Anda di halaman 1dari 1

Dewasa ini, [Pada era sains dan teknologi ini] komputer merupakan alat penting yang digunakan

di kebanyakan sekolah di negara kita. Sebagai contoh[Sebagai tamsilannya], komputer acapkali


digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh
dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah telah mahir dalam menggunakan computer seperti
kata kata peribahasa[computer.Aforisme Melayu ada mengatakan bahawa] alah bisa tegal biasa.
Oleh itu[Persoalanyang berlegar-legar dalam gawang minda kita,], terdapat banyak faedah belajar
menggunakan komputer.

Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar dapat


berkongsi maklumat bersama-sama rakan. Hal ini demikian kerana rakan-rakan yang
berkebolehan dalam mengendalikan komputer akan saling menunjuk cara dan menyampaikan
maklumat antara satu sama lain. Sebagai contoh, memuat turun bahan pembelajaran daripada
Internet dan lain-lain. Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk perkongsian
maklumat dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, belajar dengan menggunakan komputer akan menjadikan


aktiviti pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana setiap pelajar akan
berasa seronok dan ingin melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Sebagai contoh,
program Skor A atau program interaktif yang memerlukan pelajar menyelesaikan tugasan secara
langsung atas talian. Sudah terang lagi bersuluh, belajar menggunakan komputer menjadikan
suasana pembelajaran akan lebih ceria.

Semenelahan itu pula, faedah belajar menggunakan komputer adalah dapat


menjimatkan masa sesi pembelajaran. Pada kebiasaannya bahan-bahan pembelajaran akan
disediakan terlebih dahulu oleh guru atau pelajar. Selain itu, tugasan atau latihan pelajar juga
dapat dijawab atas talian tanpa memerlukan bahan edaran bersesuaian dengan kata
peribahasa, masa itu emas. Oleh itu, faedah belajar menggunakan komputer dapat menjimatkan
masa dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Selain itu, belajar menggunakan komputer boleh meningkatkan prestasi akademik


seseorang pelajar di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat
terkini boleh dijadikan sumber ilmu. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses internet
untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu. Jika ini dilakukan, sudah tentu
pelajar-pelajar boleh meningkatkan kejayaan dalam peperiksaan seperti kata cogan kata , Usaha
Tangga Kejayaan. Oleh itu, belajar menggunakan komputer akan memudahkan pelajar berjaya
dalam pelajaran.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bersinergi bagai aur dengan tebing dan berganding
bahu untuk menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam
pembelajaran. Namun begitu, perlu diingat jika komputer digunakan untuk tujuan yang tidak
mendatangkan faedah, maka implikasinya sangat buruk. Gunakanlah teknologi komputer sebaik-
baiknya supaya kita tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa ini.

Anda mungkin juga menyukai