Anda di halaman 1dari 9

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PENGINDAHAN SUNGAI KEMENSAH

TARIKH

13 OGOS 2020 (KHAMIS)

TEMPAT

SUNGAI KEMENSAH, AMPANG, SELANGOR

ANJURAN

ECO-RANGERS UUM

TEMA

“SUNGAI NADI KEHIDUPAN”

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PENGINDAHAN SUNGAI KEMENSAH


ISI KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA SURAT


1.0 TUJUAN 1

2.0 PENGENALAN/ LATAR BELAKANG


3.0 OBJEKTIF PROGRAM
4.0 TEMA
5.0 ANJURAN

6.0 TARIKH DAN MASA


7.0 TEMPAT PROGRAM
8.0 PENGLIBATAN DAN AHLI-AHLI PROGRAM
9.0 PUBLISITI

10.0 CADANGAN PERASMI


11.0 BELANJAWAN
12.0 PEJABAT URUSAN
13.0 SYOR/ PENUTUP

1.0 TUJUAN
_______________________________________________________________
______
Kertas cadangan ini bertujuan untuk menjalankan Program Pengindahan
Sungai Kemensah yang terletak di Ampang, Selangor. Memohon pertimbangan
kelulusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan tujuan untuk memelihara
keindahan dan kebersihan sungai. Program ini adalah anjuran Eco-Rangers UUM
dengan tujuan untuk melahirkan mahasiswa/i dan masyarakat setempat yang perihatin
terhadap sungai di sekeliling kita khususya dan diseluruh dunia amnya. Program ini
juga bertujuan untuk mengangkat semula sungai sebagai nadi kehidupan manusia dan
alam sekitar. Selain itu, ia juga dapat mendekatkan jurang diantara mahasiswa/i
dengan masyarakat untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan yang ada selama
bergelar mahasiswa/I sejajar dengan hasrat Universiti Utara Malaysia untuk
memupuk semangat kesukarelawan di kalangan mahasiswa/i. Di samping itu,
program ini dijangkakan dapat memupuk nilai-nilai kepimpinan dalam diri para ahli
Eco-Rangers UUM seperti profesionalisme, berkeyakinan, berketerampilan dan juga
semangat untuk berbakti kepada masyarakat.

2.0 PENGENALAN/ LATAR BELAKANG


_______________________________________________________________
______
Perhubungan Awam boleh didefinisikan sebagai suatu fungsi pengurusan
yang bersifat berterusan dan dirancang dimana sesebuah organisasi akan mencari
jalan untuk mendapat dan mengekalkan persefahaman, simpati dan sokongan
daripada mana-mana pihak yang berkenaan. Ini dijalankan dengan cara menilai
pendapat awam terhadap organisasi mereka supaya dapat berhubung dan
menyampaikan dasar, polisi dan peraturan-peraturan mereka serta mencapaikanya
melalui perancangan dan penyelesaian yang lebih lengkap untuk kepentingan
Perhubungan awam adalah sebagai suatu fungsi pengurusan yang berwatak
berterusan dan terancang, melalui mana-mana organisasi-organisasi awam atau
swasta dan institusi-institusi mencari jalan untuk menjalin dan mengekalkan
persefahaman, simpati dan sokongan daripada sesiapa saja yang ada kaitan dengan
mereka secara menilai pendapat awam mengenai diri mereka supaya dapat mencapai
seberapa boleh dasar-dasar dan peraturan-peraturan mereka untuk mencapai melalui
sebaran meluas maklumat-maklumat yang dirancang bagi mendapatkan kerjasama
yang lebih berhasil serta penyelesaian yang lebih cekap untuk kebaikan bersama.
Untuk makluman semua, Hari Sungai Sedunia adalah merupakan hari alam
sekitar antarabangsa yang disambut setiap tahun pada hari Ahad, minggu ke-4 pada
bulan September. Ia dimulakan pada tahun 1989 di British Columbia, Kanada,
dimana pada hari tersebut merupakan hari untuk meningkatkan kesedaran awam dan
menggalakkan pemeliharaan dan pemuliharaan sungai.
Tahap kesedaran masyarakat Malaysia tentang penjagaan alam sekitar masih
rendah. Saban hari boleh dilihat orang-orang yang tidak bertanggungjawab
membuang sampah merata-rata walaupun pada zahirnya tong-tong sampah telah
disediakan didepan mata. Antara beberapa fakta menarik tentang sungai kita adalah di
antaranya 97% daripada sumber air minuman kita adalah berpunca dari sungai
dan, dianggarkan lebih kurang RM500,000 dibelanjakan oleh kerajaan setiap bulan
bagi mengutip sampah yang terkumpul di perangkap sampah. Lebih menyedihkan
lagi apabila kebersihan sungai-sungai juga tidak dipelihara, apabila ia sering
digunakan sebagai jalan pintas untuk melupuskan sampah masing-masing. Sebagai
inisiatif tersebut, program ini diadakan untuk mewujudkan kesedaran dalaman dalam
kalangan orang awam, penduduk sekitar dan juga pengunjung mengenai kepentingan
memelihara kebersihan sungai serta sumbangan khidmat sosial organisasi serta orang
awam untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar terutamanya kebersihan
sungai. Aktiviti yang dirancang adalah untuk memenuhi aspirasi organisasi serta
mengalami situasi  sebenar kehidupan bermasyarakat. Lokasi yang dipilih adalah di
Sungai Kemensah dan berdasarkan perbincangan awal dengan organisasi yang telah
bersetuju untuk membantu menjayakan program ini.

Kemensah terletak bersebelahan Taman Melawati , Taman Zooview, Ukay


Perdana dan Zoo Negara. Kemensah terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya
Kampung Kemensah (atau Kampung Kemesah), Kemensah Hulu ,Kemensah Tengah,
Kemensah Hilir dan Kemensah Heights. Pemilihan Sungai Kemensah ini disebabkan
kawasan ini merupakan kawasan  bersebelahan hutan simpan dan berbukit bukau.
Suasananya dingin ketika pagi, malam dan musim hujan. Terdapat penduduk di sini
menggunakan bekalan air daripada mata air bukit dan hulu sungai. Penerokaan
perkampungan haram sejak tahun 1980an menimbulkan isu kebersihan dan kesihatan.
Sehingga kini pembangunan rancak di kawasan ini telah menimbulkan beberapa
kebimbangan kes tanah runtuh serta pencemaran sungai.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


_______________________________________________________________
______
Pihak Jawatankuasa Pelaksana telah mengariskan beberapa objektif program:

3.1 Mendekatkan mahasiswa/i di dalam Kursus Pengurusan Awam (SCCA2073)


dengan publik menerusi program kemasyarakatan yang akan dilaksanakan.
3.2 Memenuhi keperluan Universiti yang mana Kursus Pengurusan Awam
(SCCA2073) ini merupakan kursus teras program dan kandungannya
merupakan asas kepada beberapa kursus lain dalam program ini.
3.3 Memperkukuhkan kemahiran perhubungan awam mahasiswa/i dimana
skopnya adalah meluas yang meliputi aspek penyelidikan, kaunseling,
perancangan dan proses komunikasi.
3.4 Mahasiswa/i di dalam Kursus Perhubungan Awam (SCCA2073) ini dapat
menerapkan konsep dua hala dengan memberi penekanan terhadap elemen
saling tukaran komunikasi, timbal balik dan saling persefahaman dengan
publik agar objektif program tercapai.
3.5 Program ini bertujuan memupuk kesedaran dikalangan publik tentang
kepentingan menjaga sungai agar kebersihan dan keindahan sungai akan
terpelihara dan terpulihara.
3.6 Melalui program ini adalah diharapkan dapat meningkatkan kemahiran
merancang dan melaksanakan aktiviti perhubungan awam, perkhidmatan
publik dan program-program sosial dan secara tidak langsung dapat
menerapkan sikap profesionalisme dalam disiplin perhubungan awam secara
khusus.
3.7 Melahirkan bakal pengamal perhubungan awam yang mempunyai etika kerja
yang tinggi. Pengamal perhubungan awam yang baik dinilai menerusi
reputasinya.
3.8 Sebagai salah seorang bakal pengamal perhubungan awam, semestinya dapat
merancang dengan teliti setiap program yang dilaksanakan bagi mencapai
objektif yang maksimum iaitu dapat mengubah persepsi dan sikap orang
awam.
3.9 Kolaboratif di antara mahasiswa/i bersama pihak yang terlibat dalam
menjayakan program ini dapat meningkat imej positif mahasiswa/i itu sendiri
disamping dapat menaikkan imej Universiti Utara Malaysia secara tidak
langsung.
3.10 Dengan kemahiran yang ada di dalam Kursus Perhubungan Awam ini secara
tidak langsung propaganda program dapat ditakrifkan dengan jelas dan dapat
menarik minat orang ramai terhadap kepentingan memelihara dan memulihara
sungai.
3.11 Melalui program ini juga diharap dapat melahirkan para pegawai publisiti /
pegawai perhubungan awam yang berkarisma, berdaya saing dan memberikan
idea-idea sejajar dengan arus globalisasi.
3.12 Adalah diharapkan dengan adanya program ini sedikit sebanyak dapat
membawa perubahan di dalam sistem sosial masyarakat untuk lebih
menghargai alam sekitar terutamanya sungai yang menjadi nadi di dalam
ekosistem kehidupan.

4.0 TEMA
_______________________________________________________________
______
“Sungai Nadi Kehidupan”

5.0 ANJURAN
_______________________________________________________________
______
Kelab Eco-Rangers UUM

6.0 TARIKH DAN MASA


_______________________________________________________________
______
Program ini dirancang untuk diadakan pada:
Tarikh : 13 Ogos 2020
Hari : Khamis
Masa : 8:00 pagi – 2:30 petang

7.0 TEMPAT PROGRAM


____________________________________________________________________
Sungai Kemensah, Ampang, Selangor

8.0 PENGLIBATAN DAN AHLI-AHLI PROGRAM


_______________________________________________________________
______
⮚ Jumlah urus setia program : 10 orang
⮚ Jumlah penyelia program : 2 orang
⮚ Jumlah penyertaan ahli persatuan dan penduduk setempat : 50 orang

9.0 PUBLISITI
_______________________________________________________________
______
Program ini akan dihebahkan melalui media cetak seperti poster, banner,
bunting di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor serta media sosial seperti
Instagram, Facebook serta Twitter. Satu akaun Instagram dan ‘FB page’ akan
diwujudkan berkenaan program ini.
Selain daripada tujuan untuk mempromosikan tentang program ini kepada
orang ramai, usaha publisiti yang akan dijalankan bertujuan untuk menaikkan nama
Eco-Rangers UUM agar lebih dikenali oleh masyarakat setempat serta terus
menggalakkan orang awam untuk menyokong objektif program yang dianjurkan oleh
Eco-Rangers UUM.

10.0 CADANGAN PERASMI


_______________________________________________________________
_____
a. Perasmian pembukaan program
⮚ Ketua Kampung Kemensah: En. Zohari Bin Ahmad
b. Perasmian penutup program
⮚ Penyelaras: LtM. Rosli Bin Ismail

11.0 BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA R
M
1 Sumbangan dana
● Sumbangan (ADUN Kawasan Ampang) 1000.00
● Sumbangan Ketua Kampung 250.00
● Sumbangan Jabatan Imigresen WPKL 500.00
● Sumbangan TNB 500.00
● Sumbangan pelajar UUM 500.00
● Tajaan Makan Tengahari oleh Pak Tam Katering

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 2,750.00

12.0 PEJABAT URUSAN


_______________________________________________________________
______
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat-
menyurat, sila hubungi:

Alamat : Mohd Azmi Bin Md Noh,


Ketua Pengarah Eco-Rangers UUM,
Universiti Utara Malaysia, 06010,
Sintok, Kedah Darul Aman
No telefon : 019-2227325
Email : jimmyazmi86@gmail.com
13.0 PENUTUP
_______________________________________________________________
______
Secara keseluruhannya, adalah diharapkan program yang dilakukan ini
bertujuan untuk memulihara dan menjaga kebersihan sungai akan menjadi suatu
tanggungjawab yang berterusan dalam masyarakat kita. Bukan sahaja dapat
mempertingkatkan keselesaan kepada para pengunjung dan masyarakat setempat
malahan dapat menjaga kesimbangan ekosistem alam dan ianya juga akan
menjadikan negara sebagai salah satu daya tarikan pelancong. Ini sekaligus membawa
imej kepada orang luar bahawa masyarakat Malaysia sangat mementingkan
kebersihan sungai.
Kepada mereka yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam
menjayakan Program Pengindahan Sungai Kemensah ini samada ahli-ahli persatuan
mahupun komuniti setempat ini membuktikan bahawa kita bukan sahaja berdiri
sebagai sebuah badan persatuan atau komuniti semata-mata tetapi tujuan kita adalah
ingin melihat sungai-sungai di negara kita terpelihara dan dilindungi dari segala
kemusnahan dan ancaman yang boleh mendatangkan masalah kepada masyarakat.
Hal ini adalah kerana sungai adalah salah satu daripada sumber air utama negara.
Semoga Program Pengindahan Sungai Kemensah ini dapat dilaksanakan
dengan lancar dan mencapai matlamat dan objektifnya. Segala kerjasama dan
sokongan yang diberikan amat kami hargai.

Disediakan oleh: Disemak dan diluluskan oleh:

………………….. …………………….
Nik Rozihan Binti Nik Mohammed Din LtM. Rosli Bin Ismail
Timb. Ketua Pengarah Eco-Rangers UUM Penyelaras

Anda mungkin juga menyukai