Anda di halaman 1dari 4

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di

negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan


penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta ,
kasih dan sayang akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan
tenaga yang dilaksanakan daripada beberapa buah negara lain kerana
menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan
keadaan sosial, budaya dan ekonomi.

Program yang dilaksanakan ini banyak mendatangkan manfaat.


Melaluinya remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin
luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. Perubahan masa dan
cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak
tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum
merdeka.

PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan


disiplin diri remaja. Disiplin diri merupakan asas penting bagi
sesuatu kejayaan. Masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan
mendisiplinkan diri dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga
dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan
menguji ketahanan mental dan fizikal.

Program ini yang melibatkan pelbagai kaum juga, dapat


memperkukuhkan integrasi nasional. Melalui program ini, remaja
daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat
dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat
perpaduan kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program
mereka tinggal bersama-sama. Jurulatih PLKN juga membantu
pelatih memahami cara negara yang merangkumi tanah air, rakyat
dan kadaulatan ini ditadbir melalui sistem pentadbiran.

Program yang dilaksanakan dalam PLKN meliputi modul-modul


tertentu, iaitu latihan fizikal, kursus bina semangat, kursus bina
perwatakan dan khidmat masyarakat. Latihan fizikal PLKN tidak
membabitkan penggunaan senjata api atau latihan ketenteraan. Para
pelajar akan belajar berkawat, tempur tanpa senjata, pertolongan
cemas, merentas halangan dan kegiatan sukan. Melalui asas
ketenteraan ini, para remaja didedahkan dengan kemahiran
kepimpinan dan ikhtiar hidup.

Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan


memang mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara..
Justeru, semua pihak khususya para remaja dan ibu bapa perlu
menyahut seruan kerajaan dengan menyertai program ini.
MODUL LATIHAN DALAM PLKN

Modul Fizika

Modul Fizikal adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan
ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan
Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan. Secara khususnya, latihan-latihan
yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan peserta, mempertingkatkan
ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman,
keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai
masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan. Di samping itu,
peserta akan dilatih oleh para jurulatih untuk mempelajari melalui pengalaman dalam
aktiviti-aktiviti seperti kawad, kraf hutan, pertolongan cemas, membaca peta, kompas,
latihan pandu arah, menyeberangi sungai, merempuh halangan, aktiviti menggunakan tali
(litar tali tinggi dan rendah), merentas desa, seni mempertahankan diri, aktiviti air,
kembara hutan dan lain-lain. Modul ini dilaksanakan selama empat minggu di dalam dan
di persekitaran tapak perkhemahan.

Modul Kenegaraan

Modul Kenegaraan adalah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan


pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta
pengorbanan para peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan,
jurulatih memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi
tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara.
Melalui elemen Tanah Air, peserta akan dibantu membina serta memupuk rasa sayang
kepada tanah air dan sanggup mempertahankannya. Peserta membincangkan tentang
negara dari segi aspek geografi, keindahan bumi ini, hasilnya, sempadan dan lain-lain.
Peserta dapat mengetahui asal-usul pelbagai ras, etnik, membina rasa sayang sesama
etnik dan antara etnik, memahami kepentingan bersatu-padu melalui aktiviti seperti
menganalisis fakta tentang etnik, mengharmonikan perbezaan, memahami persamaan dan
sebagainya melalui elemen Rakyat. Elemen Kerajaan pula membantu peserta memahami
bagaimana negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini ditadbir dan diurus, melalui sistem
pentadbiran, undang-undang, perlembagaan dan lain-lain. Peserta memahami
kepentingan dan cara untuk mempertahankan kebebasan negara melalui elemen
Kedaulatan. Cabaran dari dalam dan luar negara juga diperbincangkan supaya peserta
menyedari peluang dan ancaman yang datang secara berterusan. Modul ini dilaksanakan
selama tiga minggu dan pelbagai kaedah digunakan seperti lawatan, simulasi, lakonan,
dinamik kumpulan, menonton gambar, melukis, berdebat, mentafsir peristiwa dan lain-
lain.

Modul Pembinaan Karakter

Modul Pembinaan Karakter adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina
karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan
negara. Terdapat dua komponen yang akan dilalui peserta di mana yang pertama berfokus
kepada pembinaan diri dan kedua adalah tentang diri dengan orang lain. Di dalam
komponen pertama, peserta melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan
mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan), memperkayakan kekuatan dan
memulihkan kelemahan diri. Peserta menyedari tentang penglibatan orang lain dalam
kehidupan mereka, mengetahui kemahiran untuk bekerja sebagai ahli satu pasukan, cara
bertindak sebagai pemimpin dalam kumpulan, dan mengatasi masalah di dalam
kumpulan semasa melalui komponen kedua modul ini. Melalui aktiviti-aktiviti ceramah,
permainan, latihan dan lain-lain, peserta belajar tentang kejujuran, membuat pilihan,
bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan
diri. Modul ini dilaksanakan selama dua minggu dan peserta dipimpin oleh jurulatih.

Modul Khidmat Komuniti

Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai
kekuatan untuk mencuba sesuatu." Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu
dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri.
Dengan itu, sebagai langkah merealisasikan aspirasi tersebut, Program Latihan Khidmat
Negara telah dilaksanakan dengan memperkenalkan beberapa modul tertentu kepada para
pelatih yang berumur 18 tahun. Salah satu modul yang terdapat dalam pelaksanaan
Program latihan Khidmat Negara ialah Modul Khidmat Komuniti . Modul khidmat
komuniti mempunyai lima komponen utama iaitu kemudahan awam, kejiranan, khidmat
sosial, alam sekitar dan penempatan di Jabatan. Ini bermakna, sepanjang program
berjalan, para pelatih akan melalui kelima-lima komponen tersebut dalam tempoh yang
telah ditetapkan .

Objektif
Secara umumnya, Khidmat komuniti dalam Program Khidmat Negara adalah latihan
amali di dalam komuniti berdasarkan latihan yang telah dilalui oleh para pelatih dalam
komponen perkhemahan (modul fizikal), kenegaraan dan pembinaan karektor. Teras
Program Latihan Khidmat Negara adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang
berdisiplin, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada Negara, sentiasa bersedia
menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta untuk memupuk kerjasama dan
perpaduan dikalangan pelbagai kaum di Negara ini.

Remaja dewasa ini harus memahami kepentingan hidup bermasyarakat. Mereka perlu
diberi peluang menikmati kehidupan bermasyarakat, memahami maslaah masyarakat dan
mengambil bahagian dalam proses pembangunan sosial masyarakat. Setiap remaja harus
sedar masalah-masalah yang dialami di kampus turut berlaku di komuniti mereka di luar
kampus. Wira dan wirawati seharusnya mampu membina kebolehan menabur khidmat
untuk komuniti sebagai generasi baru yang mempunyai kesedaran terhadap tanggung
jawab sosial, berkesedaran sivik dan mengutamakan solidariti masyarakat.

Objektif khusus modul khidmat komuniti adalah untuk membolehkan wira dan wirawati :
. membina semangat patriotisme dan semangat perpaduan menerusi modul khidmat
komuniti
. memperoleh latihan praktikum kemahiran dan nilai yang telah dihayati semasa latihan
modul fizikal,kenegaraan dan pembinaan karektor
. membangunkan kemahiran, pengetahuan dan nilai mengenai kesukarelaan
. menggalakkan penglibatan para remaja dalam pertubuhan sosial khususnya pertubuhan-
pertubuhan belia

Aktiviti
Bagi melaksanakan aktiviti secara kolektif dan menyeluruh, aktiviti sepanjang siri
dibahagikan kepada 5 pecahan komponen supaya wira dan wirawati mampu memahami
aspirasi khidmat komuniti di antaranya ialah:

1) Kejiranan - Antara projek utama yang dijalankan ialah mengecat dewan orang ramai,
pembahagi jalan, menceriakan taman, lawatan ke rumah-rumah jiran di kawasan
kampong, melakukan program anak angkat dan pelbagai lagi.

2) Kemudahan awam - para pelatih turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti di lokasi-
lokasi terpilih. Antaranya ialah pembaikpulihan perhentian bas, pembaikpulihan dewan
masyarakat, memberi kesedaran kepada para pelatih dan masyarakat tempatan mengenai
kepentingan kemudahan awam melalui ceramah ringkas, gotong-royong di rumah-rumah
ibadat seperti masjid, kawasan kubur dan sebagainya.

3) Khidmat sosial - Antara aktiviti yang dijalankan dalam komponen ini adalah
mendengar taklimat daripada institusi-institusi yang dilawat seperti Bengkel Orang
Kurang Upaya, PENGASIH, hospital, klinik-klinik desa dan pelbagai lagi.

4) Alam sekitar - Aktiviti yang paling banyak dilakukan ialah gotong-royong seperti
membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.

5) Penempatan di Jabatan - Tujuan adalah untuk memberi peluang kepada pelatih PLKN
memahami peranan dan tanggungjawab beberapa buah Jabatan Kerajaan terutamanya
Jabatan yang berorentasikan pakaian seragam (beruniform). Di samping itu memberi
kesedaran tentang tanggungjawab mereka untuk membantu Jabatan dan mengetahui
peluang-peluang kerjaya yang tersedia ada dalam jabatan dan agensi berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai