Anda di halaman 1dari 22

KOM3207

(Pengenalan Teori Komunikasi)


Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi
dan teori komunikasi
1. Belajar berkomunikasi dan belajar tentang
komunikasi sebagai satu bidang pengajian
adalah 2 perkara yang berlainan.
2. Setiap orang boleh berkomunikasi TETAPI
masih perlu belajar teori komunikasi.
3. Komunikasi adalah satu bidang baru sains
sosial berbanding bidang lain.
4. Bidang komunikasi sentiasa berkembang
kerana adanya kepentingan terhadap bidang
berkenaan.
Definisi Teori
 Satu kenyataan yang mengandungi konsep
konsep dan perkaitan di antaranya yang
membolehkan seseorang memahami, menjelas,
menerang, menilai, membuat ramalan, dan
membuat kawalan terhadap fenomena
(Caragan & Shields, 1998).
 Satu percubaan untuk menerang atau
menjelaskan satu pengalaman atau satu idea
tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku
(Littlejohn, 1996).
Definisi Teori
 Teori adalah peta tentang kebenaran, teori
adalah jawapan sementara yang dibentuk bagi
persoalan yang timbul tentang sesuatu
fenomena (Griffin, 1997)

Teori dirumuskan sebagai;


 Kenyataan/penerangan yang dibentuk bagi

menerangkan sesuatu fenomena/situasi.


 Bersifat sementara.
 Kajian sistematik perlu bagi menyokong bukti

penerangan dan penjelasan.


 Teori boleh diterima, ditolak dan diubahsuai

berdasarkan hasil kajian sistematik.


Kepentingan Teori
1. Sebagai panduan dalam membuat keputusan
dan mengambil tindakan.
2. Membantu mengenalpasti pola peristiwa di
persekitaran agar jangkaan dapat dibuat
mengenai sesuatu fenomena.
3. Membolehkan keputusan dibuat berdasarkan
kepentingan yang disejajarkan dengan ramalan
dan jangkaan.
4. Membantu seseorang untuk menjadi lebih
cekap dan berkemampuan menyesuaiakan diri
dengan orang lain atau situasi yang berubah-
ubah.
5. Memboleh seseorang menyesuaikan diri
dengan keadaan yang kompleks.
6. Membantu individu manusia untuk
menghadapi situasi kehidupan yang sukar
secara proaktif.
7. Membolehkan individu mentafsir peristiwa
secara lebih fleksibel dan seimbang.
8. Membantu individu melihat atau mentafsir
sesuatu perkara dengan perspektif baru.
9. Membantu individu untuk meluaskan
tanggapan dan bersedia untuk menghadapi
situasi yang sentiasa berubah.
Apa dia komunikasi?
 Umumnya, konsep komunikasi agak sukar
didefinisi atau ditafsirkan.
 Konsep komunikasi adalah subjektif dan
mengandungi pelbagai makna/maksud.
 Masalah wujud sebab maksud komunikasi
yang diguna seharian adalah berbeza daripada
penggunaannya oleh penyelidik & sarjana.
Dimensi definisi komunikasi dipengaruhi;
1. Tahap pemerhatian (observation)
Dimensi ini menyatakan bahawa terdapat
definisi komunikasi yang luas dan
terbatas/sempit.
2. Tahap tujuan (intention)
Dimensi ini lebih tertumpu kepada penjelasan
mengenai tujuan komunikator dalam proses
komunikasi.
3. Pertimbangan normatif (normative)
Dimensi ini mengambilkira kepentingan
proses komunikasi berdasarkan realiti.
Unsur komunikasi
 Perkara yang mesti/perlu wujud bagi membolehkan
komunikasi berlaku.

1. Unsur asas
 sumber & penerima (komunikator)
 mesej
saluran

2. Unsur lain
Perkara/komponen lain membolehkan
komunikasi berlaku secara lebih efektif.
Contohnya maklumbalas, gangguan dan
persekitaran.
Model komunikasi
 Model ialah gambaran mudah dan ringkas untuk
menerangkan apa dia komunikasi.
 Model Lasswell (1948) yang berbentuk pernyataan
“who says what to whom using what channel with
what effect” ATAU “siapa berkata apa kepada
siapa melalui saluran mana dengan kesan apa”.
 Model Matematik atau Model Shannon &
Weaver (1949) dirujuk sebagai model yang
melihat komunikasi sebagai proses pemancaran
mesej.
 Model Berlo/Model SMCR (1960) melibatkan
empat unsur utama (sumber, mesej, salauran &
penerima).
Jenis komunikasi
 Komunikasi antara perseorangan – Melihat
bagaimana komunikasi berlaku di antara dua
individu secara bersemuka.
 Komunikasi kumpulan – Komunikasi di anatra
individu (3 orang dan lebih) dalam situasi membuat
keputusan (mesyuarat dan perbincangan).
Komunikasi ini turut melibatkan komunikasi antara
perseorangan.
 Komunikasi keorganisasian – Berlaku dalam
jaringan kerjasama yang melibatkan semua
bentuk/jenis komunikasi lain. Komunikasi ini
melibatkan struktur dan fungsi organisasi, hubungan
manusia, proses pengurusan dan budaya organisasi.
 Komunikasi massa – Komunikasi yang
melibatkan khalayak yang ramai dan biasanya
menggunakan medium. Bentuk komunikasi
umumnya adalah 1-hala dan terdapat juga yang
bersifat interaktif.
 Komunikasi antara budaya – Komunikasi yang
berlaku di antara komunikator yang berbeza
budaya dan melibatkan komunikasi antara
perseorangan.
 Komunikasi publik – Komunikasi yang berlaku
antara sumber (seorang individu) dengan
penerima (ramai) yang kebiasaannya bersifat
komunikasi 1-hala seperti semasa kempen
pilihanraya.
Definisi teori komunikasi
 Hubungan di antara konsep teoritikal yang
membantu memberi (secara keseluruhan atau
sebahagian) keterangan, penjelasan, penilaian
atau ramalan mengenai tindakan manusia
berdasarkan komunikator (orang)
berklomunikasi (bercakap, menulis, membaca,
mendengar, menonton, dan sebagainya) untuk
tempoh tertentu melalui media (bahan
perkembangan teori) – (Cragan & Shields,
1998)
Definisi teori komunikasi
 Satu teori atau sekelompok “collective4

wisdom” yang didapati dalam


keseluruhan teori berkaitan proses
komunikasi (Littlejohn, 1996).
 Satu perkataan atau istilah yang

merupakan payung untuk semua


perbincangan dan analisis yang dibuat
secara teliti, sistematik dan sedar tentang
komunikasi (Borman, 1989).
Fungsi teori komunikasi
 Teori menyusun dan membuat rumusan
tentang sesuatu pengalaman.
 Teori mengembang dan membangunkan
ilmu sesuatu disiplin.
 Teori merangsang dan menjadi panduan
kajian pada masa hadapan (secara
heuristik).
 Teori membantu dalam menyokong atau
sesuatu jangkaan/ramalan.
Jenis teori komunikasi
 Teori Am
 Teori Kontekstual
 Teori Mikro
 Teori Khas
 Teori Simbiotik
Teori Am
 Aplikasinya umum dan meluas.
 Memberi penerangan tentang
komunikasi melibatkan pelbagai
konteks.
 Tidak terbatas kepada satu tempoh
masa.
 Boleh meramal fenomena komunikasi.
 Contoh teori maklumat dan teori difusi.
Teori Kontekstual
 Menerangkan fenomena komunikasi
mikro atau skala kecil.
 Menerangkan aspek komunikasi
pelbagai konteks tetapi tumpuan pada
suatu aspek komunikasi seperti mesej,
saluran dan ciri komunikator.
 Melihat komunikasi sebagai sesuatu
yang terbatas dan berfokus kepada
fenomena yang khusus.
 Contoh teori ketidakpastian.
Teori Mikro
 Mengikut konteks antara perseorangan,
kumpulan kecil, publik, organisasi,
massa dan antara budaya.
 Wujud banyak teori kontekstual kerana
aplikasinya banyak dipengaruhi oleh
“konteks”.
 Contoh teori penanaman (massa), teori
functional decision making, teori role
emergence.
Teori Khas
 Teori jenis how-to-do.
 Panduan kepada pengamal komunikasi
tentang jenis dan bentuk komunikasi
yang diterima.
 Berbentuk aplikasi seperti bagaimana
menjalankan temubual, merangka
ucapan, merancang majlis dan
selainnya.
 Contoh merangka ucapan pembujukan.
Teori Simbiotik
 Berasal dari bidang yang berkaitan
dengan konteks komunikasi
(perniagaan, pengurusan, bahasa, sains
politik, psikologi, pendidikan,
sosiologi dan selainnya).
 Wujud dalam hubungan dan aplikasi
yang rapat dengan teori komunikasi.
Peringatan
 Baca dan fahami topik seterusnya
seperti yang terdapat dalam model.
 Sebarang masalah boleh dirujuk
dengan Tutor pusat pembelajaran,
perbincangan kumpulan dan rujukan/
semakan maklumat di internet.

Anda mungkin juga menyukai