Anda di halaman 1dari 1

Esei

BHGN B
Bagaimanakah seseorang pelajar dapat meluahkan ekspresi diri dalam sesuatu aktiviti
pembelajaran?
Ekspresi boleh dilahirkan oleh pelajar semasa aktiviti PDP. Terdapat pelbagai jenis ekspresi
seperti perasaan, lisan, reaksi, emosi, bukan lisan, idea, menggambar dan menghasilkan.
1
Perasaan - Semasa aktiviti PDP pelajar akan melahirkan perasaan hasil luahan dari
hati seperti perasaan sedih, riang, dukacita dan sebagainya. Aktiviti seperti pertandingan
atau permainan antara kumpulan biasanya akan memberi keputusan ada kumpulan yang
menang dan ada kumpulan yang kalah. Perasaan gembira akan ditunjukkan oleh pelajar
yang menang dan yang kalah akan kecewa. Guru perlu menerapkan kepada pelajar latihan
menahan kesabaran dan nilai-nilai murni bagi pelajar menghadapi situasi yang sebenar.
2.
Lisan Arahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan sebaik
mungkin oleh pelajar supaya tidak disalah tafsir. Kebanyakan pergaduhan berlaku kerana
arahan yang diterima secara lisan tidak jelas dan tidak difahami oleh pelajar.
3.
Reaksi Pelajar dapat menunjukkan pelbagai ekspresi diri apabila terlibat dalam
sesuatu perkara atau melihat sesuatu masalah. Pelajar perlu berada dalam keadaan yang
bersedia supaya segala reaksi atau tindakan yang dilakukan tepat dan betul. Pelajar akan
dapat membuat tindakan yang tepat akibat daripada latihan dan pengalaman yang telah
diterima.
3.
Emosi emosi merupakan aspek yang penting dalam luahan ekspresi diri pelajar.
Perasaan atau emosi yang ditonjolkan kadangkala dapat diterima atau tidak oleh orang lain.
Guru perlu menggalakkan pelajar menyertai aktiviti-aktiviti permainan supaya boleh
mencetuskan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan
dalam menghadapi persaingan dan cabaran.
3.
Bukan lisan segala penyampaian bukan lisan yang disampaikan kepada pelajar
perlu ditafsirkan sebaik mungkin oleh pelajar supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Arahan
yang diberikan secara bukan lisan mudah difahami dengan jelas oleh pelajar dan mengikut
kehendak arahan tersebut.
4.
Idea pelajar dapat meluahkan ekspresi diri dengan meluahkan idea-idea yang
bernas sewaktu aktviti pdp. Sebagai contoh aktiviti pembelajaran secara berkumpulan
dimana pelajar akan menjana minda untuk meluahkan perkara yang bermain diminda
mereka.
5.
Menggambar aktiviti bergambar juga merupakan cara untuk meluahkan ekspresi
diri. Dalam proses pdp yang dijalankan, aktivti menggambar boleh mengalihkan tumpuannya
kepada kertas dimana segala masalah akan dipindahkan dari dalam minda ke dalam kertas.
Ia juga sebagai cara untuk mengawal emosi pelajar.
6.
Menghasilkan setiap apa yang dihasilkan berdasarkan jenis dan bentuk atau cara
pelajar meluahkan ekspresi diri adalah merupakan ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan
sesuatu perkara.

Anda mungkin juga menyukai