Anda di halaman 1dari 25

PLG 517 Pengajian Kurikulum [Curriculum Studies]

PEMBELAJARAN BERSEMUKA LAIN

Curriculum Fable
Kumpulan G1B
Nama. No. Matrik
1. LOW JIIN ZHI (K) S-PM0166/19
2. THAM WEI MUN S-PM0251/19
3. LEE KENG HONG S-PM0253/19
4. TAN YOKE SUNG S-PM0254/19
5. YEOH LIM FANG S-PM 0023/19
Sumber rujukan Jurnal
APAKAH ITU FABLE?
❖ Cerita dongeng yang menggunakan haiwan atau elemen semula jadi
sebagai watak utama. Contohnya ayam, singa, anjing, angin, awan
dan sebagainya.
❖ Fable biasanya bertujuan untuk menerap nilai-nilai moral serta
pengajaran yang berharga dalam kehidupan harian.
❖ Fable biasanya akan diturunkan dari generasi ke generasi melalui
cara bercerita.
❖ Salah seorang pengarang fable yang terkenal adalah Aesop(A-sop)
dari Greek. Beliau telah menulis sebanyak 655+ fable yang masih
diceritakan sehingga hari ini.
KONSEP KURIKULUM
❖ Kamus Dwibahasa, “kurikulum” diertikan sebagai bidang pelajaran di sekolah.
❖ Kurikulum merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang disediakan
dalam bentuk rancangan pembelajaran (Norlidah Alias,2010).
❖ Pakar pendidikan: Kerr (1968) mendefinasikan kurikulum sebagai “semua
jenis pembelajaran yang dirancang dan dipandu oleh sekolah sama ada dalam
kumpulan atau secara individu, di dalam atau di luar sekolah.”
❖ Menurut Smith (2014), kurikulum merupakan suatu perancangan, penyusunan
dan penelitian yang ditulis bagi memenuhi keperluan pendidikan individu yang
diambil hasil daripada pengalaman murid dan pandangan guru yang
berpengalaman.
❖ Jika ditinjau dari segi sejarah, perkataan Latin “curriculum” bermaksud ruang
tempat di mana pembelajaran berlaku.
JENIS KURIKULUM
1. Kurikulum Formal

Kurikulum formal merupakan satu set dokumen yang digunakan sebagai


rujukan untuk dilaksanakan di sekolah. Ia mengandungi hal sebenar yang
berlaku di bilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap
sekolah ada kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur
dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan.

2. Kurikulum Tersembunyi

Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal.
Ia merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan
sekolah tanpa disedari dan disebut kerana ia tidak dinyatakan secara eksplisit.
SITUASI SEBENAR DI SEKOLAH
❖ Dalam cerita pendek biasanya moral yang diterapkan dapat
difahami oleh guru yang menceritakan kepada pelajar semasa
menjalankan PdPc dalam kelas.
❖ Akan tetapi situasi sebenar yang berlaku di sekolah adalah sistem
mementingkan keputusan akademik di mana markah peperiksaan
diutamakan oleh sistem pendidikan sekarang.
❖ Perkara ini telah menyebabkan guru terpaksa mengajar mengikut
kurikulum yang mementingkan keputusan peperiksaan berbanding
dengan nilai moral yang perlu diajar.
Cerita 1:
ARNAB
DAN
KURA-KURA
Cerita 1 : Arnab Dan Kura-kura
● Kisahnya mengenai seekor Arnab yang menghina seekor Kura-kura
yang bergerak lambat.
● Kura-kura menyahut cabaran Arnab dengan mengadakan satu
perlumbaan.
● Perlumbaan bermula dan Arnab berlari dengan laju di mana ia
mendapati Kura-kura tertinggal jauh di belakang. Arnab pun mengambil
keputusan untuk berehat di bawah sebatang pokok di mana dia akhirnya
tertidur.
● Kura-kura berlari dengan tidak berhenti-henti dan memenangi
perlumbaan itu.
● Akhirnya Arnab pun terjaga dari tidur tetapi sudah terlambat kerana
Kura-kura telah sampai ke garisan penamat.
Cerita 1 : Arnab Dan Kura-kura
Pengajaran dari Cerita 1:

● Kita jangan berasa sombong dan bongkak dengan kelebihan


yang kita ada.
● Jangan suka mengejek kelemahan orang lain.
● Jika ingin lakukan sesuatu, lakukanlah dengan tekun. Jangan
leka. Jadilah manusia yang sering merendah diri.
● Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang yang
lemah atau miskin. Setiap orang mempunyai keistimewaan dan
kelebihan masing-masing.
Pengajaran di Sebalik Cerita bagi Guru-Guru
Pertimbangan Dan Proses Pelaksanaan Kurikulum

● Dalam pendidikan, murid yang berjaya tidak hanya bergantung


kepada kemahiran dan kecerdikan yang sedia ada tetapi
mengikut sikap yang sedia ada pada murid tersebut.
● Bagi murid yang tekun dan rajin belajar akan lebih berjaya
berbanding dengan murid yang cerdik tetapi malas dan
sombong.
● Peranan Arnab menyatakan bahawa wataknya digambarkan
sebagai watak binatang yang sombong dan berkeyakinan
tinggi, malah peranan Kura-kura tidak mempunyai sifat putus
asa, sentiasa tabah dalam menghadapi cabaran dan berusaha
dalam mencapai kejayaan.
Pengajaran di Sebalik Cerita bagi Guru-Guru
Pertimbangan Dan Proses Pelaksanaan Kurikulum

● Bahan bacaan seperti ini dapat mendedahkan kepada


murid tentang kepentingan mengamalkan sikap yang
baik dan betul untuk berjaya dalam kehidupan
seseorang. Dengan itu, murid mampu meningkatkan
daya motivasi dan keyakinan dalam diri untuk menjadi
lebih baik.
Cerita 2: Rubah dan
Kambing
Cerita 2: Rubah dan Kambing

● Seekor Rubah terjatuh ke dalam perigi ketika berjalan dalam hutan.


