Anda di halaman 1dari 6

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

1.1 CIRI CIRI TEORI KOMUNIKASI

1.2 FUNGSI TEORI KOMUNIKASI

1.3 PEMBENTUKAN TEORI KOMUNIKASI

1.4 KEPENTINGAN TEORI KOMUNIKASI

1.5 CONTOH KEPENTINGAN TEORI KOMUNIKASI

1.6 KESIMPULAN
1.0 PENGENALAN

Komunikasi adalah satu elemen penting dalam kehidupan kita Ia merupakan medium
dalam menyebarkan maklumat, ilmu mahupun interakdi. Teori komunikasi pula dimaksudkan
sebagai penyataan dalam menerangkan , menjelaskan ,menilai serta membuat ramalan terhadap
komunikasi . Ianya adalah gabungan konsep antara teori dan komunikasi yang telah membentuk
suatu tanggapan atau proses yang berfaedah bagi penyelidikan . Menurut pada pengertian Ruben
dan Steward(1998:16) mengenai komunikasi , beliau menyatakan bahawa Human
communication is the process through which individuals in relationships, group, organizations
and societiesrespond to and create messages to adapt to the environment and one another.
Yang menerangkan bahawa komunikasi manusia adalah proses yang melibatkan individu-
individu dalam suatu hubungan, kelompok, organisasi dan masyarakat yang merespon dan
menciptakan pesan untuk beradaptasi dengan lingkungan satu sama lain.

1.1 CIRI CIRI TEORI KOMUNIKASI

Antara Ciri ciri teori komunikasi ini adalah sumber , penerima , mesej , saluran ,
,maklum balas , gangguan , persekitaran . Sumber adalah sebagai lokasi atau tempat yang
berlaku ketika proses komunikasi . Pengirim pula adalah individu , kumpulan atau orang ramai
yang merupakan sasaran mesej (Narimah , Saodah , 2002) .Seterusnya, Mesej adalah gagasan
idea dan perasaan yang dikongsi bersama antara sumber dan penerima . Ianya terbahagi kepada
dua keadaan samada tersurat ataupun tersirat . Saluran adalah usaha sumber menghantar
mesenya yang sudah diolah. Maklum balas pula adalah tindak balas atau respon penerima
terhadap mesej yang diterimanya . Gangguan adalah melibatkan apa jua yang terdapat dalam
persekitaran yang mengganggu gugat penghantaran serta penerimaan mesej . Akhir sekali,
persekitaran adalah lokasi sesuatu komunikasi itu berlaku .
1.2 FUNGSI TEORI KOMUNIKASI

Menurut Infante, Rancer dan Womak telah mengemukakan empat fungsi teori.Fungsi
teori komunikasi adalah pertama untuk mengelola berbagai pengalaman yang luas dengan
proposisi lebih sedikit, sehingga teori hanya merupakan gambaran kecil dari sebuah penomena.
Kedua adalah memperluas dan memperkaya pengetahuan. Seterusnya, beliau menyataan fungisi
teori komunikasi adaah untuk Memacu penelitian dan menuntun berbagai macam penelitian yang
akan dilakukan dimasa mendatang. Ia juga berfungsi untuk menganalisa suatu kejadian yang
akan terjadi.

Oleh itu, fungsi teori komunikasi Teori komunikasi dijadikan sebagai pedoman dalam
melakukan penelitian dibidang komunikasi dan informasi. Teori komunikasi menjadi lebih
adaktif dalam memperoleh suatu pemahaman yang lebih luas dan menginteprestasikan suatu
peristiwa menjadi lebih fleksibel. Malah, Teori Komunikasi ini juga dapat menemukan hal-hal
baru yang lebih bermanfaat.

1.3 PEMBENTUKAN TEORI KOMUNIKASI

Pembentukan teori komunikasi berlaku melalui proses penyelidikan. Pada asasnya


penyelidikan adalah cara berfikir bagi mengkaji fenomena secara terperinci tentang cara kaedah
yang sesuai, interprestasi hasil dapatan untuk dikaitkan dengan dengan dapatan hasilan atau teori.

Dalam menentukan sesuatu teori berjaya atau menemukan kegagalan atau kerapuhan amat
bergantung kepada cara ia dijelmakan iaitu proses yang dilalui. Dalam menyelesaikan masalah,
sebenarnya manusia ingin mengetahui, mencari dan boleh menerangkan sesuatu kebenaran.
1.4 KEPENTINGAN TEORI KOMUNIKASI

Sebagai mana pentingnya komunikasi, begitu jugalah pentingnya teori komunikasi in.
Teori komunikasi ini memberi penjelasan lebih jelas tentang medium interaksi manusia dalam
ritin harian kita. ia membantu kita menjadi lebih cekap dan berupaya menyesuaikan diri dengan
keadaan yang berubah ubah . Ini kerana dengan adanya teori komunikasi ini , kita akan jadi
lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan , kerana persekitarannya sentiasa berubah
ubah . Selain daripada itu , teori komunikasi ini penting kerana ianya Membolehkan kita
menafsir kejadian secara lebih anjal (fleksibel) , lebih berfaedah dan dapat membezakan yang
mana buruk dan yang mana baik tentang sesuatu perkara . Kemudian , teori komunikasi
membantu kita melihat sesuatu yang tidak pernah kita lihat sebelumnya , walaupun perkara itu di
depan mata kita dan membantu kita melihat perkara yang sama dengan kacamata baru . Teori
komunikasi juga membantu kita meluaskan tanggapan , mengatasi sesuatu yang menjadi
kebiasaan , membolehkan kita menjadi semakin fleksibel serta mudah menyesuaikan diri dengan
keadaan.
1.5 CONTOH KEPENTINGAN TEORI KOMUNIKASI

Sebagai contoh kepentingan teori komunikasi bagi sesebuah organisasi , adalah Malayan
Banking Berhad (Maybank) dimana organisasi ini mempunyai misi dan visi yang telah
ditentukan serta perlu dicapai oleh setiap warga Maybank . Komunikasi terhadap sesebuah
organisasi adalah sangat penting dalam menjaga hubungan dalaman sesebuah entiti organisasi .
Dimana sesebuah organisasi itu mempunyai misi dan visi yang tersendiri . Setiap individu
terlibat perlu sentiasa berusaha bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi . Komunikasi
memainkan peranan penting dalam menjalinkan hubungan baik pihak atasan dengan pihak
subordinat . Dengan kecanggihan teknologi masa kini , proses pengarahan bagi melaksanakan
sesuatu penugasan dapat dikeluarkan dalam pelbagai bentuk seperti email , telefon , mesej dan
lain lain lagi . Ianya memerlukan kebijaksanaan pihak pengurusan dalam mengendalikan
komunikasi yang bersesuaian agar situasi kondusif dapat diwujudkan dalam sesebuah organisasi
dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi prestasi kerja serta produktiviti organisasi
mereka . Ciri ciri yang terdapat dalam komunikasi melibatkan organisasi ini adalah , mesej
atau maklumat itu mesti difahami oleh pihak penghantar dan penerima, kemudian mesej atau
maklumat itu mestilah mengenai sesuatu yang sahih dan mesej atau maklumat itu mesti diterima
oleh penerima . Menurut Saodah,Narimah dan Mohd Yusof,2003 di sesebuah organisasi terdiri
daripada sekumpulan individu yang saling bekerjasama dalam mencapai suatu matlamat yang
telah dipersetujui bersama (Saodah,Narimah dan Mohd Yusof,2003).
1.6 KESIMPULAN

Kesimpulannya, teori komunikasi adalah teori yang menjelaskan fenomena komunikasi .


Teori komunikasi ini sangat penting dalam kehidupan seharian kita kerana ia merupakan medium
utama bagi manusia untuk beriteraksi anatara satu sama lain.Ianya bagi melancarkan setiap
penghantaran serta penerimaan mesej atau lebih dikenali sebagai komunikasi yang berkesan .

Ringkasnya manusia tidak boleh hidup tanpa komunikasi. Pengetahuan teori komunikasi juga
sangat penting kepada kita. Dengan memahami teori komunikasi kita akan memahami, menjelas,
menerang, menilai, membuat ramalan, dan seterusnya membuat kawalan terhadap fenomena
komunikasi. Kita di muka bumi ini tidak akan terlepas daripada mengalami proses komunikasi.

Komunikasi adalah asas dan berkait rapat dengan tugas serta aktiviti harian pelajar khususnya
dan masyarakat amnya. Dengan mengamalkan komunikasi kita dapat memujuk, memberitahu,
mengajar dan menghibur. Teori komunikasi banyak membantu kita dalam menilai, menyusun,
meramal dan bertindak dengan lebih cekap. Petikan daripada Narimah, 2004, setiap hari kita
semua sentiasa tertakluk kepada fungsi dan peranan komunikasi sama ada secara intrapersonal,
interapersonal, kumpulan, keorganisasian atau secara massa.

Anda mungkin juga menyukai