Anda di halaman 1dari 1

Tahun 4

Aku Sebagai Sebatang Pokok Manggis

Aku sebagai sebatang pokok manggis. Aku dan adik-beradik aku


hidup di dusun Encik Daud yang luas. Suasana di dusun Encik Daun
sungguh tenang dan udara sangat nyaman.

Encik Daud seorang pekebun yang prihatin. Beliau menjaga aku


dan adik-beradik aku dengan baik.Setiap hari, beliau akan menyiram
badan aku supaya aku tidak layu. Selain itu, beliau akan membaja aku
supaya badanku sentiasa subur.

Selepas beberapa tahun, aku pun mula mengeluarkan bunga-


bunga mekar. Kemudian bunga-bunga itu berputik. Akhirnya aku
berbuah. Aku sangat bangga kerana berbuah lebat. Buah-buahku
berbentuk bulat dan berwarna unggu.

Encik Daud memetik buah-buah aku dan menjual di pasar


malam yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Buah aku sangat
digemari oleh manusia kerana terdapat banyak khasiat. Buah aku juga
dapat mengubati penyakit kulit. Selain dimakan, buah aku juga boleh
dibuat jem, sabun dan jus.

Aku berasa gembira kerana dapat berbakti kepada tuan aku. Aku
berharap agar tuan aku akan terus mendapat hasil yang banyak
daripada aku.

Anda mungkin juga menyukai