Anda di halaman 1dari 68

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

KEPENTINGAN PENGAJIAN ILMU KETAMADUNAN a. Mengenali istilah penggunaan dalam pengajian ketamadunan. b. Mengenali ciri-ciri masyarakat bertamadun. c. Membezakan diantara masyarakat bertamadun dan tidak bertamadun.

KONSEP TAMADUN SECARA UMUM Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan penerokaan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik ( termasuklah dalam bidang senibina dan lain-lain kemahiran), halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tatasusila, adab, tingkahlaku dan budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sebuah bangsa atau negara bangsa. Prof Madya Dr Asiah Ali Epistemologi bahasa Inggeris dan Latin. Istilah civilization berhubungkait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini menunjukkan bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya peringkat negara. Prof Madya Dr Asiah Ali Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatsusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

Masyarakat madani sebagai masyarakat manusia yang maju dan makmur sama ada di bandar atau di desa. Ibnu Khaldun Suatu fenomena sosial dalam perkembangan persejarahan manusia yang meletakkan keseimbangan antara aspek moral dan material. Malik Bennabi Tamadun sebagai unit budaya yang terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada perkongsian norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang berterusan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Edward L.Farmer Tamadun merujuk kepada kualiti tinggi yang dimiliki sesuatu masyarakat. Jacqueta Hawkes Suatu proses bagi mencapai tahap kehidupan civil atau proses untuk menjadi civil (sopan). Hasil daripada proses ini akan melahirkan ciri-ciri masyarakat yang mempunyai kehalusan budi Clingwood

TAKRIF TAMADUN BAHASA MELAYU Sinonim dengan PERADABAN

TAMADUN ; Keadaan masyarakat manusia yang diciri oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi. Kamus Dewan (1998) BERADAB: Sopan, terhormat, hidup tersusun, tingkat kebudayaan dan akhlak lebih tinggi dari orang biadab. Kamus Dewan (1998) PERADABAN : Keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani ( dalam sesuatu bangsa, masyarakat) BAHASA ARAB Diambil dari perkataan MADANNA yang bermaksud: -Pembentukan bandar. Kamus Dewan (1998)

-Memperhalusi budi bahasa. -Memperelok tingkah laku. Daripada perkataan madanna ini terbit perkataan al-madinah yang bererti bandar serta al-madaniyah bererti peradaban dan kemakmuran hidup Azhar Hj Mad Aros

Ibnu Khaldun

menggunakan perkataan UMRAN: Pembangunan, HADARAH:

Kehidupan menetap, HADARAT : Suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibu kota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan dari kawasan tanah yang didiami dan berlawanan dengan perkataan badwi. Ahmad Farid Wajdi dan Muhammad Abduh menggunakan perkataan Madaniyyah: Tamadun yang merujuk kepada bandar atau kehidupan Bandar. Penggunaan perkataan TAMADUN diperkenalkan oleh Jurji Zaidan. BAHASA INGGERIS Diertikan sebagai civilization dari perkataan CITY. Civilization berasal dari perkataan Perancis. Juga sebagai CIVILTIS dari perkataan CIVIL dan CITIES. Civilization bermaksud: -Kehidupan bandar -Mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi bertentangan dengan kehidupan biadab. Juga menggunakan perkataan URBANISATION iaitu pembentukan kehidupan masyarakat bandar yang mempunyai kehalusan dan ketinggian budi.

CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN 1- Penempatan kekal. 2- Penempatan manusia di suatu atau beberapa pusat perbandaran yang disatukan (madinah/metropolis). 3- Kualiti hidup. 4- Wujudnya organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosoalisasi dan pendidikan yang teratur dan berwibawa. 5- Kewujudan agama dan kepercayaan. 6- Sistem politik dan pemerintahan. 7- Tahap pencapaian ilmu sains dan teknologi yang tinggi. 8- Pengkhususan pekerjaan. 9- Sistem ekonomi yang stabil. 10- Adanya satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun yang menjadi pengungkap dan pengantar segala kegiatan ketamadunan dengan sistem tulisannya yang cekap untuk perakaman, penyampaian, pendidikan dan pewarisannya. 11- Hayat penghidupan stabil yang agak panjang. 12- Adanya undang-undang, norma dan ethos yang teratur dan berwibawa dan sistem nilai. 13- Lahir serta meningkatkan produktiviti, kreativiti dan pemikiran falsafah, etika, moral dan metafizik atau keagamaan, sains dan teknologi dan juga kekreatifan seni tersendiri yang membolehkan masyarakat itu mengatasi sebahagian besar daripada permasalahan dan memenuhi tuntutan yang berkaitan dengan penyaraan, pendidikan, kebajikan, pertahanan, keselamatan, kesejahteraan, rekreasi dan segala gelagat penghidupan bersama dalam alam persekitaran sosial dan fizikalnya.

PENDAPAT SARJANA ISLAM JURJI ZAYDAN (Tarikh al-Tamaddun al-Islami) 1- Negara Islam dan pemerintahan. 2- Bandar-bandar Islam. 3- Sratifikasi sosial. 4- Sains dan pengajaran bahasa arab. 5- Bangunan-bangunan Islam dan arkitektur. 6- Kesenian Islam.

HUSNI ABD WAHAB (Waraqatan al-Hadarat al-Arabiyyah fi Ifriqiyya alTunisiya) 1- Bandar-bandar Islam. 2- Bangunan dan arkitektur Islam. 3- Kehidupan ekonomi. 4- Komposisi kaum (etnik) dan penduduk bandar. 5- Sains dan pendidikan. 6- Seni Islam. PENDAPAT SARJANA BARAT EDWARD L.FARMER (Comparative History of Civilization in Asia) 1- Penempatan kekal. 2- Revolusi pertanian. 3- Stratifikasi sosial. 4- Kewujudan agama.

5- Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi. 6- Urbanisasi. 6- Sistem tulisan. DARCY RIBERIO (The Civilized Society) 1- Berakhirnya corak hidup nomad dengan penciptaan alat-alat baru dalam pertanian. 2- Bermula penternakan dan pembahagian kerja berdasarkan kumpulan. 3- Pertumbuhan kota dan negara, wujud status sosial. 4- Penggunaan sistem pengairan. 5- Penciptaan berteknologi daripada besi, pengeluaran alat-alat baru, perkapalan dan penggunaan wang siling untuk memudahkan perniagaan. 6- Revolusi penternakan. 7- Revolusi perdagangan. 8- Revolusi teknologi. 9- Revolusi industri.

FAKTOR-FAKTOR KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN POLITIK 1- Sistem Pentadbiran yang tersusun 2- Pemerintahan yang adil 3- Wujud sistem undang-undang. 4- Perluasan kawasan.

EKONOMI 1- Sistem perhubungan mencapai kemajuan. 2- Mempunyai sumber dan aktiviti ekonomi (pertanian, perikanan, penternakan, perdagangan) 3- Tumpuan pedagang. SOSIAL 1- Ransangan keagamaan dan kerohanian. 2- Lahir hubungan persaudaraan. 3- Pengembangan pendidikan dan ilmu. 4- Pencapaian sains dan teknologi. 5- Penghijrahan. 6- Moral dan nilai terpuji. 7- Toleransi dan keterbukaan. 8- Kesusahan dan jatidiri, daya tahan dan daya juang. GEOGRAFI 1- Iklim yang sesuai. 2- Kesuburan tanah. 3- Kedudukan yang strategik FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN DAN KEJATUHAN TAMADUN POLITIK 1- Perebutan kuasa pemerintahan. 2- Ketidakadilan pemerintah. 3- Pemimpin suka berfoya-foya dan bermewah.

4- Pelaksanaan undang-undang yang lemah. EKONOMI 1- Wujud penindasan dan jurang yang besar antara golongan kaya dan miskin. 2- Rasuah berleluasa. SOSIAL 1- Agama ditinggalkan 2- Rakyat tidak kreatif. 3- Tercetus pergaduhan dan pergolakan. 4- Ilmu dan golongan cerdik pandai dipandang sepi. 5- Rakyat tidak beradab. 6- Keruntuhan moral dan nilai. 7- Penindasan dan kezaliman. 8- Jurang antar kaya dan miskin. 9- Sikap tertutup. GEOGRAFI 1- Bencana alam. 2- Wabak penyakit. TEORI KITARAN Diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun, Abu Zaid Abd. Rahman Ibnu Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Khaldun (1332-1406M) hasil dari analisa beliau terhadap kebangkitan dan kejatuhan beberapa kerajaan seperti Rom, Turki, Constantinople, seluruh Eropah dan beberapa kota di Baghdad. Setiap tamadun akan melalui suatu tahap pencapaian iaitu melalui teori kitaran.

10

Agama merupakan pemangkin kepada kemajuan dan perkembangan tamadun. PENDAPAT SARJANA IBNU KHALDUN (1332-1406M) Membahagikan tamadun kepada tiga tahap iaitu Tahap Awal, Tahap Kehidupan Bertamadun dan Tahap Lemah. Tahap Awal Atau Kelahiran Tamadun: 1- Pegangan agama yang kukuh. 2- Lahir semangat kekitaan (Assabiyyah) 3- Kehidupan menetap. 4- Memiliki sifat tabah dan cekal.

Tahap Kehidupan Menetap Atau Bertamadun: 1- Kehidupan menetap. 2- Memiliki pemimpin berwibawa yang melahirkan sistem pemerintahan. 3- Pertumbuhan bandar. 4- Perbezaan kehidupan pemerintahan dengan rakyat jelata. 5- Semangat kekitaan mula pudar. Tahap Lemah Dan Kejatuhan Tamadun: 1- Pemerintah leka dibuai kemewahan dan kesenangan hidup. 2- Rasuah berleluasa.

11

3- Rakyat ditindas dan jatuh miskin. 4- Luntur dan hilang sama sekali semangat kekitaan. 5- Perpecahan politik dan ekonomi. MALIK BENNABI (1905-1973M) Golongan berfahaman sederhana. Sarjana Islam dalam bidang sejarah, sosiologi dan tamadun Islam. Terpengaruh dengan teori kitaran Ibn Khaldun tetapi membentuk skema tersendiri dengan menggabungkan tiga unsur utama dalam kehidupan iaitu manusia + idea = benda. Membahagikan teori kitaran kepada tiga tahap iaitu Masyarakat Pra Tamadun, Masyarakat Bertamadun dan Masyarakat Pasca Tamadun. Masyarakat Pra Tamadun: 1- Belum matang terhadap benda, idea dan manusiawi. 2- Hidup berkabilah. 3- Penyembahan berhala. 4- Kepimpinan tradisional 5- Aras idea terhad. Masyarakat Bertamadun. 12Dominasi dan perkembangan idea berteraskan agama Islam. Lahir sifat manusiawi, (hubungan silaturrahim, kerjasama dan lain-lain.)

Masyarakat Pasca Tamadun 1- Kebekuan idea. 2- Pemusatan kepentingan pemimpin.

12

3- Leka dengan kemewahan dan pengumpulan kekayaan. Tahap Pra Tamadun dan Pasca Tamadun meletakkan masyarakat di luar tamadun. ARNOLD TOYNBEE (1889-1979M) Sarjana barat yang berpegang teguh kepada agama. Agama lahir dari tamadun yang lemah @ sedang runtuh. Agama memberikan lonjakan baru kepada tamadun yang sedang runtuh dan mampu memanjangkan hayat sesebuah tamadun. Menggunakan teori kitaran bagi menjelaskan sebab kebangkitan dan kejatuhan tamadun. Membahagikannya kepada tiga tahap iaitu tahap Kebangkitan Tamadun, Tahap Ketinggian Tamadun dan Tahap Kelemahan Tamadun.

Tahap Kebangkitan Tamadun: 1- Tahap dimana tamadun mula bangkit dan maju. Tahap Ketinggian Tamadun: 1- Lahirnya golongan yang kreatif membawa kepada ketinggian tamadun. Tahap Kelemahan Tamadun: 1Lahirnya golongan yang tidak kreatif menyebabkan tamadun tidak lagi berkembang.

13

2-

Faktor dalaman membawa kepada runtuhnya tamadun.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN Menerima pengaruh dan mengalami perubahan dari luar. Berlaku dari sudut nilai,idea, institusi dan insan. Berlaku disebabkan sifat toleransi dan saling hormat menghormati. Memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut. Mengelakkan sesebuah tamadun daripada menjadi beku dan jumud yang akhirnya boleh meruntuhkannya. KESAN POSITIF 1Penyebaran agama: Tamadun Islam dengan Yahudi di Madinah. (Penyebaran agama Islam) Tamadun India dengan Tamadun China. (Penyebaran agama Buddha di China) 2Perkembangan Teknologi: Tamadun Islam dengan Tamadun China. Orang-orang Arab Islam mempelajari mengenai kompas, teknologi percetakan dan pembuatan kertas serta bahan letupan. 3Penyebaran Ilmu: Tamadun Islam dengan Tamadun China: Orang-orang Cina mempelajari tentang perubatan, astronomi dan farmasi daripada orang-orang Arab. 4Perkembangan tulisan: Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu: Memperkenalkan tulisan jawi. 5Perubahan Perundangan :

14

Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu: Undang-undang Islam mempengaruhi Hukum Kanun Melaka dan Undangundang Laut Melaka. 6Perkembangan Kesenian: Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu: Pembinaan bangunan yang mempunyai pengaruh seni bina Islam. 7Perkembangan Kebudayaan: Tamadun China dengan Tamadun Melayu: Memperkenalkan makanan masyarakat China. KESAN NEGATIF Tercetusnya : 123Peperangan. Pemberontakan. Pembunuhan.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUBUNGAN ANTARA TAMADUN 123456Kepimpinan. Perdagangan. Penghijrahan. Peranan ahli agama. Menuntut ilmu. Penterjemahan.

CONTOH-CONTOH INTERAKSI DALAM SEJARAH Tamadun India dengan Tamadun China Beberapa perbendaharaan bahasa Pali dan Sanskrit mempengaruhi kesusasteraan China.

15

Beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam Tamadun China. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa pemerintahan Dinasti Sui, sebanyak 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemahkan ke dalam bahasa China. Kewujudan pelbagai puisi, cerita dongeng, kisah-kisah tauladan, kias ibarat yang berkaitan dengan Buddha telah mempengaruhi sastera China. Pengajian fonetik bahasa China telah berkembang hasil pengaruh Tamadun India. Tamadun Islam dengan Tamadun China Pembinaan beribu-ribu masjid dan dewan membaca al-Quran. Reka bentuknyanya dipengaruhi oleh ciri-ciri reka bentuk Arab dan juga China.

Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu Tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu. Ia turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Usaha-usaha penyalinan dan penterjemahan buku-buku Arab telah dilakukan. Pengaruhnya dari segi kesusasteraan, kesenian, seni bina serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam Bahasa Melayu. Seni bina masjid : Bentuk kubah potong bawang adalah pengaruh Arab dan Parsi. Seni bina China dapat dilihat pada beberapa buah masjid di Melaka yang mirip Pagoda China. Ciri-ciri seni bina Islam turut mempengaruhi makam dan kubur-kubur.

Tamadun China dengan Tamadun Melayu Serapan perkataan Cina dalam bahasa Melayu antaranya cincau, tahil, bangsal, taukeh dan congkak.

16

Tamadun India dengan Tamadun Melayu Bahasa Sanskrit menjadi bahasa penting di istana. Istilah-istilah Sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara. Pengaruh dari segi kesenian terutamanya alat muzik dan seni tarian.Unsur-unsur seni bina India telah bercampur dengan seni bina tempatan sehingga menghasilkan seni bina yang unggul, contohnya Angkor Wat dan Candi Borobudur. Tamadun Islam dengan Tamadun India Hasil-hasil kesusasteraan Parsi telah berkembang dalam masyarakat India. Semasa zaman pemerintahan kesultanan Delhi, bahasa Urdu telah wujud hasil percampuran antara bahasa-bahasa Hindi, Parsi, Iran dan Turki dan ia digunakan sebagai bahasa sastera. Akbar Khan menggalakkan penterjemahan karya-karya agama Hindu ke dalam bahasa Parsi dan sebaliknya. Seni bina: Kubah, menara, penggunaan mortar dan konkrit adalah pengaruh Islam. Qutb Minar dan Taj Mahal merupakan hasil seni bina India-Parsi yang agung. Masjid Mutiara di Agra, istana dan taman-taman di Lahore, kota, istana dan masjid di Kabul, istana di Kashmir dan Mukhlisur dan sebuah kota di Kanadahar turut mencerminkan campuran seni bina India dan Parsi.

17

TAMADUN ISLAM

18

KONSEP TAMADUN ISLAM 1- Pengabdian diri kepada Allah SWT. 2- Berorganisasi atas asas aqidah. 3- Keagungan dan keluhuran nilai kemnusiaan berbanding dengan nilai benda. 4- Berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan yang menyebabkan berkembangnya sifat kemanusiaan manusia bukan sifat kebinatangan. 5- Kesucian keluarga. 6- Melaksanakan tugas khalifah di bumi Allah dengan mengikuti panduan Allah SWT dan sentiasa memegang janji dan amanah Allah. 7- Mematuhi syariat di dalam semua urusan khilafah ini.

ASAS TAMADUN ISLAM Terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Akidah, Syariah dan Akhlak. AKIDAH Kepercayaan, keyakinan. ( kamus dewan) Menurut Hasbi al-Siddiqi : Ikatan yang dipegang teguh dan tertanam dalam lubuk jiwa seseorang yang tidak dapat digoncang dan dihuraikan lagi. Akidah Tauhid ( mengesakan Allah) merupakan intipati kepada rukun iman yang lain. Ia menjelaskan mengenai konsep keesaan, keunggulan dan kemutlakan Allah s.w.t sebagai Tuhan Pencipta Alam dan berkuasa ke atas semua makhluknya.

19

Akidah menjadi asas utama Tamadun Islam yang tersusun dalam Rukun Iman iaitu: 1- Percaya kepada Allah s.w.t. 2- Percaya kepada Malaikat. 3- Percaya kepada Kitab-kitab Allah. 4- Percaya kepada Rasul-rasulnya. 5- Percaya kepada Hari Kiamat. 6- Percaya kepada ketentuan Qadha dan Qadar. SYARIAH Setiap yang diundang-undangkan oleh Allah dalam urusan keagamaan melalui wahyunya samaada al-Quran atau al-Sunnah. Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: a) Ibadah Khusus Berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah yang terkandung dalam Rukun Islam iaitu: 1- Mengucap dua kalimah syahadah.(Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah) 2- Mendirikan solat. 3- Berpuasa di bulan Ramadhan. 4- Mengeluarkan zakat. 5- Menunaikan haji di Mekah.

20

b) Ibadah Umum Berkaitan dengan hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam yang menghasilkan sistem sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi dan sebagainya dalam sebuah tamadun. AKHLAK Menurut Imam al-Ghazali : Sifat yang tertanam dalam jiwa yang darinya terbentuk tingkah laku dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan akal terlebih dahulu. Merangkumi akhlak terhadap: 1- Diri sendiri. 2- Keluarga. 3- Masyarakat. 4- Alam sekitar. 5- Allah s.w.t. Akhlak yang perlu diikuti dan dicontohi oleh setiap muslim adalah akhlak Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang terkandung dalam al-Sunnah.

SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM 1- Universal atau sejagat. 2- Terbuka. 3- Sesuai sepanjang zaman. 4- Toleransi terhadap tamadun dan budaya lain. 5- Kesatuan dalam kepelbagaian. 6- Keseimbangan antara rohani dan jasmani.

21

7- Rabbani. 8- Sempurna dan menyeluruh. 9- Idealistik dan realistik. 10- Sempurna dan menyeluruh. 11- Idealistik dan realistik.

MATLAMAT TAMADUN ISLAM 1- Memartabatkan Islam sebagai al-Din. 2- Mewujudkan hubungan manusia dengan Allah. 3- Hubungan manusia sesama manusia. 4- Hubungan manusia dengan alam. DASAR TAMADUN ISLAM Untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia termasuk haiwan, tumbuhan, alam sekitar bagi menjamin kebahagian dan keharmonian hidup. Terdapat 5 dasar iaitu: a). Memelihara agama b). Memelihara nyawa c). Memelihara akal d). Memelihara keturunan dan kehormatan e). Memelihara harta benda

22

Meliputi kewajiban memelihara ; 1- Agama Orang Islam wajib memelihara agama. Mereka yang murtad wajib bertaubat, sekiranya enggan atau engkar, mereka akan dikenakan hukuman bunuh. 2- Jiwa dan nyawa - Orang Islam wajib menjaga keselamatan jiwa dan nyawa diri sendiri dan orang lain. - Haram menjerumuskan nyawa ke dalam kemudaratan. - Mereka yang membunuh akan dibalas bunuh. 3Akal

Wajib mendorong akal dengan ilmu pengetahuan dan memikirkan perkara-perkara berkaitan dengan kekuasaan Tuhan. Haram mendedahkan akal kepada perkara-perkara yang boleh merosakkan atau melemahkan kemampuannya. 4- Kehormatan dan keturunan - Orang Islam wajib memelihara keturunan dan kehormatan. - Mereka diharam daripada menjerumuskan diri kepada perzinaan atau sesuatu yang mendorong kepada perzinaan. 5- Harta benda - Wajib berusaha mendapat harta benda dengan cara yang halal. - Haram mencari rezeki melalui cara yang haram seperti mencuri, merompak. - Dilarang membiarkan harta benda secara membazir atau mendedahkan kepada kecurian dan sebagainya.

23

SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM Terbahagi kepada empat sumber iaitu al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. 1- Al-Quran. Kalam Allah@ kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui erantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa arab dengan keterangan dan maknanya yang tepat. Ia mengandungi semua perkara yang menyentuh seluruh aspek kehidupan manusia (akidah, syariah dan akhlak) Al-Quran hendaklah dibaca, diteliti, dikaji, difahami dan dihayati isi kandungannya. Ia merupakan sumber rujukan yang tunggal sebagai pencetus kecemerlangan Tamadun Islam. 2- Al-Sunnah Perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w samaada berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan. Ia adalah sumber kedua selepas al-Quran. 1- Perkataan: Meliputi semua perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w dalam bentuk kata-kata tentang sesuatu perkara atau keadaan. 2- Perbuatan: Merangkumi semua perbuatan Rasulullah s.a.w yang menjelaskan syariat@ undang-undang. 3- Perakuan: Perakuan Rasulullah s.a.w terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan para sahabat di hadapan baginda dengan cara mendiamkan diri (tidak melarang). Peranan al-Sunnah adalah menjelaskan kandungan al-Quran yang ringkas.

24

2- Al-Ijmak. Kesepakatan pendapat di antara para Mujtahid @ Ulamak Fiqh pada masa tertentu (selepas kewafatan Rasulullah s.a.w) dalam sesuatu hukum yang tidak terdapat dalam alQuran dan al-Sunnah. Ijmak diperolehi melalui Ijtihad. Ijtihad: Berusaha dalam mengeluarkan hukum terhadap sesuatu perkara yang tidak dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Mujtahid: Ulamak yang mengeluarkan hukum tersebut. \ 4- Al-Qiyas Membandingkan perkara yang tidak dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan alSunnah dengan perkara yang ada dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah kerana ada persamaan pada illah (sebab hukum tersebut). Contoh : Membandingkan dadah atau ecstacy yang tidak dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah sama ada halal atau haram dengan arak yang ada dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah iaitu haram kerana ada persamaan pada illah (sebab hukum tersebut) iaitu memabukkan dan menghilangkan akal. Oleh kerana arak diharamkan kerana ia memabukkan dan menghilangkan akal , maka dadah dan ecstacy juga haram kerana ia juga memabukkan dan menghilangkan akal dengan membandingkannya dengan arak.

25

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ZAMAN MEKAH Nabi Muhammad telah secara rasmi dilantik sebagai Rasulullah (utusan Allah) sewaktu baginda berusia 40 tahun dengan penurunan wahyu pertama di Mekah pada tahun 610 masihi dan bermula daripada tarikh inilah dakwah Islam mula dilakukan oleh baginda. Dalam tahap awal, seruan dakwah Islam dilakukan kepada ahli keluarga yang terdekat dan di kalangan sahabat sebelum disebarkan kepada masyarakat umum. Nabi Muhammad merupakan utusan yang diberikan tanggungjawab oleh Allah untuk menyebarkan serta mengajar ajaran agama Islam kepada manusia keseluruhannya. Agama Islam menjadi dasar kepada Tamadun Islam. Masyarakat Mekah pada masa tersebut merupakan masyarakat Jahiliah. Perkataan Jahiliah bermaksud jahil atau tidak mengetahui. Zaman Jahiliah merupakan zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk, tidak mempunyai peradaban atau tamadun, masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak dan masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca. Kehadiran agama Islam mengubah keadaan ini. Mayarakat Mekah yang memeluk agama Islam mula meninggalkan perbuatan-perbuatan semasa zaman Jahiliah dan mengamalkan bentuk kehidupan berlandaskan lunas-lunas Islam dan secara langsung mengasaskan satu bentuk ketamadunan baru yang dikenali sebagai Tamadun Islam. Akidah Tauhid yang berlandaskan kepada kalimah syahadah menjadi asas pembinaan Tamadun Islam yang paling penting. Ia menjelaskan mengenai konsep keesaan dan kemutlakan Allah s.w.t sebagai Tuhan Pencipta Alam dan berkuasa ke atas semua makhluk. Penekanan yang diberikan oleh Nabi ialah percaya bahawa Allah merupakan satu-satunya Tuhan yang harus disembah. Akhlak mulia sejajar dengan seruan Islam turut diberikan penekanan dimana perhambaan dihapuskan dan kaum wanita

26

dibela. Disamping itu persoalan yang paling asas seperti ibadat juga turut dibicarakan terutamanya solat. PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ZAMAN RASULULLAH S.A.W Ia terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap iaitu: 1- TAHAP PERIBADI. Merupakan tahap yang paling penting. Pada tahap ini Nabi Muhammad menyebarkan agama Islam kepada keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Tumpuan utama adalah kepada pembentukan individu Islam yang kental dan unggul. Ia dimulai dengan seruan kepada pembinaan iman selama 13 tahun dimana ajaran tauhid yang berlandaskan kepada kalimah syahadah menjadi teras. 2- TAHAP PENGUKUHAN ISLAM-ZAMAN MEKAH. Pada tahap ini Rasululllah SAW mendidik dan membentuk para sahabatnya dengan Islam secara amalan dan penghayatan sehingga terbinanya generasi Islam pertama. Penumpuan utama diberikan kepada aspek akidah. Penekanan yang diberikan oleh Nabi ialah percaya bahawa Allah merupakan satu-satunya Tuhan yang harus disembah. Akhlak mulia sejajar dengan seruan Islam turut diberikan penekanan dimana perhambaan dihapuskan dan kaum wanita dibela. Disamping itu persoalan ibadat juga turut dibicarakan terutamanya solat. Perkara-perkara tersebut merupakan perkara yang paling asas dalam ajaran Islam. Tahap ini berlanjutan selama 10 tahun. 3- TAHAP PENGUKUHAN DAN KESEJAGATAN ISLAM Dikenali dengan zaman Madinah dan dianggap sebagai tempoh pelaksanaan ajaran Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran. Ia bermula dengan peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi yang seterusnya dijadikan penanda penting kepada permulaan kalendar

27

Islam. Hijrah adalah kesan daripada tekanan hebat masyarakat jahiliah di Makkah hingga ke satu tahap ingin membunuh Nabi, maka baginda telah melakukan hijrah ke Madinah. Di Madinah, Nabi Muhammad telah membentuk satu negara dan tamadun serta sistem pemerintahan Islam berasaskan Al-Quran dengan memberikan tumpuan kepada aspek mewujudkan sebuah komuniti Islam, menyusun satu sistem politik dan pentadbiran yang baik, melaksanakan satu sistem ekonomi berasaskan ajaran Islam seperti mengenalkan Zakat, Jizyah dan Ghanimah dan membuat hubungan luar dengan kerajaankerajaan asing. Selain daripada itu, Nabi Muhammad berusaha membentuk ikatan dan jalinan persaudaraan antara kalangan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj, merapatkan hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam khasnya Yahudi, pembinaan infrastruktur serta kemudahan-kemudahan asas dan mengembangkan pendidikan. PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ZAMAN KHULAFA AL-RASHIDIN Khalifah bermaksud pengganti, iaitu mereka yang dilantik menjadi pemimpin Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. pada tahun 632 Masihi. Khulafa al-Rashidin dalam sejarah Islam seramai 4 orang iaitu: 1- Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq. 2- Sayyidina Umar al-Khatab. 3- Sayyidina Uthman bin Affan. 4- Sayyidina Ali bin Abi Talib. Mereka dididik sendiri oleh Rasulullah s.a.w dan mereka memiliki keimanan yang kukuh bagi meneruskan kecemerlangan tamadun yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.

28

Pada prinsipnya mereka bertanggungjawab mengekalkan kepimpinan Rasulullah s.a.w seperti: a. Memelihara keharmonian agama Islam dan mengawasi pelaksanaan ajarannya dengan tegas. b. Mempertahankan prinsip pemerintahan Rasulullah s.a.w bagi menjamin keadilan sejagat. c. Memelihara kedaulatan negara Islam. d. Menyebar dan mengembangkan agama Islam tanpa batas sehingga ke seluruh Semenanjung Arab, Mesir, Syria, Parsi, Iraq dan Teluk Parsi. Antara tindakan penting yang dilaksanakan: 1- Abu Bakar al-Siddiq. a) Menghadapi puak penderhaka @ murtad. b) Mengutuskan tentera membunuh nabi palsu. c) Peringkat awal ke arah pengumpulan al-Quran. d) Melantik gabenor bagi setiap wilayah Islam. 2- Umar al-Khattab. a) Jajahan takluk Islam bertambah luas. b) Menyusun pentadbiran negara dengan lebih sistematik. c) Menubuhkan institusi hisbah. d) Mengemaskinikan urusan kehakiman. e) Menubuhkan jabatan-jabatan kerajaan.

29

3- Uthman bin Affan. a) Meneruskan kesinambungan menyampaikan dakwah Islam ke kawasan yang lebih luas. b) Menubuhkan armada laut. c) Menyempurnakan pembukuan al-Quran. 4- Ali bin Abi Talib. a) Menyusun semula pasukan polis. b) Melengkapkan angkatan tentera bersenjata. Para sahabat dan pengikut-pengikut para sahabat meneruskan perjuangan Rasulullah sehinggalah ke penghujung zaman Khulafa al-Rasyidin pada tahun 660 Masihi. Seterusnya ia diganti oleh kerajaan Daulah Bani Umayyah di Damsyik. Daulah Umayyah dijatuhkan oleh Bani Abbasiah pada tahun 750 Masihi dan menubuhkan Daulah Bani Abbasiah di Baghdad. Islam juga bertapak di bumi Eropah (Sepanyol) selama 736 tahun sehinggalah pada tahun 1492 Masihi ia dijatuhkan oleh Ratu Isabella. Kerajaan Islam juga diasaskan oleh Zahiruddin Babar pada tahun 1526. Kerajaan Islam terakhir iaitu Kerajaan Uthmaniah Turki memerintah selama 637 tahun. Bagaimanapun di akhir kurun ke 18, ia mula menjadi lemah dan sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan Utara Afrika terlepas dari penguasaan mereka samaada kepada kuasa Eropah ataupun kepada serpihan kerajaan Islam yang lain. Kerajaan Uthmaniah akhirnya runtuh apabila sultan terakhirnya iaitu Sultan Abdul Hamid telah digulingkan dari pemerintahannya oleh Kumpulan Belia Turki atau The Young Turks pimpinan jeneral Mustaffa Kamal Ataturk.

30

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

31

KONSEP ALAM MELAYU Tamadun Melayu dikenal berdasarkan jenis bangsa yang menjalankan tamadun tersebut bukan berdasarkan kepada anutan masyarakat terhadap sesuatu agama sebagaimana kewujudan Tamadun Islam. Dalam konteks ini Tamadun Melayu bermakna tamadun yang dimiliki oleh bangsa Melayu yang menduduki sebuah wilayah yang dikenali sebagai Alam Melayu atau Kepulauan Melayu. Wilayah ini merangkumi satu rantau geografi yang meliputi Malaysia, Indonesia, Borneo, Singapura, Selatan Thai, Selatan Filipina, Indo-China dan mencecah Kepulauan Pasifik di bahagian timur, Malagasi di Barat dan Taiwan di bahagian utara.

PANDANGAN SEMESTA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGAN ISLAM Pandangan semesta masyarakat melayu berpusat kepada manusia berdasarkan tanggapan mereka terhadap alam, samaada alam nyata ataupun alam ghaib, dan mengenai kehidupan mereka sama ada dari segi sosial ataupun bukan sosial. Konsep hukum alam merupakan contoh terbaik pandangan semesta melayu. Apabila mereka berinteraksi dengan alam, ia melahirkan konsep yang sungguh penting dalam kehidupan mereka, iaitu peng+alam+an. Interaksi dengan alam membolehkan manusia Melayu memahami persoalan kosmologi mereka. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan pandangan semesta

Melayu dan berlakunya proses pentakrifan semula tentangnya. Ayat-ayat dalam kitab suci al-Quran bukan saja menjelaskan segala rahsia tersembunyi dalam kejadian alam semesta, bahkan juga telah mengukuhkan keyakinan, ketakwan dan ketauhidan mereka kepada Allah S.W.T. Konsep tauhid mengandungi Tauhid Uluhiyyah iaitu penyembahan, pemujaan, pengharapan dan permohonan hanya kepada Allah, Tuhan yang satu, bukan kepada dewa-dewa, roh dan semangat, juga Tauhid Rububiyyah iaitu mempercayai Allah sebagai Pencipta, Pemilik dan Pentadbir tunggal alam ini.

32

Konsep tauhid juga mengandungi prinsip kejadian alam semesta sebagai ciptaan Tuhan untuk dimanfaatkan manusia di dunia ini serta menjadi tanda atau bukti wujudnya Tuhan. Juga dikaitkan dengan konsep kejadian manusia sebagai hamba Tuhan dan sebagai wakil tuhan khalifah di dunia. Kepercayaan kepada alam akhirat hereafter sebagai hasil daripada kehidupan manusia di dunia ini juga merupakan pandangan semesta Melayu. Amalan baik akan membawa kebaikan kepada pelakunya di dunia dan juga di akhirat sebagi balasan muktamadnya. Begitu juga dengan amalan buruk dan jahat. Pandangan semesta Melayu juga turut dibentuk berasaskan hubungan manusia dengan Allah S.W.T dan hubungan manusia dengan manusia.

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU KEDATANGAN ISLAM Tarikh sebenar kedatangan Islam ke Alam Melayu masih menjadi persoalan. Sumatera telahpun menerima Islam sejak abad ke 7 ataupun ke 8 masihi. Ada juga sarjana berpendapat kemasukan ke Sumatera pada abad ke 13 sementara ke Tanah Melayu pada abad ke 14. Tulisan Marco Polo- Melalui Perlak, Sumatera. Tom Pires-Melalui Aru, Sumatera. Hikayat Raja-raja Pasai- Melalui Pasai. Sejarah Melayu- Melalui Pangkir, Lamri, Aru, dan Perlak. Salasilah Aceh- Melalui Acheh pada tahun 1204. Catatan China- Melalui Melaka. Batu Bersurat- Terengganu pada abad ke 14.

33

Pada umumnya terdapat tiga teori kedatangan Islam ke Alam Melayu iaitu dari Tanah Arab, India dan dari China dan Champa. TANAH ARAB Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Pedagang-pedagang Islam yang tertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendaptkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya. Menurut sumber China, orang Arab telahpun ada di Sumatera pada abad ke 7 Masihi. Khalifah Sulaiman bin Abd Malik (715-717 Masihi) telah menghantar armada sebanyak 35 buah kapal ke muara Sabak di Jambi. Khalifah al-Makmun (813-33 Masihi) berjaya mematahkan pemberontakan Syiah Alawiyyin yang dipimpin oleh Muhammad bin Jaafar al-Siddiq. Mereka diperintahkan untuk meninggalkan Tanah Arab dan menuju ke Asia Tenggara dan sampai ke Perlak. Syeikh Ismail (ulama Arab) mengembangkan Islam ke Barus, Lamri, Aru, Perlak dan Pasai. Maharaja Derbar (raja Kedah) telah memeluk Islam pada tahun 1136 Masihi dengan Syeikh Abdullah dari Yaman menggunakan nama Sultan Muzafar Shah. Pengislaman Raja Melaka dilakukan oleh Syeikh Abdul Aziz dari Judah. INDIA Thomas Arnold menyatakan dalam bukunya The Preacing of Islam bahawa persamaan mazhab antara masyarakat Asia Tenggara dengan masyarakat Malabar membuktikan Islam dibawa oleh pedagang dan pendakwah dari Malabar. Sarjana orientalis seperti Jasolin den Jong menyatakan bahawa penyebaran Islam dimainkan oleh pedagang-pedagang Gujerat.

34

Menurut G.P Moquette, terdapat persamaan dari segi struktur yang jelas antara batu nesan Maulana Malik Ibrahim di Gersik bertarikh 1419 dengan batu nesan Umar ibn Ahmad Kazaruni di Gujerat. S.Q Fatimi menyatakan bahawa Sultan Malikul Salih yang menjadi raja pertama Pasai merupakan seorang pedagang India berketurunan Benggali. CHINA DAN CHAMPA Islam telahpun datang ke China sejak zaman pemerintahan Dinasti Pang sekitar tahun 650 Masihi. Canton menjadi tumpuan pedagang dan pendakwah Islam seperti Saad bin Abi Waqqas. Pada tahun 878 Masihi, telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunuh.Ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Catatan Dinasti Sung menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada 977 Masihi. R.A Kern menyatakan bahawa Islam datang dari Champa atau Kemboja pada abad ke 8 Masihi. Penemuan inskripsi yang mempunyai tulisan khat khufi bertarikh 1039 Masihi dan sebuah monumen yang mencatatkan hukum-hukum Islam bertarikh 1025 Masihi di Champa.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU 1Perlumbaan Penyebaran Agama.

Pada abad-abad ke 15 dan ke 16, kuasa-kuasa Barat seperti Portugis telah memulakan pelayaran mereka ke timur dan bertemu dengan kuasa Islam yang telah lama bertapak sehingga melahirkan pertentangan terbuka dan persaingan untuk menyebarkan agama Islam dan Kristian.

35

2-

Perkahwinan.

Ia merujuk kepada perkahwinan antara kalangan pedagang dan ulama Islam dengan wanita-wanita tempatan. Perkahwinan antara seorang raja yang telah memeluk Islam dengan anak raja yang tidak Islam turut memperkembangkan Islam. 3Perdagangan.

Alam Melayu yang mempunyai sejumlah hasil yang penting dalam perdagangan menjadi tarikan utama kepada pedagang-pedagang Arab. Dalam menjalankan aktiviti perdagangan, mereka terutamanya dari Hadhramaut Yaman turut menjalankan aktiviti menyebarkan Islam. 4Politik dan Penaklukan.

Penguasaan Melaka ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu seperti Perak, Pahang dan sebagainya membawa kepada tersebarnya Islam. 5. Peranan ahli-ahli sufi.

Pendakwah yang juga kebanyakannya merupakan ahli sufi menjalankan usaha penyebaran Islam dan telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kerajaankerajaan Islam Melaka, Aceh, Demak dan sebagainya.

36

KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU Tamadun Melayu berdiri berasaskan terasnya iaitu orang Melayu di kawasan-kawasan yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu..Pusat-pusat Tamadun Melayu berkembang ratusan tahun sebelum kedatangan Islam dalam bentuk kerajaan Hindu-Budha. Diantara pusat-pusat kerajaan Melayu yang penting adalah yang tersebar dari Selatan Thai, Sumatera, Jawa, Semenanjung Malaysia, Kepulauan Borneo hinggalah ke Filipina seperti Srivijaya Majapahit, Silendra, Mataram, Bali, Langkasuka, Kedah Tua, Gangga Negara, Folo-an dan lain-lain. PUSAT TAMADUN MELAYU ISLAM Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa perubahan yang cukup besar dalam sejarah dan tamadun rantau ini yang membawa kepada munculnya pusat-pusat Islam yang penting seperti Pasai, Melaka, Patani, Aceh, Kelantan, Brunei dan sebagainya. Ia menjadi pusat bagi tradisi alim ulama, intelektual dan keilmuan Islam yang tinggi, malah sebagai pusat bagi sebuah tradisi besar dalam kebudayaan melayu Islam. Penggunaan Bahasa Melayu juga tersebar luas di rantau Asia Tenggara dimana terhasilnya penulisan antara 10,000 ke 14,00 naskah-naskah Melayu. PERLAK Terletak di Sumatera Utara dan dikatakan sebagai antara pusat kerajaan Islam yang paling awal dan menjadi asas penting di dalam perkembangan Islam di Alam Melayu. SAMUDERA-PASAI Raja ke empat kerajaan ini iaitu Meurah Nui telah dislamkan oleh Syeikh Abdullah Arif yang merupakan wakil daripada Sharif Makkah pada sekitar abad ke 13. Pusat Islam yang penting. Institusi pendidikan Islam atau Dayah yang dipimpin oleh guru-guru agama yang terkenal diwujudkan. Kepentingan Pelabuhan Pasai membolehkannya

37

mengembangkan Islam ke kawasan sekitar seperti Minangkabau, Palembang dan Pulau Jawa. Pasai merupakan negeri pertama yang memainkan peranan dalam perkembangan bahasa Melayu menerusi tulisan jawi bagi menggantikan tulisan jawa kuno. MELAKA Dibuka pada tahun 1400. Dislamkan oleh golongan ulama serta golongan sufi seperti Makhdum Sayyid Abdul Aziz, Sheikh Ismail dan Fakir Muhamad. Sebagai pusat perdagangan, pedagang-pedagang Islam yang turut diiringi oleh ulama telah mengunjungi Melaka hingga Melaka menjadi pusat Islam yang penting. Melalui perkahwinan dan hubungan diplomatik, Islam telah disebarkan ke seluruh Alam Melayu, Sumatera dan Jawa dan juga ke seluruh jajahan takluk Melaka seperti Siak, Rokan Inderagiri dan sebagainya. Islam turut dikembangkan kepada pedagang-pedagang yang mengunjungi Melaka. dalamnya. ACEH Aceh telah menjadi pemegang kuasa politik serta pusat perkembangan Islam dan di Alam Melayu setelah kejatuhan Melaka pada tahun 1511 dan ia mula menjadi tumpuan pedagang-pedagang Islam. Sistem pendidikan Islam di Aceh seperti dayah dan masjid Masjid al-Jamie Bayt al-Rahim ( Sultan Iskandar Muda-1607 masihi) dan Masjid Bayt al-Rahman ( Sultan Alaudin Mahmud Shah-1922 masihi) mencapai tahap cemerlang dan menjadi tumpuan penduduk dari seluruh Alam Melayu. Dua kanun undang-undang Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undangundang Laut Melaka menjadikan sistem perundangan Islam sebagai elemen utama di

38

Kedudukan ulama sangat dipandang tinggi sehingga Qadi Malik al-Adil pernah memangku jawatan sultan. Aceh telah meniupkan semangat jihad bagi menentang kuasa Kristian Portugis malahan serangan-serangan terus dilakukan terhadap Portugis di Melaka misalnya pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah II (1539-1571) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Meskipun gagal, ia menghalang pengembangan Kristian di Alam Melayu. PATANI Ada beberapa sumber tentang kedatangan Islam ke Patani. Pertama pada abad ke 14 sejajar dengan penemuan Batu Bersurat di Terengganu. Kedua dari Melaka pada abad ke 15. Ketiga dari Pasai dimana Syaikh Said, seorang ulama dari Pasai telah berjaya mengubati penyakit Raja Phya Tu Nakpa dan menyebabkan raja tersebut memeluk Islam dengan memakai gelaran Sultan Ismail Zillullah fi al-Alam. Syeikh Safyuddin turut mengembangkan Islam dan mempunyai hubungan yang baik dengan pemerintah sehingga menerima gelaran Datuk Sri Raja Faqih.. Pada abadabad ke 18 dan 19 Sistem pendidikan pondok dan madrasah sangat terkenal yang melahirkan ulama-ulama yang terkenal di seluruh Alam Melayu seperti Syaykh Daud alFatani, Syaykh Ahmad bin Muhammad Zayn al-Fatani dan lain-lain. CAMPA Pertapakan Islam di Campa dibuktikan melalui penemuan batu nesan yang mempunyai tulisan khat kufi di Phang-Rang bertarikh 1039 masihi. Penemuan batu bersurat bertarikh 1025 masihi dan 1035 masihi membuktikan bahawa terdapat pusat Bandar di PhangRang dimana penduduknya terdiri daripada orang Islam. S.Q. Fatimi mengatakan wujudnya perwakilan orang Campa yang beragama Islam bernama Pu He San (Abu alHasan) di China. Kedudukan Campa sebagai sebuah pusat perdagangan dan pengeluar gaharu dan cendana yang bermutu tinggi menarik perhatian pedagang-pedagang Islam.

39

Perkembangan Islam beransur lemah pada tahun 1471 apabila Campa menghadapi serangan daripada orang-orang Vietnam. Perkembangan Islam menjadi lebih pesat sehingga Campa muncul sebagai antara kerajaan Islam yang penting di Asia Tenggara selepas pelarian-pelarian Campa kembali ke Campa. Laporan M.Mahot menyatakan bahawa tarikh antara 1676 hingga 1685 Campa diperintah oleh raja Islam dimana gelaran yang digunakan dalam surat yang ditulis oleh raja Campa kepada Gabenor di Batavia ialah Paduka Seri Sultan. PUSAT ISLAM DI JAWA Antara pusat pertapakan Islam yang paling awal di Tanah Jawa ialah Gresik, Giri, Demak dan Panjang. Di Gresik, tokoh yang terpenting adalah Sunan Gersik ( Maulana Malik Ibrahin) yang mencipta pondok pesantren yang pertama yang menjadi pusat pengajian agama Islam dan pusat melatih golongan pendakwah. Di Giri yang merupakan pusat pengajian Islam dan penyebaran Islam yang penting di Pulau Jawa dan menjadi asas kepada kelahiran kerajaan kerajaan Islam lainnya seperti Demak diperintah Raden PakuSunan Giri (Syeikh Ain al-Yaqin), salah seorang Wali Songo. Pada abad ke 15 Demak yang diasaskan oleh Raden Patah (Sultan Shah Alam Akhbar) menjadi pusat Islam dan benteng daripada serangan kerajaan-kerajaan hindu dan Portugis.

40

TAMADUN INDIA

41

SEJARAH, KERAJAAN DAN PENTADBITAN Antara Tamadun yang tertua di dunia. India terbahagi kepada dua iaitu India Utara dan India Selatan. Masyarakat India Utara dikenali sebagai Indo-Arya manakala masyarakat India Selatan dikenali sebagai Dravida. Tamadun India terbahagi kepada tiga zaman iaitu: 1- ZAMAN AWAL/HINDU 2- ZAMAN PERTENGAHAN (1200-1750M) 3- ZAMAN PENJAJAHAN BARAT (Mulai 1750 M) ZAMAN AWAL / HINDU 1) Zaman Prasejarah (100 000 SM 1000 SM) -Zaman Paleolitik -Zaman Mesolitik -Zaman Neolitik 2) Tamadun Lembah Indus (3000 SM1500SM) Dibina oleh bangsa Dravida. Dikenali sebagai Tamadun Harappa dan Mohenjo-Daro di Lembah Sungai Indus di wilayah Punjab . Telah mencapai tahap pencapaian yang tinggi dalam semua aspek kehidupan manusia seperti agama, budaya, kebendaan, nilai dan kepercayaan. Harappa dan Mohenjo-Daro sangat sangat popular kerana terdapat sistem perancangan bandar yang tersusun. Antara contoh monumen adalah Kolam Permandian Agung dan Benteng Pengawal Banjir. 3) Zaman Vedik (1500 SM-1000 SM) Peradaban Lembah Indus yang lenyap dan kedatangan bangsa Aryan dari Asia Tengah dan Poland memulakan peradaban baru. Terbahagi kepada dua zaman iaitu: Zaman Veda Awal Zaman Veda Akhir Lahirnya budaya baru Indo-Aryan. Bermulanya sistem Kasta.

42

4) Empayar Maurya (326 SM 185 SM) Bermulanya sistem pemerintahan bercorak empayar. Maharaja Asoka yang terkenal menjadi penaung kepada perkembangan agama Buddha. 5) Zaman Serangan Luar ( 185 SM 320M) Kesan kehadiran Alexander The Great wujudnya masyarakat Indo Greek yang menjadi kelompok nomadik yang bergerak dari Asia Tengah hingga ke India dan mengancam China hingga menyebabkan Maharaja Shih Huang Ti membina Tembok Besar China. 6) Empayar Gupta (320 M 520M) Zaman period klasik merujuk kepada perkembangan kesusateraan Hindu. Kemunculan Dinasti Gupta. 7) India Selatan (300 SM 300M) Wujud Kerajaan-kerajaan Chera, Chola & Pandhya Dikenali sebagai zaman Sangam kerana sumbangan dalam bidang kesusasteraan. ZAMAN PERTENGAHAN (1200-1750 M) Dikenali sebagai zaman Islam. Kuasa baru wujud di India, iaitu Islam. Faktor yang mendorong kepada proses Islamisasi ialah jalan perdagangan daratan dan lautan. Dengan Kehadiran Islam pada abad ke 8 melalui Muhammad al-Qasim yang berjaya menguasai Wilayah Sind pada 706 M wujudlah kuasa yang dominan tanpa menyekat kewujudan kuasa-kuasa tempatan. Mendorong kepada kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di India. a) Dinasti Ghazni Diasaskan oleh Sabuktigin yang berbangsa Turki. Zaman penggantinya Mahmud alGhazni dianggap sebagai zaman permulaan Islam di India. b) Dinasti Ghuri Diasaskan oleh Muhammad al-Ghuri yang berasal dari Afghanistan. Ia meletakkan seluruh India Utara di bawah kekuasaan Islam. c) Kesultanan India Seorang hamba Qutbuddin Aibak menubuhkan kerajaan Delhi yang dikenali sebagai kerajaan Mamluk/Hamba. Diperintah oleh 26 orang sultan termasuk seorang wanita Roziyya. d) Dinasti Khalji Diasaskan oleh Jalaluddin.

43

e) Empayar Mughal ( 1526 1857 M ) Diasaskan oleh Muhammad Zaheeruddin Babur. Zaman kegemilangan terutama pada zaman pemerintahan Akbar. Diperintah oleh Maharaja Akbar (1556-1601M), Jahangir (1605-1627M), Shah Jehan (1628-1658 M) dan Aurangzeb (1658-1707 M).Kejayaan yang tercapai oleh pemerintah Empayar Mughal adalah dari segi seni dan pembinaan hasil gabungan budaya antara agama Islam dan Hindu contohnya Taj Mahal. ZAMAN PENJAJAHAN BARAT (MULAI 1750 M) Bermula dengan kedatangan British Syarikat Timur British India (1600 M 1857 M) Kemerdekaan India ( 15 Ogos 1947 ) KELUARGA DAN MASYARAKAT ASRAMA/VARNASRAMADHARMA : Sistem kekeluargaan terbahagi kepada empat peringkat kehidupan iaitu : 1- Brahmacarya Iaitu zaman bujang, perlu menimba banyak ilmu dan kemahiran. 2- Grhastra Iaitu orang berumahtangga yang menikmati kehidupan berkeluarga dan mempunyai anak. 3- Vanaprahasta Iaitu tahap orang tua, telah menyelesaikan tanggungjawab keluarga dan mendalami agama. 4- Sannayasa Iaitu orang pertapa yang menumpukan perhatian kepada khidmat masyarakat, menyampaikan nasihat dan ajaran kerohanian. SISTEM KASTA/VARNA Sistem Varna merupakan pembahagian sosial yang mempunyai sistem hierarki tetap dan tidak berubah. Ia terdiri daripada : 1- Brahmin Bertindak sebagai penjaga kebudayaan rohani masyarakat dan bertanggungjawab melahirkann sami-sami.

44

2- Ksyatria Kelompok yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan dan terbabit secara langsung dengan pemerintah. Daripada kasta ini lahirnya kalangan pemerintah, raja dan lain-lain. 3- Vaisya Kalangan perniagaan dan urusan kewangan dan biasanya kasta ini menguasai bidang perniagaan dan menjadi saudagar, ceti dan lain-lain. 4- Sudra Kalangan petani Sistem varna kukuh di kalangan masyarakat Indo-Arya yang dipelihara raja-raja. SISTEM JATI Sistem ini berfungsi mengikut pengkhususan pekerjaan dan membentuk kumpulan mengikut identiti sosial dan ekonomi. Bagi setiap jati ada satu republik yang mempunyai undang-undang, kawasan atau wilayahnya sendiri, unit politik, sosial dan ekonomi yang terkecil. Keanggotaan jati adalah mengikut kelahiran. Dalam sistem ini berlaku pengasingan sosial yang bertujuan menjaga identiti sesuatu kelompok atau status. KEDUDUKAN KAUM WANITA. Wanita mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat dan keistimewaan serta ketinggian kedudukan mereka dapat dilambangkan dari kewujudan apa yang dikenali sebagai Mother Goddess. Dalam masyarakat Vedik misalnya wanita diberi kedudukan yang tinggi dan dihormati. Kalangan masyarakat Dravida di India Selatan, kaum wanita yang digelar amma amat dihormati tetapi tidak sampai setaraf lelaki. BIDANG EKONOMI. Pekerjaan mereka juga berbeza mengikut kawasan dan yang bersesuaian dengan alam sekitar mereka. Cukai yang diperolehi daripada hasil eksport menambahkan pendapatan negara dan rajaraja menggunakan hasil-hasil ini untuk memajukan negeri mereka. Pedagang dikehendaki membayar cukai kepada antapala (pegawai tol) yang bertanggungjawab menjaga keadaan jalan raya.

45

BIDANG POLITIK Kerajaan-kerajaan dibahagikan kepada wilayah, bahagian, daerah dan kampung dan diperintah oleh raja. Raja bukan seorang yang autokratik kerana mereka menghormati beberapa prinsip demokrasi seperti pemilihan raja dan penguatkuasaan undang-undang. BIDANG PELAJARAN. Tujuan pendidikan ialah untuk mencari kebahagiaan dalam kehidupan seharian. Matapelajaran yang diajar adalah teks-teks Veda.

46

TAMADUN CINA

47

SEJARAH KERAJAAN DAN PENTADBIRAN Bermula di sekitar sekitar Sungai Kuning atau Huanghe di utara China. Pada 3950-1700sm terdapat Budaya Yangshao di lembah sungai itu di China.Budaya ini kemudiannya digantikan secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan yang muncul sejak pertengahan kurun ke-2 SM. Seterusnya kebudayaan Longshan ini kemudiannya telah digantikan dengan Zaman Gangsa. Pada zaman ini gangsa telah dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja dinasti Shang. Pemimpinnya ialah Huang Ti atau Maharaja Kuning. Kemudian muncul kumpulan atau keluarga kuat yang menubuhkan sebuah dinasti awal iaitu Dinasti Hsia(Xia) yang dibina oleh Yu. Bertitik tolak dari perubahan yang berlaku ke atas kegiatan manusia di Sungai Kuning dan Sungai Yang Tze, maka secara beransur-ansur terbinanya Tamadun China. PERKEMBANGAN Salah Satu tamadun tertua di dunia seperti Tamadun Mesopotamia, Mesir, India dan Greek. Terdapat empat tahap atau peringkat perkembangan Tamadun China iaitu: Zaman pembinaan Munculnya kerajaan-kerajaan yang silih berganti seperti Dinasti Hsia, Dinasti Shang, Dinasti Chou, Dinasti Chin dan Dinasti Han. China dapat disatukan oleh Shih Huang Ti di bawah Dinasti Chin. Dinasti Chin berakhir dengan kemunculan Dinasti Han. Zaman Keagungan Dinasti Han merupakan sebuah dinasti agung dan dikagumi. Ia hilang kekuasaan pada tahun 1000 masihi apabila berlaku pemberontakan dalaman Ini membawa kepada zaman kekacauan dan perpecahan selama 350 tahun. Dimana wujudnya pemisahan utara dan selatan China. Zaman ini berakhir apabila Dinasti Sui yang singkat menyatukan China. Maharaja Yang Ti menjalankan dasar penindasan ke atas rakyatnya yang membawa kepada pemberontakan yang mengakhiri dinasti ini. Dinasti yang menggantikannya ialah Dinasti Tang yang membina keagungan Tamadun China dan merupakan zaman keemasan dalam bidang kesusasteraan China. Zaman Peralihan Zaman ini merupakan zaman pencerobohan orang gasar ke atas China. Dinasti Song ditakluki oleh tentera Mongol pada tahun 1271 masihi. Orang Cina kembali berkuasa apabila berlaku pemberontakan petani yang telah memulakan zaman Dinasti Ming.

48

Semasa zaman Dinasti ini aktiviti pelayaran telah dimulakan dimana dikatakan telah sampai ke Asia Tenggara, lautan India dan menyususi pantai timur Afrika. Ekspedisi ini dihentikan pada tahun 1433. China telah sekali lagi ditawan pada tahun 1644 oleh orang-orang Manchu. Zaman Moden Detik paling penting yang merubah Tamadun China ialah pada tahun 1839 - 1842 apabila China dikalahkan oleh kuasa Barat dalam perang Candu.

MASYARAKAT DAN BUDAYA SISTEM KEKELUARGAAN Sistem keluarga merupakan asas kepada sistem sosial di negeri China. Terdapat lima hubungan asas ( wu lun ) dalam tradisi budaya Cina iaitu : 1. 2. 3. 4. 5. Hubungan antara seorang pemerintah dengan seorang rakyat Hubungan antara seorang bapa dengan anak lelakinya Hubungan antara seorang abang dengan adik lelakinya Hubungan antara seorang suami dengan isterinya Hubungan antara seorang lelaki dengan kawan lelakinya

NILAI DAN ETIKA DALAM KONFUSIANISME Kung Fu Tze lahir pada zaman pemerintahan dinasti Chou di negeri Lu. Ajaran beliau berkaitan dengan ajaran moral. Beliau percaya bahawa moral manusia membantu pemerintah yang baik. Konsep Dao. Konsep dao (Jalan atau Cara) adalah merupakan suatu konsep moral atau satu set peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu. Konsep Ren dan Yi Ren merujuk kepada kasih sayang dan perikemanusiaan. Amat penting berkelakuan baik terhadap orang lain. Jika seseorang tidak hormat kepada orang lain, dia pasti tidak akan dihormati oleh masyarakat. Konsep Junzi/ Chung Tzu Ia merupakan sifat-sifat kebaikan termasuk kesederhanaan dan kebiasaan. Konsep Shu Belas kasihan dan toleransi

49

Konsep Chung Kesedaran melakukan kebaikan untuk diri dan orang lain. Konsep Li Sopan santun dan budi bahasa. Konsep Yi Buat sesuatu dengan cara yang betul dalam situasi tertentu Konsep Ming Lakukan sedaya upaya dalam setiap tugasan Konsep Zhi Ketulusan dalam tingkah laku, tidak menipu diri sendiri dan orang lain. Nilai-nilai pendidikan, politik dan ekonomi Pendidikan merupakan asas penting dalam pembinaan seseorang manusia dimana ia dapat meningkatkan kualiti manusia itu. Beliau menegaskan seseorang pemimpin mesti mempunyai personaliti yang bermoral dan menjalankan tugas-tugasnya secara adil, menjalankan kebajikan ke atas rakyat dan mentadbir negara dengan baik. Walaupun konfusius menentang pekerjaan berniaga, tetapi beliau berpendapat seseorang peniaga seharusnya tidak memeras dan berlaku tidak adil dalam urusan perniagaan.

50

ISLAM HADHARI

51

DEFINISI ISLAM Kepatuhan, ketundukan zahir dan batin terhadap perintah dan larangan yang terkandung dalam syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. tanpa berbelah bahagi. Suatu peraturan hidup yang lengkap dan menyeluruh merangkumi seluruh ruanglingkup kehidupan manusia, orang yang mentaatinya diberikan pahala orang yang mengingkarinya dikenakan siksa. AJARAN ASAS DALAM ISLAM Terbahagi kepada tiga perkara asas iaitu : 1- AQIDAH - Tidak Berubah Sepanjang Zaman (Ketuhanan, Kenabian, Makhluk Ghaib dan Berita Alam Akhirat) Keimanan kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasulNya, Hari akhirat, Qadha dan Qadar. 2- SYARIAH - Berubah Mengikut Zaman, Tempat Dan Kondisi (Ibadat, Muamalat, Munakahat dan Jinayat) Ekonomi, Politik, Sosial, Pendidikan, Kehakiman, Kebudayaan, Kesihatan, Ketenteraan, Keamanan, Keilmuan, Ketamadunan, Kekayaan, Keselamatan, dan lain-lain. 3- AKHLAK - Mahmudah Dan Mazmumah (Dengan Allah, Manusia dan Alam) Taqwa, Ikhlas, Syukur, Redha, Tawakkal, Zuhud, Wara`, Amanah, Penyayang, Pemaaf, Pemurah, Adil, Berpada dengan yang ada, Toleransi, dan lain-lain.

52

CIRI-CIRI ISLAM : 1- Rabbani 2- Syamil dan kamil 3- Waqii atau praktikal 4- Tinggi dan agung 5- Alami atau sejagat TUJUAN ISLAM : 1- Mendidik manusia mengenal pencipta 2- Mengajar dan memandu manusia supaya dapat mengerjakan ibadah dengan tepat 3- Melahirkan insan yang berkualiti dan bertanggungjawab 4- Menjamin keselamatan diri dan harta 5- Manusia ada tempat untuk bergantung 6- Mendapat balasan baik yang berkekalan. KENAPA PERLU ISLAM HADHARI Seseorang manusia mesti hidup pada masa dan zamannya dari segi pemikiran, sikap, nilai-nilai, perilaku dan pandangan hidup iaitu menjalani kehidupan sesuai dengan tuntutan keadaan manusia yang hidup masa kini dan bersesuaian dengan situasi dan kondisi semasa ( Prof Dr Yusof al-Qardhawi ) Masalah yang sedang kita hadapi sekarang bukanlah kerana kejahilan dan kebodohan kita mengenai Islam, tetapi ditimbulkan oleh kejahilan kita tentang zaman semasa. (Tariq al-Basyari-Tokoh Pemikir Islam)

53

Saya lihat Malaysia dalam proses membentuk sebuah model negara Islam dengan caranya tersendiri. Bagi saya sebahagian besar daripada asasnya adalah tepat. Peraturan Islam telahpun dilaksanakan dan diguna pakai. Apa yang perlu dilakukan kini ialah usaha untuk memperbaharui aspek-aspek tertentu (aulawiyat ) (Prof Dr Tariq Ramadan Islamic Study University of Fribourg, Geneva - Cucu kepada As-Shahid Hasan Al-Banna ) Malaysia merupakan contoh bagi negara Islam lain kerana Malaysia mengamalkan ajaran sebenar Islam . Lihat sahaja pembangunannya yang amat pesat dan rakyatnya juga berpegang kepada ajaran sebenar Islam dengan aman dan damai tanpa rusuhan dan huru-haraIni adalah ciri-ciri negara Islam kerana Islam adalah agama kemajuan dan pembangunan, bukannya kemunduran (Syeikh al-Azhar Dr Mohammad Sayed Tantawi- Multaqa Ulama Sedunia : Putrajaya 10 hb-12 hb Jul 03) FALSAFAH ISLAM HADHARI Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam berdasarkan kepada keutamaan

Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas- jika difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas aqidah ( Petikan Ucapan Dasar YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi Agung UMNO di PWTC pada 23 September 2004 ) di Perhimpunan

54

PRINSIP ASAS ISLAM HADHARI Firman Allah Yang Bermaksud : Dan carilah apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu ( kebahagiaan ) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari ( kenikmatan ) duniawi ; dan baik berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah ) sebagaimana Allah berbuat Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan ( Surah al-Qasas : Ayat 77 ) Asas kepada Pembangunan Islam Hadhari yang boleh disenaraikan Menerusi zahir ayat ini ( Surah al-Qasas : 77 ) ialah seperti berikut : 1- Membelanjakan harta anugerah Allah untuk beribadah dan amal soleh bagi bekalan hari akhirat Hirathah ad-din. 2. Membelanjakan harta, tenaga dan pemikiran untuk menjamin kehidupan yang selesa di dunia Siasah ad-dunia. 3. Menjalinkan hubungan dan interaksi yang baik sesama manusia ,dalam keluarga, jiran dan masyarakat. 4. Tidak melakukan kerosakan menjaga Maqasid as-syariah ( menjaga agama, akal, nyawa, harta dan keturunan ) ( Prof Dr Yusof al-Qardhawi ) 5. Syeikh Abdul Rahman Taj ( Buku : al-Siasah al-Syariyyah ) Apa yang dimaksudkan dengan siasah syariyyah ialah peraturan-peraturan yang bertujuan untuk menyusun agensi-agensi negara dan mentadbir hal ehwal umat, dengan mengambil kira ianya tidak bertentangan dengan roh syariat serta dapat mencapai matlamat menjaga kepentingan rakyat; sekalipun peraturanperaturan tersebut tidak terdapat dalil tentangnya secara terperinci dalam alQuran dan as-Sunnah. 6. Tanggungjawab pemerintah itu adalah berdasarkan kepada kepentingan dan kemaslahatan rakyatnya (kaedah Fiqh).

kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di ( muka ) bumi. Sesungguhnya

55

DEFINISI HADHARI Hadhari bermaksud Yang Bertamadun. Islam Hadhari Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam. Islam Hadhari juga boleh ditafkrifkan sebagai penghayatan Islam yang mempunyai sifatsifat kemajuan peradaban. 1- Islam tidak boleh difahami secara juzi atau terpisah dengan sistem hidup yang lain seperti ekonomi, politik, tasawuf dan lain-lain). 2- Ajaran untuk meningkatkan kualiti hidup ke arah peradaban unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, krisis identiti dan penjajahan pemikiran) 3- Ajaran untuk membangunkan secara sepadu antara Spiritual Quality, Emotional Quality, Intelektual Quality dan Physical Quality. 10 PRINSIP ISLAM HADHARI Keimanan & Ketaqwaan kpd Allah (Tuntutan `Aqidah) Kerajaan Adil dan Amanah Rakyat Yang Berjiwa Merdeka Penguasaan Ilmu Pengetahuan (Tuntutan Syari`at dan Akhlak) (Tuntutan Akhlak) (Tuntutan Syari`at)

Pembangunan Ekonomi Seimbang & Konfrehensif (Tuntutan Syari`at) Kehidupan berkualiti (Tuntutan Syari`at)

Pembelaan Hak Kump. Minoriti & Wanita (Tuntutan Syari`at & Akhlak) Keutuhan Budaya & Moral Pemeliharaan Alam Semulajadi Kekuatan Pertahanan (Tuntutan Syari`at & Akhlak) (Tuntutan Syari`at & Akhlak) (Tuntutan Syari`at)

56

MENGAPA PERLU MENGHAYATI SYARIAT ISLAM Memelihara, Memartabat dan Memperkasa (Dharuriyat al-Khams & Maqasid alSyari`ah) 1- Agama. 2- Nyawa (Kesihatan Fizikal) 3- Akal 4- Harta 5- Keturunan (Maruah, Institusi keluarga) VISI Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, aman, harmoni serta mendapat keampunan, rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Konsepnya: Negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, beriman, bertaqwa, berakhlak, berbudi luhur dan beramal salih, berkemahiran, berketerampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada ajaran agama.. MISI Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang bersifat universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

57

OBJEKTIF Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang memiliki jati diri yang mantap dengan kekuatan spiritual, emosional, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai PENJELASAN KEPADA 10 PRINSIP 1KEIMANAN& KETAQWAAN KEPADA ALLAH Maksud Iman: Bukanlah keimanan itu sesuatu yg boleh dicita-cita dan dihiashias, tetapi sesuatu yg mantap dalam sanubari dan dibuktikan dengan amalan. (al-Hadith) Maksud Taqwa: Takut kepada Rab al-Jalil, beramal dengan wahyu yg diturunkan dan bersedia bekal untuk perjalanan yang jauh ke negeri akhirat. (Kata-kata Saidina `Ali (r.`a.) Sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu-pintu keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa dgn sebab usaha perbuatan mereka. (Al-A`raf 96) Adakah mereka yg mengasaskan binaannya (masjid Dhirar) berasaskan taqwa dan mardatillah itu lebih baik ataukah mereka yang mengasaskannya di tepi jurang yang dalam, lalu jatuh tersungkur bersama yang membinanya ke dalam neraka jahannam (itu yang lebih baik)? . (Al-Tawbah 109)

58

Akidah 1. Bahasa : berasal dari bahasa Arab : ikatan atau simpulan. 2. Istilah : kepercayaan yang tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terurai oleh apa cara sekalipun. (al-Baqarah : 256) ELEMEN AKIDAH RUKUN IMAN: 1- Percaya kepada Allah 2- Percaya kepada para Malaikat 3- Percaya kepada Kitab-kitab 4- Percaya kepada para Rasul 5- Percaya kepada hari Akhirat 6- Percaya kepada Qada dan Qadar SYARIAH Bahasa : Bahasa Arab - Jalan atau jalan yang lurus - Sumber air Istilah : Hukum-hukum yang diperundangkan Allah s.w.t. ke atas hambanya supaya beriman dan beramal denganya yang boleh membawa kepada kebahagian hidup di dunia dan akhirat. (al-Jathiyah: 18)

59

SUMBER PERUNDANGAN ISLAM 1- Al-Quran 2- Al-Hadith 3- Al-Ijma 4- Al-Qias AKHLAK Bahasa : tingkah laku, tabiat, perangai atau bentuk peribadi Istilah : Sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang menghasilkan perbuatan dari pancaran hati nurani (Imam al-Ghazali) Rasulullah s.a.w. adalah model akhlak Islam. Sabdanya : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia AKHLAK: 123Kepada Allah SWT. Kepada Manusia Keapada Makhluk

2- KERAJAAN ADIL & BERAMANAH Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuian dengan firman Allah dalam surah al-Nah yang bermaksud: Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju dan dirahmati Allah SWT.

60

Adil juga bermaksud: Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya (Memberikan sesuatu hak kepada yang berhak menerima menurut kadarnya). Firman Allah S.W.T.: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. (al-Nahl 90) Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. (al-Maidah 8) Sesungguhnya Allah S.W.T. menyuruh kamu supayamenyerahkan segala amanah kepada ahlinya (yg berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah menghukum dengan adil . (al-nisa 58) Sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri aku akan potong tangannya. (Hadith R. al-Bukhari) 3- RAKYAT BERJIWA MERDEKA Antara ciri jiwa merdeka adalah Berfikiran kreatif dan inovatif; mampu melahirkan idea dan buah fikiran baru yang bermanfaati, dinamik dan positif memberi faedah kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ciri-ciri pemuda Islam: 12keimanan, kejujuran, semangat dan bertindak (al-Syahid Hasan al-Banna) tidak jumud, tidak suka berpoya-poya, jauhi lagha dan segala sifat negatif dll.

61

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam; dan Kami telah berikan mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah berikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik serta Kami lebihkan (darjat dan kedudukan serta keindahan ciptaan) mereka atas segala makhluk yang Kami ciptakan. (al-Isra 70) Sesungguhnya kami telah dibangkitkan oleh Allah untuk mengeluarkan sesiapa sahaja di kalangan kamu daripada mengabdikan diri kepada sesama hamba, kepada mengabdikan diri hanya terhadap Alah, daripada hidup bernaung di bawah kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan hidup di dunia kepada keluasan hidup dunia dan akhirat. (Rub`i bin `Amir ketika berhadapan dengan Rustam Panglima tentera Parsi) 4- PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara integratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita. Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah, hasrat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui sistem pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double major,boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan negara dan ummah. PM Dr Asiah Ali Penguasaan ilmu duniawi dan ukhrawi (Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah) bagi tujuan melahirkan individu dan masyarakat yang cemerlang dari segi spiritualnya, intelektualnya, emosionalnya dan fizikalnya, selari dengan dasar pendidikan negara.

62

Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orangorang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat. (al-Mujadalah 11) Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu sesiapa yang inginkan keduaduanya hendaklah degan ilmu (maksud al-Hadith) Nabi Sulaiman `a.s. ditawarkan dengan salah satu daripada tiga perkara: takhta, harta dan ilmu. Baginda `a.s. memilih ilmu. Akhirnya baginda memiliki segalanya. Sejarah membuktikan kejayaan Baghdad dan Andalusia lampau kerana dengan ilmu pengetahuan. Barat hari ini muncul sebagai Kuasa Besar Dunia kerana mereka memiliki ilmu dunia. Bagaimanapun mereka akan kecundang di akhirat kiranya mereka tidak memilih ilmu ukhrawi. 5- PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG & KOMPREHENSIF Pembangunan ekonomi memainkan peranan penting kepada kehidupan selesa bukan sahaja manfaat untuk dunia tetapi juga akhirat, sekiranya diasaskan kepada keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah S.W.T. Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh Islam. Seimbang & Konfrehensif bermaksud: Kemampuan menserasi dan memantapkan segala kegiatan ekonolmi secara berakhlak antara kerajaan dan swasta secara bersepadu dan berkesan selari dengan konsep pensyarikatan Malaysia bagi mewujudkan kesetabilan ekonomi dan pembasmian kemiskinan. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan menggabungkan usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan

63

kemampuan melaksanakan

aktiviti eknonomi secara berkesan sesuai dengan

perkembangan ekonomi dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi dalam negara akan terus diberi keutamaan. Melalui strategi pembasmian kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh, kestabilan paras harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapan, keadilan dan kestabilan ekonomi akan dicapai. Firman Allah S.W.T.: setelah selesai mengerjakan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi Allah (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa-apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah kepada Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan diakhirat). (al-Jumu`ah 10). 6- KEHIDUPAN BERKUALITI Kehidupan berkualiti boleh dicapai sekiranya Dharuriyat al-Khams yang terkandung dalam Maqasid al-Syari`ah dipelihara & diperkasakan: Agama, Nyawa, `Aqal, Maruah dan Hartabenda. Firman AllahS.W.T.: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dankebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (al-Qasas 77) 7- PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI & WANITA Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka

64

dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pensyariatan syariat Islam (Maqasid Syariah). Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang. Firman Allah S.W.T: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan wanita, dan kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang-orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yg lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi mendalam pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat 13) Sabda Rasulullah S.`a.w. semasa mengerjakan Hajjatul Wada`: Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita, kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepadamu mencampuri mereka dengan ijab kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang-orang luar yang dibenci oleh suami berkunjung ke rumahnya. Sekiranya mereka melakukan demikian ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Manakala bagi mereka (wanita) ke atas kamu (lelaki) pula ialah memberikan mereka rezeki (makanan dan perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Dan telah aku tinggalkan kamu sesuatu yang tidak akan menyesatkan kamu selama-lamanya, sekiranya kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu, kitab Allah dan sunnahku. (al-Hadith) 8- KEUTUHAN BUDAYA & MORAL Keutuhan budaya dan moral amat penting dalam menguatkan benteng dan jati diri rakyat Malaysia daripada terjebak dalam gejala keruntuhan akhlak, khususnya di kalangan jenerasi muda kerana mereka adalah aset negara. Budaya hidup dan nilai moral yang baik

65

tidak bercanggah dengan syari`at Islam adalah perlu dipertahankan. Berasaskan kaedah fiqhiyyah: Al`Adah Muhakkamah Al-Ma`ruf `Urfan ka al-Masyrut Syartan Antara budaya terbaik yang tercatat dlm al-Quran dan perlu dipertahankan: sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman; iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, perkara-perkara lagha (mungkar dan maksiat) mereka hindari (al-Muminun 1-3) Dan (ciri-ciri) hamba Allah yang bersifat al-Rahman (ialah): Orang yang berjalan di muka bumi dengan penuh sopan, dan apabila mereka bercakap dihadapan orang jahil mereka berkata-kata dengan cara yang selamat, dan apabila mereka bermalam mereka (menunaikan ibadah) sujud dan berdiri dan mereka berdoa (ke hadhrat Tuhan): 9- PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI Dalam mengejar pembangunan negara, manusia sering mengeksploitasi kekayaan alam semulajadi. Perbuatan seperti pembakaran hutan secara berleluasa, pembalakan tidak terkawal dan penggondolan bukit mengakibatkan alam sekitar musnah dan menyumbang kepada bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan pemanasan bumi. Deklarasi yang dilaksanakan oleh UNDP seperti Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) turut ditandatangani Malaysia. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat.

66

10- KEKUATAN PERTAHANAN. Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spritual. Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara dari dicerobohi. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan. Kekuatan persenjataan sahaja tidak mmpu mempertahankan negara terutama di Malaysia yang terdiri daripada rakyat pelbagai etnik atau lebih dikenali sebagai mayarakat majmuk. Dalam keadan ini kerajaan harus berusaha untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, sekaligus mengelakkan pembaziran tenaga dan kewangan dalam menyelesaikan masalah yang berpunca daripada perbalahan sesama etnik. CIRI-CIRI ISLAM HADHARI : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Keagungan ajaran Ilahi. Kekuatan dan keutuhan. Kemahiran dan kebijaksanaan. Kesejahteraan dan kedamaian. Keadilan dan kesaksamaan. Kualiti dan prestasi. Kehadapan dan pro-aktif. Kesepakatan dan perpaduan. Keseimbangan dan kesederhanaan.

10. Kemanusiaan dan kasih-sayang PEMBANGUNAN DALAM ISLAM

67

12-

PEMBANGUNAN SPIRITUAL - (Tamadun al-Ruhi). PEMBANGUNAN FIZIKAL - (Tamadun al-Madi)

68

Anda mungkin juga menyukai