Anda di halaman 1dari 1

Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran Saya

Gambarkan Suasana Sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran Anda


pada Tahun Ini.

Saya lahir pada 15 September 2009. Pada hari Sabtu yang lalu,
saya telah menyambut hari jadi saya yang ke -10. Majlis hari ulang tahun
kelahiran saya telah diadakan di rumah saya pada waktu malam.
Emak telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak. Bapa
pula menghias ruang tamu rumah dengan barang hiasan yang cantik
seperti belon, riben, kad-kad ucapan danbunga-bungaan. Ramai kawan
telah datang ke rumah saya pada malam tersebut. Mereka membawa
banyak hadiah untuk saya.
Pada mulanya,kawan-kawan saya memasang lilin di atas sebuah
kek yang besar.Kemudian, mereka menyanyikan lagu “ Selamat Hari Jadi”
untuk saya. Kami menyanyikan lagu tersebut bersama-sama sambil
bertepuk tangan. Selesai menyanyi, saya pun meniup lilin.Selepas itu,
saya memotong kek dan menjemput kawan-kawan menjamu selera
dengan juadah yang disediakan. Kami makan sambil berbual-bual
dengan gembira. Selepas itu, saya membuka hadiah yang saya peroleh.
Pada pukul 9.30 malam, Majlis Hari Lahir saya pun tamat. Kawan-
kawan saya mengucapkan terima kasih dan pulang ke rumah masing-
masing. Saya membantu emak mengemaskan rumah manakala kakak
pula membasuh pinggan mangkuk di dapur.
Saya berasa sangat gembira pada hari itu kerana dapat
menyambut hari ulang tahun saya dengan meriah sekali. Saya tidak sabar
untuk menunggu Hari Lahir yang seterusnya. Sayaberharap agar Majlis
Sambutan Hari Jadi saya akan menjadi lebih meriah pada tahun depan.

Anda mungkin juga menyukai