahawa makna lirik

lagu tersebut bertujuan untuk meraih impian masa hadapan yang cemerlang.

Kebahagiaan yang terdapat dalam lagu tersebut adalah kebebasan untuk menyanyi di

asrama sekolah tanpa larangan daripada ketua warden. Menyanyi adalah merupakan

perkara yang sangat disukai oleh kanak-kanak bagi menjelaskan isi hati dengan lantunan

nada berupa lagu.

Kajian ini diharapkan dapat memberi pengertian yang mendalam terhadap lirik lagu

tersebut. Penelitian ini akan memberi manfaat kepada pembaca atau pengkaji lirik lagu

tersebut. Dengan penerangan yang jelas tentang lirik lagu akan memberi pemahaman

yang begitu jelas dan tentang makna lirik lagu tersebut. Dengan penelitian dan kajian

yang mendalam akan memberi informasi tentang unsur dan makna yang lebih jelas.

Kajian seterusnya adalah melalui tesis yang dihasilkan oleh Maya Sopa (2015) yang

bertajuk An analysis of moral values in Maher Zain`s selected song lyrics. Kajian

tentang nilai-nilai moral yang terdapat dalam album Maher Zain. Kebanyakan lirik-lirik

lagunya adalah berunsur dakwah yang mengajak manusia ke arah kebaikan dan

meninggalkan perkara-perkara yang mungkar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji

nilai-nilai moral dan manfaat nilai moral itu dalam kehidupan manusia seperti yang

ditulis dalam lirik lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain. Data kajian adalah terdiri

15
daripada album yang berjudul “Thank You Allah” yang terdiri daripada sepuluh buah

lagu.

Teknik yang di jalan untuk membuat kajian terhadap album ini ialah dengan cara

membaca dan mendengar lirik lagu yang terdiri daripada sepuluh buah lagu. Langkah

seterusnya ialah dengan cara memahami isi lirik lagu yang terdapat dalam album

tersebut. Langkah yang ketiga ialah dengan menganalisis nilai-nilai moral yang dapat

memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Nilai-nilai moral yang terdapat dalam

lirik lagu Maher Zain adalah melalui ajaran agama seperti cinta, dan kasih sayang,

kesetiaan, ketulusan, rasa syukur, ketabahan, rendah hati, cinta damai, persaudaraan, dan

menghormati orang lain.

Lirik lagu yang mempunyai nilai moral yang mendatangkan manfaat kepada manusia

terdapat dalam lirik lagu Maher Zain. Digambarkan dalam lirik lagu ini ialah manusia

yang tidak beragama adalah manusia yang tidak mempunyai kebaikan dalam hidup.

Asas ajaran agama yang mengajak manusia tolong-menolong, hormat-menghormati

antara satu sama lain. Nilai moral yang digambarkan dalam lirik lagu Maher Zain juga

menggambarkan tentang tingkah laku dan kehidupan pengarang. Kesimpulan dalam

kajian lirik lagu ini adalah bermoral adalah merupakan cara yang terbaik dalam

kehidupan manusia.

Antara kajian-kajian lepas berkaitan dengan lirik lagu yang mempunyai nilai-nilai moral

adalah dihasilkan oleh Ali Furqon (2009) yang bertajuk nilai-nilai pendidikan Islam

16
dalam lagu-lagu keagamaan dalam album Ya Rahman Cahaya hati. Nilai-nilai

pendidikan Islam bukan sahaja diperoleh daripada pendidikan sahaja tetapi media cetak

dan elektronik juga memainkan peranan dalam perkembangan pendidikan. Keagamaan

adalah bermaksud sejenis muzik yang membawa nilai-nilai dakwah dalam lirik-lirik

lagu yang disampaikan. Kajian ini adalah dijalankan secara kajian perpustakaan bagi

mengenal pasti lagu-lagu yang mempunyai nilai-nilai Islam dalam lirik-lirik lagu

keagamaan.

Tujuan kajian ini adalah untuk menyenaraikan nilai-nilai dakwah islamiah yang terdapat

dalam lirik lagu. Cara kajian dijalankan adalah dengan cara kajian melalui perpustakaan

dengan mengambil contoh-contoh lagu yang berkaitan nilai-nilai pendidikan Islam.

Data dikumpul daripada internet, buku-buku, majalah dan sebagainya. Analisis data

dibuat dengan cara membanding dan persamaan yang terdapat dalam lirik lagu yang

mempunyai unsur-unsur dakwah.

Hasil dapatan yang diperoleh daripada kajian yang buat oleh Ali Furqon (2009)

menunjukkan bahawa lirik lagu keagamaan mempunyai nilai-nilai keimanan syariat dan

akhlak. Dapatan kedua yang diperoleh menunjukkan bahawa lirik-lirik lagu keagamaan

adalah mempunyai hubungan yang kuat dengan media pendidikan Islam.

Kajian seterusnya ialah kajian yang dilakukan oleh Arista Niken Kartik Sari (2014)

yang bertajuk the poetic and moral value analysis seen on song lyric of forgive me

album by Maher Zain. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk menerangkan nilai moral

17
dan unsur-unsur sastera dalam lirik lagu tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah

penyelidikan kualitatif untuk mengetahui data yang sah. Kajian yang dilakukan itu

mendapati terdapat sebelas jenis nilai moral dalam lirik lagu Maher Zain. Nilai moral

tersebut adalah keagamaan, kasih sayang, kesetiaan, keikhlasan, kesyukuran, ketabahan,

merendah diri, cintakan keamanan, persaudaraan, saling menghormati dan optimisme.

Menurut pengkaji ini, muzik boleh mewakili perasaan manusia untuk menyampaikan

pemikiran, pengalaman, emosi dan iman. Selain itu muzik juga mengajak pendengarnya

ke dunia dan kehidupan yang baru apabila mereka mendengar lirik-lirik yang di

dengarkan penyanyi. Muzik yang dilakukan merupakan sebahagian daripada karya

sastera. Muzik dan karya sastera adalah sangat berguna kerana ia mengandungi

berbagai-bagai nilai-nilai keagamaan, moral dan sosial.

Nilai-nilai moral bukan sahaja boleh diperoleh melalui perbincangan dalam keadaan

formal dan mendapatkan dari buku tetapi juga boleh disampaikan melalui lagu. Nilai-

nilai moral dapat disampaikan dengan baik dengan menggunakan muzik kerana pada

masa kini ramai orang menggunakan lagu untuk meluahkan perasaan mereka. Dalam

lagu, terdapat kata-kata yang dinamakan sebagai lirik. Lirik mengandungi mesej yang

digunakan untuk menyatakan perasaan manusia dan pengalaman. Dalam kajian ini

beliau ingin memudahkan pembaca dengan menyampaikan mesej yang boleh didapati

dalam lirik lagu yang dicadangkan moral bagi ramai orang yang suka mendengar muzik.

18
Kajian yang dilakukan ini mempunyai perkaitan dengan kajian yang dilakukan oleh

pengkaji mengenai unsur-unsur pemikiran luhur yang terdapat dalam lagu M. Nasir.

Unsur pemikiran luhur ini adalah pemikiran yang berdasarkan ketauhidan, keimanan

dan ketakwaan. Lirik-lirik lagu yang mempunyai sifat-sifat pemikiran luhur dapat dilihat

dalam pelbagai aspek pelbagai perspektif seperti kekuasaan Allah, Al Quran, rukun

iman, mukmin, hamba, fardu ain, amal makruf, dunia dan akhirat. Pemikiran luhur yang

terdapat dalam lirik adalah bertujuan untuk memberikan nilai-nilai moral kepada

pendengar.

Kajian seterusnya dilakukan oleh Siti Noor Riha Sulung dan Normaliza Abdul Rahim

(2015), dalam kajian yang bertajuk Laras bahasa dalam lirik lagu hakim yang bijaksana.

Kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengkaji laras bahasa yang digunakan dalam

teks lirik lagu serta menganalisis kesesuaian penggunaan kata. Beliau menyatakan lagu

merupakan media penyampaian kepada pendengar dalam bentuk. Selain itu, lirik lagu

juga dapat digunakan untuk menyuntik rasa cinta antara satu sama lain, sebagai

pembakar semangat dan juga dapat digunakan untuk memprovokasi atau menyampaikan

saranan propaganda serta untuk menanam sikap atau nilai benar yang dapat dirasakan

oleh masyarakat.

Hasil kajian beliau mendapati penulis lirik mempunyai pemikiran yang sangat teliti

dalam usaha untuk menyampaikan rasa keluhan, perintah, permintaan, kejutan,

persetujuan, luahan hati dan maksud-maksud tersirat yang lain. Oleh itu, struktur laras

bahasa dalam lirik lagu adalah merupakan satu kejayaan kepada penulis lirik. Kajian ini

19
mempunyai kesinambungan dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji iaitu di

samping untuk mewujudkan pemikiran luhur iaitu melalui teori SPB4L yang berkaitan

dengan keimanan dan ketuhanan, pemilihan kata juga amat penting untuk menerangkan

tentang sesuatu.

2.3 Kesimpulan

Melalui ulasan kajian yang lepas, ianya dapat dijadikan panduan dan rujukan untuk

menerangkan kriteria-kriteria yang perlu diberi perhatian dan penambahan perlu

dilakukan. Selain itu, ulasan yang dibuat juga bertujuan membuat perbandingan

sekiranya perkara-perkara yang menjadi matlamat kajian mempunyai persamaan dengan

kajian yang dibuat. Kajian-kajian lepas juga amat membantu untuk mendapatkan

kefahaman yang lebih baik mengenai kajian yang bakal dijalankan.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa hasil daripada kajian jurnal dan tesis yang dikaji

oleh pengkaji tentang lirik-lirik lagu yang mempunyai nilai-nilai luhur adalah

memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan tamadun manusia. Lirik-

lirik lagu yang mempunyai nilai keindahan dan disertai dengan irama menjadikan satu-

satu lagu itu mempunyai nilai keindahan yang begitu tinggi dan dapat menyampaikan

mesej dengan begitu berkesan.

20
Secara umumnya seni adalah diertikan sebagai nilai keindahan yang terkandung dalam

diri manusia. Lirik-lirik lagu yang indah akan menjadikan objektif untuk mengajak

manusia ke arah kebaikan adalah sangat berkesan jika dibandingkan dengan puisi-puisi

lain. Keadaan ini disebabkan oleh naluri semula jadi manusia yang inginkan kepada

sesuatu yang indah dan mempunyai irama yang merdu.

21
BAB 3

KAEDAH PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian adalah ialah cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk

mencapai objektif kajian dengan lebih sistematik. Bab ini menjelaskan tentang

kaedah kajian yang dijalankan. Metodologi kajian yang digunakan perlulah sesuai

dengan kajian yang dijalankan supaya ia bersesuaian dengan pembolehubah yang

hendak dikaji. Kepentingan terhadap metodologi kajian ini turut dikemukakan oleh

Mohd Majid (1990). Beliau berpendapat kegagalan menggunakan kaedah penyelidikan

yang berkesan akan menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kurang jelas dan boleh

menyebabkan berlakunya bebanan maklumat. Kajian yang dilakukan ini menggunakan

kaedah kualitatif iaitu dengan menganalisis dokumen lirik lagu nyanyian M. Nasir.

Menurut Aini Hassan (2007), kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan

22
maklumat data yang bersifat kualitatif iaitu seperti pemerhatian, temubual, analisis

dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap.

3.2 Pendekatan Teori

Berdasarkan teori pemikiran luhur yang ditulis oleh Mohd Yusof Hassan (2003) iaitu

pemikiran luhur adalah jenis pemikiran keagamaan. Manusia percayakan agama dan

Tuhan mempunyai sistem pemikiran luhurnya masing-masing. Terdapat dua pemikiran

luhur iaitu perhubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan dengan manusia.

Hubungan manusia dengan Tuhan di mana manusia adalah berperanan sebagai hamba

Allah manakala hubungan manusia dengan manusia pula manusia sebagai khalifah.

Hubungan ini dikenali sebagai vertikal dan hubungan horizontal atau dikenali sebagai

ilmu untuk mengenali Allah dikenali sebagai hubungan naqli manakala ilmu hubungan

manusia dengan manusia dikenali sebagai ilmu aqli.

Teori yang digunakan bagi mengkaji tentang pemikiran luhur yang terdapat di dalam

lagu M. Nasir ialah menggunakan teori pemikiran luhur yang dihasilkan oleh Mohd

Yusof Hassan (2003). Pemikiran berdasarkan teori tersebut adalah dibahagikan kepada

empat iaitu pemikiran lahir, pemikiran logik, pemikiran luhur dan pemikiran lateral.

Kajian ini menjelaskan kepada kajian tentang pemikiran luhur. Pemikiran luhur adalah

pemikiran yang berkaitan dengan keagamaan dan Tuhan. Pemikiran ini menjelaskan

kepada hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan Tuhan.

23
Pemikiran luhur dalam Islam dapat dilihat dalam pelbagai perspektif. Pertama, dapat

dilihat dalam ajaran Islam yang berpasangan, iaitu Allah dan Muhammad, Al Quran dan

Al Hadis, rukun iman dan rukun Islam, hamba dan khalifah, mukmin dan Muslim, fardu

ain dan fardu kifayah, amal dan ibadat, dunia dan akhirat, syurga dan neraka serta amal

makruf dan nahi mungkar. Agama Islam datangnya daripada Allah dan diutuskan

melalui para nabi dan rasul. Al Quran adalah sebagai sumber peraturan kehidupan dan

rujukan. Manakala orang Islam mengikuti sunah dan hadis yang diutuskan oleh para

rasul dan nabi. Sebagai orang Islam yang ingin menjadi Muslim yang sejati perlulah

berikrar dan beriman dengan rukun Islam dan rukun Iman.

Umat Islam mempunyai dua peranan iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah serta mesti

mempelajari ilmu-ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Umat Islam mempunyai dua dunia

iaitu dunia fana dan dunia akhirat yang kekal abadi.

Kedua, pemikiran luhur mengikut perspektif Islam ialah umat Islam wajib mengikuti

ajaran Al Quran yang mengandungi 6600 ayat yang menyentuh perkara-perkara seperti

janji baik, janji buruk, awas dan peringatan, perbandingan, perintah dan suruhan,

larangan dan tegahan, haram dan halal, doa serta nasikh dan mansukh.

Perspektif yang ketiga, di dalam Al Quran menyentuh pelbagai aspek kehidupan seperti

politik, ekonomi, pendidikan, sains, ilmu pengetahuan, kemasyarakatan, kemanusiaan

dan sebagainya.

24
Perspektif yang keempat, pemikiran luhur adalah berdasarkan ayat-ayat lazim dari

muqaddam sahaja menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia yang telah

dikemukakan dalam beberapa surah, contoh surah Al-Fatihah, yang berkaitan dengan

pujian, pengiktirafan, permintaan, panduan, perbandingan dan penyerahan. Surah Al Tin

dan Surah Al-Alaq yang menyentuh tentang kejadian manusia manakala Surah An Nas,

Surah Al Falaq, Surah Al Fil, Surah Al Masad, Surah Al Quraisy, Surah Al Takasur,

Surah al Humazah yang menyentuh tentang sifat-sifat manusia. Surah al Asr menyentuh

tentang manusia dan masa. Manakala Surah Alam Nasyrah menyentuh tentang

penyelesaian masalah manusia.

Golongan yang berilmu dalam Islam adalah golongan tinggi ilmunya yang mempunyai

pemikiran luhur serta mementingkan ilmu, minda dan hati manusia. Golongan-golongan

ini dipanggil dengan pelbagai nama di dalam Al Quran seperti orang yang berilmu

dipanggil “Qaum Ya`qilun, orang yang berfikir dipanggil “Ululalbab”, “Ulul-ilmi”,

“Qaum Yatafakarun” dan “Qaum Yafqanuan” manakala orang yang mempunyai visi

dipanggil “Ululabsar”.

Dapatlah dirumuskan bahawa teori pemikiran luhur yang dikemukakan oleh Mohd

Yusof Hassan (2003) adalah merupakan pemikiran yang merangkumi semua aspek

batiniah dan lahiriah. Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap lirik-lirik lagu M.

Nasir bukan sahaja menyentuh tentang aspek luhur dari segi agama tetapi merangkumi

25
aspek-aspek duniawi yang menjurus kepada kebaikan manusia. Daripada lapan lirik lagu

telah merangkumi semua aspek batiniah dan lahiriah.

3.3 Data

Kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melibatkan pemerhatian

dan catatan dibuat terhadap lirik lagu. Kajian ini melibatkan lapan lagu yang

dinyanyikan oleh M. Nasir. Sebanyak lapan lagu yang dinyanyikan yang terdiri daripada

pelbagai lagu yang dihasil dan dinyanyikan sendiri oleh M. Nasir. Kaedah kajian yang

dijalankan ialah dengan cara menganalisis data-data lagu M. Nasir. Dapatan kajian ini

akan dapat menentukan nilai-nilai yang dihasilkan dalam lirik lagu M. Nasir.

Data kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan lirik lagu nyanyian M.

Nasir. Antara lirik lagu tersebut ialah lagu Masirah, Andalusia dan beberapa lirik lagu

lagi seperti Kupu-kupu, Ada, Aduhai Kasih, Akar Kita, Impian Anak Jalanan, Dedaun

Masa disertakan di bahagian lampiran.

i. Masirah

Suara duka angin Gazza

Gegar jantung bumi kita

Nyawa anak di hujung senjata

26
Tangisan bonda hanya sia-sia

Masirah anak al-durrah

Netzarim bermandi darah

Begitu megah mata memandang dusta

Masirah dalam amarah

Hilang kalam kebenaran

Kudrat alam hanya menjadi rebutan

Berbaris-barislah ke satu arah

Jangan sampai berpisah menyusun langkah

Mencari-cari erti kedamaian

Di dalam jiwa tersirat jawapan

Masirah anak al-durrah

Netzarim lambang perjuangan

Kita menanti tangan pembelaan

Masirah dalam amarah

Hilang kalam kebenaran

Kudrat alam hanya menjadi rebutan

27
Masirah anak al-durrah

Netzarim lambang perjuangan

Kita menanti (kita menanti) tangan pembelaan

Masih menanti tangan pembelaan

(M. Nasir, 2002)

ii. Impian Anak Jalanan 

Kau mampu patahkan sayapku

Kau mampu tambatkan kedua kakiku

Tapi kau tak akan dapat

Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah

Hanya pemikat mata yang tergoda

Tapi aku kan tetap berjalan

Menuju tujuanku di sana

Berdendang anak jalanan

Berdendang dengan rentak kehidupan

Ku mohon perlindunganMu yang Esa

Aku dan mereka sama


28
Punya hati dan punya cita-cita

Kota ini tempat ku belajar erti hidup

Ku tinggalkan kampung halaman

Ku tinggalkan semua yang ku sayang

Demi masa depan yang cemerlang

Semoga ku diberi pedoman

(M. Nasir, 1999)

3.4 Penganalisisan Data

i. Data kajian dijalankan kajian ke atas lapan buah lagu-lagu ciptaan M. Nasir yang

berfikiran luhur. Antara lagu-lagu yang dikaji adalah seperti Kupu-kupu, Ada,

Aduhai Kasih, Akar Kita, Impian Anak Jalanan, Masirah, Andalusia, Dedaun

Masa.

ii. Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji daripada aspek-aspek berikut seperti

ajaran Islam, mengikut ajaran Islam, aspek kehidupan ,aspek kehidupan manusia

dan aspek tentang wanita.

iii. Data kajian diperoleh dengan cara menganalisis setiap tajuk lagu ciptaan M.

Nasir berdasarkan teori luhur yang dikemukakan oleh Mohd Yusof Hassan

(2003). Kajian ini berdasarkan tajuk lagu dan lirik-lirik perkataan yang

dihasilkan.

29
iv. Setiap lagu-lagu di analisis dan dihuraikan bagi menerangkan tentang luhur yang

ditetapkan oleh Mohd Yusof Hassan (2003).

v. Maklumat dan data-data yang diperoleh akan dikumpul untuk dianalisis bagi

mendapat maklumat-maklumat hasil daripada proses pengumpulan data bagi

mencapai objektif yang dikehendaki.

Menurut Mohamed Sharif (2001), ujian menganalisis data adalah bertujuan untuk

mencari makna dalam data-data yang dikaji. Menganalisis data dijalankan secara

sistematik dan dapatan yang diperoleh akan disusun bagi mendapatkan maklumat dari

data. Pengkaji menganalisis data-data yang diperoleh bagi memperoleh maklumat yang

terdapat dalam lapan lagu yang dikaji. Setiap perkataan yang terdapat di dalam lirik lagu

tersebut diteliti dan dianalisis. Setiap perkataan dianalisis bagi memperoleh makna yang

terdapat di dalam lagu tersebut. Bagi memahami makna lagu-lagu tersebut , kaedah

pemerhatian dan kajian dengan menggunakan Kamus Dewan bagi mendapat maklumat

yang lebih tepat.

3.5 Kesimpulan

30
Kaedah penyelidikan kajian merupakan langkah awal yang mesti dijalankan untuk

memastikan matlamat dan objektif kajian yang ditetapkan tercapai. Melalui bab ini,

telah menerangkan 8 buah lagu yang dipilih secara rawak. Hasil dapatan kajian akan

dapat menentukan nilai-nilai yang dihasilkan dalam lirik lagu M. Nasir. Walau

bagaimanapun, keseluruhan kaedah yang dijalankan memerlukan kepada penelitian rapi

bagi mendapatkan hasil yang baik.

Bagi kaedah kajian penyelidikan ini, ia merupakan aspek penting yang perlu diberi

perhatian bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai. Oleh itu,

kaedah penyelidikan kajian yang baik akan memberi panduan dalam perlaksanaan serta

cara perlaksanaan kajian.

31
BAB 4

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

Teori SPB4L menurut Mana Sikana (2015), pemikiran luhur ialah pemikiran yang

berkaitan dengan keimanan dan ketuhanan. Pemikir luhur akan mempunyai pengetahuan

yang mendalam dan tinggi tentang ilmu agama yang dianutinya. Perkataan SPB4L ialah

pemikiran bersepadu terdiri daripada luhur, lahir, logik dan literal. Bagi penganut agama

Islam pemikiran luhur mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Al-Quran dan

hadis. Pemikir juga mempunyai pengetahuan yang luas tentang akidah, syariah dan

akhlak. Menurut Mohd Yusof Hassan (2003) dalam Mana Sikana (2015) pengarang

yang mempunyai pemikiran luhur ialah pengarang beriman, bertakwa, berilmu naqli dan

berilmu aqli.

Teknik menganalisis karya menurut Mana Sikana (2015) ialah pengkaji akan membaca,

menghayati, mengulas dan mengkritik sesebuah hasil karya. Dengan menggunakan

32
teknik ini bagi menghuraikan pemikiran luhur seperti yang dijelaskan dalam teori

pemikiran saintifik SPB4L.

Bahagian ini membincangkan tentang dapatan yang diperolehi daripada kajian yang

telah dijalankan. Berdasarkan lapan buah lirik-lirik lagu M. Nasir yang dikaji berkaitan

dengan luhur berdasarkan pemikirran saintifik atau SPB4L yang dikemukakan oleh

Mohd Yusof Hassan (2003). Kajian ini menjurus kepada pemikiran luhur yang

dikemukakan oleh beliau. Luhur adalah pemikiran yang suci dan tinggi nilainya.

Pemikiran ini adalah berkait rapat dengan keimanan, ketauhidan serta kepercayaan

manusia terhadap keesaan dan kebesaran Allah.

Diharapkan dapatan kajian ini akan dapat menjelaskan tentang makna luhur dan dapat

diaplikasikan pada lirik lagu M. Nasir. Kebanyakan lirik-lirik lagu M. Nasir menyentuh

tentang ketuhanan dan kehidupan yang digambarkan dengan konsep luhur. Kebanyakan

lagu-lagu yang dihasilkan oleh M. Nasir menyentuh tentang ketuhanan sama ada

disampaikan secara tersurat atau tersirat. Pemikiran luhur dapat dilihat dalam pelbagai

perspektif yang merangkumi Rukun Islam dan Rukun Iman. Penganut Islam mempunyai

dua peranan iaitu sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah. Dalam ajaran Islam

mempunyai dua fungsi iaitu beramal dan beribadat kepada Allah. Umat Islam juga

disuruh supaya membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan. Kebanyakkan lirik-lirik

yang terdapat dalam lagu M. Nasir mengajak supaya membuat baik dan menjauhi

kejahatan. Situasi ini bersesuaian dengan teori pemikiran saitifik yang dikemukakan

oleh Mohd Yusof Hassan (2003).

33
Selain daripada itu, dalam pemikiran luhur yang dikemukakan ialah mewajibkan

penganut Islam mengikuti ajaran-ajaran Al-Quran. Dalam lagu-lagu yang dinyanyikan

oleh M. Nasir mengajak kita supaya mengikuti ajarana Islam. Dalam pemikiran luhur

mengikut perspektif pemikiran saitifik SPB4L yang menyentuh tentang kehidupan.

Banyak lagu-lagu M. Nasir menyentuh tentang kehidupan. Dalam lagu-lagu yang

dinyanyikan oleh M. Nasir banyak menyentuh tentang kekuasaan, ketakwaan dan

mengajak melakukan ke arah kebaikan.

4.2 Analisis dan Perbincangan

Perkataan luhur yang digambarkan oleh Mohd Yusof Hassan (2003) adalah banyak

menyentuh tentang kehidupan, kepercayaan dan menyuruh supaya berbuat baik dan

melarang melakukan kejahatan. Pemikiran luhur juga diamalkan sebagai pemikiran

Islam. Islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Dalam Al-Quran dan Sunnah

menyentuh tentang kehidupan seperti tauhid dan seluruh kehidupan manusia untuk

bekalan kehidupan di dunia dan juga kehidupan di akhirat. Pemikiran luhur memerlukan

akal dan fikiran untuk berfikir tentang kehidupan baik atau buruk. Allah

berkehendakkan manusia menggunakan akal fikiran bagi mendalami kehidupan.

Jelas daripada analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa lagu-lagu M. Nasir

kebanyakan mempunyai pemikiran luhur untuk mengajak supaya membuat kebaikan

34
dan meninggalkan keburukan. Antara lagu-lagu yang dianalaisis berkaitan dengan

pemikiran luhur ialah seperti berikut.

i. Lagu Kupu-Kupu.

Analisis lagu yang dinyanyikan oleh M. Nasir yang bertajuk Kupu-kupu.

Analisis ini adalah berdasarkan teori pemikiran saitifik SPB4L. Berdasarkan

analisis tajuk Kupu-kupu ini menerangkan tentang haiwan. Dalam teori ini

menjelaskan tentang orang Islam mempunyai dua peranan iaitu sebagai hamba

Allah dan sebagai khalifah. Dalam rangkap lagu ini bertajuk Kupu-kupu

mengambarkan tentang manusia adalah hamba kepada Allah.

Aku kecil dan tak kuasa,

Ku tak kuasa,

Ku tak kuasa,

Namun mataku dapat terlindung,

Dari melihat akan kecuraangan.

(M. Nasir, 1984)

Dalam lagu ini perkataan “Aku kecil dan tak kuasa” adalah mengambarkan

dirinya adalah hamba dan ada yang lebih berkuasa iaitu Allah. Perkataan “Ku tak

kuasa” diulang sebanyak dua kali bagi mengambarkan terdapatnya Allah yang

lebih berkuasa.

35
Daripada rangkap lagu ini jelas menunjukkan bahawa terdapatnya unsur luhur

dalam lirik lagu tersebut. Dalam rangkap yang keempat jelas menunjukkan

bahawa menjelaskan tentang kekuasaan. Kekuasaan ini mengambarkan tentang

kekuasaan Allah kepada makhluk. Manusia tidak berkuasa, yang berkuasa hanya

Allah. Manusia hanya mampu melihat kemungkaran tetapi penulis lirik tidak

mampu mengubah segalanya.

Dalam perkataan “Aku di sini hanya sementara waktu” adalah mengambarkan

manusia tidak kekal selama-lamanya dan ini terbukti seperti yang dinyatakan

dalam rangkap yang terakhir seperti:

Yang salah tetap salah,

Walau diselindungkan,

Dari itu jangan kau tangkap aku,

Aku di sini hanya sementara waktu.

(M. Nasir, 1984)

Jelas daripada huraian adalah wujudnya sifat luhur yang dikemukakan oleh

Mohd Yusof Hassan (2003) yang pertama ialah ajaran Islam yang berpasangan

seperti hamba dengan khalifah, dunia dan akhirat, amar makruf dan nahi

mungkar.

36
Pasangan-pasangaan ini menunjukkan wujudnya kekuasaan dan manusia adalah

lemah dan tidak mampu mengubah dan mengatasi Allah. Gambaran-gambaran

yang dikemukakan dalam pemikiran SPB4L jelas bersandarkan Al-Quran dan

sunnah. Gambaran kupu-kupu yang mengambarkan bahawa kehidupan manusia

tidak kekal seperti kupu-kupu dan dijadikan sebagai hiasan. Begitu juga

kehidupan manusia juga tidak berubah-ubah dan tidak kekal seperti teori

pemikiran luhur SPB4L yang bersandarkan Al-Quran dan sunnah. Lirik lagu

Kupu-kupu yang disampaikan oleh M. Nasir ini mempunyai pemikiran luhur.

ii. Lagu Ada.

Analisis lagu Ada dinyanyikan oleh M. Nasir, dalam lirik lagu ini menjelaskan

tentang kesengsaraan dan penderitaan yang dialami tanpa dihiraukan oleh

golongan tertentu. Kelaparan, kesengsaraan, penderitaan serta penindasan yang

berlaku dengan berleluasa. Dalam rangkap pertama, dalam lagu tersebut seperti:

Ribut datang memperkosa,

Sesal nyawa dalam jiwa,

Beli roti kering,

Jalan pulang,

Yang kau fikirkan.

(M. Nasir, 1994)

37
Dalam rangkap “Ribut datang memperkosa” adalah mengambarkan tentang

penindasan yang berlaku di mana sahaja. Golongan miskin sentiasa ditindas oleh

golongan yang berkuasa.

Dengan baris-baris rangkap di atas jelas manggambarkan tentang kesegsaraan

dan penderitaan yang dialami. Namuan dalam kehidupan bahawa setiap manusia

mempunyai hak yang sama. Ini dapat digambarkan dalam rangkap yang terakhir.

Setiap kehidupan masih ada lagi hak ke atas golongan-golongan ini. Contoh:

Dalam hutan,

Ada taman,

Ada puterinya.

Dalam baju,

Ada cinta,

Dan dalam cinta,

Ada segala-galanya.

Dalam awan,

Ada hujan.

(M. Nasir, 1994)

Perkataan-perkataan “Dalam hutan, ada taman, ada puterinya”. Perkataan-

perkataan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat pemikiran luhur dalam lirik

38
lagu tersebut. Perkataan “Ada di sini” mengambarkan ada pemiliknya iaitu

Allah.

Ini jelas menunjukkan kepada pengkaji-pengkaji bahawa manusia tidak

mempunyai kuasa kerana setiap situasi ada hak-haknya. Ini mempunyai

persamaan dengan teori yang dikemukakan oleh Mohd Yusof Hassan (2003).

Dalam teori pemikiran saintifik SPB4L, jelas menunjukkan terdapatnya dalam

ajaran Islam yang berpasangan seperti Allah dan Muhammad s.a.w, syurga dan

neraka dan lain-lain. Jelas menunjukkan bahawa dalam lirik lagu yang

dinyanyikan oleh M. Nasir dalam lagunya ada mempunyai pemikiran luhur atau

berfikiran Islam.

iii. Lagu Aduhai Kasih! Aduhai.

Pemikiran luhur dalam lirik lagu Aduhai Kasih! Aduhai. Dalam lirik lagu ini

juga terdapatnya pemikiran luhur berdasarkan kajian yang dijalankan dengan

menggunakan pemikiran saitifik SPB4L. Aduhai Kasih adalah merupakan

sebuah lagu yang membicarakan tentang cinta. Cinta yang digambarkan dalam

lirik ini adalah mengambarkan cinta hamba kepada Allah dan cinta manusia

dengan manusia. Berdasarkan pemikiran luhur SPB4L perspektif yang ketiga

ialah dalam Al-Quran menyentuh berbagai aspek iaitu politik, ekonomi,

pendidikan, sains, ilmu pengetahuan, kemasyarakatan dan kemanusiaan menurut

Mohd Yusof Hassan (2003).

39
Biar malam mentertawakan aku

Biar habis badanku dimamah rindu

Namun membiarkan ingatan ku luput

Dari mengenangmu

Itu sama sekali takkan ku lakukan.

(M. Nasir, 1993)

Berdasarkan lirik lagu diatas perkataan “Di mamah rindu, mengenangmu”.

Perkataan-perkataan ini adalah mengambarkan hubungan kasih sayang di antara

manusia dengan manusia. Ini bertepatan dengan pemikiran luhur yang

digambarkan dalam teori pemikiran SPB4L yang mempunyai hubungan manusia

dengan manusia dan hubungan manusia dengan Allah.

Lirik lagu Aduhai Kasih menyentuh tentang cinta manusia sesama manusia.

Kesetiaan dan kejujuran dalam perhubungan tidaklah semudah yang

digambarkan. Cinta ini dianggap sebagai mimpi dan cinta yang sejati adalah

amat sukar ditemui. Keadaan amat bertepatan dengan teori pemikiran luhur yang

dikemukakan oleh Mohd Yusof Hassan (2003). Dalam teori tersebut telah

menyentuh tentang kemanusiaan. Keadaan ini telah digambarkan di dalam Al-

Quran dalam surah Al-Insyirah yang menyentuh tentang wanita berkaitan

40
dengan keluarga, hak-hak manusia, peraturan hidup, kewajipan manusia

terhadap Allah, kemuliaan zahir dan batin dan hukum-hukum perang.

iv. Lagu Akar Kita

Dalam lagu Akar Kita seperti dalam lampiran menjelaskan tentang pemikiran

luhur. Manusia dikurniakan akal fikiran untuk berfikir. Pemikiran yang baik

akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan begitu mudah. Ini

digambarkan dalam lirik lagu bertajuk Akar Kita dalam rangkap terakhir.

Hati tak resah atau rasa gundah

Bila jejari menbenam air mata

Itulah pesan Lokman

Pada putarannya di waktu dua

Dia pergi mencari suara emas.

(M. Nasir, 1995)

Dalam perenggan yang terakhir lagu Akar Kita terdapatnya perkataan-perkataan

seperti “Hati tak resah atau rasa gundah”. Baris ayat ini menerangkan tentang

wujudnya pergantungan manusia dengan Allah. Segala kepayahan dan

kesusahan dapat diatasi dengan usaha dan ikhtiar. Rangkap ini jelas

menunjukkan terdapat unsur pemikiran luhur yang dikemukan dalam teori

41
SPB4L yang dikemukakan oleh Mohd Yusof Hassan (2003) yang menerangkan

tentang tauhid.

Pemikiran yang digambarkan dalam lirik lagu ini jelas bertepatan dengan teori

pemikiran saintifik SPB4L yang membicarakan tentang pemikiran. Dalam kajian

ini, penulis lirik mengajak supaya kita menggunakan akal fikiran untuk

mencapai sesuatu keputusan yang positif. Dengan menggunakan akal fikiran

menjadikan kita dapat mengatasi semua masalah yang dihadapi. Jelas lirik lagu

akal yang dinyanyikan oleh M. Nasir menerangkan tentang perlu menggunakan

akal untuk mengatasi atau menyelesaikan semua masalah.

v. Lagu Impian Anak Jalanan

Lagu Impian Anak Jalanan yang dinyanyikan oleh M. Nasir menerangkan

tentang pemikiran luhur iaitu berkaitan dengan aspek-aspek kehidupan.

Berdasarkan kajian lagu ini menceritakan tentang kehidupan bagi mencapai cita-

cita. Disamping itu juga terdapat unsur-unsur luhur dalam lirik lagu tersebut

dapat digambarkan dalam rangkap lagu.

Berdendang anak jalanan

Berdendang dengan rentak kehidupan

Ku mohon perlindunganMu yang Maha Esa.

(M. Nasir, 1984)

42
Perkataan “Ku mhon perlindunganMu yang Maha Esa” adalah bermaksud

tentang hubungan manusia dengan Allah. Penulis lirik menjelaskan terdapatnya

pelbagai rintangan dan halangan dalam kehidupan tetapi hubungan dirinya

dengan Allah masih dipegang kuat. Ini dapat dijelaskan dalam ayat terakhir

dalam lirik tersebut. Berdasarkan lirik lagu ini dapat dikaitkan dengan teori

pemikiran luhur SPB4L tentang pemikiran luhur. Pemikiran luhur ini juga

dijelaskan dalam rangkap yang terakhir dalam lirik lagu ini.

Ku tinggalkan kampung halaman

Ku tinggalkan semua yang ku sayang

Demi masa depan yang cemerlang

Semoga ku diberi pedoman.

(M. Nasir, 1984)

Perkataan “Pedoman” dalam ayat terakhir jelas menunjukkan bahawa

terdapatnya hubungan manusia dengan Allah. Perkataan pedoman adalah

mengharapkan petunjuk daripada Allah setelah usaha dan ikhtiar dilakukan.

Jelas menunjukkan bahawa terdapat unsur luhur tentang kepercayaan dalam lagu

Impian Anak Jalanan, menyerah diri pada Allah supaya dapat memenuhi cita-

citanya. Ini bersesuaian dengan teori pemikiran luhur bahawa Al-Quran

menyentuh berbagai aspek kehidupan seperti pendidikan, kemasyarakatan dan

lain-lain lagi.

43
vi. Lagu Masirah

Berdasarkan kajian lirik lagu yang bertajuk Masirah yang menyentuh tentang

kemasyarakatan dan politik. Ini telah digambarkan dalam perspektif yang ketiga

pemikiran luhur dalam Islam yang dikemukakan oleh Mohd Yusof Hassan

(2003). Dalam perspektif yang ketiga adalah berkaitan dengan politik, ekonomi,

kemanusiaan dan sebagainya. Dalam lirik lagu Masirah menceritakan tentang

peperangan, nyawa dan suka duka di Gazza ini dapat dilihat pada rangkap

pertama dalam lagu tersebut.

Suara dalam angin Gazza

Gegar jantung bumi kita

Nyawa anak dihujung senjata

Tangisan bonda hanya sia-sia.

(M. Nasir, 2002)

Dalam baris “Nyawa anak dihujung senjata” adalah menerangkan tentang

kematian akibat peperangan bagi merebut kekuasaan. Peperangan dan

penindasan golongan yang tidak terdaya seperti orang tua dan kanak-kanak

menjadi mangsa mangsa peperangan.

Penderitaan penduduk Gazza telah diceritakan dalam lirik lagu Masirah.

Akhirnya dalam lirik lagu ini mengharapkan perjuangan penduduk Gazza

44
mendapat pembelaan. Dalam pemikiran luhur ada menyentuh tentang hak-hak

manusia, peraturan hidup dan kewajipan manusia telah digambarkan dalam

surah an-Nisa seperti yang digambarkan dalam teori pemikiran luhur oleh Mohd

Yusof Hassan (2003).

vii. Lagu Andalusia

Berdasarkan kajian pemikiran luhur dalam lirik lagu Andalusia. Lirik lagu

Andalusia yang dinyanyikan oleh M. Nasir adalah menceritakan tentang politik

dan kemasyarakatan di Andalusia. Sejarah kegemilangan Andalusia telah hilang

dan perlu kegemilangannya itu sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan

sebagainya. Ini dapat digambarkan dalam rangkap yang terakhir dalam lagu

Andalusia.

Apakah sudah kering lautan darah

Yang tertimbus di Al Hambra

Ataupun masih bergelora menanti saat

Melimpah mengikut mata air.

(M. Nasir, 1999)

Dalam lirik lagu ini juga diselitkan perkataan-perkataan Arab bagi

menggambarkan pemikiran luhur yang digambarkan oleh Mohd Yusof Hassan

(2003). Perkataan Arab yang digunakan seperti “Antal hadiantal haqqu, laisal

45
hadi illahu”. Ini digambarkan bahawa terdapatnya pemikiran luhur yang

menyentuh tentang kemasyarakatan dan politik.

Cahayamu bagai sabitah

Doaku kau sejahtera

Biar warna kubah-kubahmu kian pudar

Untukmu setanggi ini kubakar

(M. Nasir, 1999)

Dalam rangkap yang pertama perkataan seperti “ Doakan kau sejahtera” adalah

menggambarkan tentang perhubungan manusia dengan Allah untuk

kesejahteraan bumi Andalusia. Ini bertepatan dengan pemikiran luhur.

Hasil kajian dan dapatan pengkaji terhadap lirik lagu yang bertajuk Andalusia

nyanyian M. Nasir adalah terbukti mempunyai pemikiran luhur. Hasil dapatan

daripada kajian lagu ini menunjukkan kemakmuran, kemasyhuran dan

kegemilangan agama Islam. Perkataan-perkataan yang digunakan dalam lirik

lagu ini menggambarkan unsur-unsur ketuhanan. Hal ini adalah seperti yang

digambarkan dalam perspektif ketiga yang mempunyai pemikiran luhur dalam

Islam. Menurut Mohd Yusof Hassan (2003), aspek-aspek kehidupan turut

disentuh di dalam Al-Quran. Lirik lagu Andalusia adalah menyentuh tentang

kehidupan kemanusiaan dan kemasyarakatan. Perkara ini terdapat dalam

rangkap-rangkap dalam lirik lagu Andalusia. Contohnya:

46
Pohon salam ku pada fakir-fakir mu Andalusia

Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu

Pohonku dipinjamkan gambus dan ghazalmu

Jadi azimat supaya dapat aku tari menongkah arus

Sahutlah Andalusia.

(M. Nasir, 1999)

Dalam rangkap di atas, lagu menceritakan tentang manusia dan kemasyarakatan.

Rangkap ini juga, lagu menceritakan tentang kegemilangan Andalusia. Penulis

lirik lagu ini juga mengharapkan supaya kegemilangan Andalusia kembali

seperti yang dikecapi sebelum ini. Ini telah dinyatakan dalam rangkap-rangkap

yang terdapat dalam lirik lagu Andalusia. Contohnya:

Aku rindukan zaman kebangkitan

Pabila nurani bersulam fikiran

Seganding dan bersatu

Lafaz niat ku bertemu

(M. Nasir, 1999)

Dapatlah dirumuskan bahawa lagu Andalusia adalah diaplikasikan sebagai

pemikiran luhur yang bertemakan kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti

47
yang dinyatakan oleh pemikiran saintifik sebagaimana yang dihasilkan oleh

Mohd Yusof Hassan (2003).

viii. Lagu Dedaun Masa

Berdasarkan pemikiran luhur yang dikemukakan oleh teori SBP4L oleh Mohd

Yusof Hassan (2003), lirik lagu dedaun masa yang dinyanyikan oleh M.Nasir

adalah menceritakan tentang kehidupan manusia digambarkan tidak kekal dan di

penghujungnya manusia akan mati. Ini dapat digambarkan dalam rangkap-

rangkap dalam lagu dedaun masa. Contoh dalam rangkap yang terakhir.

Dedaun masa,

Berguguran satu-satu,

Lambang hidup insan,

Meniti rangkaian,

Perjuangan,

Untuk hidup bahagia.

(M. Nasir, 1981)

Perkataan “Dedaun masa” adalah menjelaskan tentang kehidupan yang tidak

akan kekal buat selama-lamanya. Apabila tiba masa manusia akan mati, begitu

juga ibarat daun akan gugur. Perkataan “Berguguran satu-satu” menggambarkan

ada kuasa lain yang lebih berkuasa daripada manusia.

48
Jelas menunjukkan kepada kita tentang kehidupan. Manusia dianggap sebagai

daun dan akan meninggalkan dunia. Hidup yang kekal adalah di akhirat. Ini

digambarkan dengan perkataan dedaun masa berguguran satu-satu menunjukkan

lambang seorang insan. Dapat dirumuskan dedaun masa adalah bertepatan

dengan pemikiran luhur SPB4L yang dikemukakan oleh Mohd Yusof Hassan

(2003). Pemikiran luhur yang digambarkan dapat dilihat dalam pelbagai

perspektif iaitu dunia dan akhirat, syurga dan neraka, amal dan ibadat, amal

makruf dan nahi mungkar dan lain-lain lagi.

Pemikiran luhur dalam Islam dikatakan berpasang-pasangan sebagai contoh baik

dan buruk. Dengan cara berpasang-pasangan ini dapat menjelaskan bahawa kita

perlu berfikir dalam kehidupan yang menuju ke arah kebaikan atau keburukan.

Kehidupan juga tidak akan kekal, manusia kan hidup dan mati. Dengan ini jelas

menunjukkan bahawa lirik-lirik lagu M.Nasir yang bertajuk Dedaun Masa

menggambarkan tentang kehidupan dan dapat dikaitkan dengan pemikiran luhur

di dalam pemikiran saintifik SPB4L.

49
4.3 Kesimpulan

Bahagian ini membincangkan mengenai perkara-perkara yang diperoleh daripada hasil

kajian yang dijalankan. Ia merangkumi keseluruhan kajian yang telah dijalankan.

Dapatan daripada kajian bahagian ini dapat dirumuskan sama ada kajian dijalankan

menepati atau tidak dengan objektif kajian.

Kajian tentang pemikiran luhur dalam teori pemikiran Saintifik SPB4L berkaitan

dengan lirik lagu nyanyian M. Nasir. Teori ini membahagiakan pemikiran kepada empat

bahagian. Dalam kajian ini di fokuskan kepada pemikiran luhur dan pemikiran Islam.

Dalam lagu-lagu nyanyian M. Nasir terdapatnya empat pembahagian pemikiran luhur

hasil dapatan kajian yang telah dijalankan. Kajian dijalankan dengan cara kajian terus

dengan berlandaskan pemikiran luhur dalam teori pemikiran Saintifik SPB4L.

Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan kebanyakan lagu-lagu nyanyian M. Nasir

adalah menyentuh aspek luhur dari ajaran Islam adalah dilihat dari aspek berpasangan.

Sebahagian lagi adalah menyentuh tentang aspek-aspek kehidupan. Manakala sedikit

lagu-lagu nyanyian M. Nasir menyentuh tentang aspek penyelesaian masalah wanita dan

sedikit menyentuh tentang ayat-ayat lazim.

Dapatlah dirumuskan bahawa pemikiran luhur adalah pemikiran Islam yang

berlandaskan kepada kehidupan di dunia dan juga bekalan untuk akhirat. Islam

mementingkan kedua-dua akal dan hati untuk berfikir dalam menghadapi cabaran

50
kehidupan. Islam menentang pemikiran yang berunsur kebendaan dan sekularisme yang

hanya mementingkan dunia semata-mata.

Dalam lirik-lirik lagu nyanyian M. Nasir terdapatnya unsur-unsur dakwah yang

disampaikan sama ada dalam bentuk tersurat aatu tersirat. Dengan itu lagu-lagu ini dapat

dihayati baris-baris lagu untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Lagu-lagu nyanyian ini

dapat meningkatkan lagi akidah Islam. Di samping itu juga, Islam amat mementingkan

ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Islam memandang

begitu tinggi bagi golongan berilmu dan ahli-ahli fakir. Pemikiran luhur mementingkan

ilmu, minda dan hati. Gabungan daripada pemikiran luhur ini menjadikan insan yang

lebih sempurna sehingga terdapat pelbagai nama kepada ahli fakir di dalam Al-Quran.

51
BAB 5

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan merumuskan tentang lirik lagu yang dinyanyikan oleh M.

Nasir. Berdasarkan lapan buah lagu nyanyian M. Nasir dengan menggunakan pemikiran

saintifik SPB4L. Pengkaji telah memilih salah satu daripada teori pemikiran yang

terdapat dalam teori tersebut. Dalam teori ini menjelaskan tentang pemikiran luhur iaitu

pemikiran yang berlandaskan tauhid dan unsur-unsur ketuhanan.

Dalam kajian yang dijalankan dalam 8 lirik lagu nyanyian M. Nasir terdapatnya unsur-

unsur ketuhanan. Ini selaras dengan kajian yang bersandarkan kepada teori yang dikaji.

Pemikiran luhur adalah pemikiran Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunah.

Daripada kajian yang dijalankan kebanyakan lirik-lirik lagu adalah berkaitan dengan

aspek nilai-nilai luhur. Dalam lirik-lirik lagu tersebut adanya unsur-unsur nasihat,

52
ketuhanan dan nilai-nilai moral yang baik. Penulis-penulis lirik bukan sahaja ditulis

untuk nyanyian dan hiburan tetapi mempunyai mesej yang ingin disampaikan.

Pemikiran luhur adalah pemikiran Islam yang banyak terdapat di dalam lagu-lagu

nyanyian M. Nasir. Ini terbukti wujudnya perkaitan di antara pemikiran saintifik SPB4L

yang dikemukakan oleh Mohd Yusof Hassan (2003). Pemikiran luhur yang

digambarkan dalam lirik lagu yang dinyanyikan M. Nasir adalah mempunyai persamaan

di antara beberapa kajian lampau yang mengkaji pemikiran luhur dalam bidang lain

seperti novel, pantun, syair, gurindam dan sebagainya. Dapatlah dirumuskan bahawa

lagu-lagu nyanyian M. Nasir mempunyai pemikiran luhur.

5.2 Dapatan Kajian

Hasil kajian yang dijalankan ke atas lirik-lirik nyanyian lagu oleh M. Nasir

menunjukkan bahawa wujudnya pemikiran luhur atau pemikiran Islam. Ini terbukti

dengan kajian yang dijalankan ke atas lagu-lagu nyanyian M. Nasir. Bagi mengukuhkan

lagi pemikiran luhur ini, kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah bersandarkan

kepada teori pemikiran saintifik SPB4L oleh Mohd Yusof Hassan (2003). Kajian juga

bersandarkan kepada kajian-kajian lampau sama ada di dalam atau kajian yang

dijalankan di luar negara.

53
Dapatan daripada kajian yang dijalankan adalah menunjukkan terdapat tiga buah lagu

yang begitu ketara menjelaskan nilai-nilai luhur. Antara lagu tersebut ialah lagu Dedaun

masa, Kupu-kupu dan Impian anak jalanan.

i. Lagu Dedaun Masa

Lagu Dedaun masa menjelaskan tentang hubungan manusia dengan Allah.

Antara contoh nilai luhur dalam lirik lagu tersebut iaitu:

Dedaun masa

Berguguran satu satu

Lambang hidup insan

Meniti rangkaian

perjuangan

pahit getir kehampaan

Tapi itu hanyalah ujian

Esok kan datang kedamaian

Dan sinar mentari

menyerlah hidupmu

Tabahkan hati mu

Oh! insan

Dedaun masa

Berguguran satu satu


54
Lambang hidup insan

Meniti rangkaian

perjuangan

untuk hidup bahgia

(M. Nasir, 1981)

Perkataan “dedaun” diibaratkan sebagai manusia yang tidak kekal dan sampai

masa akan meninggal dan menemui Allah. Perkataan “masa” juga diperjelaskan

dan ada kaitan dengan manusia.

ii. Lagu Kupu-kupu

Lagu kedua yang jelas menerangkan unsur luhur daripada dapatan kajian ialah

lagu yang bertajuk Kupu-kupu. Contohnya dalam rangkap di bawah iaitu:

Bayangkan kau seekor kupu-kupu

Sedang berterbangan dalam sebuah taman

Kau tak tahu akan nasibmu

Kau hanya terbang mencari madumu

Dulunya kau buta

Tak tahu

55
Dalam kepompongmu

Dalam kepompongmu

Kini lihatlah semua

Lihat sekelilingmu

Lihat sekelilingmu

Warna sayapku mungkin gemerlap

Indah mata memandang bila ku terbang

Tapi hanya masa akan menentukan

Bila ku dijadikan perhiasan dinding

Aku kecil dan tak berkuasa

Ku tak berkuasa

Ku tak berkuasa

Namun mataku tak dapat terlindung

Dari melihat akan kecurangan

Yang benar tetap benar

Walau dipertikaikan

Yang salah tetap salah

Walau diselindungkan

Dari itu jangan kau tangkap aku

56
Aku di sini hanya sementara waktu

(M. Nasir, 1984)

Perkataan seperti “ Aku kecil dan tak kuasa” menerangkan tentang hubungan

manusia dengan Allah. Jelas menunjukkan bahawa terdapatnya pemikiran luhur

seperti yang digambarkan dalam pemikiran Saintifik SPB4L.

iii. Lagu Impian Anak Jalanan

Dalam lirik lagu Impian anak jalanan juga menjelaskan pemikiran luhur hasil

daripada dapatan kajian yang telah dijalankan. Perkataan-perkataan “Ku mohon

perlindungan mu yang maha Esa”. Lirik ini menerangkan tentang terdapatnya

hubungan manusia dan Allah. Lirik lagu tersebut iaitu:

Kau mampu patahkan sayapku

Kau mampu tambatkan kedua kakiku

Tapi kau tak akan dapat

Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah

Hanya pemikat mata yang tergoda

Tapi aku kan tetap berjalan

Menuju tujuanku di sana

57
Berdendang anak jalanan

Berdendang dengan rentak kehidupan

Ku mohon perlindunganMu yang Esa

Aku dan mereka sama

Punya hati dan punya cita-cita

Kota ini tempat ku belajar erti hidup

Ku tinggalkan kampung halaman

Ku tinggalkan semua yang ku sayang

Demi masa depan yang cemerlang

Semoga ku diberi pedoman

(M. Nasir, 1984)

Dapatan daripada hasil-hasil kajian ini dapat dibahagikan kepada lima unsur luhur

seperti yang digambarkan di dalam teori tersebut. Hasil dapatan daripada lapan buah

lagu yang dipilih wujudnya pembahagian tentang pemikiran luhur yang terdapat di

dalam lirik lagu tersebut. Antara pecahan-pecahan luhur yang digambarkan dalam lirik

nyanyian tersebut ialah pemikiran luhur dalam Islam dipecahkan kepada lima iaitu

dilihat dari aspek ajaran Islam yang berpasang-pasangan di dalam lirik-lirik lagu yang

dinyanyikan oleh M. Nasir yang menyentuh tentang aspek-aspek ajaran Islam seperti

dalam lagu Kupu-kupu, Ada, Aduhai Kasih Aduhai, Akar Kita, Impian Anak Jalanan,

Masirah, Andalusia, Dedaun Masa.

58
5.3 Sumbangan Kajian

Hasil daripada kajian yang dijalankan ke atas lirik-lirik lagu nyanyian M. Nasir adalah

dapat memberi sumbangan kepada pengkaji-pengkaji lain agar dapat mengkaji tentang

nilai luhur yang terdapat dalam bidang-bidang lain dalam kesusasteraan.

Pengkaji mengharapkan sumbangan kajian pemikiran luhut ini akan dapat memberi

sumbangan kepada masyarakat umum tentang mesej yang ingin disampaikan dalam

setiap lagu-alu yang dinyanyikan oleh M. Nasir. Di samping memberi hiburan, lagu-

lagu ini juga mempunyai mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat. Pengkaji

juga mengharapkan kajian ini akan memberi manfaat kepada kepada ramai masyarakat

bahawa lagu-laguyang tidak berunsur dakwah juga mempunyai mesej pemikiran luhur.

Dengan kajian ini pengkaji mengharapkan boleh dijadikan sebagai bacaan tambahan

kepada pengkaji-pengkaji untuk membuat rujukan. Dengan dapat memperbanyakkan

lagi sumber-sumber bacaan secara ilmiah untuk dijadikan sebagai sumber bacaan.

Diharapkan juga kajian ini dapat menjelaskan dengan lebih luas tentang pemikiran

luhur. Pemkiran luhur merangkumi semua aspek kehidupan sama ada untuk bekalan di

dunia dan juga di akhirat. Diharapkan pengetahuan luas pemikiran luhur ini memberi

59
kesedaran kepada masyarakat untuk menjaga hubungan baik tanpa mengira agama,

bangsa dan negara bagi mewujudkan keamanan sejagat.

Kajian ini hanya tertumpu pada lapan buah lagu nyanyian M. Nasir sebagai sumber

rujukan. Selain itu, diharapkan juga dapatan kajian ini akan dapat dijadikan sebagai

salah satu medan untuk menyampaikan nilai-nilai baik kepada masyarakat. Bidang

nyanyian adalah merupakan satu bidang yang paling di minati terutama generasi muda.

Dengan ini mesej yang ingin disampaikan akan mencapai objektif dengan lebih

berkesan.

5.4 Kesimpulan

Dalam menghasilkan sesuatu kajian terdapat pelbagai teknik dan cara untuk

menghasilkan kajian. Pengkaji telah membuat kajian dengan cara mengkaji terus.

Sumber kajian adalah daripada lapan buah lirik lagu yang dinyanyikan oleh M. Nasir

yang dipilih secara rawak di antara kesemua lagu nyanyian M. Nasir. Kajian tentang

pemikiran luhur yang terdapat di dalam lirik lagu nyanyian M. Nasir adalah boleh

dibahagikan kepada lima aspek utama iaitu tentang kepercayaan dan akidah, kehidupan.

Rumusan daripada kajian yang dijalankan terdapat nilai-nilai pemikiran luhur yang

terdapat dalam kajian lirik lagu yang dijalankan. Kajian ini berlandaskan dengan teori

pemikiran luhur yang dikemukakan oleh Mohd Yusof Hassan (2003).

60
RUJUKAN

61
Abdul Rashid Daing Melebek, & Amat Juhari Moain. (2011). Sosiolinguistik dan
Bahasa Melayu. Selangor: UKM Press.

Abdullah Yusuf. (2010). Linguistik dan Sosiolinguistik. Selangor: Open University


Malaysia.

Aini Hassan. (2007). Kualitatif Atau Kuantitatif ?: Memahami Andaian Asas Yang


Mendasari Penyelidikan Pendidikan. Jurnal Masalah Pendidikan. 30 (1).

Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2003). Belajar Berfikir. Bentong, Pahang: PTS
Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Ali Furqon. (2009). Nilai-Nilai Pendidikan Islam Dalam Lagu-Lagu Pop Religi Dalam
Album Ya Rahman Cahaya Hati. Yogyakarta: Universiti Islam Negeri Sunan
Kalijaga.

Arista Niken Kartika Sari. (2014). The Poetic And Moral Values Analysis Seen On
Song Lyrics Of Forgive Me Album By Maher Zain. Latihan Ilmiah. State
Institute for Islamic Studies (STAIN) Salatiga.

Boote, D.N. dan Beile, P. (2005). Scholars Before Researchers: On The Centrality Of


The Dissertation Literature Review In Research Preparation. Educational
Researcher vol. 34.

Deddy Nugraha. (2014). Jurusan Pendidikan Bahasa Prancis. Fakultas Bahasa Dan


Seni: Universitas Negeri Yogyakarta.

Dewey, J. (1933). How we think: A Restatement of the relation of reflective thinking to


the Educative process. Dalam Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1995),
Kursus Berfikir Tinggi. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribution
Sdn. Bhd.

62
Fauzi Rahman. (2011). Perbandingan Gaya Bahasa Dan Bahasa Kiasan Lirik Lagu
Peterpan Dalam Album Alexandria Dengan Lirik Lagu Ungu Dalam Album
Melayang. Latihan Ilmiah (tidak diterbitkan). Universiti Muhammadiyah Prof.
Dr. Hamka, Jakarta.

Ismail Yusof. (2009). Pemikiran Dan Perjuangan Islam Dan Politik Nik Abdul Aziz Bin
Nik Mat 1964-2004. Tesis Ph.D yang tidak diterbitkan, Jabatan Sejarah, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Lirik Lagu M. Nasir. Diperoleh pada Jun 11, 2016. Daripada


http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/MNasir.html.

Mana Sikana. (2015). Koleksi Teori Sastera. Serdang, Selangor: Universion Press Sdn.
Bhd.

Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Hassan. (2003). Pemikiran Saintifik SPB4L. Petaling Jaya: Pearson
Education Malaysia Sdn. Bhd.

Maya Sopa. (2015). An Analysis Of Moral Values In Maher Zain's Selected Song
Lyrics. Indonesia: University of Sumatera Utara.

Nasiruddin Basar, Abdul Salam & Mohsin Mohamad. (2012). Menjana Pemikiran
Kreatif dan Kritis. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribution Sdn.
Bhd.

Nasruddin Basar & Halimah Mohd yazid. (2012). Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.

63
Nik Safiah Karim. (1992). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nizwan Amin. (2012). Pemaknaan Lirik Lagu Seskuat Harimau. Latihan Ilmiah.
Universiti Pembangunan Nasional “Veteran” Jawa Timur, Surabaya.

Norshafawati Saari, Asiah Sarji & Fauziah Kartini Hassan Basri. (2010). Muzik Dan
Pembangunan Sosial: Paparan Dasar Industri Hiburan Akhbar-Akhbar Di
Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysia Journal of Comunication, 26 (2).

Nurfarhana Shahira Rosly & Mohd Sharifudin Yusop. (2014). Analisis Interpretasi
Lirik Dabus Yang Diamalkan Oleh Masyarakat Di Bagan Serai, Perak. Journal
of Business and Social Development, 2 (1) 19-29.

Rahim Aman & Norfazila Hamid. (2015). Strategi Wacana Komunikasi Teks Tengku
Razaleigh Hamzah: Satu Analisis Kebahasaan. Jurnal Komunikasi, 31(1), 205-
220.

Raziman Hj. Junaidi & Zaitul Azma Zainon. (2014). Wacana kepimpinan dalam ucapan
Abdullah Ahmad Badawi. Jurnal Bahasa, 128-150.

Rohaidah Haron. (2012). Bahasa Transformasi Modal Insan Dalam Ucapan Najib
Razak. Jurnal Melayu, (9), 75-83.

Sahlan Mohd Saman. (2005). Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden Puisi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shepherd. John. (1991). Music As A Social Text. Cambridge: Polity Press.

64
Shukri Ismail. Kemahiran Sainstifik dan Kemahiran Berfikir: Suatu Analisis dalam
Buku Praktikum. Dalam Maktab Perguruan Kuala Terengganu (2001/2002).
Jurnal Akademik Jilid XIII. Kuala Terengganu: Aspirasi Teras Sdn. Bhd.

Siti Noor Riha Sulung & Normaliza Abdul Rahim. (2015). Laras Bahasa Dalam Lirik
Lagu Hakim Yang Bijaksana. Jurnal of Business and Development, 3(2), 103-
113.

Wong Shia Ho. (2013). Makna Penutur Dalam Ayat Teks Ucapan Tunku Abdul
Rahman: Satu Analisis Teori Relevan. Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu,
31(1), 205-220.

LAMPIRAN

Ada 

Ribut datang memperkosa

65
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang
Yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua

Dalam kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman
Mendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah

Kau hilang pertimbangan untuk pastikan


Apakah kau sedar atau dilamun khayalan

Dalam hutan
Ada taman
Dan dalam taman
Ada puterinya
Dalam baju
Ada cinta
Dan dalam cinta
Ada segala-galanya
Dalam awan
Ada hujan
Dan dalam hujan
Ada lautan
Dalam aku
Ada dia
Dan dalam dia
Ada kita ada semua
Aduhai Kasih! Aduhai 

Biar malam mentertawakan aku


Biar habis badanku dimamah rindu
Namun membiarkan ingatan ku luput
Dari mengenangmu
Itu sama sekali takkan ku lakukan
66
Habis apa lagi yang harusku hadapi
'Tuk memiliki jiwa sepertimu kasih
Dalam seribu tak bisa ku temu
Sejuta hanya satu
Mimpikah aku kali ini

Bukan semudahnya
Ku berkata cinta
Jika hati tak tersentuh
Bukan semudahnya
Melepaskan dunia
Jika jiwa mencipta tembok kepalsuan

Aduhai kasih! aduhai


Sambutlah, sambut tanganku
Tak ingin hidup/terlepas dalam kekosongan
Aduhai kasih! aduhai
Sambutlah, sambut cintaku
Tak ingin terlepas
Tak kesampaian

Akar Kita 

Akar kita
Akar kita

Harus menjalar dalam dan jauh


Bicara sang pohon keramat tua

67
Kalau mahu matahari
Menimbah karunianya

Langit tinggi lagi jelas pandangan


Mudah baca cabaran mendatang
Mudah buat perkiraan
Matang dan tepat kesasaran

(Hujan tak datang)


(Langit kontang)

Hati tak resah atau rasa gundah


Bila jejari membenam ke mata air
Itulah pesanan Lokman
Pada putranya di waktu duha
Dia pergi mencari suara emas

Andalusia 

Cahayamu bagai sabitah


Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar

68
Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan


Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Cahayamu tiada tara

Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia


Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia

Apakah sudah kering lautan darah


Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air

Antal hadi antal haqqu


Laisal hadi Ilaahu

Masirah 

Suara duka angin Gazza


Gegar jantung bumi kita
Nyawa anak di hujung senjata
Tangisan bonda hanya sia-sia

Masirah anak al-durrah

69
Netzarim bermandi darah
Begitu megah mata memandang dusta
Masirah dalam amarah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan

Berbaris-barislah ke satu arah


Jangan sampai berpisah menyusun langkah
Mencari-cari erti kedamaian
Di dalam jiwa tersirat jawapan

Masirah anak al-durrah


Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti tangan pembelaan

Masirah dalam amarah


Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan

Masirah anak al-durrah


Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti (kita menanti) tangan pembelaan
Masih menanti tangan pembelaan

Dedaun Masa 

Dedaun masa
Berguguran satu satu
Lambang hidup insan
Meniti rangkaian
perjuangan

70
pahit getir kehampaan

Tapi itu hanyalah ujian


Esok kan datang kedamaian
Dan sinar mentari
menyerlah hidupmu
Tabahkan hati mu
Oh! insan

Dedaun masa
Berguguran satu satu
Lambang hidup insan
Meniti rangkaian
perjuangan
untuk hidup bahgia

Kupu-kupu 

Bayangkan kau seekor kupu-kupu


Sedang berterbangan dalam sebuah taman
Kau tak tahu akan nasibmu
Kau hanya terbang mencari madumu

71
Dulunya kau buta
Tak tahu
Dalam kepompongmu
Dalam kepompongmu
Kini lihatlah semua
Lihat sekelilingmu
Lihat sekelilingmu

Warna sayapku mungkin gemerlap


Indah mata memandang bila ku terbang
Tapi hanya masa akan menentukan
Bila ku dijadikan perhiasan dinding

Aku kecil dan tak berkuasa


Ku tak berkuasa
Ku tak berkuasa
Namun mataku tak dapat terlindung
Dari melihat akan kecurangan

Yang benar tetap benar


Walau dipertikaikan
Yang salah tetap salah
Walau diselindungkan
Dari itu jangan kau tangkap aku
Aku di sini hanya sementara waktu

Impian Anak Jalanan 

Kau mampu patahkan sayapku


Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah

72
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana

Berdendang anak jalanan


Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa

Aku dan mereka sama


Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup

Ku tinggalkan kampung halaman


Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga ku diberi pedoman

73

Anda mungkin juga menyukai