● Rubah tersebut telah mencuba pelbagai cara untuk keluar dari
perigi tetapi tidak membuahkan hasil.
● Oleh itu, Si Rubah cuba meminta tolong daripada Kambing yang
kebetulan melalui tempat itu yang sedang mencari sumber air.
● Sang Kambing terus lompat ke dalam perigi tanpa berfikir panjang.
● Akhirnya Si Rubah itu berjaya keluar dari perigi dengan pertolongan
Sang Kambing tetapi Sang Kambing pula terperangkap dalam perigi
tersebut.
Pengajaran di Sebalik Cerita bagi Guru-Guru
Pertimbangan Dan Proses Pelaksanaan Kurikulum
● "Lihat sebelum anda melompat".
● “Tanpa berfikir panjang, kambing itu melompat terus ke dalam perigi
untuk minum air lalu tersedar untuk mencari jalan keluar ”
● Kita harus memahami situasi sebenar dahulu dan berfikir sebelum
melakukan sesuatu tindakan.
● Sebagai contoh, setiap kurikulum yang dibentuk adalah untuk
memenuhi keperluan jangka panjang.
● Kesan daripada hasil kurikulum yang digubal akan melahirkan
generasi negara sepertimana yang dihasratkan dalam Rukun Negara
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pengajaran di Sebalik Cerita bagi Guru-Guru
Pertimbangan Dan Proses Pelaksanaan Kurikulum
● Oleh itu, pelaksanaan sesuatu kurikulum perlu mengikut kesesuaian
dengan perkembangan murid-murid dan bukan sekadar mengikuti
apa yang terkandung dalam DSKP.
● Misalnya jika ingin melaksanakan kurikulum Matematik Sekolah
Rendah maka kita perlu mengikut tahap pembelajaran murid-murid.
● Ketidakhadiran murid semakin tinggi akhir-akhir ini.
● Jadi guru harus melaksanaan kurikulum berasaskan tahap
penguasaan dan pencapaian murid-murid.
● Contohnya murid Tahun 2 perlu menguasai fakta asas matematik
sebelum belajar operasi darab dan bahagi.
Pengajaran di Sebalik Cerita bagi Murid-murid
Pertimbangan dalam membuat keputusan dan tindakan

● Cerita ini juga boleh memberi pengajaran kepada murid bahawa


mereka perlu berfikir sebelum mengikut orang lain.
● Mereka harus berfikir sebelum mengambil sebarang tindakan dan
keputusan.
● Bahan bacaan jenis ini harus digalakkan supaya murid-murid boleh
belajar pelbagai pengajaran supaya menjadi panduan dalam
kehidupan harian mereka sama ada di sekolah ataupun di rumah.
Cerita 3: Buaya dan Monyet
•Seekor monyet yang murah hati memberi epal kepada buaya
yang lapar.

•Mereka menjadi kawan baik dan


isteri buaya iri hati dengan
perhubungan erat mereka.

•Isteri buaya berpura-pura sakit


dengan alasan ingin makan jantung
monyet sebagai syarat untuk
persembuhannya.
Buaya menjemput monyet ke rumahnya dan memberitahu
monyet tentang perkara tersebut secara jujurnya. Monyet
kata jantungya bergantung di atas pokok epal dan perlu
balik untuk mengambilnya. Buaya lepaskan monyet untuk
mangambil jantungnya tetapi monyet tidak kembali lagi.
Pengajaran di Sebalik Cerita bagi Guru-Guru
•Kepercayaan
-Seseorang guru yang percaya pada diri sendiri berupaya
membentuk murid yang penuh kebaikan dan mencapai
kejayaan mengikut kapasiti masing-masing.
- Murid pula yang yakin dan percaya pada diri sendiri akan lebih
mudah mencapai kejayaan dan kehidupannya.
•Murah hati
-Seseorang guru yang sanggup bersedekah dan tidak kedekut
untuk mencurahkan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni
kepada murid agar melahirkan modal insan akan sentiasa
disanjungi oleh murid-murid dan ibu bapa.
Murah hati
- Murid-murid yang murah hati akan sentiasa
menghulurkan bantuan kepada orang lain yang
menghadapi kesusahan. Secara tidak langsung mereka
akan mendapat ramai kawan di sekelilingnya.

Kebijaksanaan dan kognitif


- Seseorang guru haruslah mempunyai kemahiran,
kebolehan dan kepakaran dalam bidang pengajarannya
serta pandai mengurus masalah.
- Seseorang murid haruslah berusaha dengan bersungguh-
sungguh untuk meningkatkan kognitif supaya tidak
mudah ditipu atau dianiayai oleh orang lain.
Mengapa ia jadi pilihan ?
(i)Kaedah PdPc dapat dipelbagaikan.
(ii)PdPc menjadi menarik iaitu 2 hala.
(iii)Mencetus kemahiran berfikir
pelajar.
(iv)Mempraktiskan kemahiran Analisis
Sintesis dan Penilaian.
(v)Mereantasi kurikulm
Pertimbangan yang perlu
(i)Topik PdPc
(ii)Sasaran Murid
(iii)Tahap Murid
(iv)Personaliti Murid
(v) Kemahiran teknik penyoalan guru
Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai