Anda di halaman 1dari 27

LAPORAN KAJIAN PENYELIDIKAN

KEBERKESANAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 6

Pengenalan

Subjek sains merupakan matapelajaran teras di sekolah rendah di Malaysia. Justeru itu
matapelajaran ini merupakan satu matapelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh
semua murid. Salah tanggapan murid yang mengganggapkan sains sebagai satu matapelajaran
yang susah dan sukar untuk memahaminya.

Ini kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru
menyebabkan murid-murid cepat bosan dan hilang minat dalam matapelajaran sains. Maka
pengajaran dan pembelajaran sains yang melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif
telah diterapkan untuk menarik minat murid-murid

Antara usaha ke arah mencapai wawasan 2020, memastikan untuk melahirkan


masyarakat yang berilmu Sains. Sejurus itu , kami telah menjalankan suatu kajian untuk
mengenal pasti keberkesanan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran dan
pembelajaran sains tahun 6 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Bandar Springhill, Negeri
Sembilan. Kaedah inkuiri penemuan ini adalah pembelajaran yang berasaskan Discovery sebagai
inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah tersebut.

Kaedah inkuiri penemuan telah digunakan untuk mengajar topik ‘Pengawetan ’ sains
tahun 6 untuk melihat tahap penguasaan murid-murid dalam topik itu dan kesannya terhadap
pencapaian murid dalam sains melalui kaedah inkuiri penemuan. Cara ini telah dibuktikan
melalui beberapa kajian dan menggalakkan murid-murid mengaitkan maklumat baru yang ingin
dipelajarinya dengan pengetahuan sedia ada yang terdapat struktur kognitifnya. Kaedah
pembelajaran inkuiri merupakan satu pendekatan pengajaran yang ditekankan dalam falsafah
pendidikan sains moden yang merentasi kurikulum pendidikan sains KSSR.
Latar Belakang Kajian

Menurut Brunner (1960) strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran
sains boleh dilakukan secara amali melalui pendekatan berpusatkan murid. Mereka membentuk
peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Melalui proses ini
murid-murid telah menyesuaikan pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru melaluiu kegiatan hans-on dan mindson yang telah
disepadukan.

Topik ‘ Pengawetan’ telah menjadi mudah di kalangan murid-murid tahun 6. Kejayaan


mereka dalam pemahaman tajuk ‘Pengawetan’ adalah bergantung kepada pengalaman, sikap,
kepercayaan , kesediaan dan keyakinan mereka. Maka kelemahan yang berlaku dalam tajuk ini ,
telah diselasesaikam dengan kaedah yang betul.

Kajian ini membolehkan kita untuk melihat tahap kelemahan murid-murid dalam topik
‘Pengawetan’ dan seterusnya cara-cara menanganinya dengan lebih berkesan dan dapat
mengurangkan kadar kelemahan dalam pemahaman tajuk tersebut ke paras minima. Maka
impian dan wawasan pendidikan Negara selaras dengan matlamat dan aspirasi Negara dapat
mewujudkan murid-murid yang berkemampuan untuk meneroka ilmu , membuat adaptasi ,
modifikasi dan inovasi dalam menghadapi atau menangani perubahan dan cabaran masa depan
dapat dicapai.

Justeru itu, kajian ini telah menjadi penting kepada semua pihak agar proses
mempertingkatkan kemahiran yang sedia ada demi mencapai hasrat bersama menjadikan warga
sekolah sebagai warga yang berilmu dan berintelek tinggi sejajar dengan misi dan visi sekolah.

Penyataan Masalah

Kelemahan murid-murid dalam menguasai topik ‘Pengawetan ’ sains tahun 6 dapat


diatasi dengan menggunakan kaedah inkuiri penemuan.. Ramai murid berpendapat bahawa topik
‘Pengawetan ’ dalam sains merupakan suatu beban. Mereka tidak dapat menggambarkan
‘Pengawetan’ tersebut. Murid-murid juga tidak diberi pendedahan untuk mengawet bahan
makanan secara ringkas. Selain daripada itu,murid-murid juga mangalami masalah apabila
diminta menulis langkah-langkah pengawetan.

Seterusnya mereka juga tidak dapat menerangkan pemerhatian mereka dengan jelas.
Tetapi dengan pengaplikasian yang betul , murid-murid dapat lebih memahami dan menyukai
topik itu.

Bagi menangani masalah ini , kita telah memberi tumpuan terhadap beberapa aspek penting
berkaitan subjek sains. Maka , penggunaan kaedah inkuiri penemuan telah membantu murid-
murid membina keyakinan diri terhadap mata pelajaran ini.

Amanah ini amat berat. Ia telah dipikul serta dilaksanakan dengan jayanya. Masalah
dalam pemahaman topik ‘ Pengawetan’ dapat ditangani untuk mewujudkan murid-murid yang
berkebolehan dalam bidang sains dan seterusnya meningkatkan taraf kecemerlangan prestasi
sesebuah sekolah.

Objektif Kajian

i) Mengesan penguasaan kemahiran ‘Pemerhatian’ di kalangan murid dalam topik ‘Pengawetan’

ii) Membandingkan pencapaian prestasi murid dalam topik ‘Pengawetan’ antara kumpulan
kaedah tradisional dengan kaedah inkuiri penemuan. .

iii) Menilai murid dalam menulis langkah-langkah pengawetan dengan mengikut turutan
yang betul.

Hipotesis Kajian

Hipotesis nul : Tidak mendapat perbezaan dalam pencapaian prestasi murid-murid


tahun 6 dalam topik ‘Pengawetan’ melalui ujian pra sebelum mengaplikasi kaedah inkuiri
penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Methodologi

Reka bentuk kajian yang telah di gunakan untuk menjalankan kajian ini adalah kaedah
Quasi –Eksperimental. Mengikut kaedah ini, murid-murid telah dipilih secara rawak yang terdiri
daripada 2 kelas murid-murid. Satu kelas telah dijadikan sebagai kumpulan kawalan manakala
satu lagi kelas dijadikan kumpulan experimen. Kumpulan kawalan diajar dengan kaedah
tradisional. Manakala kumpulan experimen pula telah diajar dengan kaedah inkuiri
penemuan.

Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai hubungan pemahaman topik
‘Pengawetan’ dengan prestasi pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains di sebuah sekolah
rendah jenis kebangsaan di Daerah Port Dickson. Di sini pengkaji telah melihat sejauh mana
murid-murid memahami topik ‘Pengawetan’ dalam pengajaran Sains tahun 6 dan seterusnya
dapat meningkatkan prestasi mereka dalam topik tersebut. Maka ujian pra telah diadakan dan
markahnya dikumpul sebelum memulakan sesi pengajaran . Rajah dibawah menerangkan
prosedur kajian yang telah dijalankan.

Kumpulan
Kumpulan Kawalan
Eksperimen

• Kaedah Inkuiri
• Kaedah Tradisional  Diberi satu masalah
 Nota diedarkan  Murid mencari langkah
 Guru terangkan konsep penyelesaian
 Melakar gambar proses  Menjalankan eksperimen
pengawetan  Melakar gambar proses
 Menulis pemerhatian pengawetan
 Merekod pemerhatian
Proses pengajaran-pembelajaran telah dijalankan selama 2 minggu dan di akhir minggu
ke-2, ujian pos diberikan bagi mengesan keberkesanan kaedah inkuiri penemuan berbanding
dengan kaedah tradisional. Ujian pos dijalankan dalam masa 30 minit dan ujian tersebut telah
dilaksanakan serentak bagi kedua-dua kelas murid. Hasil penilaian ini telah diambil untuk
membandingkan keberkesanan kaedah pengajaran tradisional dan kaedah pengajaran inkuiri.
Kemudian satu borang senarai semak telah digunakan untuk menilai penguasaan murid dalam
kemahiran pemerhatian. Selain itu, satu lagi senai semak juga telah digunakan untuk menilai
murid dalam menulis langkah-langkah eksperimen dengan turutan yang betul.

Populasi bagi kajian ini terdiri daripada enam puluh orang murid dari kelas tahun Enam
di SRJK (Tamil) di Bandar Springhill. Ia dipilih dari murid-murid yang sedia ada di sekolah
tersebut. Pemilihan murid-murid dibuat oleh guru Sains dengan berdasarkan kriteria seperti
berkelakuan baik, kesanggupan untuk ditemuduga dan berminat untuk menjadi sampel kajian.

Murid-murid itu terdiri daripada dua kelas iaitu kelas Tharma dan Beema. 30 orang
murid dijadikan kumpulan kawalan dan 30 orang murid lagi dijadikan sebagai kumpulan
eksperimen. Murid-murid kelas itu telah dijadikan sebagai sample kajian.

Instrumen kajian yang telah digunakan adalah berbentuk dalam tiga bahagian iaitu.Iaitu
bahagian A adalah ujian pra yang mengandungi 20 soalan objektif . Bahagian B merupakan
ujian pos yang mengandungi 20 soalan objektif. Disamping itu bahagian C adalah dua borang
senarai semak terdiri daripada 10 kretiria yang telah digunakan untuk mengesan penguasaan
murid terhadap kemahiran pemerhatian dan untuk menilai murid dalam penulisan langkak-
langkah prosedur secara berturutan yang betul.

Pembangunan instrumen kajian ketika membentuk soalan untuk ujian pra dan ujian pos,
soalannya merangkumi topik ‘Pengawetan’ sains tahun enam. Ia telah dibina berdasarkan
Jadual Penentu Ujian dan telah menyeluruhi topik yang diajar. Kedua-dua kelas yang terdiri
daripada kumpulan eksperimen dan kawalan telah diberi ujian pra dan ujian pos yang sama dan
pada masa yang sama. Soalan senarai semak adalah berdasarkan pemerhatian guru ketika
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Pengkaji telah berjumpa dengan guru besar sekolah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Bandar Springhill untuk mendapat kebenaran untuk menjalankan kajian. Kemudian berjumpa
dengan penolong kanan kurikulum untuk memberitahu tentang kajian yang akan diadakan.
Kemudian pengkaji memberikan ujian pra bagi kedua-dua kelas murid-murid pada masa yang
sama . Selepas itu mengajar kedua-dua kelas selama 6 jam yang terdiri daripada 2 minggu.
Setiap minggu mengajar 3 waktu dengan kaedah tradisional 3 waktu lagi untuk kaedah inkuiri
untuk kumpulan eksperimen. Kemudian ujian pos pula telah diberi setelah selesai mengajar
topik ‘Pengawetan ’ untuk tahun 6.

Data yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pos telah dikumpulkan dan dianalisis
dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Science) dan dapatannya dipersembahkan
dalam bentuk statistik deskriptif. Ini bermakna penjelasannya melibatkan jadual kekerapan, min,
median dan frekuensi.

Kebolehan murid-murid pada peringkat awal dan akhir kajian selama 2 minggu ini dapat
dilihat berdasarkan skor markah yang diperolehi murid-murid untuk setiap item soalan dan
markah keseluruhan.
DAPATAN KAJIAN

4.1.1 Pengenalan

Bab ini melaporkan analisa data dan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan
di SJKT Bandar Springhill. Hasil kajian diperolehi daripada pelajar Tahun 6 dalam
matapelajaran Sains. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada Kumpulan
Kawalan dan Kumpulan Eksperimen. Hasil kajian pula terbahagi kepada markah ujian pra
dengan markah ujian pos dari kedua-dua kumpulan serta dapatan senarai semak. Seterusnya bab
ini membincangkan hasil kajiannya secara analisa deskriptif dan analisa interensial (compare
mean: t-test). Kemudian analisa-analisa itu dibincangkan dan dipersembahkan mengikut dapatan
serta berdasarkan objektif kajian.

4.2 Profil respondan

Kajian ini telah dijalankan di SJKT Bandar Springhill tidak kurang dari 10 jam. Data
mengenai latar belakang subjek dan pelajar diperolehi berdasarkan pemerhatian yang dilakukan
ketika pelaksanaan kajian. Responden terdiri daripada 60 orang pelajar. Data ini membantu
meninjau penguasaan kemahiran pemerhatian pelajar tahun 6 terhadap mata pelajaran sains.

Laporan Kajian : SJKT Bandar Springhill, Port Dickson

Responden : Semua murid Tahun 6

Jumlah Bilangan : 60 pelajar

Jantina : 29 lelaki

31 perempuan

Bangsa : 60 Orang Pelajar India


Jadual 2 -Profil Responden

Jadual 2.1-Kumpulan Kawalan

Kumpulan Kekerapan Peratus %

Lelaki 17 56.7

Perempuan 13 43.3

Jumlah 30 100.0

Jadual 2.2-Kumpulan Eksperimen

Kumpulan Kekerapan Peratus %

Lelaki 12 40.0

Perempuan 18 60.0

Jumlah 30 100.0

Jadual 2.1 dan 2.2 menunjukkan pengumpulan data mengenai kajian ini. Dua jenis kumpulan
telah dipilih untuk mencapai objektif kajian ini, iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan . Kumpulan eksperimen terdiri daripada 30 orang pelajar India (100%). Kumpulan
kawalan pula terdiri daripada 30 orang pelajar India juga (100%). Pelajar India sahaja yang
menampung kelas 6T dan 6B. Kumpulan kawalan terdiri daripada 17 orang pelajar lelaki
(56.7%), 13 orang pelajar perempuan (43.3%). Manakala kumpulan eksperimen pula terdiri
daripada 12 orang pelajar lelaki ( 40% ) , 18 orang pelajar perempuan ( 60 % ). Semua pelajar
yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar India sahaja.

4.3 Dapatan kajian

Hasil kajian ini terdiri daripada markah ujian pra dan ujian pos bagi Kumpulan Eksperimen dan
Kumpulan Kawalan.

4.3.1. Analisa Deskriptif

Dalam kajian ini, penganalisisan data ujian pra dan ujian pos yang dikumpul telah diproses
dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science ) versi 18.0.

Jadual 3 – Analisa Deskriptif Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan

Minimu Maximu Sisihan


N m m Min Piawai

Ujian Pra 30 22 56 39.30 10.256

Ujian Post 30 22 54 39.70 9.837

Valid N 30
(listwise)
Jadual 3 menerangkan tentang data-data ujian pra dan ujian pos yang diperolehi daripada
responden Kumpulan Kawalan. Bilangan pelajar yang menduduki ujian pra dan ujian pos adalah
seramai 30 orang. Kumpulan kawalan telah memperolehi min skor sebanyak 39.30 dalam ujian
pra sebelum menggunakan kaedah tradisional. Tetapi kumpulan yang sama memperolehi min
skor sebanyak 39.70 dalam ujian pos selepas menggunakan kaedah tradisional dalam
pengajaran. Markah minimum dalam ujian pra adalah 22% manakala markah maksimum adalah
56%. Sementara itu markah minimum dalam ujian pos pula adalah 22% dan markah maksimum
pula 54%. Sisihan piawai bagi ujian pra adalah 10.256 dan bagi ujian pos pula adalah 9.837.

Jadual 4 – Analisa Deskriptif Ujian Pra dan Ujian Post bagi Kumpulan Eksperimen

Minimu Maximu Sisihan


N m m Min Piawai

Ujian Pra 30 18 64 46.10 11.376

Ujian Post 30 52 92 77.10 9.323

Valid N 30
(listwise)

Jadual 4 menerangkan tentang data-data yang diperolehi daripada responden Kumpulan


Eksperimen dalam ujian pra dan ujian pos . Bilangan pelajar yang menduduki ujian pra dan ujian
pos adalah seramai 30 orang. Kumpulan eksperimen telah memperolehi min skor sebanyak 46.10
dalam ujian pra sebelum penggunaan keadeh inkuiri dalam pengajaran . Manakala kumpulan
yang sama berjaya memperolehi min skor sebanyak 77.10 selepas penggunaan kaedah
pengajaran inkuiri penemuan dalam ujian pos. Markah minimum dalam ujian pra adalah 18%
manakala markah maksimum adalah 64%. Tetapi markah minimum dalam ujian pos pula 52%
dan markah maksimum mencapai 92%. Sisihan piawai bagi ujian pra adalah 11.376 dan bagi
ujian pos adalah 9.323.
Jadual 5 – Analisa Kekerapan Ujian Pra Kumpulan Kawalan

Kekerapan Peratus

Valid 20-30 8 26.7

31-40 6 20.0

41-50 11 36.6

51 keatas 5 16.7

Jumlah 30 100.0
Rajah 1-Carta Bar Kekerapan Markah Ujian Pra oleh Kumpulan Kawalan

Kekerapan Markah Ujian Pra oleh Kumpulan Kawalan


40
36.6
35

30
26.7
25
Peratus

20
20
16.7
15

10

0
20-30 31-40 41-50 5150 keatas
Markah Ujian Pra

Jadual 5 dan Rajah 1 menjelaskan kekerapan markah ujian pra bagi kumpulan kawalan. Iaitu
markah dari 20 hingga 30 diperolehi oleh 8 orang pelajar setiap satu kategori dan terdiri daripada
26.7 % masing-masing. Manakala markah dari 31 hingga 40 diperolehi oleh 6 orang pelajar iaitu
20 % . Disamping itu markah dari 41 hingga 50 diperoleh oleh 11 orang pelajar iaitu 36.6 % dan
akhirnya markah 51 ke atas dicapai oleh 5 orang pelajar yang merangkumi 16.7 %. Jumlahnya
30 orang pelajar yang melibatkan 100%.
Jadual 6 – Analisa Kekerapan Ujian Pos Kumpulan Kawalan

Kekerapan Peratus

Valid 20-30 7 23.3

31-40 9 30.0

41-50 10 33.4

51 keatas 4 13.3

Jumlah 30 100.0

Rajah 2-Carta Bar Kekerapan Markah Ujian Pos oleh Kumpulan Kawalan

Kekerapan Markah Ujian Pos oleh Kumpulan


Kawalan
40

35 33.4
30
30

25 23.3
Peratus

20

15 13.3

10

0
20-30 31-40 41-50 51 keatas
Markah Ujian Pos
Jadual 6 dan Rajah 2 menjelaskan kekerapan markah ujian post bagi kumpulan kawalan. Iaitu
markah dari 20 hingga 30 diperolehi oleh 7 orang pelajar setiap satu kategori dan terdiri daripada
23.3 % masing-masing. Manakala markah dari 31 hingga 40 diperolehi oleh 9 orang pelajar iaitu
30 % . Disamping itu markah dari 41 hingga 50 diperoleh oleh 10 orang pelajar iaitu 33.4 % dan
akhirnya markah 51 ke atas dicapai oleh 4 orang pelajar yang merangkumi 13.3 %. Jumlahnya
30 orang pelajar yang melibatkan 100%.

Jadual 7- Analisa Kekerapan Markah Ujian Pra oleh Kumpulan Eksperimen

Kekerapan Peratus

Valid 20-30 3 10.0

31-40 3 10.0

41-50 11 36.7

51 keatas 13 43.3

Jumlah 30 100.0

Rajah 3- Carta Bar Kekerapan Markah Ujian Pra Kumpulan Eksperimen

Kekerapan Markah Ujian Pra oleh


Kumpulan Eksperimen
50 43.3
40 36.7
Peratus

30

20
10 10
10

0
20-30 31-40 41-50 51 keatas
Markah Ujian Pra
Jadual 7 dan Rajah 3 menjelaskan kekerapan markah ujian pra bagi kumpulan kawalan. Iaitu
markah dari 20 hingga 30 diperolehi oleh 3 orang pelajar setiap satu kategori dan terdiri daripada
10 % masing-masing. Manakala markah dari 31 hingga 40 diperolehi oleh 3 orang pelajar iaitu
10 % . Disamping itu markah dari 41 hingga 50 diperoleh oleh 11 orang pelajar iaitu 36.7 % dan
akhirnya markah 51 ke atas dicapai oleh 13 orang pelajar yang merangkumi 43.3 %. Jumlahnya
30 orang pelajar yang melibatkan 100%.

Jadual 8- Analisa Kekerapan Markah Ujian Pos Kumpulan Eksperimen

Kekerapan Peratus

Valid 20-30 0 0.0

31-40 0 0.0

41-50 0 0.0

51 keatas 30 100

Jumlah 30 100.0

Rajah 4- Carta Bar Kekerapan Markah Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimen

Kekerapan Markah Ujian Pos bagi Kumpulan


Eksperimen
120
100
100
80
Peratus

60
40
20
0 0 0
0
20-30 31-40 41-50 51 keatas
Markah ujian Pos
Jadual 8 dan Rajah 4 menjelaskan kekerapan markah ujian pra bagi kumpulan kawalan. Iaitu
semua orang pelajar telah mendapat markah 51 ke atas yang merangkumi 100 %. Jumlahnya 30
orang pelajar yang melibatkan 100%.

4.3.2. Analisa Inferensial

Jadual 9 - Jadual Ujian-t bagi Ujian Pra bagi Kumpulan Kawalan (Paired Samples Test )

Std. Std. Error


Min N Deviation Mean

Pair 1 PreTest 39.30 30 10.256 1.872

PostTest 39.70 30 9.837 1.796

Paired Differences

95% Confidence
Interval of the
Std. Difference
Std. Error Sig. (2-
Mean Deviation Mean Lower Upper t df tailed)

Pair 1 PreTest - PostTest -.400 1.923 .351 -1.118 .318 - 29 .264


1.140

Jadual 11 ini menunjukkan perbezaan min antara kumpulan kawalan dalam ujian pra dan
pos, iaitu ( - 0.400 ). Perbezaan sisian piawai bagi kedua-dua ujian dalam kumpulan
kawalan ialah adalah ( 1.923 ). Manakala Std. Error Min antara kedua-dua ujian pula (
0.351 ). Perbandingan nilai t bagi kumpulan kawalan dalam ujian pra adalah ( -1.140 ). Ini
membawa maksud bahawa tidak ada sebarang perbezaan dalam tahap pencapaian pelajar-
pelajar itu kumpulan kawalan. Nilai df pula ( 29 ) dan nilai Sig. ( 2-tailed ) adalah (
0.264 ) . Ini menunjukkan bahawa P > 0.05, maka Hipotesis null 1 adalah diterima. Ini
menunjukkan tiada perbezaan prestasi yang dikesan dalam pencapaian pelajar dalam
ujian pra bagi kumpulan kawalan . Maka pelajar-pelajar itu terdiri daripada kumpulan
yang berkebolehan dan berpencapaian yang sama sebelum memulakan kaedah pengajaran
inkuiri penemuan.

Jadual 10 - Jadual Ujian-t bagi Ujian Pra bagi Kumpulan Eksperimen (Paired Samples
Test )

Std. Std. Error


Mean N Deviation Mean

Pair 1 PreTest 46.10 30 11.376 2.077

PostTest 77.10 30 9.323 1.702

Paired Differences

95% Confidence
Interval of the
Std. Difference
Std. Error Sig. (2-
Mean Deviation Mean Lower Upper t df tailed)

Pair 1 PreTest - PostTest - 5.420 .990 -33.024 -28.976 - 29 .000


31.000 31.326
Jadual 10 menunjukkan perbezaan min antara kumpulan eksperimen dalam ujian pra dan
pos, ialah ( -31.00 ). Perbezaan sisihan piawai bagi kedua-dua ujian adalah (5.420).
Manakala Std. Error Min antara kedua-dua ujian pra dan pos pula ( 0.990 ).
Perbandingan nilai t bagi kumpulan eksperimen dalam ujian pra dan pos adalah (31.326).
Ini menjelaskan bahawa keputusan ujian ini menunjukkan terdapat perbezaan dalam
pencapaian dalam ujian pra dan pos. Nilai df pula ( 29 ) dan nilai Sig. ( 2-tailed ) adalah (
0.000 ) . Ini menunjukkan bahawa nilai P< 0.05 , maka hipotesis alternatif 1 adalah
ditolak. Ini membawa maksud bahawa terdapat perbezaan pencapaian prestasi dalam
pencapaian pelajar yang mengikuti pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri
penemuan dalam sains tahun 6 berbanding kaedah tradisional. Setelah kumpulan
eksperimen mengikuti pembelajaran sains dengan kaedah inkuiri penemuan , pencapaian
pelajar meningkat. Ini membuktikan bahawa kaedah inkuiri penemuan dapat
meningkatkan prestasi pencapaian dalam pendidikan Sains.

Jadual 11- Senarai Semak Kemahiran Pemerhatian bagi Kumpulan Eksperimen (


30 Pelajar )

Yes No
No Criteria
(%) (%)

1. Identify obvious differences and similarities between objects and materials. 93 7

2. Make use of several senses in exploring objects or materials. 80 20


Identify points of similarity between objects where differences are more
3. 63 37
obvious that similarities
Take an adequate series of observations to answer the question or test the
4. 70 30
prediction under investigation.
Use their senses appropriately and extending the range of sight using a hand
5. 73 27
lens or microscope where necessary
Distinguish from many observation those which are relevant to the problem
6. 57 43
in hand and explaining the reason
Take steps to ensure that the results obtained are as accurate as they can
7. 53 47
reasonable be and repeating observation where necessary
Senarai Semak Kemahiran Pemerhatian
100 93
90
80
80 73
70
70 63
60 57
53
Peratus

50 47
43 Yes
40 37
30 No
30 27
20
20
10 7

0
1 2 3 4 5 6 7
Soalan

Jadual 12- Senarai Semak Kemahiran Menjalankan Eksperimen bagi Kumpulan


Eksperimen ( 30 Pelajar )

Yes No
No Criteria
(%) (%)
Suggest a useful approach to answering a question or testing a prediction by
1. 97 3
investigation, even if details are lacking or need further thought
2. Make suggestion about what might happen when certain changes are made 87 13
Identify the variable that has to be changed and the things which should be
3. 53 47
kept the same for a fair test
4. Identify what to look for or measure to obtain a result in an investigation 70 30
5. Select and use equipment and measuring device suited to the task in hand 57 43
Succeed in planning a fair test using the support of a framework of
6. 67 33
questions or planning board
7. Spontaneously structure a plan so that variables are identifies and steps 67 33
taken to make results as accurate as possible

Senarai Semak Kemahiran Menjalankan Eksperimen


100 97

90 87

80
70
70 67 67

60 57
53
Peratus

50 47
43 Yes
40 33 33 No
30
30
20 13
10 3
0
1 2 3 4 5 6 7
Soalan

Jadual 12 dan 13 menunjukkan skor yang diperolehi oleh pelajar Kumpulan Eksperimen setelah
mengikuti kaedah pengajaran inkuiri penemuan. Kebanyakkan item senarai semak dapat
diaplikasikan oleh pelajar Tahun 6 selepas menjalankan pembelajaran inkuiri penemuan. Ini
menunjukkan bahawa pelajar dapat menguasai kemahiran pemerhatian dan kemahiran
menjalankan experiment terhadap matapelajaran sains meningkat setelah mengikuti pengajaran
sains secara inkuiri penemuan.

4.4. Rumusan

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa; kumpulan pelajar yang mengikuti pembelajaran
menggunakan kaedah inkuiri penemuan memperoleh min peningkatan skor lebih tinggi jika
dibandingkan dengan kumpulan pelajar yang diajar mengunakan kaedah traditional. Ini
menunjukkan bahawa peningkatan skor bagi pelajar yang diajar dengan mengunakan kaedah
inkuiri penemuan lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar yang diajar mengunakan kaedah
tradisional.

Di samping itu, keputusan ujian-t dalam ujian pra dan pos bagi kumpulan kawalan
memperjelaskan tiada perbezaan pencapaian yang diperolehinya. Tetapi keputusan ujian-t dalam
ujian pra dan pos bagi kumpulan eksperimen menunjukkan perbezaan pencapaiannya. Ini
menunjukkan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran sains membawa peningkatan
pencapaian .

Selain daripada itu, hasil soal-selidik juga menunjukkan peningkatan terhadap kemahiran
pemerhatian dan kemahiran menjalankan eksperimen antara pelajar kumpulan eksperimen
setelah mempelajari matapelajaran sains dengan kaedah inkuiri penemuan. Maka hasil kajian ini
membuktikan bahawa kaedah inkuri penemuan dapat membawa peningkatan dalam topik ‘
Pengawetan ’ tahun 6.

Murid-murid yang mengikuti pengajaran secara pendekatan inkuiri penemuan memahami


konsep-konsep sains yang diajar oleh guru. Proses pengajaran yang sistematik dan merangsang
sifat inkuiri murid telah menjadikan murid-murid bergiat aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini telah meningkatkan pemahaman murid. Menurut Rosninah (2005) pendekatan
inkuiri penemuan adalah proses inkuiri atau kemahiran yang mencabar minda murid untuk
menedapatkan ilmu baru ataupun penemuan baru. Proses mental merupakan proses yang
melibatkan murid untuk membuat hipotesis, membuat inferens, mengeksperimen, mengawal
pembolehubah, membuat pemerhatian, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi,
mentafsir data, mendefinisikan secara operasi, menyelesaikan dan meramal dapat menggalakkan
murid membina ilmu pengetahuan baru melalui proses inkuiri yang dijalankan dalam makmal.

Inkuiri penemuan ini adalah satu proses di mana murid-murid menghubungkaitkan ilmu
pengetahuan yang mereka menemui. Ini mendorong murid-murid memahami dan mengingati
ilmu sains tanpa mengalami proses penghafalan. Ini adalah selari dengan pendapat Hansen &
Johnson, 2006 yang mengatakan bahawa murid-murid yang boleh mengaplikasikan ilmu yang
dipelajari memiliki kemahiran pemikiran aras tinggi.

KESIMPULAN
Kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan murid yang mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan kaedah inkuiri penemuan telah mencapai min pencapaian yang
lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan murid-murid yang mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa pengajaran dengan kaedah inkuiri penemuan memberikan kesan yang
positif dalam skor pencapaian murid. Ia juga mewujudkan suasana kelas yang aktif.
Murid-murid bergiat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara langsung ia
meningkatkan motivasi murid untuk mempelajari Sains. Murid-murid juga memberikan
kerjasama yang sepenuhnya kepada guru dan juga rakan-rakan yang lain semasa melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran. Murid-murid suka untuk meneroka dengan sendiri soalan-soalan
yang mencabar minda mereka dan ini mengukuhkan lagi pemahaman mereka.
Kaedah pengajaran secara inkuri penemuan berpusatkan murid memberikan kebebasan
kepada murid-murid untuk mendapatkan ilmu dengan menggunakan deria mereka sendiri. Dalam
proses pengajaran kaedah inkuiri penemuan guru bertindak sebagai fasilitator dan juga pencabar
minda murid dengan soalan-soalan pemikiran aras tinggi. Pengajaran secara inkuiri penemuan
menjadikan sains sebagai satu matapelajaran yang menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat
secara aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat. Ia menghasilkan proses
pembelajaran yang berkesan di kalangan murid.
Kaedah inkuiri penemuan telah memberikan kesan yang positif dalam tingkah laku dan
perkembagan kendiri. Murid-murid berasa seronok dan dapat menghayati ilmu yang diajar oleh
guru. Ini dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan manipulasi murid serta melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh guru dengan aktif. Secara langsung ia
meningkatkan pencapaian murid dalam matapelajaran sains.
Kaedah inkuiri penemuan sangat berkesan berbanding kaedah tradisional yang merupakan
pengajaran berpusatkan guru di mana guru bertindak sebagai penyampai dan murid bertindak
sebagai pendengar tanpa melibatkan sebarang penglibatan murid dalam proses pembelajaran.
Rujukan

Akhbar Ibrahim. 1997. Attrition to Science and Technology: The Malaysian case. Conference on

Science and Technology Education. Kuala Lumpur Malaysia.

Allport, G. W. C. 1967. Attitudes. In Readings in attitudes theory and measurement. M. Fishbein

(eds). New York: John Wiley and Sons. Inc.

Amien, M. 1987. Mengajarkan Ilmu Pengetahuan Alam (IPA) dengan Menggunakan Metode

Discovery dan Inkuiry. Jakarta: Depdikbud.

Barrington, B. L. & Hendricks, B. 1988. Attitudes towards science and science knowledge of

intellectually fifted and average students in third, seventh, and eleventh grade. Journal of

Reachers in Science Teaching 25(8): 679-687.

Bilgin, I. (2009). The Effects Of Guided Inquiry Instruction Incorporating A Cooperative


Learning Approach On University Students’ Achievement Of Acid And Bases Concepts
And Attitude Toward Guided Inquiry Instruction. Scientific Research and Essay, 4 (10),
1038-1046.

Berci, M. E., & Griffith, B. (2005). What does it mean to Question? Interchange, 36(4), 405-430.
Carin, A.A & Bass, J.E. (2001). Teaching Science as Inquiry, 9th Ed. New Jersey.Prentice Hall.

Chin, C. (2007). Teaching questioning in Science Classroom: Approaches that stimulate


productive thinking. International of Research in Science Teaching, 44(6), 815-

843.

Curtis, J. (1999). Exploring Experimental Design. Science and Children. 36(4). National Science
Teacher Association.

Driver, R., Asoko, H., Leach, J., Mortimer, E. & Scott, P. (1994). Constructing Scientific

Knowledge in the Classroom. Educational Researcher, 23(7), 5-12.

Gagnon, G.W. & Collay,M. (2001). Designing for learning. Six Elenments in Constructivist

Classroms. Thousands Oaks: Corwin Press Inc.

Gogolin, L. & Swartz, F. 1992. A quantitative and qualitative inquiry into the attitudes toward

science of non science college students. Journal of Research in Science Teaching 29(5):

487-504.

Hamalik, O. (1991). Strategi Belajar Mengajar. Bandung: CV Sinar Baru.

Haslina Japri. (2000). Kesan pendekatan pengajaran inkuiri-penemuan dan pendekatan


pengajaran konvensional ke atas pencapaian dan sikap pelajar dalam pembelajaran
biologi tingkatan empat: Kajian Kes. Unpublished master's dissertation, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Hani Ismail. 2001. Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar menengah rendah

dalam mata pelajaran sains. Kertas Projek Sarjana, Fakulti Pendidikan. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Harlen, W. 1996. The teaching of science in primary school. London: David Fulton.

Harlen, W. & Qualter, A. (2004). The Teaching of Science in Primary Schools. 4th ed). London:

David Fulton Publishers Ltd.

Harwood, W. S. (2004). A New Inquiry Model. Journal of College Science Teaching. 3(7)

Jophnson, J. Sears, J. 2000. children’s attitudes sto science: beyond the men in

white coats. In Issues in science teaching. J. Sears and P. Sorensen (eds). Routledge:

London.

Koufetta-Menicou, C. & Scaife, J. (2000). Teacher’s Questions-Types and Significants in

Science Education. School Science Review, 81(296), 79-84.

Nik Zarini Nik Kar1*., & Salmiza Saleh2. (2012). Kesan pendekatan inkuiri penemuan terhadap
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kimia. Asia Pacific Journal of Educators and
Education, Vol.27, 159-174.

Short Kathy.G & Burke Carolyn. L. 1989. New Potentials for Teacher Education : Teaching and

Learning as Inquiry. The Elementary School Journal (90) : 193-206.

Sund & Trowbridge. (1973). Teaching Science by Inquiry in the Secondary School. Columbus:

Charles E. Merill Publishing Company.

Suparno, P. 1997. Fisafat Konstruktivisme dalam Pendidikan. Kanisius.Yogyakarta. Trowbridge,

L.W. & R.W. Bybee. (1990). Becoming a Secondary School Science Teacher.
Melbourne: Merill Publishing Company.

Roestiyah, N.K. (1998). Strategi Belajar Mengajar. Jakarta: PT Rineka Cipta.

Rosinah Edinin. (2005). Pelaksanaan pendekatan inkuiri-penemuan dalam pendidikan sains.

Unpublished PhD dissertation, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Udin S. Winataputra, 2005, Model-Model Pembelajaran Inovatif, Edisi Revisi, PAUPPAI

Universitas Terbuka, Jakarta.

Zamri Mahamod., & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu : kaedah pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, ISSN:2180-4842, Vol.1, Bil.1, 51-65.
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai