Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENDAHULUAN

Komunikasi merupakan satu proses yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Menurut Gerbner (1967), komunikasi boleh ditafsirkan sebagai interaksi sosial menerusi
mesej. Selain itu, komunikasi juga memberikan seribu kegunaan kepada pengguna.
Komunikasi berperanan penting dalam kehidupan harian kita. Setiap manusia yang hidup
akan menjalankan proses komunikasi sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Selain itu, komunikasi juga merupakan satu proses yang memainkan peranan penting
didalam kehidupan kita dan menjadi perantaraan yang digunakan didalam kehidupan manusia
seharian bagi mencapai objektif yang tersendiri. Sejak dari awal tamadun lagi manusia telah
berkomunikasi. Bentuk komunikasi yang dilakukan ialah sama ada dalam bentuk lisan atau
tulisan iaitu lakaran pada dinding-dinding gua. Melalui proses komunikasi ini manusia dapat
berkongsi maklumat dan ianya sentiasa berlaku berterusan seolah-olah tiada permulaan dan
pengakhirannya. Komunikasi adalah interaksi yang berlaku sama ada dalam diri kita atau pun
dengan orang lain. Menurut Smith (1966), komunikasi adalah satu rangkaian halus yang
digunakan oleh manusia untuk berinteraksi mengawal antara satu sama lain dan memperolehi
kefahaman (Asiah Bt Ali & Co. 2008). Mengikut fahaman Abdul Aziz Yusof (2003) pula,
komunikasi adalah proses yang melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain
(Abdul Aziz Yusuf, 2003). Hal ini bermaksud, komunikasi adalah proses interaksi manusia
untuk mengawal, memahami, menyampaikan idea dan perasaan ataupun menyampaikan
maklumat dari suatu pihak kepada pihak yang lain. Komunikasi terdiri daripada beberapa
komponen utama iaitu bermula daripada sumber dimana orang yang mempunyai atau pun
membawa suatu maklumat, maklumat atau pun mesej yang hendak disampaikan, dan saluran
yang digunakan untuk menyampaikan.

Umumnya, konsep komunikasi agak sukar didefinisi atau ditafsirkan. Konsep


komunikasi adalah subjektif dan mengandungi pelbagai maksud. Masalah timbul kerana
maksud komunikasi yang digunakan seharian amat berbeza daripada penggunaannya oleh
para sarjana untuk tujuan kesarjanaan atau saintifik. Dimensi definisi komunikasi dipengaruhi
tahap pemerhatian, tahap tujuan dan tahap normatif. Tahap pemerhatian (observation)
menyatakan bahawa terdapat definisi komunikasi yang luas dan terbatas atau sempit. Tahap
tujuan (intention) lebih tertumpu kepada penjelasan mengenai tujuan komunikator dalam
proses komunikasi. Pertimbangan normatif (normative) mengambilkira kepentingan proses
komunikasi berdasarkan realiti.
Komunikasi adalah suatu proses penyampaian mesej dari satu pihak kepada pihak
lain agar saling mempengaruhi diantara satu dengan yang lain. Pada umumnya, komunikasi
dilakukan dengan menggunakan kata-kata (verbal) yang dapat difahami oleh kedua belah
pihak. Seandainya tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami mereka , komunikasi masih
dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-geri badan, menunjukkan sikap tertentu.
Sebagai contoh, tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini
disebut komunikasi dengan bahasa isyarat. Beberapa sarjana dalam bidang komunikasi telah
memberi pendapat mereka tentang komunikasi ini. Diantaranya ialah Bittner (1988)
mengatakan bahawa komunikasi adalah merupakan satu perlakuan berkongsi simbol. Simbol-
simbol ini adalah terdiri daripada verbal dan nonverbal dan ia merupakan komponen di dalam
proses komunikasi. Manakala French (1993) pula mengatakan komunikasi adalah satu usaha
mewujudkan dan saling memahami dalam minda orang lain. Selain itu, Schramm dan Robert
pula mengatakan komunikasi adalah satu proses untuk mengongsikan sesuatu orientasi
terhadap satu set tanda-tanda maklumat (Mansor Ahmad Saman et al, 1984). Sebagai contoh,
proses penyampaian mesej oleh seorang individu dan penerima mesej oleh individu lain
ataupun sekumpulan individu dengan membawa satu kesan dan peluang memperolehi
maklumat balas serta-merta. Misalnya, rakan sekerja, pelajar dan sebagainya, penggunaan
kata sapaan ‘Assalamualaikum’, ‘apa khabar’, terima kasih’, ’maafkan saya’ dan sebagainya
yang menunjukkan kesopanan dan menghormati.

Disamping itu, titik permulaan bidang komunikasi di Malaysia adalah pada sekitar
tahun 1970an. Penubuhan empat buah jabatan berkaitan komunikasi di universiti tempatan
bermula dengan USM, diikuti dengan UiTM, UKM dan UPM. USM dan UKM melahirkan
graduan pada peringkat Bacelor, manakala UITM dan UPM lebih tertumpu kepada
melahirkan tenaga separa professional dalam bidang komunikasi bagi menampung keperluan
industri kewartawanan dan penyiaran. Pada peringkat awal, kebanyakan graduan memasuk
bidang komunikasi adalah daripada bidang yang berkaitan seperti sains politik, pendidikan,
pengembangan sosiologi dan psikologi sosial. Prof. Dr. Mohd Yusof Hussain dan Prof. Dr.
Syed Arabi Idid merupakan pengasas bidang komunikasi awal yang bergelar professor. Pada
tahun 1990, ramai pensyarah menceburi bidang ini adalah terlatih dalam bidang komunikasi
dari universiti tempatan dan luar negara. Walau bagaimanapun, perkembangan bidang
komunikasi diperkembangkan mengikut acuan Malaysia.
2.0 TEORI KOMUNIKASI

Teori Komunikasi bermaksud penyataan untuk menerangkan, menjelaskan, menilai dan


membuat ramalan terhadap komunikasi. Gabungan konsep antara teori iaitu penyataan
dengan komunikasi telah membentuk satu tanggapan atau proses yang berfaedah untuk
penyelidikan. Cragan dan Shields (1998) menerangkan bahawa teori komunikasi ialah satu
kenyataan yang mengandungi konsep yang membantu memberi secara keseluruhan atau
sebahagian, keterangan, penjelasan dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang
membolehkan seseorang memahami, menjelas dan menilai fenomena serta ramalan.
Manakala Borman (1989) pula memberi pendapat definisi teori komunikasi sebagai satu
perkataan atau istilah yang menyokong kepada semua perbincangan yang berkaitan dengan
proses komunikasi. Selain itu, Littlejohn (1996) pula berpendapat teori komunikasi adalah
satu teori atau sekumpulan ‘collective wisdom’ yang didapati daripada keseluruhan teori
berkaitan proses komunikasi.

3.0 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI

Komunikasi merupakan nadi yang menghidupkan perjalanan sesebuah organisasi. Ia


merupakan proses pengiriman maklumat iaitu satu proses terpenting dan kompleks dalam
fungsi pengurusan sesebuah organisasi. Sebagai contoh, kajian Mintzberg (1973),
menunjukkan lebih 80% masa eksekutif organisasi digunakan untuk berinteraksi dengan
orang lain. Oleh itu, dapatlah diertikan komunikasi dalam organisasi sebagai satu proses
pertukaran dan perpindahan maklumat serta mesej dari satu sistem kerja dibentuk, dipertahan,
diubahsuai dan dilaksanakan menurut kehendak dan penyesuaian semasa kepada satu arah
semasa kepada satu arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan bersama (Jaafar
Muhamad, 1993). Dalam proses ini hubungan formal dan tidak formal terjalin antara
pengurus dan pekerja yang terjadi melalui aktiviti timbal balik sama ada menegak atau pun
mendatar. Namun begitu, secara kesimpulannya dalam struktur organisasi, menurut Zaidatol
Akmaliah (2001), proses komunikasi mengandungi elemen-elemen asas seperti yang pertama
arahan untuk melakukan sesuatu atau jangan melakukan sesuatu yang dikomunikasikan dari
atas ke bawah atau daripada seseorang kepada orang lain di bawahnya. Kedua, laporan,
pertanyaan dan permintaan yang dikomnikasikan kepada pihak atas terutama kepada ketua
yang bertanggungjawab daripada individu tertentu dan yang ketiga ialah komunikasi antara
satu kumpulan dengan kumpulan lain melalui satu ketua yang dikongsi bersama.
4.0 FUNGSI KOMUNIKASI

Komunikasi mempunyai peranan yang cukup penting walau dalam keadaan mana sekalipun.
Dalam konteks organisasi, pastinya mempunyai peranan yang tersendiri. Kepentingan
komunikasi dalam organisasi telah dibincang dan dihurai oleh ramai sarjana dalam bidang
berkenaan. Dare Francis (1987), telah menyimpulkan kepentingan komunikasi dalam
organisasi kepada empat fungsi utama. Ia dapat dilihat dalam beberapa bentuk model iaitu
untuk mendapat dan menyatukan usaha, untuk mewujud dan mepertahankan suasana yang
sihat. Fungsi komunikasi yang pertama ialah untuk mempastikan seluruh warga organisasi
berkongsi visi dan misi organisasi. Oleh itu, visi dan misi organisasi sentiasa diingati dan
dihayati. Warga organisai akan mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap cabaran dan
perkembangan dalaman dan luaran organisasi. Organisasi mempunyai fokus yang difahami
bersama dan berusaha ke arah mencapainya. Melalui komunikasi yang berkesan, seorang
pengurus dapat memupuk warga organisasi agar sama-sama menuju matlamat yang dikongsi
bersama itu.

Selain itu, fungsi kedua komunikasi dalam organisasi ialah untuk menyatukan usaha
dalam mencapai matlamat organisasi. Penyatuan usaha ini melibatkan usaha-usaha koordinasi
di kalangan anggota dan jabatan dalam sesebuah organisasi, merapatkan hubungan di
kalangan unit dan jabatan yang berjauhan, serta melakukan pengarahan dan pembahagian
kerja yang berkesan.

Disamping itu, fungsi ketiga komunikasi dalam organisasi ialah untuk memupuk
suasana yang sihat dan harmoni dalam organisasi. Hal ini dapat dilakukan dengan
melaksanakan kegiatan yang bermanfaat dengan membina budaya yang sihat, berdasar nilai,
etika dan dasar yang mulia. Dengan itu semangat berpasukan dapat direalisasikan. Suasana
yang sihat sedemikian membolehkan perkembangan yang positif dalam organisasi. Suasana
yang sihat tersebut dapat dipertahankan dengan suburnya jika sikap saling percaya
mempercayai di kalangan warga organisasi, keadilan dan kesaksamaan, serta meningkatnya
semangat kerjasama untuk menjayakan matlamat organisasi.

Fungsi keempat komunikasi ialah melalui komunikasi yang berkesan dapat


memupuk kemampuan untuk membuat keputusan yang tepat dan bijaksana. Dengan
matlumat yang cukup dan tepat, keputusan yang dibuat terutama untuk memaju dan
mencemerlangkan organisasi dapat dibuat dengan penuh bertanggungjawab, cekap dan
berkesan. Pandangan yang hampir sama dikemukakan oleh Jennifer M. George dan Gareth R.
Jones (2002), yang menyimpulkan fungsi utama komunikasi dalam organisasi kepada lima
fungsi utama iaitu yang pertama menyediakan maklumat dan ilmu tentang organisasi. Hal ini
melibatkan persoalan matlamat organisasi, cara untuk mencapainya, nilai-nilai yang
sewajarnya dihayati, perubahan yang perlu dan sebagainya. Kedua memotivasikan warga
organisasi iaitu dengan menjelaskan apa yang akan didapati dengan kejayaan yang dicapai,
menjelaskan pengharapan organisasi terhadap warganya, meyediakan matlamat organisasi
yang spesifik yang perlu dicapai, mencipta matlamat yang lebih mencabar disamping
memberikan maklum balas terhadap pencapaian yang berjaya dilksanakan. Manakala ketiga,
mengawal dan mengkoordinasikan usaha iaitu dengan menyediakan kaedah komunikasi yang
berkesan, memupuk nilai yang positif yang mana akhirnya dapat memupuk budaya yang sihat
didalam organisasi.

Harold Koontz & Heinz Weihrich (1997) pula menyimpulkan peranan komunikasi dalam
konteks organisasi melibatkan perkara-perkara berikut iaitu pertama menetapkan dan
menyebar luaskan matlamat organisasi. Kedua, menyusun rancangan untuk mencapai
matlamat organisasi. Ketiga, mengatur sumbar manusia dan sumber-sumbar yang lain dengan
cara yang paling cekap dan berkesan. Selain itu, yang keempat ialah memilih, membentuk
dan manilai para anggota dalam organisasi utuk sesuatu tugas dan jawatan. Kelima pula ialah
memimpin, mengarah, mendorong dan mancipta iklim yang membuahkan sifat ingin
menyumbang ke arah pencapaian dan kemajuan organisasi. Seterusnya yang keenam ialah
mengawal kegiatan dan prestasi warga di dalam organisasi. Pandangan-pandangan sarjana,
yang antara lainya dinyatakan di atas menyerlahkan bahawa komunikasi mempunyai peranan
yang cukup besar dalam sesebuah organisasi.
5.0 KESIMPULAN

Komunikasi merupakan satu proses yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Komunikasi boleh ditafsirkan sebagai interaksi sosial menerusi mesej. Selain itu, komunikasi
juga memberikan seribu kegunaan kepada pengguna. Komunikasi berperanan penting dalam
kehidupan harian kita. Setiap manusia yang hidup akan menjalankan proses komunikasi sama
ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Selain itu, komunikasi juga merupakan satu proses yang memainkan peranan penting
didalam kehidupan kita terutama dalam organisasi dan menjadi perantaraan yang digunakan
didalam kehidupan manusia seharian bagi mencapai objektif yang tersendiri. Melalui proses
komunikasi ini manusia dapat berkongsi maklumat dan ianya sentiasa berlaku berterusan
seolah-olah tiada permulaan dan pengakhirannya. Komunikasi adalah interaksi yang berlaku
sama ada dalam diri kita atau pun dengan orang lain.

Namun begitu, konsep komunikasi agak sukar didefinisi atau ditafsirkan. Konsep
komunikasi adalah subjektif dan mengandungi pelbagai maksud. Masalah timbul kerana
maksud komunikasi yang digunakan seharian amat berbeza daripada penggunaannya oleh
para sarjana untuk tujuan kesarjanaan atau saintifik. Dimensi definisi komunikasi dipengaruhi
tahap pemerhatian, tahap tujuan dan tahap normatif. Tahap pemerhatian (observation)
menyatakan bahawa terdapat definisi komunikasi yang luas dan terbatas atau sempit. Tahap
tujuan (intention) lebih tertumpu kepada penjelasan mengenai tujuan komunikator dalam
proses komunikasi. Pertimbangan normatif (normative) mengambilkira kepentingan proses
komunikasi berdasarkan realiti. Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi bukan lisan
dan komunikasi bukan lisan.

Oleh itu, fungsi komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian kita.
Komunikasi telah banyak membantu masyarakat dan organisasi dalam mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim antara mereka. Komunikasi dapat menghubungkan masyarakat dalam
organisasi menerusi isu-isu yang dibincangkan terutamanya yang berkaitan dengan
kepentingan dan keperluan masyarakat berkenaan. Oleh yang demikian, melalui komunikasi
juga masyarakat dapat mengetahui adat dan budaya sesebuah masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai