Anda di halaman 1dari 4

Praktikal 3 Laporan Amali 1 : 1. Tajuk : Menyiasat Sistem Respirasi Ikan 2.

Pengenalan : Organisma memerlukan tenaga untuk semua proses hidup. Tenaga diperolehi melalui proses respirasi. Sistem pernafasan memainkan peranan penting untuk kehidupan organisma. 3. Objektif : Untuk mengenal pasti sistem respirasi ikan. 4. Bahan dan Alat Radas : a. Ikan b. Instrumen pembedahan c. Papan pembedahan d. Mikroskop e. Kanta tangan. 5. Prosedur : a. Ikan bertulang mempunyai operkulum atau penutup insang dikedua-dua sisi badan. Potong operkulum pada satu sisi untuk mendedahkan insang. b. Insang disambung pada struktur bertulang yang dipanggil lengkung insang. Setiap insang terdiri daripada satu lengkung insang dan dua baris filamen insang. Perhatikan filamen insang di bawah mikroskop. c. Pertukaran gas berlaku di filamen insang.

6. Analisis Data : a. Gambarajah Ikan

7. Perbincangan : a. Berapa pasang insang yang anda perhatikan ? Terdapat 4 pasang insang. b. Lukis pemerhatian anda.

c. Namakan saluran darah yang terdapat dalam filament insang.

d. Huraikan ciri-ciri penyesuaian filament insang yang membolehkan pertukaran gas yang effisien. Terdapat pembuluh darah pada filament yang mengandungi kapilari darah yang banyak sehingga terjadi penukaran gas oksigen ( O2 ) dan gas karbon dioksida ( CO2 ). Jumlah luas permukaan atau isipadu yang besar. Dinding senipis satu sel. Pada filament sentiasa basah untuk kelarutan oksigen dan karbon dioksida. e. Terangkan fungsi insang filamen. Filamen insang mempunyai banyak lamella ( lapisan nipis ). Dalam lamella terdapat banyak kapilari darah. Semasa pertukaran gas respirasi, terdapat dua melanisma iaitu inspirasi dan ekspirasi. Inspiarasi pula oksigen dari air masuk ke dalam insang yang kemudian meresap ke dalam kapilari darah dan dibawa oleh darah ke sel-sel seluruh badan. Makala ekspirasi pula karbon dioksida dari sel-sel badan dibawa oleh darah ke insang untuk dikeluarkan dari tubuh. 8. Kesimpulan : Sistem pernafasan ikan amat mengkagumkan kerana dapat bernafas di dalam air ataupun laut. Organ yang terlibat untuk pernafasan ikan adalah insang yang mengandungi lengkung insang, sisir insang dan lamella insang. 9. Rujukan : a. SPM Fokus, U Biologi, Dr. Hamdan Bin Mohd Noor, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd b. SPM Biologi, KBSM, Mah Chee Wai,Sasbadi Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai