Anda di halaman 1dari 13

AT10603, PENULISAN AKADEMIK

SEMESTER 2 SESI 2022/2023

ESEI INDIVIDU

DR. ZULAYTI BINTI ZAKARIA

NAMA : AMIRAH FARAH DINA BINTI RAHIM

NO MATRIKS : BA22160827

TAJUK : PUNCA BERLAKUNYA KEGAGALAN DALAM


BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MASYARAKAT DAN LANGKAH
MENGATASINYA

1.0 PENGENALAN
Komunikasi merupakan bidang yang sangat penting untuk semua bidang yang lain,
sehinggakan perbuatan dan tingkah laku manusia tidak akan sempurna tanpa ada
komunikasi (Narimah 2004). Pada peringkat awal kewujudan manusia,komunikasi hanyalah
untuk kepentingan antara perseorangan sahaja. Dengan perkembangan yang pesat dan
setelah berlaku revolusi peradaban manusia telah wujud komunikasi yang lebih kompleks.
Kini komunikasi merupakan suatudisiplin ilmu yang semakin diberi perhatian kerana
kemajuan dan kepesatan pembangunan yang berlangsung ketika ini. Kemajuan ekonomi
dan teknologi telah menyebabkan bidang komunikasi turut berkembang serta menjadi
semakin sukar. Dalam masa yang sama, pelbagai mesej yang dikomunikasikan boleh
memberikan implikasi yang besar terhadap kejayaan mahupun kegagalan,yang bermakna
setiap mesej yang dikomunikasikan perlulah dibuat dengan sedar dan berhati-hati terhadap
implikasi yang mungkin berlaku

Komunikasi merupakan satu proses di mana manusia menghantar dan menerima


mesej. Ini juga bermakna, komunikasi bole juga didefinisikan sebagai satu proses di mana
manusia berkongsi pendapat, informasi mahupun perasaan. Terdapat beberapa definisi
komunikasi yang diberi oleh penulis terdahulu, di antaranya Byrnes (1975) dipetik dalam
Abdul Mua'ti (2001) menyatakan bahawa komunikasi adalah satu proses interaksi antara
manusia yang melibatkan pertuturan dan pertukaran pendapat, gerak isyarat atau simbol.
Proses interaksi ini berlaku untuk mencapai objektif seperti bertukar-tukar maklumat,
mempengaruhi tingkah laku, memujuk mahupun menukar keadaan fizikal dan mental
manusia. Hybels dan Weaver (1992) pula mentakrifkan komunikasi sebagai proses
perkongsian maklumat, pendapat dan perasaan dari individu kepada individu yang lain.
Abrams (1986) dipetik dalam Abdul Mua'ti (2001) mendefinisikan komunikasi sebagai satu
proses yang berterusan iaitu berlaku proses pemindahan maklumat dan maklum balas
daripada penutur kepada penerima.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komunikasi merujuk kepada perhubungan


(secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dll). Pelbagai definisi bagi
komunikasi telah dikemukakan oleh pelbagai tokoh. Menurut McPheat (2010), komunikasi
merupakan seni dan proses mencipta serta berkongsi idea. Komunikasi yang berkesan
bergantung kepada kesuburan idea-idea itu. Griffin (2012) pula berpendapat, komunikasi
merupakan proses relasional yang mewujudkan serta menginterpretasikan mesej-mesej
yang menimbulkan respons. Komunikasi merupakan satu proses transaksional yang

2
membolehkan komunikator mempengaruhi serta dipengaruhi oleh orang lain. Komunikasi
proses bertolak ansur dalam kehidupan. Proses ini boleh berlaku dalam dua bentuk, iaitu
komunikasi verbal dan bukan verbal. Komunikasi verbal merupakan segala komunikasi lisan
da bertulis. Komunikasi ini menggunakan perkataan-perkataan, sama ada disampaikan
secara kuat dalam sesuatu ucapan atau dibaca secara senyap pada sesebuah buku.
Komunikasi bukan verbal merupakan segala komunikasi yang tidak dituturkan atau ditulis
(Fujishin, 2013). Dalam istilah sains sosial, komunikasi merupakan kajian saintifik tentang
penghasilan, pemprosesan dan kesan sistem isyarat dan simbolik yang digunakan oleh
manusia untuk menghantar serta menerima mesej-mesej (Hargie, 1992). Definisi ini
menonjolkan tiga dimensi utama (Hargie, Dickson & Tourish, 2004), iaitu komunikasi
mempunyai ciri saintifik. Komunikasi merupakan proses yang boleh diukur, dianalisis, dinilai
serta ditambah baik. Selain itu, kajian tentang komunikasi berpusat pada cara mesej
dikeluarkan, kemudian cara mesej diproses atau disampaikan (misalnya melalui interaksi
bersemuka, dalam bentuk tulisan atau melalui mediasi teknologi), dan kesan yang
ditimbulkan oleh mesej terhadap penerima. Akhir sekali, Kepentingan tanda dan simbol
ditegaskan. Segala tingkah laku interpersonal mempunyai fungsi komunikasi, dan dinilai
berdasarkan kandungan verbal dan tanda non-verbal. Mesej tersurat mungkin kurang
penting daripada mesej tersirat.

Masyarakat berkomunikasi secara langsung dan tidak langsung. Kebanyakan


komunikasi langsung adalah disengajakan, termasuk apa yang dipilih untuk dituturkan,
ditulis serta dibuat. Selain itu, kita juga berkomunikasi melalui cara tidak langsung dan tidak
disengajakan melalui bahasa badan, ekspresi muka, dan pola pertuturan. Kebanyakan
komunikasi tidak langsung merupakan hasil daripada tabiat lama, ciri-ciri personaliti, dan
adat-adat sosial. Komunikasi jenis in tidak disengajakan serta memerlukan usaha tambahan
untuk mengawalnya (Bender, 2005). Ringkasnya, komunikasi merupakan satu proses
penyampaian sesuatu mesej daripada seorang komunikator kepada seorang penerima, sama
ada dalam bentuk verbal atau nonverbal, secara langsung atau tidak langsung melalui
sesuatu media yang difikir paling sesuai. Dalam konteks ini juga, Proses komunikasi
merupakan satu asas di mana kesemua fungsi pengurusan diperkukuh.Maklumat mesti
dihantar kepada penyelia bagi tujuan perancangan. Apa yang telah dirancangkan kemudian
disampaikan kepada ahli-ahli untuk dilaksanakan.

3
Oleh itu, masyarakat haruslah sedar bahawa komunikasi juga merupakan salah satu
aspek yang signifikan dalam kehidupan harian. Antara kepentingan komunikasi ialah
membantu ahli-ahli organisasi bergerak ke arah hala tuju yang sama, memudahkan
berlakunya proses perubahan di organisasi, menjimatkan masa bagi menyelesaikan sesuatu
urusan, menyampaikan maklumat dengan segera dan tepat, berperanan sebagai sistem
kawalan yang efektif, meningkatkan keberkesanan organisasi dan mengurangkan kesilapan
dan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Seperti yang kita ketahui bahawa, komunikasi ini merupakan hal yang sangat
signifikan dalam aktiviti seharian kita. Namun demikian, tidak semua orang mempunyai
kemahiran berkomunikasi yang baik dan berkesan apatah lagi di depan khalayak ramai. Hal
ini merupakan satu kegagalan berkomunikasi. Kefahaman merupakan puncak tujuan dalam
sesuatu komunikasi. Gagal dalam menyampaikan maksud merupakan kegagalan
komunikasi. Hal ini sudah tentu jelas kerana tujuan kita berkomunikasi adalah untuk
menyampaikan mesej kepada penerima dengan harapan ia dapat diulas dan difahami oleh
mereka yang mendengar. Sebagai tindak balas kepada kefahaman tersebut, penerima akan
member reaksi dan gerak balas yang juga bertujuan untuk difahami oleh penyampai
(Hashim Shiyuti, 2015). Oleh hal yang demikian, apakah punca berlakunya kegagalan
berkomunikasi. Jika perkara ini terus dibiarkan maka tujuan utama komunikasi untuk semua
orang dapat memahami mesej yang hendak disampaikan tidak tercapai. Oleh itu, pelbagai
langkah perlulah diambil untuk mengatasi punca berlakunya kegagalan komunikasi dalam
kalangan masyarakat ini.

4
2.0 PUNCA BERLAKUNYA KEGAGALAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN
MASYARAKAT

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, punca merujuk kepada punca (kata nama)
yang bersinonim dengan sumber perkataan asas, asal, mula. Manakala dalam Kamus
Bahasa Melayu pula, punca didefinisikan sebagai hujung (benang, obor, tali, dll). Manakala
kegagalan pula membawa maksud, tidak berhasil atau tidak berjaya, tidak dapat mencapai
matlamat (cita-cita disebabkan yang dikehendaki). Kegagalan dalam berkomunikasi berlaku
disebabkan oleh beberapa aspek. Punca-punca berlakunya kegagalan berkomunikasi ini
mengikut individu tersendiri. Terdapat beberapa aspek yang diambil kira yang
mempengaruhi komunikasi tersebut. Berikut merupakan punca-puncanya :

2.1 Kurang Keyakinan Diri untuk Berhadapan dengan Orang Awam


Faktor utama dapat dilihat terhadap kegagalan komunikasi adalah kurangnya
keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang awam termasuklah dalam kalangan
pelajar. Seperti yang dapat kita lihat, ketika melakukan pembentangan secara
individu di hadapan kelas, mahupun progam-program yang dianjurkan oleh
universiti. Hal ini disebabkan oleh, perasaan gementar dan malu menyebabkan
seseorang individu menjadi takut sekali gus kurangnya keyakinan diri untuk berucap
di khalayak ramai seperti melakukan aktiviti pengucapan awam. (Jamilah, Rani,
Harun, & Putra, 2015). Dalam konteks ini, latihan kemahiran berkomunikasi yang
rendah menyebabkan seseorang pelajar mempunyai keyakinan diri yang rendah
sentiasa dan memikirkan kegagalan semasa berkomunikasi. Mereka yang
mempunyai kebimbangan komunikasi yang rendah memiliki sikap dan tingkah laku
yang negatif seperti sentiasa beranggapan bahawa mereka melakukan kesalahan
dan penerima mesej akan mempertikai dan tidak memihak kepada mereka semasa
membuat pembentangan. Dalam konteks ini, mereka tidak mempunyai tingkat
perkembangan atau teknik berkomunikasi yang berkesan juga menyebabkan mereka
sukar untuk berkomunikasi. Banyak dalam kalangan masyarakat ini yang malas
untuk mempelajari teknik berkomunikasi yang betul. Oleh itu, mereka sukar untuk
mempunyai kebiasaan berucap mahupun bercakap dengan orang ramai
menggunakan bahasa yang betul.

Selain itu, kurangnya sambutan penglibatan diri pekerja dalam program-program


yang memerlukan komunikasi lisan juga disebabkan oleh kurang keyakinan diri untuk

5
berkomunikasi dengan orang awam. Masalah utama yang lain menyumbang kepada
faktor ini adalah perasaan gemuruh yang dikenali sebagai glossophobia.Menurut
Hancock, Stone, Brundange dan Zeigler (2010), glossophobia adalah ketakutan
dalam pengucapan awam. Ia berasal dari perkataan Greek, iaitu glosa yang
bermaksud lidah dan phobos yang membawa maksud bimbang atau rasa takut.
Lazimnya ia adalah kebimbangan penduduk dunia yang dianggarkan memberi kesan
terhadap populasi sebanyak 75 peratus. Lazimnya, 75 peratus penduduk dunia
mengalami glossophobia dan peratusan ini amat membimbangkan.

2.2 Tahap Penguasaan Bahasa


Selain itu, tahap penguasaan bahasa seseorang individu turut menyumbang kepada
faktor kegagalan komunikasi. Menurut Buntat dan Hassan (2003), kegagalan untuk
mewujudkan interaksi yang positif menjadi sebab utama kegagalan dalam pekerjaan.
Graduan bukan hanya mempunyai masalah berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
sahaja tetapi juga dalam Bahasa Melayu (Nurul Salmi & Mohd Isha, 2014; Zainuddin
& Ziadatul, 2006). Nurul Najwa dan Noor Raudhiah (2017), berpandangan
bahawa tahap minat murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris rendah
apabila menggunakan kaedah konvensional dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan bahasa ibunda dan minat murid yang rendah dalam
pembelajaran Bahasa Inggeris menjadi penyumbang kepada ketidakmampuan
murid dalam membina ayat mudah. Murid-murid mengalami kerumitan dalam
mempelajari matapelajaran Bahasa Inggeris kerana bahasa tersebut bukan
digunakan sebagai bahasa pengantaraan yang digunakan dalam kalangan majoriti
rakyat Malaysia terutama yang tinggal di luar bandar. Menurut Nurazimah Aziz et. al
(2019) majoriti murid luar bandar menggunakan bahasa ibunda mereka. Antaranya
adalah Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil atau bahasa etnik yang
diwarisi dalam kehidupan seharian. Mereka lebih selesa dengan penggunaan
bahasa pertama dalam perbualan harian mereka dan sukar untuk
menyampaikan pendapat atau perasaan mereka apabila diminta menggunakan
Bahasa Inggeris Selain itu, Abdul Rashid (2010) telah menyatakan bahawa murid
Cina tidak mempamerkan minat yang tinggi semasa pembelajaran bahasa Melayu
di kelas. Masalah atau gangguan yang menghalang proses pengucapan adalah
halangan yang boleh berlaku sama ada dalam bentuk tersirat mahupun tersurat.

6
2.3 Tabiat Masyarakat
Tabiat masyarakat yang terlalu banyak bercakap merupakan salah satu faktor yang
menyumbang kepada punca kegagalan komunikasi. Terdapat segelintir masyarakat
yang sememangnya mempunyai tabiat ini atau tabiat yang suka terlalu banyak
bercakap walaupun untuk perkara yang tidak ada dalam topik. Hal ini menyebabkan
perkara yang hendak disampaikan kurang untuk dihadam dan difahami oleh
pendengar yang lain. Perkara yang dicampur adukkan bersama dengan hal-hal di
luar topik membuatkan mereka yang mendengar sukar untuk memahami perkara
sebenar yang hendak disampaikan. Oleh itu, ia menjadi salah satu punca kegagalan
komunikasi dalam aspek manusia ini.

2.4 Perbezaan Budaya dan Fahaman


Terdapat juga punca yang lain yang menyebabkan kegagalan dalam berkomunikasi
dalam kalangan masyarakat ini. Salah satu aspek yang perlu diambil kira juga adalah
daripada aspek perbezaan budaya. Budaya merupakan kepercayaan, nilai dan cara
kelakuan yang dikongsi sesebuah masyarakat dan diturunkan dari generasi ke
generasi lain (Devio, 2003). Seperti yang kita tahu bahawa di Malaysia kaya dengan
budaya dan adat resam. Budaya itu sendiri dapat dinilai sifatnya yang abstrak,
kompleks dan las yang dapat menentukan sifat seseorang tu. Pelbagai etnik dan
bahasa-bahasa yang ada di Malaysia. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa
rasmi di negara ni amun demikian terdapat juga sebilangan rakyat yang
menggunakan dialek negeri mereka untuk bertutur. Kadang kala komuniti yang
terdiri daripada pebagai kaum dan dialek in menimbulkan ketidakselesaan kepada
sesetengah orang. Dalam hal ini, halangan semantik pula berkaitan dengan masalah
interpretasi atau bagaimana seseorang menterjemahkan sesuatu makna. Ini secara
langsung berkaitan dengan perbezaan budaya dan fahaman yang boleh
menimbulkan ketidakselesaan kepada pendengar. Ia merangkumi perbezaan budaya
seperti gender, etnik, status sosio-ekonomi dan sebagainya (Stewart, 2011).
Tambahan lagi, perbezaan budaya ini mempengaruhi tindakan dan juga perilaku
dalam komunikasi individu tersebut kerana pembentukan sesebuah budaya itu
sendiri.

Terdapat beberapa dialek yang menggunakan nada yang agak kasar namun
sebenarnya hal tersebut merupakan perkara yang biasa bagi etnik mereka namun
sebaliknya untuk orang lain yang tidak memahami bahasa tersebut akan

7
menganggap bahawa mereka sedang membicarakan perkara yang kasar. Sebagai
contoh, individu yang menggunakan dialek negeri boleh menimbulkan salah faham
antara pendengar untuk berkomunikasi dan berinteraksi disebabkan penggunaan
dialek negeri masing-masing yang sukar difahami oleh individu-individu dari negeri-
negeri lain (Sayed Mahussain & Fathiah, 2010). Hal ini sudah tentu menjadi
kesalahfahaman yang membawa kepada punca kegagalan komunikasi dalam
kalangan masyarakat.

2.5 Sikap Individu


Setiap individu penting dalam bidang komunikasi in kerana sememangnya
kelancaran proses komunikasi itu bergantung kepada sikap individu itu sendiri yang
merupakan salah satu juga punca kegagalan komunikasi dalam kalangan
masyarakat. Tidak semua orang memiliki sifat yang peramah, mesa dan mudah
bergaul. Sikap-sikap seperti itu diperlukan untuk dapat menyampaikan mesej dan
bercakap atau. memulakan perbualan bersama orang lain agar suasana yang mesa
dapat diwujudkan. Namun begitu, terdapat juga segelintir mereka yang cara
bertuturnya agak kasar dan tidak ramah kepada orang lain menyebabkan proses
komunikasi itu terhambat. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap individu itu sendiri
yang tidak menghargai perbualan dan bersikap dingin, acuh tak acuh serta tertutup
untuk menerima pendapat orang mahupun percakapan dalam perbualan semasa.
Perkara ini sudah tentu membuatkan mereka tidak berasa nyaman untuk
meneruskan perbualan.

2.6 Hubungan
Hubungan di antara pihak penutur dan pihak pendengar ataupun dikenali sebagai
pihak komunikator dan juga komunikan juga merupakan satu punca kegagalan
komunikasi. Hubungan yang baik di antara individu pada suatu proses komunikasi
sememangnya mempengaruhi setiap keadaan yang sedang dihadapi ketika sedang
berinteraksi dan juga berkomunikasi. Hal ini dikatakan demkian kerana, bagi mereka
yang mempunyai hubungan baik segala proses komunikasi tersebut akan lebih baik.
Namun sebaliknya pula kepada mereka yang tidak saling mengenali dan baru
berkenalan. Sudah tentu suatu proses komunikasi tersebut tidak akan berjalan
dengan lancar kerana penggunaan bahasa yang formal dan akan menghambat
suasana interaksi tersebut. Namun demikian, bagi mereka yang tidak mempunyai
hubungan yang baik sesama mereka juga akan menyebabkan proses komunikasi ini

8
terbantut. Hal in disebaban kerana mereka kurang senang saling berinteraksi.
Ditambah lagi, komunikasi dengan orang yang sudah saling mengenali sejak lama
lagi ini cenderung kepada penggunaan bahasa yang tidak formal dan kasar kerana
menganggap bahawa tu hanyalah sekadar gurauan. Namun tanpa disedari perkara
itu juga mampu untuk menghambat suasana proses komunikasi tersebut.

9
3.0 Langkah Mengatasi Kegagalan Berkomunikasi dalam Kalangan Masyarakat

Bagi mewujudkan masyarakat yang berkomunikasi secara berkesan, pelbagai


langkah proaktif yang perlu dititikberatkan. Dalam konteks ini, penyampaian dan
penerimaan maklumat-maklumat yang tepat dan terkini dapat membantu individu
khususnya pekerja dalam sesebuah organisasi untuk menjalankan tugas mereka dengan
lebih cekap, sempurna dan berkesan. Bagi memastikan komunikasi sentiasa disampaikan
secara berkesan, terdapat beberapa langkah bagi mengatasi kegagalan dalam
berkomunikasi :

3.1 Mempertingkatkan Kemahiran Berkomunikasi


Setiap individu perlu memiliki kualiti dan kemahiran berkomunikasi yang baik
disamping keupayaan mempengaruhi masyarakat yang lain. Antara elemen dan
kualiti sebagai komunikator yang baik adalah kemahiran berkomunikasi di samping
kemahiran mendengar yang baik. Oleh itu, individu perlu memperoleh banyak
pengalaman melalui latihan, kursus dan pembacaan agar mampu menggunakan
kemahiran berkomunikasi yang baik dengan komunikator yang lain. Hal ini sudah
tentu akan meningkatkan keyakinan individu untuk menyampaikan sesuatu
maklumat di hadapan orang awam atau masyarakat kerana mempunyai konten yang
penting untuk disampaikan dan ilmu pengetahuan untuk berkomunikasi.

Dalam masa yang sama, untuk mempertingkatkan kemahiran komunikasi berkesan,


individu juga perlu menguasai kemahiran tingkah laku atau non-verbal komunikasi,
kemahiran menimbulkan minat terhadap pengucapan awam, kemahiran member
perhatian dan membaca tindak balas audien, kemahiran memberikan refleksi serta
kemahiran perhubungan interpersonal. Dr. Suriyakatun Osman (2004) menyatakan
kemahiran berkomunikasi termasuklah sensitif dan respon kepada emosi audien,
menjadikan setiap sesi komunikasi sebagai input positif (bukan cakap-cakap kosong),
dan meninggalkan tanggapan atau persepsi positif serta berkekalan dari komunikasi
yang dilakukan kepada audien.

3.2 Meningkatkan Tahap Penguasaan Bahasa


Selain itu, meningkatkan tahap penguasaan bahasa seseorang individu juga
merupakan salah satu langkah mengatasi. Hal hi dikatakan demikian kerana,
komunikasi bole terhambat kerana penggunaan bahasa yang berbeza. Oleh hal yang

10
demikian, jka penggunaan bahasa seseorang tersebut berada di tahap yang baik
maka mesej yang hendak disampaikan akan lebih mudah. Komunikan juga dapat
memahami mesej yang hendak disampaikan. Perkara in memudahkan para
komunikator dalam menginterpretasikan dan menterjemahkan sesuatu makna yang
lebih jelas kepada pihak pendengar.

2.3 Penggunaan Bahasa atau Perkataan yang Mudah Difahami


Di samping itu, penggunaan bahasa atau perkataan yang mudah difahami bersama
dan lebih spesifik juga perlu dilakukan oleh setiap individu sebagai komunikator.
Beberapa perkara perlu dielakkan jika hendak menyampaikan sesuatu mesej seperti
perkataan yang menunjukkan “double-meaning” dan susah difahami. Hal ini bagi
mengelakkan proses komunikasi yang berlaku tidak tergantung dan tidak terhambat.
Dalam pada masa yang sama, ia juga penting untuk mereka faham perkara yang
hendak disampaikan. Selain tu, para komunikator perlu lah membuka peluang untuk
penerima agar dapat menanyakan solan atau meminta penjelasan akan perkara yang
disampaikan agar proses komunikasi yang melibatkan dua phak atau lebih dan
terlaksana. Hal ini juga bagi membuatkan para komunikator yang kurang
berkeyakinan dan tidak percaya diri dapat membiasakan diri mereka dalam suasana
komunikasi yang meriah. Dalam konteks ini, individu juga hendaklah meningkatkan
ilmu pengetahuan tentang penguasaan bahasa yang lain. Hal ini adalah sebagai ilmu
atau bahasa tambahan yang dapat digunakan pada masa yang tertentu.

3.4 Mewujudkan Pusat Latihan


Akhir sekali, pihak kerajaan mahupun swasta perlu mewujudkan satu pusat latihan
untuk memberikan pendedahan tentang komunikasi berkesan kepada semua lapisan
masyarakat. Dalam konteks ini, pusat latihan ini dapat membantu mereka yang
kurang mengetahui dan tidak mempunyai keyakinan diri yang kuat untuk belajar
berkomunikasi di hadapan khalayak ramai. Seperti yang kita tahu bahawa
komunikasi bukan sahaja digunakan pada perbualan biasa sahaja namun
komunikasi berkesan ini juga penting dalam bidang-bidang besar seperti bidang
perniagaan, pendidikan, perubatan dan lain-lain lagi. Oleh hal yang demikian,
mereka akan lebih terlatih dengan cara-cara berkomunikasi yang lebih seta
penggunaan bahasa atau perkataan dan meningkatkan percaya diri mereka dalam
menghadapi hal-hal yang melbatkan khalayak ramai.

11
4.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, kemahiran berkomunikasi sememangnya amat signifikan


dalam kehidupan harian. Hal ini disebabkan kita hidup dalam bermasyarakat yang mana
komunikasi merupakan salah satu tindakan dan proses yang akan dihadapi oleh setiap
individu. Tidak dapat dinafikan bahawa komunkasi banyak memberikan kepentingan dalam
kehidupan seharian kita kerana manusia akan berhubung antara satu sama lain dalam
melaksanakan suatu tugas. Bukan itu sahaja komunikasi yang berkesan juga dapat
mengekalkan persahabatan dan perhubungan yang baik. Kebolehan berkomunikasi
merupakan satu kemahiran yang patut dimiliki oleh semua orang ( Al. Ramaiah, 1999). Oleh
itu, dapat dilihat bahawa komunikasi berperanan dalam menjalinkan hubungan, walaupun
demikian bahawa pertalian darah merupakan ikatan bilogikal bagi semua orang namun
komunikasi mampu mengeratkan dan menjalin hubungan yang baik dalam kalangan
masyarakat. Dengan adanya, bidang komunikasi ini semua komunikator dapat
menyampaikan mesej mereka dengan jelas dan mudah difahami.

Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak amatlah signifikan dalam
membincangkan isu ini. Sebagai individu yang mempunyai minda kelas pertama seharusnya
sentiasa mencari inisiatif dan mempraktikkan dalam mewujudkan komunikasi yang
berkesan. Perkara ini perlulah dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat agar
masyarakat Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam semua bidang. Dalam
hal ini, mereka seharusnya bijak dalam menguasai terutamanya dalam bidang komunikasi
agar dapat mewujudkan suasana yang positif dan kondusif untuk berkomunikasi antara
masyarakat. Selain itu, badan kerajaan mahupun bukan badan kerajaan perlulah giat
merangka pelbagai inisiatif dalam mewujudkan masyarakat yang berkomunikasi secara
berkesan agar dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran.

12
RUJUKAN

Kamus Dewan. (Edisi Keempat). (2017). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamaruddin, A. (2017). Analisis Kualitatif terhadap Faktor Kegagalan Komunikasi


Pembujukan dalam Konteks Pengucapan Awam. Jurnal Komunikasi, 33(3), 89-106.

Ibrahim, N. (2020). Definisi Komunikasi. Dimuat turun daripada


https://www.scribd.com/document/482392117/Definisi-Komunikasi

Zasbaruden. (2014). Definisi & Konsep Komunikasi. Dimuat turun daripada


https://www.slideshare.net/zasbaruden/definisi-konsep-komunikasi

Saravanan, R. (2012). Kemahiran Komunikasi. Dimuat turun daripada


https://www.slideshare.net/saranusm2005/kemahiran-komunikasi

13

Anda mungkin juga menyukai