Anda di halaman 1dari 33

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

HPA:102 KEMAHIRAN KOMUNIKASI


SEMESTER 1,SIDANG 2014-2015

TUGASAN:
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

KUMPULAN 1
NAMA AHLI :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

NORAZILA BINTI AZMI (88)


NORAZMIRA BINTI AZAHAR(89)
NORFARIZA ASMIDA BINTI MOHD RAFIAEE(90)
NORFAZIRA BINTI SABRI(91)
NORHUSNA BINTI OMAR(92)
NORSHAFALIZA BINTI MD ISA(93)
NORSHUHADA BINTI JOHARI(94)

NAMA PENSYARAH: DR. SYED ZAINAL SYED JAMALUDDIN


ABSTRAK

Pada era globalisasi kini media sosial sedah menjadi benda


penting untuk masyarakat pada era ini.

Media sosial yang lebih

memainkan peranan penting dan banyak mengubah pelbagai aspek


kehidupan manusia. Walaubagaimanapun, media sosial ini bukan sahaja
memberi kesan yang positif, malah boleh membawa kesan yang negatif
kepada masyarakat terutamanya golongan remaja yang mudah terdedah
kepada pelakuan jenayah. Kajian yang dijalankan oleh David S.Wall (2005)
mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara penggunaan
internet dengan jenayah yang berlaku dewasa ini. 1 Antara masalah sosial
yang semakin menular dalam kalangan rakyat Malaysia adalah seperti
pornografi, penipuan, pelacuran, penyeludupan, peras ugut, pelaburan
haram, aktiviti seks bebas, rogol, mencabul kehormatan, penyalahgunaan
dadah dan sebagainya. Kertas kerja ini meninjau kesan positif dan negatif
penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia yang berkaitan
dengan dunia siber ini sama ada sebagai pelaku mahupun mangsa. Maka
terdapat beberapa perkara yang penting yang harus dibincangkan dalam
mengesan kesan positif dan negatif media sosial dalam kalangan rakyat
Malaysia. Oleh hal yang demikian, kesan positif mahupun negatif
penggunaan media sosial ini sebenarnya bergantung pada pengguna
media sosial tersebut. Disebabkan oleh sikap pengguna yang selalunya
akan salah menggunakan kemudahan sosial ini yang akan terarah kepada
kesan negatif menyebabkan hampir semua orang berpendapat bahawa
media sosial ini hanya akan membawa kepada kesan negatif.

Walau

bagaimanapun, semua kesan ini adalah bergantung pada sikap pengguna


yang menggunakan kemudahan sosial ini. Maka tuntasnya penggunaan
media sosial ini boleh menjadi kesan positif jika pengguna selalu
bertanggung

jawab

dengan

menggunakan

kerah

kebaikan.

1 Mohd Dahlan A. Malek, and Ida Shafinaz Mohamed Kamil, (2010) Jenayah dan
masalah sosial di kalangan remaja: cabaran dan realiti dunia siber. In: Program
Jenayah Cyber dan Isu Pemerdagangan manusia di Malaysia, 26 Aug 2010,
Resital Hall, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. (Unpublished. Diperolehi
daripada http://eprints.ums.edu.my/117/1/CONF2010004.pdf . Diakses pada 1
November 2014.

Kesimpulannya, setiap pihak dalam kalangan rakyat Malaysia harus


bekerjasama dalam menentukan bahawa penggunaan media sosial adalah
penting kepada rakyat Malaysia serta banyak mendatangkan kesan positif.

PENGENALAN

Bentuk komunikasi manusia sentiasa melalui perubahan hasil


perkembangan teknologi, atau revolusi komunikasi yang berbentuk
struktural dan teknikal (van Djik, 2006). Daripada era purba kepada era
literasi, era percetakan, dan era elektronik, setiap satunya diwakili dengan
satu bentuk komunikasi yang spesifik lisan, tulisan, percetakan, dan
telekomunikasiyang

sebenarnya

turut

mempengaruhi

masyarakat

keseluruhannya. Kini, bagi Brody (1990), komunikasi manusia memasuki


fasa kelima yang menekankan komunikasi ditandai dengan teknologi
berasaskan Internet dan pengkomputeranyang menyaksikan media
baharu atau era media kedua (Poster, 1995; Holmes, 2005) mula
mengambil tempat. Media ini menggabungkan teknologi komputer dan
maklumat, rangkaian komunikasi, dan kandungan media digital. Maklumat
yang terhasil berbeza dengan teknologi pada era cetak atau penyiaran
kerana media baharu ini mempunyai ciri-ciri konvergens, rangkaian digital,
capaian global, interaktiviti, dan komunikasi ramai kepada ramai yang
menggabungkan semua elemen komunikasi lisan, tulisan, visual, data,
dan bunyidengan menggunakan komputer dan alat telekomunikasi bagi
menyatukannya dalam satu platform.
Dalam era kini, media baharu dilihat lebih dominan
berbanding dengan media tradisional atau media lama seperti media

cetak, media elektronik, media siaran, dan media interpersonal yang lain.
Oleh sebab itu, bentuk masyarakat pada era ini juga turut menyaksikan
perubahan. Yang jelas, masyarakat kini tidak lagi hidup dalam kumpulankumpulan kecil atau berpuak, malah era masyarakat massa yang dikaitkan
dengan pengaruh media massa semakin hilang dan mulai digantikan
dengan struktur masyarakat jaringan yang menyaksikan komunikasi
bersemuka

semakin

digantikan

dan

ditambah

berperantaraan. Dalam masyarakat ini, media

dengan

komunikasi

massa diiringi atau

sebahagiannya digantikan dengan narrowcast interactive media yang


mencapai khalayak terpilih sehingga lahirnya komuniti maya atau
kumpulan maya melalui pelbagai bentuk komunikasi baharu (van Djik,
2006), terutama melalui komunikasi dalam talian atau berperantaraan
komputer (computer-mediated communicationCMC) yang berasaskan
Internetdan grafik antara mukanya, webyang jelas mempunyai ciri-ciri
bagi sesebuah media\ baharuiaitu hipertektualiti, maya, interaktiviti,
konvergens, dan digitalisasi. 2
Namun di sebalik semua peredaran bentuk jaringan sosial
dalam kalangan rakyat Malaysia terdapat pelbagai kesan yang akan timbul
hasil daripada peredaran penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat
Malaysia ini. Kesan yang dibincangkan dalam kajian ini adalah kesan
positif dan kesan negatif yang akan timbul hasil daripada penggunaan
media sosial yang semakin meluas dalam negara Malaysia. Antara kesan
positif yang terhasil daripada penggunaan media sosial adalah media
sosial

akan

memudahkan

komunikasi

pelbagai

hala

yang

mampu

memudahkan rakyat Malaysia untuk mendapat rakan dari serata dunia.


Selain itu, kesan positif penggunaan media sosial ini mampu memberi
kepentingan kepada bidang perniagaan. Hal ini demikian kerana dengan
adanya media sosial ini peniaga-peniaga mudah untuk berhubung dengan
pelanggan mereka serta mereka juga boleh mempromosi perniagaan
2 Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah, Media Baharu yang Baharu: Trend Penggunaan
Jaringan Sosial DalamKalangan Pengguna di Malaysia. Malaysian Journal of Media Studies
Vol. 13, No. 2, 2011, Pages 93110. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Diperoleh pada
http://umexpert.um.edu.my/file/publication . Diakses pada 1 November 2014.

mereka melalui media sosial. Seterusnya, membantu pelajar dan tenaga


pengajar dalam proses pengajaran. Sebagai contoh, melalui media sosial
tenaga pengajar boleh melaksanakan tuisyen alam maya serta e-leraning.
Hasil daripada pelaksanaan kaedah itu para pelajar mampu berinteraksi
secara maya bersama guru. Kesan positif lain hasil penggunaan media
sosial adalah seperti pengguna mampu meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris dan mampu menjimatkan kos dan memudahkan urusan setiap
rakyat Malysia.
Hasil penggunaan media sosial juga mampu melahirkan
kesan negatif seperti mampu mengakibatkan rakyat Malaysia lalai,
ketagihan dan obses dengan media sosial ini. Kesan ini terjadi apabila
pengguna terlalu obses untuk sentiasa melayari media sosial seperti
Facebook, Twiter, Whatsapp, Myspace, blog dan sebagainya. Sehingga
mereka lalai dan terlupa akan tugas yang penting yang harus mereka
laksanakan. Seteresnya, kesan negatif lain adalah seperti medium
penyebaran fitnah dan diayah palsu. Ini terjadi apabila pengguna
menyalahgunakan kemudahan media sosial untuk menyebarkan fitnah
dan dakwah palsu yang mampu menjatuhkan maruah dan membuka aib
seseorang mahupun sesuatu kaum. Selain daripada itu, media sosial juga
mampu menyebabkan penggunanya mendapat masalah kesihatan seperti
kesihatan fizikal dan mental. Antara masalah kesihatan fizikal adalah sakit
sendi dan pening kepala. Kesan ini terjadi kerana sinaran skrin akan
menjejaskan penglihatan pengguna, risiko obesiti dan risiko mendapat
kanser kerana kerap terdedah kepada radiasi komputer. Kesan negatif lain
adalah seperti penggunaan media sosial ini mampu meruntuhkan rumah
tangga serta akan berlakunya kegiatan maksiat yang berlaku apabila
pengguna

menggunakan

media

sosial

untuk

tujuan

yang

mampu

mendorong kepada masalah sosial, menghakis pergaulan secara realiti


yang berlaku apabila pengguna media sosial ini hanya asyik menggunakan
media sosial ini untuk berhubung dengan orang lain dan akhirnya mereka
memencilkan

diri.

Akhir

sekali,

kesan

negatif

lain

adalah

melalui

penggunaan media sosial mampu menyebabkan timbulnya masalah


jenayah seperti menggodam ruang peribadi web seseorang, pecah rekod

rahsia yang mampu melesapkan wang pengguna media sosial yang


menggunakan sistem on-line banking. Melalui penggunaan media sosial ini
juga akan menjadi penyebab berlakunya pergolakan politik.
Namun di sebalik kesemua kesan ini terhasil adalah
berdasarkan sikap pengguna media sosial itu sendiri. Hal ini demikian
kerana apabila mereka menggunakan media sosial ini ke arah yang benar
maka kesan negatif daripada penggunaan media sosial ini tidak akan
berlaku.

MEDIA SOSIAL

Alexa (2012) mencatat lima media sosial teratas di dunia iaitu


Facebook, diikuti oleh Twitter, Linkedln, Google+ dan Pinterest. Facebook
yang pada awalnya diasaskan oleh Mark Zuckerberg sebagai medium
untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat bagi mahasiswa Harvard
sahaja kini menjadi media sosial paling fenomena di dunia. Pada Jun 2011
Facebook melaporkan telah pun mencapai 750 juta pengguna. Manakala
Twitter yang diasaskan oleh Jack Dorsey pada tahun 2006 melaporkan
telahpun mempunyai 200 juta pengguna aktif pada tahun 2011.
Apabila Internet dan teknologi telefon bimbit menjadi semakin maju
maka media sosial berkembang pesat juga. Kini, untuk mengakses
Facebook, YouTube ataupun Twitter boleh dilakukan di mana sahaja dan
pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan telefon bimbit (Luik
2010). Kemampuan untuk mengakses media sosial melalui aplikasi mudah
alih (mobile web) merupakan faktor pendorong dalam kejayaan media
sosial. Hal ini kerana ia memiliki kualiti capaian maklumat yang maksimum
walaupun diakses melalui telefon pintar sehingga telefon bimbit biasa.
Perkembangan media sosial yang semakin pesat dengan ragam aplikasi
seperti mengirim mesej, muat naik ataupun muat turun gambar,
permainan, chat, muzik, tayangan video menyebabkan penggunanya
sentiasa menghabiskan masa di hadapan skrin gadget miliknya.
Sebahagian besar pengguna media sosial di dunia ialah golongan
generasi muda yang dilahirkan pada tahun akhir 80-an atau awal 90-an.
Nielsen (2011) melaporkan bahawa pengguna didominasi oleh wanita dan
berusia 18-34 tahun adalah yang paling aktif dalam media sosial. Mereka
menggunakan dengan pesat media baru dan teknologi terkini. Mereka
berminat dan lebih tertarik dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan
Internet dan aplikasinya. Mereka sangat aktif dan cenderung untuk
melibatkan diri dengan laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter,
Google+ ataupun YouTube.
Fenomena media sosial ini tentunya juga melanda Indonesia, negara
yang mempunyai populasi penduduk terbesar nombor empat di dunia
setelah RRC, India dan Amerika Syarikat (US Cencus Bereau 2012).
Berdasarkan data Socialbakers (2012) Indonesia menduduki nombor

empat sebagai negara pengguna Facebook terbesar di dunia dengan


bilangan pengguna 49,948,800 dan Facebook menjadi media sosial
nombor satu di Indonesia (Alexa 2012). Pengguna Facebook di Indonesia
didominasi oleh kalangan generasi muda berusia 18-24 tahun sebanyak
21,477,984 pengguna, diikuti oleh usia 25-34 tahun. Manakala dari segi
jantina, terdapat 59% pengguna lelaki dan 41% pengguna wanita di
Indonesia (Socialbakers 2012).
Populariti media sosial bukan hanya berkembang pesat di Jakarta,
ibu kota negara Indonesia, tetapi ia juga turut menyebar ke kawasan
lainnya, seperti pulau Sumatera. Di Jakarta sahaja pengguna Facebook
mencapai 11,658,760 (Socialbakers 2012) dan masih lagi menduduki
peringkat pertama penyumbang Tweet terbanyak di dunia, diikuti oleh
Tokyo dan London (DetikInet 2012). Antara sepuluh kota besar dengan
Tweet terbanyak di Indonesia dipegang oleh Jakarta (16.33%), Bandung
(13.79%), Yogyakarta (11.05%), Semarang (8.92%), Surabaya (8.21%),
Malang (7.41%), Medan (7.25%), Bali (6.01%), Riau (4.66%), dan
Palembang (3.62%) (Iyaa 2012).
Bagaimanapun, perkembangan media sosial tidak dapat terlepas
daripada perkembangan Internet itu sendiri. Internet dan media sosial erat
kaitannya. Hal ini kerana untuk mengakses media sosial tentunya
memerlukan capaian Internet.

DEFINISI
(A) MEDIA
Menurut kamus dewan edisi keempat media alat atau perantara
komunikasi (perhubungan), seperti radio, televisyen dan akhbar. Secara
amnya pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, seperti alat atau
3 Ika Destiana, Ali Salman & Mohd. Helmi Abd. Rahim. PENERIMAAN MEDIA SOSIAL:
KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI PALEMBANG. Jurnal Komunikasi
Malaysian Journal of Communication, Jilid 29(2), 2013: 125-140. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi,Kuala Lumpur. Diperoleh melalui
http://journalarticle.ukm.my/6912/1/V29_2_125-140.pdf . Diakses pada 1 November 2014.

saluran komunikasi keseluruhannya. Melalui media cetak alat atau saluran


komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan (seperti surat
khabar, majalah, dan lain-lain). Media elektronik alat atau saluran
komunikasi yang berupa atau yang menggunakan alat-alat elektron
moden (seperti radio, televisyen, dan lain-lain). Media

massa pelbagai

jenis alat komunikasi (seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah, dan
sebagainya)

yang

dapat

menyampaikan

maklumat

(berita

dan

sebagainya) kepada orang ramai degan cepat (dalam masa yangg


singkat), sebaran am.

(B) MEDIA SOSIAL


Media sosial membawa erti instrumen sosial dalam
berkomunikasi.

Media

sosial

adalah

sebuah

media

online

dan

penggunaannya yang mudah boleh berkomunikasi melaluui blog dan


jejaring seperti facebook, twiter, myspace, instagram, whatsapp, wechat
dan sebagainya.

KESAN POSITIF PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL


1) Mampu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
Selain itu, antara kebaikan media sosial yang lain ialah mampu meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris. Kita sudah sedia maklum bahawa bahasa Inggeris yakni bahasa
yang paling banyak digunakan di dunia, dan menjadi lingua franca di zaman millennium ini.
Oleh itu sangatlah penting bagi seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang untuk
menguasai bahasa ini dengan sebaik mungkin kerana bahasa ini secara tidak langsung
dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai urusan yang dijalankan sama ada di dalam negara
mahupun di luar negara. Sesuai dengan kata-kata seorang tokoh barat yang bermaksud untuk
menjadi yang terbaik, anda mesti menguasai apa yang terbaik yakni menguasai bahasa yang
utama mampu menjadikan kita lebih berjaya. Seperti yang kita semua sedia maklum,
kebanyakan laman sesawang di internet menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar dan membolehkan para pembaca secara tidak langsung belajar mengenai cara
penyusunan ayat, teknik mengarang dan dalam masa yang sama mampu menambah
perkataan-perkataan baru yang boleh digunakan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Untuk
pengguna laman sesawang sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, kebanyakan
pengkemaskinian status banyak dibuat dalam bahasa Inggeris dan pengguna boleh belajar
sedikit sebanyak tentang tatabahasa dan mampu memerikan keberanian kepada pengguna
untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana
seperti yang kita semua sedia maklum kebanyakan pengguna terutamanya kaum melayu tidak
berani untuk bertutur dalam bahasa Inggeris kerana bimbang tersalah menggunakan

perkataan. Oleh itu melalui pembelajaran bahasa Inggeris melalui media sosial, mereka boleh
menambahkan pengetahuan mereka dan secara tidak langsung meningkatkan keberanian
mereka untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.4 Bagi pengguna yang mempunyai blog, mereka
amat digalakkan untuk mengemaskini entri mereka dalam bahasa inggeris. Hal ini secara
tidak langsung mampu untuk meningkatkan teknik penulisan mereka kerana pengunjung
yang membaca blog mereka pastinya akan menegur setiap kesalahan dan membolehkan
mereka mendapat ilmu dan teknik penulisan yang betul untuk masa yang akan datang.
Melalui internet, banyak perubahan dalam bahasa inggeris yang dapat dilihat. Sebagai
contohnya, peningkatan ini boleh dibuktikan dengan peningkatan keputusan gred purata
bahasa Inggeris keseluruhan bagi SPM 2011 dan kajian juga mendapati bahawa ramai pelajar
yang menulis jawapan dalam bahasa Inggeris berbanding tahun-tahun sebelumnya dalam
subjek sains yang menyediakan ayat secara dwibahasa untuk soalan dan jawapan. Apabila
ditanya kepada pelajar, mereka mengatakan bahawa mereka banyak belajar dari media massa
seperti google, youtube dan lain- lain. Oleh hal yang demikian, boleh dikatakan media massa
antara medium terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat
Malaysia. Hal ini demikian kerana media massa menjadi satu saluran yang paling mudah
untuk mendidik masyarakat kita.5
2) Mampu menjimatkan kos dan memudahkan urusan
Di samping itu, penggunaan media sosial juga mampu menjimatkan kos dan
memudahkan urusan. Hal ini sangat sesuai untuk pelajar dan ibu bapa yang bertugas di luar
negara. Kini mereka mampu tersenyum lebar kerana dengan menggunakan aplikasi berbual
secara talian seperti skype, yahoo messenger dan sebagainya, mereka mampu untuk membuat
panggilan video, panggilan suara dan berchatting dengan sanak saudara dengan percuma.
Melalui media sosial, pelajar mahupun ibu bapa yang belajar ataupun bekerja di luar negara
mampu untuk berhubung dengan saudara mara ketika berada di perantauan tanpa perlu
bimbang soal bil telefon dan sebagainya. Hal ini demikian kerana bil internet adalah tetap
untuk setiap bulan tidak seperti bil telefon. Kos yang diperuntukkan untuk berhubung dengan
4 Ahmad Sebi, Mansor Ahmad Saman ( 1996). Peranan Media dalam Masyarakat
Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
5 Hamzah Hamdani ( 1982 ). Media Massa dan Peranannya di Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

keluarga mampu dikurangkan secara lebih berkesan dan dalam masa yang sama mampu
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan tidak menjadikan jarak beribu batu sebagai alasan
untuk tidak berhubung dengan ahli keluarga sekerap yang boleh. Malahan ada sahaja pelajar
yang berkahwin di luar negara mampu untuk membawa keluarga mereka untuk melihat
majlis perkahwinan mereka di luar negara tanpa perlu mengeluarkan belanja untuk tiket
penerbangan serta penginapan kerana mereka boleh melihat perkahwinan anak mereka secara
langsung menggunakan aplikasi skype dan boleh berkongsi saat-saat gembira bersama
keluarga walau dimana jua mereka berada. Sudah semestinya penjimatan seperti ini sangat
diperlukan oleh para pelajar mahupun pekerja kerana peningkatan taraf hidup semakin
mendesak dan dengan penjimatan ini mampu meredakan kebimbangan mereka terhadap kos
hidup mereka yang semakin meningkat. Perkembangan

teknologi

perhubungan yang

menggunakan media sosial ini dilihat sebagai medium penggerak utama dan ternyata mampu
membawa kebaikan yang postif. Sesungguhnya, penggunaan media sosial mampu membawa
penjimatan kepada penggunanya.6 Seterusnya, memudahkan urusan juga antara kebaikan
penggunaan media sosial keatas semua pihak. Jika dahulu, kita sering kali melihat ibu bapa
kita ke bank untuk membayar bil-bil air, eletrik dan sebagainya. Namun sekarang tidak lagi,
dengan menggunakan media massa contohnya khidmat perbankan melalui internet, kita boleh
mengakses terus ke akaun bank kita dan boleh membuat pembayaran secara online. Hanya
dengan hanya berada di depan komputer kita sudah mampu untuk menjelaskan segala bayaran
dan tidak lagi perlu bersusah payah beratur panjang untuk membayar bil bil dan lain-lain.
Tambahan pula, kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR
( Universiti Tun Abdul Razak ) yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini
para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan
penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah.
Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian juga melalui
Internet. Media massa juga membuka dimensi baru sebagai sumber rujukan mudah dan pantas
dari segi masa dan lokasi. Media massa hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau
pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan. Hal ini sememangnya sangat
memudahkan urusan pelajar kerana kadangkala pelajar terlalu sibuk dengan kuliah dan
tutorial sehingga tidak sempat untuk mencari bahan di perpustakaan. Jadi dengan adanya
media massa contohnya google, pelajar boleh mencari maklumat yang diperlukan untuk
6 Juliana Abdul Wahab. Media, Komunikasi dan Wacana Globalisasi di Malaysia.
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

menyiapkan tugasan mereka. Masyarakat ramai juga tidak terlepas merasai bahang
penggunaan media massa dengan capaian berita dengan cepat dan pantas sama ada berita
liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia.7

3) PENTING DALAM PENDIDIKAN


Pada masa kini, perkembangan pesat dalam penggunaan media sosial telah
membawa kebaikan kepada pelbagai sektor, terutamanya sektor pendidikan. Media sosial
banyak memberi manfaat kepada pengguna khususnya golongan pelajar dan tenaga pengajar
di institusi pengajian tinggi. Laman-laman sosial kini telah menarik minat berbagai kalangan
tenaga pengajar untuk dimanfaatkan dalam komunikasi berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran secara atas talian. Boleh dikatakan setiap hari masyarakat memperkatakan
tentang media sosial yang sangat menjadi aktiviti seharian masyarakat 8. Media sosial dilihat
mempunyai peranan penting untuk mengubah proses pembelajaran dan pengajaran. Ia
membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa
dan lokasi. Penggunaan laman-laman tertentu yang berkaitan pendidikan juga hampir
menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan
perpustakaan. Media sosial untuk tujuan pendidikan dapat menjimatkan masa pelajar dan
memupuk sikap suka membaca dalam kalangan pelajar. Dengan adanya laman-laman
pendidikan, apa-apa maklumat dapat diperoleh dengan mudah hanya dengan satu klik pada
tetikus. Berbanding dengan pelajar pada masa lalu yang terpaksa mencari maklumat dengan
cara manual seperti perlu ke perpustakaan dan sebagainya untuk mereka memperoleh
maklumat yang diingini. Hal ini membolehkan pelajar tersebut dapat menguruskan masanya
dengan lebih efektif.
Pembelajaran secara interaktif melalui talian membolehkan pelajar menerokai maklumat baru
menerusi perpustakaan digital ataupun laman web. Apabila semakin banyak teknologi
diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk
menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global. Kini, pelbagai pengetahuan terkini
dapat disalurkan melalui media sosial. Media sosial seperti Google, Yahoo dan enjin
7 Mohd Yahya Mohamed Ariffin. Perhubungan Media di Malaysia. Universiti
Malaya.
8 Abdul Rahman Abdul Aziz (2011). Isu-isu Ketahanan Nasional Malaysia, Institut
Terjemahan & Buku Malaysia Berhad. hlm 41

pencarian yang lain merupakan satu medium khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta
pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Pelajar
sekarang mempunyai kelebihan dengan adanya kemudahan tersebut.
Pada masa kini terdapat banyak universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak
jauh di mana penggunaan media sosial amat diperlukan. Hal ini demikian kerana
pembelajaran dilakukan secara atas talian melalui penggunaan video yang telah dirakam
ketika sesi pembelajaran. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah
dilakukan secara atas talian dan pelajar hanya perlu mengaktifkan video untuk menghadiri
kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan
dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulang kali. Kini, para pelajar bukan
sekadar menggunakan media sosial untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga
mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil
soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian juga melalui laman-laman tertentu.
Sebarang maklumat berkaitan ilmu pendidikan mudah diperolehi dengan cepat dan pantas
melalui saluran-saluran tertentu seperti E-learning dan sebagainya.
Melalui saluran ini juga, tenaga pengajar dapat berinteraksi secara maya bersama pelajar bagi
berkongsi informasi penting mengenai sesuatu pembelajaran. Pelajar boleh bertanyakan
soalan, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat hanya menerusi laman tersebut.
Kebanyakan guru memilih saluran komunikasi Facebook bagi memudahkan sebarang
perhubungan dengan pelajar. Guru boleh berkomunikasi bersama pelajar pada bila-bila masa
dan di mana-mana mereka berada selagi terdapat kemudahan media sosial melalui internet.
Faedah yang paling ketara ialah bagi pelajar yang sukar untuk memberi idea sekiranya
terdapat di kalangan pelajar-pelajar lain yang memberi komen mengenai sesuatu isu yang
telah dibangkitkan oleh guru. Secara tidak langsung, guru akan tahu sebenarnya semua pelajar
mereka boleh berkomunikasi dengan baik. Laman-laman pendidikan di media sosial juga
sangat berfaedah bagi pelajar yang kurang faham ketika sesi pembelajaran. Hal ini demikian
kerana pelajar tersebut boleh menggunakan saluran tersebut untuk meluahkan masalah
pembelajaran mereka dengan guru berkenaan. Pelajar akan mendapat jawapan dari keraguan
yang mereka hadapi dalam subjek tersebut secara terus dari guru tanpa perlu menunggu dalam
jangka masa yang lama. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan laman media sosial
yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta
ilmu canggih dipaparkan dalam laman tersebut. Faktor motivasi semasa menggunakan

Internet juga mempengaruhi pelajar terutama dalam kemahiran menulis karangan 9. Ia dapat
membantu dalam meningkatkan proses penyelidikan dan pembangunan. Beberapa pendidik
telah membuat kajian di mana pelajar lebih suka berada di ruangan sembang, blog, dan
sebagainya untuk membuat tugasan serta mengulang kaji. Aktiviti seumpama ini begitu
menarik perhatian pelajar.
Penggunaan media sosial juga dapat meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar.
Sebagai bukti, untuk membolehkan kita mengikuti perkembangan semasa dan menimba ilmu
pengetahuan melalui media sosial, kita perlu membaca. Segala maklumat yang dipaparkan
melalui laman web adalah dalam bentuk tulisan dan untuk mengetahui maklumat tersebut,
kita perlu mahir membaca. Secara tidak langsung, ia dapat memupuk sikap membaca dalam
kalangan mereka.
Laman web sosial juga boleh digunakan oleh kumpulan pendidik untuk berhubung dengan
pendidik lain untuk bertukar-tukar pandangan dan boleh juga digunakan bersama pelajar
mereka bagi menyampaikan maklumat dan bahan pengajaran berguna. Satu lagu cara baru
penggunaan laman web sosial seperti facebook adalah boleh digunakan oleh penyelidik untuk
mengumpul data kajian melalui temu ramah secara maya. Walaupun cara berkenaan belum
dikatakan sah untuk membuat kajian, tetapi ia adalah satu cara alternatif yang boleh
difikirkan. Penggunaan rangkaian sosial amat berkesan dalam aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran kerana ia merupakan cara terbaik untuk memanfaatkan nilai pendidikan dalam
laman sosial.
4) BERKONGSI DAN MEMPEROLEH MAKLUMAT TERKINI
Penggunaan media sosial memudahkan sebarang maklumat atau info penting
diperolehi dengan mudah dan berkesan. Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya
melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang
diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian
seperti Google, Yahoo dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan
maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan
maklumat yang mereka ingin sama ada ia digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu
pengetahuan dan sebagainya.
9 Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris (2008) Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di
Malaysia : Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd

Pelbagai maklumat boleh didapati di media sosial seperti berita, laporan cuaca,
sukan dan kadang-kadang kita akan berjumpa maklumat yang kita sendiri tidak pernah
fikirkan. Hal ini kerana segala maklumat hanya berada di hujung jari sahaja dan penggunaan
media sosial mampu memberikan manfaat berguna kepada penggunanya dalam pelbagai
bidang. Misalnya penggunaan media sosial dapat memudahkan berita terkini disampaikan
dengan cepat. Kebanyakan surat khabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti Berita
Harian, The Star dan sebagainya. Laman web ini akan dikemas kini dan ia memapar berita
terkini yang berlaku di seluruh dunia.
Sekalipun anda sudah terlepas isu terbitan cetakannya tetapi masih berpeluang
membacanya menggunakan laman media sosial. Justeru, pastinya laman-laman sosial dapat
melahirkan seseorang yang berilmu dan berpengetahuan tinggi. Laman tersebut boleh dilayari
pada bila-bila masa sahaja dan tidak tertakluk kepada jadual yang ditetapkan. Para pengguna
boleh melayari laman sesawang di mana-mana sahaja mereka berada. Kini, pelbagai ilmu
pengetahuan dapat disalurkan melalui media sosial. Dalam pada itu, pengguna juga boleh
menggunakan manfaat ini untuk mencari tips menarik di laman sosial seperti resepi masakan,
panduan kejayaan dan sebagainya untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
Selain itu, penggunaan media sosial juga memberi manfaat kepada pelbagai pihak.
Hal ini demikian kerana banyak maklumat penting dapat diperolehi tanpa wujud sekatan
masa. Misalnya, banyak peluang pekerjaan disalurkan melalui lama-laman tertentu. Borangborang juga perlu diisi dan dihantar melalui laman web yang disediakan. Bagi pelajar,
permohonan melanjutkan pelajaran boleh dilakukan melalui talian terus. Melalui laman yang
berkaitan, mereka perlu memperlengkapkan butiran peribadi mereka secara talian dan di
hantar terus ke unit kemasukan pelajar. Segala surat-menyurat tentang status permohonan dan
temu duga dapat disemak melalui rangkaian media sosial terbabit. Semua kemudahan ini
mampu untuk diperluaskan dalam aspek lain seperti urusan dengan pihak kerajaan dan
mungkin juga bidang lain. Kehidupan manusia sudah pasti akan berubah dengan adanya
kemudahan internet yang sebegini.
Dalam pada itu, melalui media sosial juga, pengguna dapat mengetahui info
berkaitan servis perkhidmatan yang ditawarkan di laman-laman tertentu. Sebagai contoh,
banyak syarikat pada masa kini seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi
pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna.
Syarikat-syarikat penerbangan seperti AirAsia telah menawarkan servis tanpa memerlukan caj

yang berlebihan, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas
talian pada bila-bila masa. Keadaan ini pastinya dapat memudahkan sebarang urusan
pengguna tanpa dibebani dengan banyak masalah seperti kekangan masa.
Di samping itu, media sosial juga memudahkan sebarang perkongsian dan
penyebaran maklumat yang penting seperti hal ehwal semasa, maklumat peribadi dan
sebagainya bersama rakan-rakan di laman media sosial. Hal yang dikongsikan itu
merangkumi semua hal tidak ada batasan atau had yang ditetapkan. Melalui penggunaan
laman tersebut, membolehkan maklumat dikirim dan diterima dengan cepat. Fungsi ini
memudahkan kehidupan harian manusia apabila hendak berkongsi maklumat dari segi data,
imej atau video. Contohnya, perkongsian data melalui facebook, twitter, e-mail, chat dan
sebagainya. Sebarang perkongsian maklumat dapat dilakukan dengan efisen malah ia dapat
mengurangkan halangan-halangan dan sekatan geografi. Dunia kini dibangunkan dengan
bantuan teknologi yang membolehkan negara-negara yang mempunyai bahasa perantaraan
yang berbeza untuk berkongsi idea dan informasi antara satu sama lain.
Penggunaan media sosial juga dapat memudahkan sebarang pertukaran pendapat
atau pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti perniagaan dan pendidikan. Pengguna laman
sosial khususnya golongan pelajar kerap kali menggunakan laman sosial sebagai medium
perhubungan bersama rakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Mereka berpeluang untuk
mengemukakan idea atau pendapat mereka bersama rakan sebaya untuk membina ilmu
pengetahuan sendiri terutamanya bagi mengemas kini setiap maklumat baru contohnya kerja
rumah atau tugasan.
Bagi mereka, melalui cara ini mereka boleh berbincang secara berkumpulan
dengan pantas tentang sesuatu isu yang dikemukakan. Bukan itu sahaja, pelajar juga dapat
menggunakan komen yang terdapat di dalam blog tersebut bagi menggalakkan sikap saling
membantu antara para pelajar dalam penulisan mereka dan mendapatkan maklum balas
terhadap sesuatu soalan tanpa memberikan jawapan yang sama. Penggunaan aplikasi seperti
e-mel membolehkan segala maklumat yang ingin dikongsi oleh para pelajar dan guru dapat
dikirim dengan cepat dan mudah.
Penggunaan e-mel dapat menanam semangat belajar yang tinggi dalam kalangan
pelajar dalam setiap pembelajaran mereka. Bukan itu sahaja, para pelajar tidak akan ada
alasan lagi untuk tidak menghantar kerja rumah mereka pada hari yang ditetapkan kerana
aplikasi e-mel ini memudahkan urusan pembelajaran antara murid dan guru malah hubungan

murid dan guru dapat dieratkan. Laman-laman sosial juga dapat memudahkan penyebaran
sesuatu maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan
kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tetapi dengan kecanggihan laman
sosial kini, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan.
Dalam pada itu, penggunaan laman media sosial pada waktu-waktu kecemasan
juga sangat penting dalam menyebarkan maklumat. Misalnya, permintaan bantuan kecemasan
seperti derma darah jenis tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Hal
ini sedikit sebanyak dapat membantu menyelamatkan nyawa mangsa terbabit. Jelaslah
bahawa penggunaan media sosial dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada
penggunanya. Medium ini bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang
malah dapat digunakan untuk bertukar pendapat dan pengalaman masing-masing mengenai
sesuatu isu.

Kesan negatif penggunaan media sosial.


1)Jenayah siber berleluasa.
Pada zaman era globalisasi ini, kecanggihan teknologi baharu ini juga dikatakan
mewujudkan jenayah siber yang amat kompleks. Jenayah siber ditakfrifkan sebagai jenayah
yang berkaitan dengan teknologi dan komputer menerusi internet. Jenayah siber merupakan
jenayah yang bersifat antarabangsa yang semakin sukar dibendung oleh pihak berkuasa
tempatan mahupun luar negara. Hal ini kerana, jenayah seperti ini melibatkan jenayah oleh
golongan yang sukar dikesan oleh mana mana pihak. Namun demikian, jenayah siber
mempunyai pelbagai takrifan seiring dengan perubahan teknologi yang melangkaui sempadan
antarabangsa. Menurut Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Datuk Amar Leo
Moggie berkata jenayah siber akan terus berleluasa jika penguatkuasa undang undang gagal
membentuk dan menyesuaikan undang undang yang selaras dengan perkembangan yang
sentiasa berubah dalam bidang teknologi maklumat. ( The Star, 27 Julai 2001 ).
Bahkan, dalam konteks negara ini, terdapat sesetengah pihak yang masih percaya
bahawa undang undang yang diwujudkan pada masa kini masih tidak dapat membendung
masalah jenayah siber secara menyeluruh. Malahan, menteri yang pernah bertanggungjawab
mengenai Komunikasi dan Multimedia Datuk Amar Leo Moggie sendiri mengakui kurang
lengkapnya undang undang siber yang ada di Malaysia kini dan penguatkuasaanya juga

menjadi isu penting serta Malaysia tidak boleh melaksanakan undang undang siber tanpa
kerjasama negara negara lain110. Pelbagai bidang dilaporkan tidak terlepas dalam jenayah
siber yang semakin meruncing dewasa ini. Jenayah siber memberi implikasi buruk terhadap
sistem kerajaan.
Hal ini kerana, penggodam atau pelaku yang melakukan jenayah siber boleh
mendatangkan bahaya iaitu menggugat keselamatan negara pada masa kini. Sebagai contoh,
kewujudan jenayah siber menyebabkan rahsia sesebuah kerajaan negara tersebut terancam di
mata dunia. Jenayah siber ini merupakan kes kes jenayah yang berlaku di negara maju
seperti di Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea dan sebagainya. Dalam konteks Malaysia
pula, antara jenayah siber yang sering dihadapi adalah pencerobohan laman web, penipuan,
pemalsuan, dan sebagainya11. Tanpa kita sedari, jenayah siber boleh terdedah kepada semua
peringkat penggunaan komputer dan internet secara meluas. Namun penyalahgunaan internet
di Malaysia masih rendah berbanding dengan negara negara lain seperti di Ukraine dan
Indonesia.
Punca utama penyebab kepada permasalahan ini ialah masyarakat pada masa kini
tidak mengambil tahu mengenai teknologi yang serba canggih. Kebanyakkan daripada mereka
hanya mengikuti arus kemodenan tanpa sebarang pengetahuan mengenai sesebuah teknologi
tersebut. Selain itu, masyarakat juga masih cetek pengetahuan dalam sesuatu teknologi
maklumat yang semakin meningkat sesuai dengan arus globalisasi. Kemunculan pelbagai
jenis media sosial menyebabkan mereka berlumba lumba untuk menggunakannya tanpa
memikirkan pelbagai kesan negatif di masa akan datang sekiranya tidak digunakan dengan
cara dan kaedah yang betul..
Oleh yang demikian, pengguna sering alpa dan leka dalam mengikuti arus
kemodenan dan kecanggihan teknologi maklumat.. Facebook, Twitter, Myspace, Skype, dan
Yahoo Messenger antara laman sosial yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna
mengikut pelbagai peringkat umur dan bangsa. Ramai pengguna cuai dalam laman sosial iaitu

10 Mohd Safar Hasim (2002). Mengenali Undang undang Media dan Siber. Kuala
Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlmn 121
11 Abdul Rahman Abdul Aziz, Ahmad Zaharudin Sani Ahmad Sabri, Muhammad
Nor Azman Nordin (2014). Kuala Lumpur. Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Berhad. Hlmn 49

mempamerkan butir butir peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat rumah dan
sebagainya.
Oleh yang demikian, individu yang tidak bertanggungjawab akan mencuri atau
menipu identiti pengguna untuk keuntungan mereka atau menjatuhkan individu lain.
Merujuk kepada situasi ini, maka tidak hairanlah jenayah siber semakin meluas dalam
kalangan masyarakat Malaysia khususnya.Bukan itu sahaja, malahan pencerobohan laman
web semakin hebat diperkatakan. Sebagai contoh, dalam kes Pacific Internet Ltd. melawan
Catcha.com Pte. Ltd, Pacific Internet menfailkan kes terhadap Catcha.com atas tuduhan
Catcha.com mengambil bahan bahan yang dimuatkan dalam laman web Pacific Internet
tanpa kebenaran dan menyiarkannya dalam laman web Catcha.com12.
Hal ini berlaku disebabkan kecanggihan teknologi dan kepakaran pihak tertentu
yang menyebabkan pencerobohan sesuatu laman web itu mudah berlaku. Oleh itu, jenayah
siber yang semakin berleluasa menyebabkan penggunaan laman web kini terdedah dan
mengancam pihak pihak tertentu.

2)Pergolakan Politik
Malaysia merupakan sebuah negara yang ditadbir oleh pemerintah yang
berkuasa mengikut amalan demokrasi. Demokrasi membenarkan sistem politik kepartian dan
hal ini berbeza dengan pemerintahan autokrasi yang hanya mengizinkan kewujudan sebuah
parti politik yang mendukung kerajaan.13 Oleh itu, sebagai sebuah negara maju, sistem politik
di negara ini turut dipengaruhi oleh teknologi serba moden khususnya medium
internet.Mengikut perspektif pandangan dari segi sistem politik Islam, politik Islam bermakna
melaksanakan pentadbiran awam bagi memenuhi kepentingan rakyat dan menolak kejahatan
selagi mana ia tidak melampaui batas batas undang undang dan prinsip prinsip Islam.14
12 Ahmad Shamsul Abd. Aziz, Khadijah Mohamed, Mazita Mohamed (2007). Siri
Perkembangan Undang Undang di Malaysia, Undang undang Multimedia.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka. Hlmn 90.
13 Mohd Izani Mohd Zain (2005). Islam dan Demokrasi, Cabaran Politik Muslim
Kontemporari di Malaysia. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. Hlmn 7.
14 Mohd. Rumaizuddin Ghazali (2004). Sains Politik Islam. Pahang Darul Makmur.
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlmn 18.

Lantaran itu, masa depan negara pada masa akan datang bergantung kepada
remaja masa kini. Namun begitu, remaja pada masa kini lebih mudah dipengaruhi oleh anasir
anasir luar khususnya oleh pengaruh media sosial yang semakin meluas. Media sosial pada
hari ini memberi pengaruh yang cukup besar kerana hampir separuh daripada generasi muda
menggunakan aplikasi media sosial dalam kehidupan harian mereka sehinggakan mereka
tidak lagi berminat terhadap media konvensional seperti televisyen dan surat khabar. Majoriti
generasi muda di luar sana mempunyai akaun media sosial sebagai satu keperluan yang mesti
ada supaya tidak dilabel sebagai ketinggalan zaman.
Justeru, internet khususnya media sosial menjadi sumber mereka mendapatkan
maklumat alternatif dan memobilisasikan rakan rakan sebaya mereka untuk melaksanakan
sesuatu agenda. Bermula dengan agenda peribadi yang biasa dapat bertukar kepada agenda
peribadi yang besar kesan daripada pengaruh medium media sosial yang mudah
menyampaikan maklumat kepada semua orang dalam masa yang singkat. Peranan media
sosial adalah merangkumi pelbagai aspek yang memudahkan orang ramai. Dalam konteks
Malaysia misalnya, Perhimpunan BERSIH 2.0 turut membuktikan sedikit sebanyak peranan
media sosial. Media media sosial yang baharu seperti Twitter, Facebook, forum forum
maya dan portal portal web telah dimanfaat berdasarkan statistik penglibatan 191,190
pengguna Twitter memuat naik 1316 gambar dan 1600 video dimuat naik di You Tube dan
sehingga hari ini terdapat lebih 2000 video dimuatnaik di You Tube, lebih 120 000 pengguna
menukar gambar profil dengan memasukkan logo BERSIH , 17 000 pengikut Twitter di
Bersih Official dan sehingga ke hari ini merupakan 50 video paling dilihat di You Tube.
Fakta berkenaan membuktikan peranan jaringan sosial tidak boleh dipandang
remeh oleh semua pihak. Dan semua pihak khususnya generasi muda pada hari ini perlu
menggunakan media sosial sebagai platform untuk memajukan negara ke arah masa depan
yang lebih baik kerana remaja merupakan aset negara yang amat bernilai.

3)MENGAKIBATKAN KELALAIAN, KETAGIHAN DAN OBSES.


Dewasa ini, perkembangan zaman teknologi yang canggih telah memberi pelbagai
kebaikan terhadap masyarakat dunia di dalam kehidupan seharian. Namun begitu, tidak dapat
dinafikan juga bahawa terdapat beberapa kesan negatif dek penyalahgunaan teknologi ini.
Terutamanya dari segi penggunaan media sosial yang menjadi trend pada masa ini. Kesan

negatif yang wujud akibat penyalahgunaan ini adalah mengakibatkan kelalaian, ketagihan dan
obses.
Pengguna yang kerap menggunakan media sosial akan lebih cenderung untuk
mengalami keadaan ini. Difahamkan waktu ideal untuk melayari internet ialah selama 2 jam
setiap hari. Namun, kepelbagaian maklumat yang boleh diperolehi melalui internet
menyebabkan kebanyakan pengguna terus melekap di depan komputer riba. Kebanyakan
mereka menghabiskan masa untuk melayari media sosial bagi mendapatkan pelbagai berita
dan gosip terkini. Kewujudan pelbagai jenis media sosial seperti Facebook, Twitter,
Instagram, blog dan sebagainya menjadi pemangkin kepada permasalahan ini.
Hal ini kerana, info terkini dapat diketahui dengan cepat dan pantas tanpa had dan
batasan. Aplikasi-aplikasi menarik seperti aplikasi mesej WhatsApp

yang disediakan di

dalam laman media sosial tersebut menyebabkan pengguna berasa seronok untuk terus
menggunakan laman media sosial tersebut15. Akibatnya mereka akan terus lalai dan leka
dalam menyempurnakan tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Contoh yang
dapat dikenalpasti adalah tidak menunaikan solat dan mengulangkaji pelajaran.
Selain itu, individu yang berkerjaya juga akan mengabaikan tanggungjawab mereka
di tempat kerja. Disebabkan terlalu asyik dan leka melayari media sosial, tumpuan yang patut
diberikan semasa melakukan kerja atau bermesyuarat akan terjejas. Malah, mereka juga
menyalahgunakan kemudahan internet yang disediakan di tempat kerja bagi tujuan melayari
laman sosial yang tidak memberikan faedah kepada mereka. Hal ini akan menyebabkan
produktiviti kerja yang dilakukan tidak berkualiti yang memungkinkan penurunan pangkat
atau diberhentikan kerja.
Dari segi sosial pula, ketagihan terhadap media sosial ini turut menjejaskan
hubungan dengan masyarakat luar. Hubungan antara jiran dan rakan tidak dijaga
menyebabkan jurang komunikasi berkesan semakin luas. Individu yang terlalu taksub dengan
media sosial akan terpinggir dari menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan di
kawasan perumahan seperti gotong-royong dan hari keluarga. Akibatnya, jadilah mereka
seperti katak di bawah tempurung yang tidak mempunyai keinginan untuk melihat dunia luar
kerana merasakan mereka telah mengetahui berita semasa dengan hanya melayari media
Ali Salman. ( 2014, 14 Oktober). Keterlibatan Digital Rakyat Malaysia.
Kosmo : 15
15

sosial. Individu ini juga akan bersikap mementingkan diri tanpa menghiraukan kebajikan
jiran. Oleh itu, nilai kemasyarakatan tidak diamalkan malah hubungan silaturahim sesama
insan juga renggang.
Dari sudut keluarga pula, bagi mereka yang mengalami ketagihan dan obses terhadap
media sosial, individu ini akan meminggirkan diri daripada bersama dengan ahli keluarga dan
lebih rela memerap dalam bilik semata-mata untuk melayari media sosial 16. Sesetengahnya
pula leka melayari media sosial walaupun ketika sedang makan malam atau menonton
televisyen. Situasi ini acap kali kita lihat di restoran makanan apabila setiap ahli keluarga
asyik bermain telefon pintar semasa menunggu pesanan makanan tanpa interaksi mesra tidak
kira sama ada ibu bapa ataupun anak-anak.

4)MEDIUM PENYEBARAN FITNAH DAN DAKYAH PALSU.


Di samping itu, kesan negatif seterusnya yang dapat dikenalpasti ialah menjadi medium
penyebaran fitnah dan dakyah palsu. Pada masa ini, media sosial digunakan untuk tujuan
penyebaran fitnah dan dakwaan palsu bagi menjatuhkan seseorang dan membuka aibnya.
Malah, tidak terkecuali ada juga yang menjadi mangsa peras ugut terhadap gambar-gambar
mereka yang telah di edit melalui kaedah superimposed. Peluang ini digunakan oleh pihak
tertentu yang mempunyai perasaan dendam dan iri hati terhadap individu terkenal seperti
pemimpin negara, tokoh dan selebriti.
Golongan yang berstatus seperti di atas sering kali menjadi mangsa penyalahgunaan
media sosial ini. Melalui laporan sebuah akhbar tempatan, seorang artis wanita popular
mendakwa menjadi mangsa ugutan peminat yang mendesaknya memaparkan aksi lucah di
Facebook17. Baru-baru ini, gosip tentang seorang artis lelaki yang dipersalahkan kerana
16 Jessica Ong Hai Liaw. (2012, 4 Julai). Tempias Kecanggihan Teknologi

Maklumat.Utusan Malaysia : 26
17 3 Othman

Mamat. (2013). Media Sosial Penuh Mudarat, Manfaat.


Diperolehi November 8, 2014, dari
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mediasosialpenuhmudarat_
manfaat/Article/article_print

bergambar terlalu mesra dengan seorang peminat telah menjadi kecoh di kebanyakan media
sosial sehingga timbul unsur menokok tambah cerita yang boleh menjurus kepada fitnah.
Selain itu, kewujudan pelbagai spekulasi tidak berasas berkenaan dua insiden besar yang
menimpa Malaysia pada tahun 2014 iaitu kehilangan MH370 dan tragedi MH17 memberi
impak yang cukup besar terhadap rakyat. Sepanjang tempoh tersebut, penularan pelbagai
spekulasi di media sosial sedikit sebanyak mencemarkan imej dan kredibiliti Malaysia serta
pucuk kepimpinannya di mata dunia. Keadaan ini juga telah memberikan maklumat palsu
yang jelas bercanggah dengan fakta sebenar untuk menimbulkan prasangka buruk.
Selain itu, media sosial juga menjadi medium untuk menyampaikan propaganda
dan ideologi berbaur antikerajaan atau perkauman. Tidak dapat dinafikan, media sosial
merupakan perantara terhebat untuk menerapkan atau mempengaruhi pemikiran masyarakat
bagi menerima sesuatu ideologi baru. Pengendali media sosial bijak memainkan faktor
psikologi untuk mempengaruhi orang ramai menyokong pemikiran-pemikiran yang disokong
oleh mereka. Ada pihak tertentu yang sanggup menabur fitnah semata-mata untuk
memburukkan pihak lawan dan menimbulkan pelbagai isu sensitif bagi menghapuskan
sokongan terhadap pihak kerajaan. Wujud juga pelbagai sentimen seperti hak istimewa orang
Melayu, agama dan bahasa yang boleh menjejaskan keharmonian perpaduan kaum di
Malaysia. Maka, kebanyakan rakyat akan mudah terpengaruh kerana menurut Laporan
Ekonomi 2013-2014, kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91 peratus dengan satu
daripada tiga minit yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial. 11.8 juta
rakyat dianggarkan mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80 peratus melayari internet
untuk mengakses Facebook18.
Tambahan pula, kebelakangan ini kemunculan pelbagai dakyah palsu yang
menyesatkan semakin berleluasa. Antara contoh ajaran sesat terbaru yang menjadi ancaman
negara ialah Tuhan Harun dan Panji Langit. Di samping itu, kemasukan fahaman Syiah yang
bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam
semakin membimbangkan. Malah, menerusi sumber risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM),

18 Kementerian Kewangan. (2013). Laporan Ekonomi 2013-2014. Kuala

Lumpur.

bilangan sebenar pengikut Syiah yang terdiri daripada rakyat Malaysia dianggarkan kira-kira
2000 orang19.
Pihak-pihak ini licik menggunakan perantara media sosial untuk memanipulasi
pemikiran sekali gus menarik orang untuk mengikuti ajaran yang dibawa oleh mereka.
Golongan yang anti-Islam ini akan memalsukan ajaran Islam serta memburuk-burukkan
agama Allah ini, yakni dengan tujuan supaya masyarakat akan mudah mengikut ajaran yang
dibawa oleh mereka.
Manakala kebanyakan rakyat pula mudah mempercayai dan terpengaruh dengan
maklumat yang disebarkan melalui media sosial walaupun belum dapat dipastikan
kesahihannya. Keadaan ini juga akan menimbulkan kekeliruan terhadap agama Islam.
Penularan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dan kebebasan beragama
melalui media sosial juga menjadi barah dalam masyarakat pada masa ini. Penyampaian
dakyah palsu ini dilihat semakin ketara dan parah seiring dengan kewujudan media sosial
yang telah disalahgunakan bagi tujuan yang tidak bermoral.

KEBURUKAN LAMAN SOSIAL


Laman sosial merujuk perisian komputer yang memudahkan interaksi
sesama manusia di dunia global ini. Antara contoh laman sosial yng
terkenal ini meliputi Facebook, Twitter dan juga MySpace. Generasi muda
melihat laman sosial ini sebagai sumber informasi utama mereka
berbanding media massa jenis biasa seperti televisyen dan radio.
Sebenarnya, penggunaan laman sebegini mempunyai banyak impak yang
harus diberi perhatian oleh semua pihak itu.
1. LAMAN WEB SOSIAL MELALAIKAN/OBSES
Golongan remaja khususnya sentiasa berada di hadapan skrin
komputer. Hal ini akan mengakibatkan pergaulan mereka menjadi
terbatas. Mereka tidak lagi keluar bergaul bersama rakan-rakan lain.
Semua Ajaran Syiah di Malaysia Menyeleweng Daripada Syarak, kata Jakim. (2013).
diperolehi dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/semua-ajaran-syiah-dimalaysia-adalah-menyeleweng-daripada-hukum-syarak-kat#sthash.QULtsSpM.dpuf
19

Golongan seperti ini akan mengasingkan diri mereka di dalam bilik


sahaja sambil berchatting dengan rakan-rakan di dalam dunia
maya. Selain itu, tanggungjawab atau tugas wajib mereka turut
terabai. Bagi golongan yang bekerjaya mereka akan mengabaikan
kerja mereka kerana terlalu leka ber online bersama rakan-rakan.
Hal ini tentunya akan menyusahkan rakan sekerja yang lain kerana
sesuatu syarikat selalunya memerlukan teamwork ataupun kerja
secara berpasukan untuk meningkatkan kualiti syarikat. Jika salah
seorang pekerja tidak memberi komitmen yang sepenuhnya, maka
tidak mustahil produktiviti syarikat akan menurun. Bagi seorang
pelajar pula disebabkan leka melayari laman sosial, prestasi
pelajaran mereka akan terjejas. Dalam konteks ini, masa yang
diperuntukkan untuk mengulangkaji telah digantikan dengan masa
melayari laman sosial. Seeloknya, mereka menggunakan masa
dengan bermanfaat. Seperti kata pepatah, masa ibarat emas.
Sekiranya digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah, maka ia
akan merugikan kita. Di samping itu, masalah ponteng akan
semakin berleluasa di kalangan pelajar sekolah. Hal ini demikian
kerana, mereka melayari laman sosial sehingga lewat malam.
Kesannya, mereka terlalu mengantuk untuk bangun pagi ke sekolah.
Jalan penyelesaiannya mereka tidak pergi ke sekolah. Kesan negatif
seterusnya ialah ibu bapa mengabaikan tugas menjaga anak-anak.
Dalam hal ini, ibu bapa yang ketagih melayari laman sosial tidak lagi
mengambil tahu akan kebajikan anak-anak mereka. Sesetengah ibu
bapa juga ada yang menyerahkan tugas menjaga anak-anak kepada
pembantu rumah sahaja.
2. LAMAN WEB SOSIAL MENJEJASKAN KESIHATAN
Impak seterusnya akibat daripada ketagihan melayari laman
sesawang sosial dari segi kesihatan ialah, menjejaskan fizikal dan
mental. Contohnya seperti mereka akan merasa sakit-sakit sendi
serta pening kepala. Sinaran daripada skrin komputer ataupun alat
gajet juga mampu mendatangkan kesan dalam jangka panjang iaitu

menjejaskan penglihatan serta risiko kanser. Tidak ketinggalan juga


risiko obesiti. Seperti yang semua sedia maklum, Malaysia
merupakan penyumbang dalam statistik obesiti dunia. Hal ini
tentunya berpunca daripada ketagihan melayari komputer ini. Oleh
itu, perkara ini perlu ditangani dengan segera agar tidak terus
menjadi wabak dalam masyarakat.
3. MERUNTUHKAN RUMAH TANGGA/ KEGIATAN MAKSIAT
BERLELUASA
Melalui laman media sosial ini, gambar dan video lucah mudah
tersebar. Pengguna juga mudah mendapatkan akses kepada lamanlaman tersebut. Hal ini tentunya amat membimbangkan kerana
keruntuhan akhlak di kalangan remaja akan berlaku. Remaja juga
turut akan mengikutinya. Lihat sahaja jumlah peningkatan hubungan
di luar nikah meningkat dengan mendadak kini. Oleh itu, satu badan
yang bertanggungjawab perlu ditubuhkan untuk memantau laman
media sosial yang tidak bermoral ini.

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua implikasi yang dinyatakan tadi membuktikan bahawa laman


sosial memiliki kesan positif dan negatif. Semua pihak terutamanya ibu bapa perlulah
mengubah persepsi mereka terhadap penggunaan laman sosial kerana sekali air bah sekali
pantai berubah yang membuktikan perubahan itu akan berlaku mengikut zaman. Remaja pula
hendaklah bijak menilai penggunaan laman sosial ini supaya mereka tidak menggunakannya
dengan cara yang tidak baik itu. Sudah sampai masanya semua pihak merenung dan
memahami bahawa laman sosial akan terus wujud dan digunakan oleh masyarakat sejagat.

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Aziz, Ahmad Zaharudin Sani Ahmad Sabri, Muhammad Nor
Azman Nordin (2014). Kuala Lumpur. Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Berhad. Hlmn 49
Abdul Rahman Abdul Aziz (2011). Isu-isu Ketahanan Nasional Malaysia, Institut
Terjemahan & Buku Malaysia Berhad. hlm 41.
Ahmad Shamsul Abd. Aziz, Khadijah Mohamed, Mazita Mohamed (2007). Siri
Perkembangan Undang Undang di Malaysia, Undang undang Multimedia.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka. Hlmn 90.
Ahmad Sebi, Mansor Ahmad Saman ( 1996). Peranan Media dalam Masyarakat
Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Ali Salman. ( 2014, 14 Oktober). Keterlibatan Digital Rakyat Malaysia. Kosmo :
15

Brody, E. W. 1990. Communication Tomorrow: New Audiences, New


Technologies, New
Media. New York: Praeger.
Hamzah Hamdani ( 1982 ). Media Massa dan Peranannya di Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Ika Destiana, Ali Salman & Mohd. Helmi Abd. Rahim. PENERIMAAN MEDIA SOSIAL:
KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI PALEMBANG. Jurnal Komunikasi
Malaysian Jessica Ong Hai Liaw. (2012, 4 Julai). Tempias Kecanggihan Teknologi
Maklumat.Utusan Malaysia : 26
Journal of Communication, Jilid 29(2), 2013: 125-140. Universiti Kebangsaan
Malaysia,

Bangi,Kuala

Lumpur.

http://journalarticle.ukm.my/6912/1/V29_2_125-140.pdf

Diperoleh
.

Diakses

melalui
pada

November 2014.
Juliana Abdul Wahab. Media, Komunikasi dan Wacana Globalisasi di Malaysia.
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Kementerian Kewangan. (2013). Laporan Ekonomi 2013-2014. Kuala Lumpur.
Mohd Dahlan A. Malek, and Ida Shafinaz Mohamed Kamil, (2010) Jenayah dan
masalah sosial di kalangan remaja: cabaran dan realiti dunia siber. In: Program

Jenayah Cyber dan Isu Pemerdagangan manusia di Malaysia, 26 Aug 2010,


Resital Hall, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. (Unpublished. Diperolehi
daripada http://eprints.ums.edu.my/117/1/CONF2010004.pdf

. Diakses pada 1

November 2014.
Mohd Yahya Mohamed Ariffin. Perhubungan Media di Malaysia. Universiti Malaya.
Mohd Safar Hasim (2002). Mengenali Undang undang Media dan Siber. Kuala
Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlmn 12.
Mohd Izani Mohd Zain (2005). Islam dan Demokrasi, Cabaran Politik Muslim
Kontemporari di Malaysia. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. Hlmn 7.
Mohd. Rumaizuddin Ghazali (2004). Sains Politik Islam. Pahang Darul Makmur.
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlmn 18.
Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris (2008) Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di
Malaysia : Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd Poster, M. 1995. The Second Media Age. Cambridge: Polity Press.
Othman Mamat. (2013). Media Sosial Penuh Mudarat, Manfaat. Diperolehi
November

8,

2014,

dari

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mediasosialpenuhmudarat_manfaa
t/Article/article_print
Semua Ajaran Syiah di Malaysia Menyeleweng Daripada Syarak, kata Jakim.
(2013).

diperolehi

dari

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/semua-ajaran-syiah-dimalaysia-adalah-menyeleweng-daripada-hukum-syarakkat#sthash.QULtsSpM.dpufvan Dijk, J. 2006. The Network Society: Social Aspects


of New Media. 2 ed. London: Sage.
nd

Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah, Media Baharu yang Baharu: Trend
Penggunaan Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna di Malaysia. Malaysian
Journal of Media Studies Vol. 13, No. 2, 2011, Pages 93110. Universiti Malaya,
Kuala

Lumpur.

Diperoleh

pada

Diakses pada 1 November 2014.


.

http://umexpert.um.edu.my/file/publication

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai