Anda di halaman 1dari 9

MODUL PDPR BAHASA MELAYU TAHUN 5

TARIKH: 17 MEI 2021 (ISNIN)

ARAHAN : SALIN SEMULA KARANGAN DI BAWAH DI BUKU PENULISAN BM.

Karangan jenis fakta


Faedah menonton televisyen

Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas


penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita kini. Hampir setiap rumah pasti
memiliki satu atau mungkin dua televisyen. Jadi, keadaan ini membuktikan
bahawa ada banyak faedah menonton televisyen kepada masyarakat.

Faedah yang pertama ialah seseorang itu dapat mengetahui peristiwa-peristiwa


penting yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan cepat. Kita boleh
menonton siaran berita yang memaparkan kejadian-kejadian penting yang berlaku
di luar negara. Jelaslah, televisyen menjadikan seseorang itu lebih mengetahui
peristiwa semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang berguna.
Sudah ada banyak program berunsur pendidikan yang disiarkan menerusi
televisyen bersama-sama program dokumentari dan sains yang boleh memberi
informasi kepada pelajar tentang sesuatu ilmu pengetahuan itu. Maka, pelajar
boleh mempelajari tentang pelajarannya menerusi program televisyen juga.

Malah, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu dihabiskan


dengan begitu berfaedah. Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak sihat
kerana mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk menonton televisyen. Oleh itu,
tindakan menonton televisyen memastikan seseorang itu menghabiskan masanya
dengan bermanfaat.

Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu tindakan yang berfaedah


kepada manusia itu. Kebanyakan siaran televisyen berupaya untuk menjana
pemikiran seseorang menjadi lebih kritis dan kreatif. Cuma kita perlu
mengawalnya agar sikap menonton ini tidak keterlaluan atau terlalu lama untuk
satu tempoh tertentu pula.

CIKGU VIN,SKBU
MODUL PDPR BAHASA MELAYU TAHUN 5

TARIKH: 18 MEI 2021 (SELASA)

ARAHAN : SALIN SEMULA KARANGAN DI BAWAH DI BUKU PENULISAN BM.

Karangan jenis fakta


Cara-cara menghargai masa

Kata orang tua-tua masa itu sangat penting kerana masa yang berlalu tidak
boleh ditarik semula terutama jika masa itu tidak digunakan untuk melakukan sesuatu
yang bernilai. Manusia yang bijak ialah individu yang memahami kepentingan
masa lalu menggunakannya dengan sebaik mungkin. Jadi, bagaimanakah cara-cara
yang positif untuk membuktikan seseorang itu menghargai masa.
Sikap menghargai masa bermula dengan keazaman kuat yang ditanamkan
dalam jiwa seseorang itu. Rasa keazaman ini mengingatkan kita bahawa masa perlu
dihargai tanpa wujud sebarang alasan untuk menolaknya. Maka, mereka yang
mempunyai keazaman itu sudah memulakan usaha untuk menghargai masa dengan
baik.
Selain itu, menghargai masa juga boleh dibuktikan menerusi sikap membuat
perancangan masa yang sistematik. Dalam aspek ini jiwa seseorang yang
menghargai masa akan membuat satu jadual lalu mematuhi perancangan masa itu
dengan sebaik mungkin. Jelaslah, sikap membuat jadual dan mematuhinya
membuktikan betapa seseorang itu menghargai masanya.
Malah, sikap tidak suka melakukan perkara-perkara yang sia-sia turut
memberikan satu persepsi bahawa seseorang itu menghargai masanya. Masa
seseorang perlulah dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah untuk masa depan kita
seperti membaca buku dan membantu ibu bapa di rumah. Sesungguhnya, mereka yang
melakukan perkara-perkara positif dalam hidupnya tahu kepentingan masa kepada
manusia
itu.
Sebagai kesimpulannya, semua kaedah yang diterangkan di atas itu boleh
dilakukan oleh sesiapa pun yang tahu menghargai masa. Semua pihak perlulah
sedar akan kepentingan masa ini kerana masa itu tidak akan berlalu begitu sahaja.
Bak kata orang tua-tua masa itu emas.

CIKGU VIN,SKBU
MODUL PDPR BAHASA MELAYU TAHUN 5

TARIKH: 19 MEI 2021 (RABU)

ARAHAN : SALIN SEMULA KARANGAN DI BAWAH DI BUKU PENULISAN BM.

Karangan jenis fakta


Komputer dan peranannya

Komputer sudah menjadi sinonim dengan kehidupan moden zaman ini. Hampir
semua pejabat malah individu memiliki sebuah komputer untuk menjalani
kehidupan hariannya. Jadi, apakah perana-peranan komputer yang sebenarnya?
Komputer juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi pendidikan pelajar
di sekolah. Kalau kita lihat sudah ada banyak halaman web yang menjadikan subjek
pelajaran sekolah sebagai bahan kandungannya bersama-sama penggunaan
komputer yang semakin meluas dalam kalangan guru ketika mengajar pelajar. Oleh
itu, komputer berperanan untuk mendidik pelajar dengan kaedah yang lebih mudah
dan menarik.
Malah, komputer juga boleh merapatkan atau memudakan hubungan antara
manusia terutama hubungan jarak jauh. Ibu bapa yang tinggal berjauhan dengan
anak mereka kerana anak melanjutkan pelajaran di luar negara boleh menggunakan
program tertentu di komputer untuk berkomunikasi lalu menjalin hubungan rapat
dengan anak mereka. Jadi, komputer memastikan hubungan antara sesama manusia
itu terus berlaku walaupun faktor geografi memisahkan mereka.
Tambahan pula, komputer memudahkan seseorang untuk mendapatkan apa-apa
maklumat terkini dengan cara yang pantas serta mudah. Semua maklumat sudah
siap wujud di dalam rangkaian internet yang boleh diakses menerusi komputer di
mana-mana tempat pun di dunia ini. Jelaslah, komputer membolehkan seseorang
itu memperoleh maklumat yang betul lalu tidak melakukan kesilapan dalam
keputusannya.
Konklusinya, komputer menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan mampu
mencapai satu tahap yang memuaskan. Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk
memastikan penggunaan komputer ini dialami oleh semua lapisan masyarakat.
Rakyat negara ini harus celik komputer jika mahu bersaing dengan masyarakat
luar.

CIKGU VIN,SKBU
MODUL PDPR BAHASA MELAYU TAHUN 5

TARIKH: 20 MEI 2021 (KHAMIS)

ARAHAN : SALIN SEMULA KARANGAN DI BAWAH DI BUKU PENULISAN BM.

Karangan jenis syarahan


Masalah pencemaran udara di negara kita

Salam sejahtera tuan pengerusi majlis, guru-guru dan pelajar semua. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah “Masalah Pencemaran Udara di Negara Kita”

Hadirin sekalian,

Masalah pencemaran udara yang wujud di negara ini semakin meruncing. Bukti
betapa seriusnya kemelut ini boleh disaksikan menerusi pelbagai laporan akhbar
media massa terutama media cetak kita. Malah, pencemaran yang berlaku di
negara ini bukan setakat melibatkan udara sahaja tetapi air dan juga di daratan.
Antara faktor yang menyebabkan masalah udara kita tercemar ini ialah pelepasan
asap dari kilang dan kenderaan. Jumlah bilangan kenderaan di negara ini terus
meningkat saban tahun. Manakala pihak kilang pula secara berleluasa melepaskan
asap toksik kilang mereka tanpa bimbang disaman atau ditahan oleh pihak
berkuasa.

Pelajar-pelajar,

Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan hendaklah bertegas dengan


mereka yang melanggar undang-undang kualiti alam sekitar di negara ini. Pihak
berkuasa perlu mengenakan hukuman penjara selain denda yang kadangkala begitu
murah untuk dibayar oleh syarikat-syarikat ini. Satu pemeriksaan mengejut juga
perlulah dijalankan oleh pihak berkuasa dalam usaha menangani isu ini.
Selain itu, masyarakat juga perlu berubah terutama sikap tidak peduli mereka itu.
Semua ahli masyarakat hendaklah membuat laporan jika ternampak sebarang
tindakan mencemarkan udara kita seperti pembakaran terbuka kepada pihak
berkuasa. Sikap seperti inilah yang akan memudahkan pihak berkuasa untuk
memantau tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak itu.
Kesedaran tentang bahaya pencemaran udara ini juga perlu dipupuk sejak kecil.
Kanak-kanak terutama di bangku sekolah renda hendaklah diterangkan bahawa
udara amat bernilai buat kehidupan manusia. Sikap menanam kesedaran pada
peringkat awal ini pasti memberi impak kepada mereka apabila dewasa kelak.

Sekian, terima kasih.

CIKGU VIN,SKBU
MODUL PDPR BAHASA MELAYU TAHUN 5

TARIKH: 21 MEI 2021 (JUMAAT)

ARAHAN : SALIN SEMULA KARANGAN DI BAWAH DI BUKU PENULISAN BM.

Karangan jenis fakta


Cara-cara menjaga kesihatan diri

Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam
keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan
kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti
mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling
rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh
sesiapa sahaja.
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang
berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti
yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.
Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik.
Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu
memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan
penyakit.
Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala.
Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di
peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah
dipatuhi selalu.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus
dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja
menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang
penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.

CIKGU VIN,SKBU
MODUL PDPR BAHASA MELAYU TAHUN 5

TARIKH: 24 MEI 2021 (ISNIN)

ARAHAN : SALIN DAN LENGKAPKAN LATIHAN DI BAWAH DI BUKU TULIS


TATABAHASA (PINK).

KATA KERJA
ISI TEMPAT KOSONG DENGAN JAWAPAN YANG PALING SESUAI.

KATA KERJA
ISI TEMPAT KOSONG DENGAN JAWAPAN YANG SESUAI.

CIKGU VIN,SKBU
MODUL PDPR BAHASA MELAYU TAHUN 5

TARIKH: 25 MEI 2021(SELASA)

ARAHAN : SALIN SEMULA DAN LENGKAPKAN LATIHAN DI BAWAH DI BUKU TULIS


KUNING.

PEMAHAMAN : PEMANASAN GLOBAL


JAWAB SOALAN
TARIKH: PEMAHAMAN DI BAWAH DENGAN AYAT YANG LENGKAP.
27 MEI 2021(KHAMIS)

CIKGU VIN,SKBU
MODUL PDPR BAHASA MELAYU TAHUN 5

ARAHAN : SALIN SEMULA DAN LENGKAPKAN LATIHAN DI BAWAH DI BUKU TULIS


KUNING.

PEMAHAMAN : PERANAN SAHABAT


JAWAB SOALAN PEMAHAMAN DI BAWAH DENGAN AYAT YANG LENGKAP.

CIKGU VIN,SKBU
MODUL PDPR BAHASA MELAYU TAHUN 5

TARIKH: 28 MEI 2021(JUMAAT)

ARAHAN : SALIN SEMULA DAN LENGKAPKAN LATIHAN DI BAWAH DI BUKU TULIS


KUNING.

PEMAHAMAN : ALAM SEKITAR


JAWAB SOALAN PEMAHAMAN DI BAWAH DENGAN AYAT YANG LENGKAP.

CIKGU VIN,SKBU

Anda mungkin juga menyukai