Anda di halaman 1dari 10

PIDATO SPONTAN :

CARA-CARA MENYAYANGI SEKOLAH


Aluan Sekalung penghargaan buat pengerusi, kombinasi hakim berintegriti, penjaga
masa dan hadirin sidang pendengar budiman.

Assalamualaikum w.b.t…. bertemu dalam arena pidato spontan.


Takrifan
Sesungguhnya, mauduk bicara cara-cara menyayangi sekolah bolehlah
ditakrifkan sebagai mengasihi atau mencintai tempat belajar dan menimba
ilmu.

Maka bagi mengupas tajuk ini dengan lebih berkesan, saya tampilkan 2 cara-
cara menyayangi sekolah.
Isi 1
Pertama,

Tidak merosakkan harta benda sekolah

Hadirin,
Seseorang murid menunjukkan rasa sayingnya kepada sekolah dengan tidak
merosakkan harta benda yang disediakan seperti meja, kerusi, tandas,
peralatan sukan dan sebagainya perlu dijaga dengan baik kerana ianya
merupakan asset negara yang perlu dikongsi secara gunasama dengan murid-
murid yang lain.

Bak kata pepatah

Sedarlah bahawa Perbuatan vandalisma iaitu merosakkan harta benda sekolah


adalah amat merugikan bukan saja kepada warga sekolah malahan kepada
kerajaan kerana perlu menyalurkan peruntukan untuk membaiki peralatan
atau kemudahan tersebut.

Tambahan pula, perbuatan ini sangat mendukacitakan kerana sepatutnya


peruntukan kerajaan tersebut sepatutnya boleh disalurkan untuk menyediakan
kemudahan lain agar murid dapat belajar dengan sempurna.

Nah sudah jelas lagi bersuluh bahawa menjaga harta benda sekolah dengan
baik adalah cara yang boleh ditunjukkan oleh murid sebagai tanda menyayangi
sekolahnya.
Isi 2
Kedua,
Disamping itu, menaikan nama sekolah di pentas nasional dan antarabangsa
juga merupakan cara yang boleh ditunjukkan untuk menyayangi sekolah.

Hadirin sekalian,
Kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh murid dalam bidang kurikulum waima
kokurikulum mampu menaikkan imej sekolah pada kaca mata komuniti. Lebih
manis lagi, sekolah akan diberi anugerah dan penghargaan atas kejayaan yang
diraih oleh anak didiknya. Contohnya, alangkah manisnya jika saya pulang
membawa trofi kemenangan dalam pertandingan pidato ini.

kesimpulan
Kesimpulannya,
Ayuh bersama-samalah kita menunjukkan rasa cinta dan saying kita kepada
sekolah kerana disinilah tempat kita menimba ilmu dan membina masa depan.
Sekolah juga menjadi tempat murid-murid mengaut pengalaman untuk
menjadi insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.

Maka percayalah cara-cara menyayangi sekolah ini dapat meningkatkan rasa


kecintaan kita terhadap sekolah.

sekian
PIDATO SPONTAN :

FAEDAH KOMPUTER
Aluan Sekalung penghargaan buat pengerusi, kombinasi hakim berintegriti, penjaga
masa dan hadirin sidang pendengar budiman.

Assalamualaikum w.b.t…. bertemu dalam arena pidato spontan.


Takrifan
Sesungguhnya, mauduk bicara faedah komputer bolehlah ditakrifkan sebagai
Komputer merupakan alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera
atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat
selanjutnya apabila diperlukan.

Maka bagi mengupas tajuk ini dengan lebih berkesan, saya tampilkan 2
persoalan…
Isi 1
Pertama,

Apakah…. Faedah-faedah menggunakan computer dalam pembelajaran?

murid-murid boleh meluaskan pengetahuan dan minda mereka melalui


penggunaan internet. Murid-murid dapat mencari maklumat terkini dengan
cepat dan mudah. Oleh yang demikian, dapat membantu murid-murid dalam
proses pembelajaran. Secara tidak langsung ini akan membantu murid-murid
meningkatkan prestasi akademik mereka.

Hadirin,
Bak kata pepatah jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Maka
jika tidak (amalkan / laksanakan )…………. manakan dapat manfaatnya.

Tambahan pula komputer memudahkan tugas kita. Banyak kerja dan tugasan
kini dilakukan dengan bantuan komputer, seperti kerja-kerja penaipan,
pelukisan grafik, dan penyediaan laporan. Komputer membolehkan kita
menyiapkan kerja tersebut dengan mudah dan cepat. Bagi murid-murid,
penggunaan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan
pengajaran sama ada di rumah mahupun di dalam kelas.

Nah sudah jelas lagi bersuluh penggunaan computer dalam pembelajaran


banyak faedahnya.
Isi 2
Kedua,
Bagaimanakah computer dapat menarik minat murid mengikuti pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas?

Hadirin sekalian,

Penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat menarik minat murid-


murid mengikuti pelajaran. Teknik kapur dan papan hitam yang digunakan
pada hari ini mungkin akan membosankan para murid yang dibesarkan dalam
zaman teknologi maklumat ini. Komputer, dengan konsep multimedia, iaitu
gambar, bunyi dan warna, mampu menarik minat para pelajar. Sudah pastinya,
setiap murid akan berasa seronok dan ingin melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran secara aktif. Justeru, akan memudahkan murid memahami
sesuatu pelajaran kerana mereka mendapat gambaran yang tepat tentang
sesuatu topik yang dipelajari.

Malah Komputer juga mempunyai program untuk memperkembang bahasa,


contohnya tesaurus. Murid-murid boleh belajar makna perkataan dan
penggunaannya. Justeru, murid-murid akan bijak menyampaikan idea.
Penulisan karangan juga akan menjadi lebih mantap dengan penggunaan kosa
kata yang lebih meluas.

kesimpulan
Kesimpulannya, komputer sangat berguna dalam kehidupan pada hari ini.
Guru-guru dan juga murid-murid perlu menjadikan komputer sebagai alat
teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Ibu bapa wajar menggalakkan
anak-anak menggunakan komputer sejak dari kecil lagi agar mereka dapat
menggunakan teknologi komputer sebaik-baiknya supaya tidak ketinggalan
dalam arus globalisasi masa ini.

Maka percayalah computer memberikan banyak faedah dan memudahkan


tugas-tugas murid dalam pembelajaran tetapi perlu juga diingat supaya tidak
menyalahgunakan computer untuk tujuan-tujuan yang memudaratkan.

sekian
PIDATO SPONTAN :

FAEDAH MEMBACA SURAT KHABAR


Aluan Sekalung penghargaan buat pengerusi, kombinasi hakim berintegriti, penjaga
masa dan hadirin sidang pendengar budiman.

Assalamualaikum w.b.t…. bertemu dalam arena pidato spontan.


Takrifan
Sesungguhnya, mauduk bicara membaca menurut Kamus Dewan bermaksud
memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan
memahamkan makna kandungannya manakala surat khabar pula ditakrifkan
sebagai kertas bercetak yg menyiarkan berita dll (umumnya diterbitkan hari-
hari), harian; persuratkhabaran perihal surat khabar, kewartawanan.

Maka bagi mengupas tajuk ini dengan lebih berkesan, saya tampilkan 2
persoalan faedah-faedah membaca surat khabar di era teknologi ini. Surat
khabar masa kini bukan sahaja bacaan bahan bercetak malahan boleh diakses
secara digital melalui portal-portal berita melalui internet. Oleh itu, sungguh
mudah untuk mendapatkan berita yang sahih lagi benar dari artikel-artikel
berita yang terkini.

Isi 1
Pertama,

Apakah faedah atau kelebihan yang kita perolehi dengan membaca surat
khabar?

Hadirin,

Terdapat pelbagai faedah membaca surat khabar. Kita dapat mengetahui


berita-berita terkini di dalam dan di luar negara. Selain itu, jika kita rajin
membaca surat khabar, pengetahuan kita akan meluas dan bertambah.

Tambahan pula, dalam surat khabar, terdapat pelbagai jenis hiburan, kartun,
cerita-cerita lucu, dan sebagainya yang dapat menghiburkan hati kita dan
dapat mengisi masa yang lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Nah sudah jelas lagi bersuluh banyak faedah dan kelebihan membaca surat
khabar.
Isi 2
Kedua,
Bagaimanakah surat khabar dapat memberi faedah dan kebaikan pada kita?

Hadirin sekalian,
Nan elok kita jadikan ikutan, nan buruk kita jadikan sempadan. Tuntas, dengan
membaca surat khabar juga, pengetahuan bahasa kita juga akan bertambah
dan dapat meningkatkan tahap penguasaan kosa kata. Di samping itu, kita juga
dapat mempelajari pelbagai aspek tatabahasa dan penggunaannya secara
betul dan tepat.

Malah melalui Melalui surat khabar, kita dapat melihat iklan-iklan tentang
pekerjaan dan mengetahui jawatan kosong yang wujud di sesebuah syarikat.
Di samping itu, kita juga dapat mengetahui tentang promosi-promosi terkini
yang menarik dan mendapat maklumat tentang sesuatu produk dengan
mudahnya.

kesimpulan
Kesimpulannya,
Ayuh bersama-samalah kita budayakan membaca surat khabar dalam
kehidupan seharian, kerana dayung sudah ditangan, perahu sudah di air.
Usahlah lagi bersikap hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, kerana
semuanya sudah tersedia di hadapan kita, tinggal lagi usaha kita untuk
memulakan langkah yang pertama.

Maka percayalah banyak faedah dan kelebihan yang kita dapat perlolehi
dengan membaca surat khabar.

sekian
PIDATO SPONTAN :

FAEDAH AMALAN BERGOTONG ROYONG


Aluan Sekalung penghargaan buat pengerusi, kombinasi hakim berintegriti, penjaga
masa dan hadirin sidang pendengar budiman.

Assalamualaikum w.b.t…. bertemu dalam arena pidato spontan.


Takrifan
Sesungguhnya, mauduk bicara gotong royong menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat bolehlah ditakrifkan sebagai tolong-menolong atau kerja bersama-
sama

Maka bagi mengupas tajuk ini dengan lebih berkesan, saya tampilkan 2
persoalan tentang faedah amalan bergotong-royong dalam masyarakat pada
masa kini.

Isi 1
Pertama,

Apakah…. Kepentingan aktiviti gotong-royong kepada masyarakat masa kini?

Hadirin,
Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, menunjukkan sikap
muafakat dan kerjasama dalam masyarakat. Kegembiraan dikongsi bersama
dan jika berlaku musibah ditanggung bersama-sama.

Jelaslah bahawa Gotong-royong merupakan tradisi turun-temurun yang


diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Amalan ini lazimnya dibuat untuk
menjalankan majlis seperti kenduri perkahwinan atau majlis keramaian yang
melibatkan komuniti setempat.

Tambahan pula, Malaysia merupakan negara yang unik di mana pelbagai


kaum, bangsa dan agama duduk di bawah satu negara sejak mencapai
kemerdekaan. Kemajmukan masyarakat ini perlu diperkukuh dari semasa ke
semasa waima terdapat segelintir daripadanya yang cuba menjadikan
perbezaan perkauman ini sebagai satu isu untuk kepentingan diri. Dengan
melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, kita dapat mengenali jiran
tetangga kita dengan lebih baik. Hubungan silaturahim akan terjalin di samping
bersama-sama menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Persis lagu nukilan
artis tempatan, ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bikin muafakat.

Nah sudah jelas lagi bersuluh bergotong-royong dapat mengukuhkan nilai


perpaduan antara masyarakat supaya kesejahteraan dan keamanan yang kita
kecapi hari ini berkekalan sampai bila-bila.
Isi 2
Kedua,
Bagaimanakah caranya untuk membudayakan aktiviti bergotong-royong ini
dikalangan masyarakat masa kini?

Hadirin sekalian,

Nan elok kita jadikan ikutan, nan buruk kita jadikan sempadan. Tuntas, bagi
membudayakan amalan positif, pelbagai usaha perlu kita lakukan, pelbagai
cara perlu kita rencanakan. Misalnya, aktiviti gotong-royong dianjurkan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan untuk membersihkan kawasan persekitaran dewan
serbaguna komuniti setempat. Jika setiap diantara ahli komuniti terbabit
melibatkan diri bersama-sama melakukan aktiviti pembersihan seperti
mengutip sampah dan menyapu dedaun kering, ia pasti dapat diselesaikan
dalam masa yang singkat. Maka, secara tidak langsung kita dapat meluangkan
masa yang lebih untuk melakukan aktiviti bermanfaat yang lain. Jika dipandang
daripada sudut yang lain, kita juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan yang
digunakan untuk menyelenggara kebersihan kemudahan awam. Ibarat sambil
menyelam minum air.

Malah melalui kebersihan kawasan persekitaran dapat dijamin jika kita kerap
menjalankan aktiviti gotong-royong. Endemik denggi semakin hari semakin
merunsing fikiran dan ketenteraman masyarakat kita. Nyamuk aedes yang
membawa penyakit denggi lazimnya membiak di kawasan takungan air yang
lama dan tidak terusik. Dengan adanya aktiviti bergotong-royong, kita dapat
bersama-sama pihak berkuasa dalam membanteras pembiakan nyamuk-
nyamuk yang menyebabkan berlakunya penularan wabak denggi.

Dirumah pula, ibu bapalah yang mencorakkan kemenjadian anak-anak


menerusi tingkah laku dan suri teladan yang elok untuk dicontohi. Sentiasa
menggalakkan anak-anak bergotong-royong membersihkan persekitaran
rumah seminggu sekali.

kesimpulan
Secara tuntas, amalan bergotong-royong sudah semsetinya akan memberikan
pelbagai kelebihan kepada masyarakat yang menyertainya dengan aktif.
Amalan tradisi nenek dan moyang kita pastinya memeberi seribu satu manfaat
kepada kita secara umumnya. Kalau tidak, mengapa mereka mengamalkan
pada ketika dahulu. Kini ia terletak kepada kesedaran setiap individu sama ada
untuk melibatkan diri dalam aktiviti komuniti atau bersikap endah tak endah.

Maka percayalah Masayarakat yang madani dan inteligensia dapat dilahirkan


hasil daripada penglibatan dalam aktiviti gotong royong dalam membantu
meringankan ujian atau musibah yang melanda negara kita. Bak kata pepatah
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
sekian

PIDATO SPONTAN :

FAEDAH BERKEBUN
Aluan Sekalung penghargaan buat pengerusi, kombinasi hakim berintegriti, penjaga
masa dan hadirin sidang pendengar budiman.

Assalamualaikum w.b.t…. bertemu dalam arena pidato spontan.


Takrifan
Sesungguhnya, mauduk bicara berkebun bolehlah ditakrifkan sebagai bercucuk
tanam atau bekerja mengurus kebun.

Maka bagi mengupas tajuk ini dengan lebih berkesan, saya tampilkan 2
persoalan bagaimana aktiviti berkebun dapat memberikan faedah kebaikan
kepada kita?

Isi 1
Pertama,

Apakah…. Faedah berkebun kepada kita masa kini?

Hadirin,
Bak kata pepatah, "Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu", yang mana setiap
usaha pertanian pasti akan membuahkan hasil.

Sesetengah orang menyifatkan berkebun merupakan satu aktiviti yang


membosankan, memakan masa dan rumit, namun sebenarnya, berkebun
adalah hobi yang menyeronokkan dan boleh membuahkan hasil jika dilakukan
secara serius.

Sedarlah bahawa terdapat isu bekalan bahan makanan yang dikatakan bakal
berdepan kekurangan, rakyat Malaysia khusunya perlu melihat kepada aktiviti
berkebun sebagai alternatif untuk memenuhi keperluan makanan sendiri.

Tambahan pula, berkebun boleh menjadi terapi diri, aktiviti dalam berkebun
boleh membantu meredakan stres sebagai contoh melepaskan kemarahan
semasa membajak tanah atau melihat hasil tanaman yang menghijau untuk
mencari ketenangan.

Ini adalah cara yang sesuai untuk orang yang mahu menaikkan semangat
mereka atau hanya ingin mencipta ruang meditasi buat diri sendiri.
Isi 2
Kedua,
Bagaimanakah aktiviti berkebun ini membantu kesihatan fizikal, mental dan
ekonomi kita?

Hadirin sekalian,
Nan elok kita jadikan ikutan, nan buruk kita jadikan sempadan. Tuntas,
Walaupun berkebun bukanlah aktiviti yang berat, ia masih boleh
mengeluarkan peluh semasa menanam beberapa tanaman di sekitar rumah.
Ibarat sambil menyelam minum air, sambil menghiasi halaman rumah dengan
tumbuhan nan hijau, kita juga dapat bersenam.

Malah melalui Berkebun boleh menjadi terapi diri, aktiviti dalam berkebun
boleh membantu meredakan stres sebagai contoh melepaskan kemarahan
semasa membajak tanah atau melihat hasil tanaman yang menghijau untuk
mencari ketenangan dan mencipta ruang meditasi buat diri sendiri.

Dirumah pula, ibu bapalah yang mencorakkan kemenjadian anak-anak


menerusi tingkah laku dan suri teladan yang elok untuk dicontohi. Ibu bapa
boleh mengajak anak-anak berkebun disekeliling rumah pada masa lapang.
Hasil tanaman seperti sayur-sayuran boleh dimakan sendiri atau dijual untuk
menambah pendapatan keluarga.

kesimpulan
Kesimpulannya,
Ayuh bersama-samalah kita bercucuk tanam dalam kehidupan seharian,
kerana dayung sudah ditangan, perahu sudah di air. Usahlah lagi bersikap
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, kerana semuanya sudah tersedia
di hadapan kita, tinggal lagi usaha kita untuk memulakan langkah yang
pertama.

Maka percayalah berkebun atau bercucuk tanam banyak faedah dan


kelebihannya kepada diri kita sama ada dari segi fizikal, mental maupun
ekonomi.

sekian

Anda mungkin juga menyukai