Anda di halaman 1dari 1

IMPAK POSITIF PERKAHWINAN CAMPUR

Di antara kebaikan perkahwinan campur pertamanya ialah pasangan itu berpeluang


untuk berkenalan di antara satu sama lain. Bukan sahaja dengan pasangannya bahkan
seluruh keluarga yang terlibat.

Anak- anak hasil perkahwinan campur antara dua pihak yang mempunyai latar belakang
budaya yang berbeza dapat mendedahkan anak-anak dengan kepelbagaian adat dan
budaya antara ibu dan bapa sekali gus meningkatkan tahap komunikasi dan semangat
kemasyarakatan dalam diri anak- anak.

Anak-anak juga dilatih untuk tidak bersifat perkauman dan berfikiran terbuka terhadap
budaya orang lain. Dengan cara ini, diharapkan agar perpaduan dalam negara yang
mempunyai masyarakat majmuk dapat diperkukuhkan.

Perkahwinan campur secara tidak langsung merupakan hasil dari perkembangan pesat
globalisasi dan diharapkan dapat menyatukan kepelbagaian budaya masyarakat dalam
mereliasasikan globalisasi untuk kemajuan negara.

Selain peluang untuk memahami dan mengamalkan adat resam serta budaya berbeza,
faktor bahasa juga dikira kebaikan kerana dengan berkahwin seseorang itu memiliki
'kamus hidup', yang pasti akan membantu dalam menguasai sesuatu bahasa.

Pasangan terbabit jika bernasib baik berpeluang untuk memperolehi anak-anak yang
mempunyai rupa yang berbeza. Bayangkan jika di dalam satu keluarga, ada anak yang
rupanya orang Inggeris, ada wajahnya seperti Arab dan sebagainya. tentunya ia
menjadi kebanggaan.

Anda mungkin juga menyukai