Anda di halaman 1dari 16

SEJARAH TINGKATAN 1

BAB 4 : MENGENALI TAMADUN

BAB 3 : ZAMAN PRASEJARAH


STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Tamadun Awal Dunia dan Sumbangannya


Murid boleh:

4.1.1 Menyatakan maksud tamadun mengikut bahasaYunani, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
4.1.2 Menerangkan konsep tamadun mengikut Barat dan Islam.
4.1.3 Menjelaskan ciri-ciri tamadun awal dunia.
4.1.4 Membincangkan empat lokasi pembentukan tamadun awal dunia.
4.1.5 Membandingkan sumbangan tamadun awal dunia.
K4.1.6 Menerangkan kepentingan kepimpinan dalam pembinaan sesuatu tamadun.
K4.1.7 Menerangkan nilai yang boleh dipelajari dari sumbangan tamadun awal
K4.1.8 Menjelaskan keperluan menghargai sumbangan tamadun awa ldunia dalam kehidupan manusia.
K4.1.9 Membincangkan kepentingan sumbangan tamadun awal sebagai pencetus inovasi.
4.1 Tamadun Awal Dunia dan Sumbangannya

Bahasa Yunani – civitas - bandar@kota


- kemajuan dalam bidang sains, kebudayaan,
sistem kerajaan dan perindustrian

Bahasa Inggeris – civilisation -


Maksud
- Tahap pembangunan manusia dan organisasi yang
maju
Tamadun
Bahasa Arab – mudun, madain dan madana
- Tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar

Bahasa Melayu – peradaban


- pencapaian kemajuan dari segi pemikiran
dan kebendaan
4.2 Konsep Tamadun
Sudut Pandangan Islam
- Tamadun sebagai al-Din atau cara hidup
- Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah
- Berasaskan nilai dalam pendidikan yang disarankan oleh
al-Quran dan Hadis
Tokoh Ibnu Khaldun – Istilah “hadharah” dan “Madaniyyah”
Hadharah – meliputi aspek akidah, syarak, akhlak,
falsafah, kebudayaan dan peradaban
Madaniyyah – menjurus kepada aspek kebendaan
dalam kehidupan dan lebih bersifat umum
kepada manusia
Syed Muhammad Naquid al-Attas
Tamadun – berkaitan dengan kehidupan
bermasyarakat yang telah mencapai tatasusila
dan kebudayaan yang luhur

Sudut Pandangan Barat


- Istilah “civilisation” merujuk kepada tahadap sesuatu
masyarakat atau budaya yang kompleks.
- Tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah seperti
dalam bidang kesenian, penulisan, perbendaharaan dan
undang-undang.
Arnold J. Toynbee – Tamadun ialah suatu sistem
masyarakat yang memperkasakan sistem politik,
ekonomi, sosial, kebudayaan dan kesenian
4.3 Ciri – Ciri Tamadun

Pertanian dan
Sistem Pemerintahan Pembentukan Bandar
Perdagangan

Pengkhususan
Pekerjaan Teknologi Organisasi Sosial

Agama dan Tulisan dan Kesenian dan


Kepercayaan Penyimpanan Rekod Kesusasteraan
Pertanian dan Perdagangan
• Mendorong perkembangan kehidupan masyarakat
• Pertanian berkembangan kerana:
• Penciptaan pelbagai peralatan
• Pembinaan saliran
• Pembinaan kincir angin
• Pembinaan teres
• Perkembangan kegiatan pertanian membawa kepada
kewujudan kegiatan perdagangan.
Sistem Pemerintahan
• Kerajaan dibentuk untuk menguruskan pemerintah di kota
yang berkembang pesat
• Peringkat awal – pendeta mengetuai pemerintahan
negara kota
• Peranan itu kemudian diambil alih oleh Raja yang dibantu
pegawai daripada golongan bangsawan dan pendeta
Pembentukan Bandar
• Petempatan kekal dibina kesan perkembangan bidang
pertanian dan bermula dengan kewujudan kampung.
• Ciri – ciri bandar :
• Susun atur bangunan yang sistematik
• Rumah kediaman mempunyai bilik mandi, tandas dan perigi
• Terdapat prasarana – rumah ibadat, pasar dan kawasan kediaman
• Terdapat sistem pembentungan dan perparitan
• Kota dibina untuk menjadi sempada dan berlindung daripada
serangan musuh dari luar.

• Bandar pertama dibina pada tahun 4000 SM


• Kota – kota utama pada peringkat tamadun awal ialah Ur, Uruk,
Memphis, Mohenjo-Daro dan Anyang
Pengkhususan Pekerjaan
• Disebabkan oleh peningkatan jumlah penduduk
• Bidang Pekerjaan :
• Pegawai dalam bidang pentadbiran
• Pengutip cukai
• Jurutera yang mengawal sistem pengairan
• Tentera
• Petani
• Artisan – mengukir, menempa besi dan tembikar
• Pedagang dan saudagar
Teknologi
• Kemahiran dalam bidang teknologi telah menghasilkan
penciptaan barangan dan monumen serta hasil
pertukangan.
• Contoh :
• Tamadun Mesopotamia – Taman Tergantung Babylon
• Tamadun Mesir Purba – Piramid dan Sfinks
• Tamadun Indus – pembinaan negara kota Mohenjo-Daro
• Teknologi pembuatan logam tembaga, gangsa dan besi –
menghasilkan peralatan pertanian seperti bajak.
• Penciptaan roda – membantu penggunaan kereta kuda
dan kereta lembu.
Organisasi Sosial
• Kemunculan institusi dan golongan pekerja telah
mewujudkan kelas sosial
• Jenis pekerjaan, pengaruh dan kekayaan menjadi asas
kelas sosial seseorang.
• Contoh sistem sosial Tamadun Mesir
Agama dan Kepercayaan
• Masyarakat Tamadun awal mempercayai banyak Tuhan.
• Antaranya :
• Tuhan Matahari
• Tuhan Bulan
• Tuhan Sungai
• Tuhan Ibu
• Terdapat institusi agama yang menguruskan upacara
keagamaan seperti korban binatang atau
mempersembahkan makanan kepada kuasa roh.
• Tempat ibadat yang besar dibina sebagai tanda
menghormati tuhan.
Tulisan dan Penyimpanan Rekod
• Sistem tulisan mula lahir kira-kira 5000 tahun lalu.
• Penciptaan tulisan – membezakan kehidupan Zaman
Prasejarah dan Zaman Sejarah.
• Manusia mencipta sistem tulisan dengan menggunakan
abstrak simbol bagi mewakili pelbagai bentuk idea.
• Kelahiran tulisan membolehkan manusia menyimpan rekod
dan perkara penting.
• Tulisan pertama menggunakan sistem piktograf atau
simbol gambar.
Kesenian dan Kesusateraan
• Masyarakat tamadun awal berjaya menghasilkan seni bina
dan hasil satera yang mengagumkan.
• Para artis menggunakan gaya dan teknik yang dapat
mencerminkan budaya tamadun masing-masing.
• Artis menghasilkan ciptaan berupa patung dan lukisan
tuhan, dewa, pahlawan dan pemerintah.
RUMUSAN

• Ciri-ciri tamadun awal dunia memaparkan kehebatan


tamdun-tamadun dalam semua bidang kehidupan. Hal ini
adalah asas pencapaian tertinggi manusia sehingga
digelarkan tamadun hebat.
• Kemajuan pemikiran menyumbang kepada hasil cipta idea
dalam kalangan masyarakat untuk membina tamadun yang
lebih tinggi.
• Hasil ciptaan telah membantu manusia membina
kehidupan yang lebih baik.
• Kewujudan tamadun awal dunia mejadi pencetus inovasi
kepada masyarakat pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai