Anda di halaman 1dari 15

Agenda Masa Depan Untuk Kajian Keberkesanan Sekolah Pengenalan Berdasarkan tinjauan semula terhadap dapatan-dapatan utama SER

yang telah dijalankan di seluruh dunia, terdapat sebelas isu yang dikenal pasti oleh Reynolds dan Teddlie untuk SER pada abad ke-21. Kritikan-kritikan Semasa Terhadap SER (i) Kritikan SER tang bersifat politik SER selalu menjadi isu politik yang kontroversi akibat daripada sifat dan tujuan-tujuan persekolahan / pendidikan (who get what). Kritikan ini berkaitan dengan ideologi politik yang dipercayai telah didokong oleh para pengkaji SER. Pengkaji-pengkaji SER di Amerika Syarikat yang menyokong kesamaan hasil pendidikan, dipercayai berfahaman liberal dan lebih berminat menjalankan kajian untuk memperbaiki hasil pendidikan bagi kanak-kanak yang kurang beruntung (miskin, etnik minoriti) daripada menjalankan kajian yang saintifik (Ralph & Fennessey, 1983; Rowan, 1984). Lain kata, kumpulan pengkaji ini dikritik sebagai bias dalam menjalankan kajian SER. Di United Kingdom (UK), kritikan-kritikan semasa terhadap SER dilakukan oleh kumpulan pendidik yang berfahaman progresif. Pengkaji-pengkaji SER di UK dikatakan melihat proses pendidikan dari sudut pandangan organisasi yang terlalu mekanikal atau teknikal dan terikat dengan ideologi konservatif (kawalan sosial).

Dapatan-dapatan kajian dianggap memberi bukti dan pengesahan kepada ideologi konservatif. Elliot (1996) mengatakan : The finding of school effectiveness research have indeed been music in the ears of politicans and government officials. Currently, for example, they are being used to politically justify a refusal to respond to teachers anxieties about the increasing size of the classes that they teach, the use of traditional teaching methods, such as whole class instruction, and a tendency to blame headteachers for failing schools on the grounds that they lack a capacity for strong leadership. (Elliot, 1996,

p. 1999)

Tuduhan-tuduhan terhadap pengkaji SER bahawa mereka menyokong ideologi tertentu pada suatu masa, sama ada ideologi konservatif atau ideologi liberal, akan sentiasa berlarutan dalam sorotan kajian SER. Kritikan-kritikan yang bersifat politik ini tidak dapat dianggap sebagai kritikan SER yang sah.

(ii)

Kritikan terhadap aspek metadologi SER Kritikan-kritikan terhadap SER dari aspek metadologi telah bermula dengan kritikan terhadap Laporan Coleman dan Laporan Plowden. Namun begitu, kritikankritikan metadologi ini sudah tidak kedengaran lagi sekarang. Kini, pengkaji SER secara umumnya telah menyetujui satu set preskripsi (garis panduan) untuk menjalankan kajian mengikut metadologi yang betul. Preskripsi metadologi tersebut termasuklah:-

SER harus direka bentuk untuk mengawal variasi semula jadi yang wujud dalam ciri-ciri sekolah dan bilik darjah. SER harus mempunyai unit-unit analisis (pelajar, bilik darjah, sekolah) untuk membolehkan analisis data dijalankan dengan menggunakan kuasa diskriminasi yang mencukupi / kuat. SER harus menggunakan definisi operasi dan pengukuran variabel-variabel proses dalam sekolah dan bilik darjah yang bersesuaian. Lebih baik SER turut menjalankan pemerhatian langsung terhadap variabel-variabel proses, atau gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. SER harus menggunakan teknik-teknik analisis data yang sesuai, termasuk model-model analisis pelbagai paras. SER harus menggunakan data-data longitudinal bagi setiap individu pelajar. SER harus memperbetulkan hasil pengukuran jika wujud perbezaan kemasukan pelajar antara sekolahsekolah (misalnya, kumpulan pelajar yang memasuki suatu sekolah mempunyai pencapaian yang berbeza dengan kumpulan pelajar yang memasuki sekolah lain).

Menyelidiki sekolah-sekolah dari pelbagai jenis masyarakat yang benar-benar berbeza antara satu sama lain; Menyelidiki sekolah-sekolah yang mempunyai lebih banyak kawalan terhadap operasi-operasi akademik (proses pengajaran dan pembelajaran); Melibatkan negara yang mempunyai banyak variasi / perbezaan dalam proses-proses sistem pendidikannya; Menggunakan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik sebagai variabel bersandar; Melibatkan variabel-variabel proses yang mengukur tingkah laku guru.

Sebaliknya, kesan sekolah adalah kecil dalam SER yang: Melibatkan konteks sekolah SES yang sama; Menyelidiki tahap sekolah menengah; Menyelidiki sekolah-sekolah dari jenis-jenis masyarakat yang sama dari segi struktur ekonomi dan budaya / sosial; Melibatkan sekolah-sekolah yang mempunyai kurang kawalan terhadap operasi-operasi akademik (proses pengajaran dan pembelajaran); Melibatkan negara yang mempunyai variasi kecil dalam faktor-faktor sistem pendidikannya; Menggunakan pencapaian pembacaan (reading) sebagai variabel bersandar; Tidak melibatkan variabel-variabel proses seperti pengukuran tingkah laku guru dalam bilik darjah. Kritikan terhadap aspek teorikal SER SER telah dikritik sebagai tidak mempunyai atau mempunyai sedikit asas teori (yang menjelaskan

Selain mengetahui cara merekabentuk kajian yang betul dari segi metadologi, kita juga dapat mengetahui cara menjalankan kajian yang akan memberi kesan sekolah yang besar dan kecil. Secara umumnya, kesan sekolah adalah besar dalam SER yang: Meliputi sekolah yang mempunyai pelajar daripada pelbagai konteks SES; Menyelidiki tahap sekolah rendah (iii)

hubungan antara variabel-variabel kajian). Dalam bab 10, pengkaji telah memberi respon positif terhadap kritikan ini dengan membangunkan teori-teori heuristic midrange dan menggunakan teori-teori meta atau teori-teori agong seperti teori kontingensi dan teori pilihan awam (Scheerens & Bosker, 1997) untuk memberi penjelasan teorikal tentang keberkesanan sekolah yang melibatkan kajian terhadap faktor-faktor sekolah dan bilik darjah. Sebelas Isu atau Skop Kajian Yang Paling Penting Untuk SER Pada Masa Depan 1. 2. Keperluan untuk mengukur pelbagai hasil pendidikan; Keperluan untuk menyelidiki dimensi ketiga dalam persekolahan (pola-pola hubungan); 3. Keperluan untuk mengembangkan SER yang menggunakan variabel-variabel konteks; 4. Keperluan untuk menganalisis perbezaan antara sekolah-sekolah dan perbezaan antara bilik-bilik darjah; 5. Keperluan untuk mengkaji kemungkinan wujudnya unsur tambahan dalam suasana semulajadi sekolah dan keluarga; 6. Keperluan untuk mendalami unsur dalaman di antara paras-paras dalam persekolahan; 7. Keperluan untuk mengkaji eksperimen-eksperimen persekolahan yang lama telah wujud; 8. Keperluan untuk meningkatkan variasi pada paras sekolah; 9. Keperluan untuk mengkaji kegagalan sekolah; 10. Keperluan untuk mengkaji isu-isu kurikulum dan penilaian; 11. Keperluan untuk memperoleh manfaat daripada penggunaan analisis statistik multilevel structural equation modeling (SEM).

1. Keperluan Untuk Mengukur Pelbagai Hasil Pendidikan Dalam SER Sejak tahun 1970an pengkritik telah menekankan keperluan untuk menggunakan pelbagai kriteria bagi mengukur keberkesanan sekolah atas pertimbangan bahawa sekolah mungkin tidak mempunyai kesan yang konsisten / sama bagi kriteria-kriteria yang berlainan dan penggunaan satu kriteria (selalunya pencapaian akademik) adalah tidak mencukupi untuk mengukur status keberkesanan sekolah yang sebenarnya bagi sekolah-sekolah. SER yang dijalankan pada tahun 1990an telah cuba memenuhi keperluan ini:

i.

Banyak SER di Amerika Syarikat telah memberi tumpuan terhadap konsistensi skor-skor pencapaian pelajar dalam sekumpulan mata pelajaran (contohnya, Crone et al., 1994a, 1994b, 1995; Lang, 1991; Lang et al., 1992; Teddlie et al., 1995). Dalam kajian pada paras pelajar, pengkaji telah membuat perbandingan terhadap konsistensi pemangkatan skor pencapaian akademik pelajar, iaitu membandingkan pemangkatan skor komposit pencapaian pelajar bagi sekumpulan mata pelajaran dengan pemangkatan skor pencapaian pelajar bagi setiap mata pelajaran yang terkandung dalam kumpulan mata pelajaran tersebut; dan juga membuat perbandingan antara pemangkatan skor pencapaian pelajar bagi suatu mata pelajaran dalam pelbagai jenis ujian pencapaian akademik seperti antara pemangkatan skor pencapaian pelajar dalam ujian rujukan kriteria dengan ujian bukan rujukan kriteria atau pemangkatan skor pencapaian pelajar bagi suatu mata pelajaran dalam peperiksaan-peperiksaan awam.

ii.

Banyak SER di United Kingdom (UK) telah membuat perbandingan antara kriteria-kriteria yang berbeza selain daripada skor pencapaian akademik pelajar. SER telah membuat perbandingan antara kriteria pencapaian akademik dengan kriteria afektif / sosial, antara pelbagai sikap (attitude) yang diukur, dan antara pelbagai pengukuran konsep kendiri (Sammons et al., 1996). SER terkini memanfaatkan penggunaan skor / indeks komposit pencapaian akademik untuk membuat anggaran / ramalan yang lebih tepat tentang hubungan antara pencapaian akademik dengan variabel lain berdasarkan konsistensi hubungan antara pencapaian akademik dengan variabel lain (contohnya, Crone et al., 1994a, 1994b, 1995). Contoh lain, Kochan et al. (1996) telah menggunakan skor komposit bagi mengukur kadar penyertaan pelajar di sekolah (gabungan kadar kehadiran ke sekolah) dan dibandingkannya dengan skor komposit pencapaian akademik. Perbandingan antara dua indeks komposit ini telah menunjukkan kekuatan hubungan yang sederhana antara kadar penyertaan pelajar di sekolah dengan pencapaian akademik. Teddlie dan Stringfield (1993, pp. 84 - ?5) telah menggunakan pendekatan matriks untuk mengelaskan sekolah dalam SER yang bersifat longitudinal. Dalam kajiannya, sebanyak tujuh indikator / petunjuk bagi keberkesanan sekolah (dua indikator bagi pencapaian akademik, empat indikator bagi perlakuan, dan satu indikator bagi sikap) telah dijadikan perbandingan antara pasangan-pasangan sekolah yang dipadankan untuk menentukan status keberkesanan sekolah

dari semasa ke semasa dalam kajian longitudinal. Pengelasan status keberkesanan sekolah ini bagi sekolah-sekolah yang dikaji adalah bersifat pelbagai dimensi, yang melibatkan pencapaian aakdemik, perlakuan dan sikap pelajar. Dapatan-dapatan kajian telah menjurus ke arah mereka bentuk SER yang memanfaatkan penggunaan pelbagai kriteria untuk menentukan status keberkesanan sekolah. Garis-garis panduan bagi amalan SER yang baik termasuklak: i. Menggunakan pelabagai kriteria untuk mengukur keberkesanan sekolah, termasuk pencapaian akademik, sikap (terhadap diri dan orang lain), dan perlakuan. Menggunakan variabel-variabel komposit kerana ia dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang keberkesanan sekolah. Menggunakan pendekatan matriks yang terdiri daripada pelabagai dimensi untuk mengakses (mengukur) keberkesanan sekolah. Mengukur perlakuan pelajar-pelajar kerana ia merupakan faktor penting yang akan menentukan sifat / perlakuan masyarakat pada masa depan. Mengukur variabel-variabel yang sensitif terhadap misi sekolah pada abad ke-21 ini seperti pengukuran terhadap tanggapan perkauman mungkin merupakan indikator yang penting terhadap keberkesanan sekolah dalam kontekskonteks tertentu (contohnya, fitz-Gibbon, 1996); pengukuran terhadap kesamaan peluang untuk diorientasikan dengan set perlakuan dan sikap yang dikehendaki sekolah / masyarakat, dan pengukuran terhadap kemahiran-kemahiran

iii.

ii.

iii. iv.
v.

iv.

pembelajaran dan pemerolehan pengetahuan pada zaman teknologi maklumat.

kerana staf menganggap kajian hubungan ini merupakan satu pencerobohan terhadap kehidupan peribadi mereka.

2. Keperluan Untuk Menyelidik Dimensi Ketiga


Dalam Persekolahan Skop baru yang muncul dalam SER sejak beberapa tahun kebelakangan ini ialah kajian terhadap pola-pola hubungan yang wujud antara staf (guru dan pentadbir sekolah) dan juga pola-pola hubungan yang wujud antara kumpulan-kumpulan pelajar. Kajian terhadap pola-pola hubungan ini merupakan dimensi ketiga dalam persekolahan, di samping dimensi-dimensi organisasi dan budaya. Sebelum ini, kebanyakan SER tidak menyelidiki dimensi ketiga ini disebabkan:

ii.

i.

Hubungan antara staf dan hubungan antara pelajar sukar diukur kerana alatukur-alatukur seperti soal selidik dan temubual yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang hubungan-hubungan yang wujud dalam sekolah mungkin menyebabkan kesan reaktif daripada respondan-respondan (Webb et al., 1981). Sebaliknya sosiogram merupakan alatukur yang kurang reaktif untuk mengukur struktur sosial dalam satu kumpulan dan untuk mengukur status sosial bagi setiap individu dalam kumpulan tersebut (Borg dan Gall, 1989, Monero, 1953). Teddlie dan Kochan (1991) telah menggunakan sosiogram untuk mengukur jenis-jenis hubungan yang wujud antara staf, manakala banyak pengkaji lain telah menggunakan sosiogram untuk mengukur hubungan antara pelajar (Asher dan Dodge, 1986, Tyne dan Geary, 1980). Namun begitu, kajian tentang hubungan-hubungan staf yang wujud dalam sekolah di negara-negara yang mempunyai berbilang budaya adalah sukar dijalankan

Hubungan antara individu (interpersonal) dalam kalangan staf mahupun dalam kalangan pelajar adalah sukar dikonsepsikan dan dianalisa akibat daripada kompleksiti hubungan dalam kumpulan-kumpulan sosial tersebut. Teknik analisis yang kerap digunakan dalam kajian-kajian hubungan ini ialah analisis jaringan / rangkaian (network analysis) ke atas data yang dikumpulkan melalui pentadbiran sosiogram kepada ahli-ahli dalam suatu kumpulan sosial. Analisis jaringan sosial merupakan satu teknik analisis yang mula digunakan pada akhir tahun 1970an dan awal tahun 1980an (Rogers dan Kincaid 1980) dan memenuhi kesesuaian untuk menjadi alat-alat perwakilan (modelling) dan alat analisis bagi data-data dalam bentuk sosiogram. Kajian-kajian terkini oleh Durland (dalam Durland, 1996, Durland dan Teddlie, 1996) merupakan SER pertama yang menggunakan analisis jaringan untuk menganalisis data-data dalam bentuk sosiogram dan mempersembahkan hasil analisis dalam bentuk struktur hubungan yang wujud dalam kumpulan staf yang dikaji. Terdapat persepsi dalam umum kalangan pengkaji bahawa hubungan-hubungan interpersonal dalam satu unit sosial, terutamanya hubungan interpersonal dalam kalangan staf adalah sangat sukar untuk berubah. Persepsi ini telah menyebabakan pengkaji dalam bidang pembaikan sekolah tidak berminat menyelidiki pola-pola hubungan sehingga awal tahun 1990an. Terdapat tiga faktor yang membawa kepada kesedaran dalam kalangan pengkaji tentang kepentingan untuk menyelidiki pola-pola hubungan, terutamanya

iii.

hubungan-hubungan antara staf (Reynolds, 1991b; Reynolds dan Packer, 1992):

sub-budaya (Stoll dan Fink, 1996) atau banyak kumpulan kecil dalam kalangan staf di sekolah tidak berkesan.

a. Dapatan-dapatan

kajian emperikal dari Amerika Syarikat (Durland, 1996; Durland dan Teddlei, 1996; Teddlie dan Kochan, 1991) telah berjaya menghubungkaitkan keberkesanan pada pelbagai paras sekolah dengan perbezaan dalam pola-pola hubungan interpersonal antara staf.

c. Sesetengah

kajian pembaikan sekolah telah menunjukkan kewujudan hubungan-hubungan lepas yang membawa pengaruh hingga memberi kesan terhadap usaha-usaha pembaikan dalam pembangunan profesional guru (Hopkins et al., 1994).

b. Lebih banyak dapatan kajian yang bersifat jangkaan / spekulatif dalam bidang SER dan pembaikan sekolah di UK dan USA telah menghubungkaitkan ketidakberkesanan sekolah dengan ketidakfungsian / kegagalan hubungan antara staf (Reynolds dan Packer, 1992; Myers, 1995; Stoll, 1995); Stoll et al., 1996; Stoll dan Fink, 1996; Teddlie dan Stringfield, 1993). Reynolds (1996) telah menyifatkan hubunganhubungan ketidakfungsian dalam kalangan staf yang wujud di sekolah-sekolah kajian sebagai The presence of numerous personality clothes feuds, personal agendas and fractured relationships within the staff group, which operate to make rational decision-making a very difficult process, (Reynolds, 1996, p. 154) Hubungan-hubungan ketidakfungsian ini berpunca daripada keunikan sejarah sosial-psikologi sekolah (Teddlie dan Stringfield, 1993) dan mempunyai kecenderungan untuk berlarutan kecuali berlaku perubahan-perubahan drastik (dirancang atau tidak) dalam hubungan antara staf di sekolah tersebut. Lazimnya hubungan-hubungan sedemikian dimanifestasikan dengan kewujudan banyak

Durland dan Teddlie (1996) telah menggunakan CentralCohesiveness Model untuk menyatakan (postulate) bahawa perbezaan tahap keberkesanan sekolah dapat dikenalpasti dengan meneliti sejauh manakah guru-guru dihubungkaitkan (yang diukur dalam analisis jaringan sebagai kepadatan jaringan) dan sejauh manakah kedudukan pengetua di tengah-tengah jaringan hubungan (diukur dalam analisis jaringan sebagai kepusatan kumpulan, atau perantaraan kepusatan). Sosiogram-sosiogram yang dihasilkan melalui analisis jaringan dapat digunakan untuk mengesan kewujudan kumpulan-kumpulan kecil yang muncul dalam sekolahsekolah tidak berkesan. Durland dan Teddlie (1996) telah mengesyorkan dapatan-dapatan awal berdasarkan analisis jaringan yang digunakan untuk menganalisis perbezaan antara sekolah berkesan (yang dijelaskan sebagai jaringan yang teratur atau well-webbed) dengan sekolah tidak berkesan (yang dicirikan oleh kumpulan-kumpulan kecil atau struktur-struktur yang berserabut iaitu string structures). Namun begitu, SER dalam dimensi ini masih lagi pada peringkat permulaan. Rajah 1 di bawah menunjukkan bentuk jaringan bagi sebuah sekolah berkesan. SER pada masa depan dalam dimensi ini dapat dikembangkan melalui beberapa cara:

i. Lebih

banyak usaha perlu dilakukan untuk memperhalusi sifat-sifat sekolah berkesan dan sekolah tidak berkesan dengan mengambil kira indeks-indeks sosiometrik dan sosiogram bagi menunjukkan perbezaan tahap keberkesanan antara sekolahsekolah. longitudinal dengan menggunakan indeks-indeks sosiometrik dan sosiogram adalah berguna untuk menjelaskan bagaimana hubunganhubungan sosial berubah mengikut masa dan menentukan sama ada perubahan-perubahan tersebut adalah berkaitan dengan perubahan-perubahan dalam status / tahap keberkesanan sekolah atau tidak.

ii. Kajian-kajian

memimpin ke arah peningkatan kompleksiti dalam teori pembangunan. Secara ekspelisit, ahli teori telah memasukkan impak ini dalam laporan bahawa paras variabel konteks yang berbeza boleh diadakan dalam sekolah berkesan dan hubungan proses yang berkaitan. Konstektual teori yang sensitif dalam keberkesanan sekolah ini telah menggabungkan teori kontingensi sebagai rangka kerja untuk menginterpretasikan keputusan SER. Teori kontingensi menerangkan sebab variabel-variabel keberkesanan sekolah tertentu melintasi paras-paras konteks, sementara variabel yang lain tidak. Sebagai contoh, pengaruh sesuatu prinsip kepimpinan utama dalam pencapaian pelajar di Netherlands adalah satu ilustrasi / gambaran yang baik kepada variabel keberkesanan sekolah yang tidak melintasi daripada satu negara kepada yang lain, yakni tepat pada perbezaan konteks negara. Kajian konteks dalam SER juga mula memberi impak kepada teori pembaikan sekolah kerana ahli-ahli pembaikan sekolah sedar bahawa tidak terdapat silver bullets (alat pengukur alternatif) yang selalunya membawa kepada kemajuan sekolah. Sebagai sebaliknya, seperti dalam bab 7, model yang sensitif kepada konteks dalam pembaikan sekolah pada pelbagai paras muncul sebagai satu kajian telah menunjukkan bahawa perkara-perkara yang mengubah proses boleh berubah kepada degree yang sangat besar oleh faktor-faktor konteks seperti SES, tahap keberkesanan sekolah atau barisan aliran kemajuan sekolah. Bab 5 menunjukkan bahawa sesetengah variabel konteks mempunyai kesan utama terhadap sekolah berkesan dan proses yang terlibat. Interaksi antara variabel-variabel konteks termasuk:

iii. Indeks-indeks sosiometrik dan sosiogram juga harus


diperkembangkan agar dapat digunakan untuk mengukur pola-pola hubungan antara pelajar dalam bilik darjah. Data-data ini mungkin dianggap penting sebagai indikator tambahan terhadap keberkesanan sekolah jika pengkaji beranggapan bahawa sekolah berkesan seharusnya akan merapatkan hubungan antara pelajar. Terdapat kemungkinan wujud perbezaan dalam pola-pola hubungan antara pelajar dalam kelas dan sekolah berkesan berbanding dengan kelas dan sekolah tidak berkesan. 3. Keperluan Konteks Untuk Mengembangkan Variabel

Pengenalan kepada variabel konteks ke dalam SER mempunyai banyak impak yang sangat besar di antara bidang sekolah berkesan, keberkesanan sekolah dan kebaikan sekolah seperti yang diterangkan dalam bab 5. Pertimbangan kepada variabel konteks dalam SER juga

i.

Jenis komuniti mengikut saiz sekolah: Hannaway & Talbert (1993) melaporkan bahawa saiz sekolah memberi kesan positif kepada komuniti guru di pinggir kota dan kesan negatif kepada komuniti guru di sekolah desa. Ertinya apabila saiz sekolah di pinggir bandar bertambah, komuniti guru juga bertambah, tetapi apabila saiz sekolah desa bertambah, komuniti guru di desa pula sebalik keadaannya. Jenis komuniti mengikut negara : Interaksi antara kawasan dengan jenis komuniti juga muncul dalam kajian SER di USA dan UK. Jenis komuniti tidak memainkan peranan secara signifikan dalam kontektual di UK berbanding di USA khususnya disebabkan oleh kurangnya variasi dalam variabel ini di UK. Sekolah-sekolah di UK tidak banyak berbezanya dari segi kedudukan geografi dan budayanya jika berbanding di USA; ini mengurangkan kesan variabel bentuk komuniti di UK.

negara-negara sedang membangun dibandingkan negara-negara maju dengan menggunakan metadologi yang sama.

iii.

ii.

Variabel-variabel konteks perlu yang baru ditambah dalam rekabentuk SER. Variabel kawasan dalam sesuatu negara mungkin mempunyai kesan yang amat besar dalam sesetengah negara. Umpamanya di USA, kesan sekolah dan proses yang berkait dengan keberkesanan sekolah mungkin berbeza di Northeast, Midwest, di Selatan dan di Barat. Di UK, perbezaan latar sejarah dan budaya adalah variabel-variabel konteks antara kawasan. Contoh yang lain dan kolej yang boleh digunakan sebagai tahap tambahan. Secara umumnya, untuk menjadikan pembelajaran konteks dalam SER lebih mantap, variabel konteks yang meliputi pelbagai paras, julat dan variasi perlu dimasukkan.

iv.

Bahagian-bahagian yang penting sebagai usaha tambahan bagi SER dalam area ini, termasuklah: i. Variasi besar yang wujud bagi faktor-faktor pendidikan dan variabel konteks budaya berkemungkinan lenyap jika kajian SER menjurus ke arah simplistik, menggunakannya secara terus (apa yang berkesan) tanpa menganalisis perbezaan budaya. Kajian SER tentang interaksi antara variabel-variabel konteks adalah penting. Penyelidik perlu memberi perhatian kepada variasi yang wujud dalam variabel konteks. Kajian-kajian perbandingan SER antara negara-negara adalah berguna untuk menentukan saiz kesan sekolah bagi

4. Keperluan Dalam Menganalisis Perbezaan Di antara Sekolah dan Kelas Kajian kebelakangan kini menunjukkan bahawa perbezaan atau variasi dalam sekolah dan faktor guru mungkin menentukan hasil dan keberkesanan sekolah. Lousiana School Effectiveness Studies handbook menyatakan bahawa wujud variasi kecil dalam sekolah berkesan dan variasi yang kecil dalam tingkahlaku guru-guru di sekolah. Kajian International School Effectiveness Research Project (ISERP) oleh Creemers dan rakan-rakan pada tahun 1996 mendapati negara-negara yang mempunyai pendidikan yang berkesan, memiliki set guru-guru dan sekolah-sekolah yang lebih homogenus (sama sedikit variasi antara guru

ii.

dan sedikit variasi antara sekolah). Kajian ISERP ini juga mendapati bahawa sekolah-sekolah berkesan di setiap 9 buah negara kajian mempamerkan proses-proses organisasi yang konsisten dan boleh diramalkan menerusi masa, bahkan ahli-ahli organisasi (staf sekolah) juga adalah konsisten (tidak berubah) dalam suatu tempoh masa tertentu. Murphy (1992) telah mengatakan bahawa organisasi sekolah berkesan adalah bersifat simbolik, budaya dan ketat dan seterusnya mengimplikasikan bahawa organisasi sekolah kurang berkesan adalah longgar dan tidak berkesan. Kebolehpercayaan pelaksanaan program pembaikan sekolah perlu untuk memastikan pembaikan dalam hasilhasil pendidikan. Program pembaikan sekolah, semakin diakui dapat menghasilkan lebih banyak perbezaan (dengan itu menurunkan potensi keberkesanan) kerana pencapaian bagi individu / sekolah yang kurang kompeten. Oleh itu, program pembaikan sekolah yang tidak mengambil kira unsur perbezaan ini secara konsisten telah membawa kesan yang mengecewakan. Dalam hal ini, pembangunan profesional guru dilihat sebagai penting untuk mengurangkan perbezaan tersebut. Adalah dihujahkan bahawa, pengaruh daripada variasi sekolah dan faktor guru menjadi semakin penting sejak kebelakangan ini kerana banyak faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan kanak-kanak seperti keluarga, komuniti dan media serta masyarakat umum, telah menjadi semakin heterogenerous dan berbeza. Kita memerlukan penyelidikan lanjut untuk menekankan kepentingan range (paras) dan variasi dalam bidang berikut:

i.

Tingkah laku guru dalam pengajaran, melihat perbezaan di antara guru-guru pada suatu ketika masa dan melihat konsisten tingkah laku guru dalam tempoh masa yang berterusan. Tanggapan dan pelaksanaan ahli-ahli sekolah terhadap matlamat pendidikan. Hubungan dan konsisten di antara faktor kelas, faktor daerah dan faktor sosial.

ii.

iii.

Ternyata bahawa SER sering memaparkan sisihan piawai kepada semua variabel (dan pengukuran variasi yang lain), selagi spekulasi ini terus dikembangkan. Variabel ini akan lebih jelas dan terang pengaruhnya. 5. Keperluan Dalam Mengkaji Kemungkinan Adanya Unsur Tambahan Dalam Suasana Sebenar Sekolah dan Keluarga. Pada masa kini, terdapat sekumpulan besar data yang melintasi pelbagai konteks nasional dan mencadangkan bahawa latar keluarga dan kualiti sekolah mungkin berkait dengan kemungkinan adanya kesan terhadap kanak-kanak dan polisi pendidikan secara umumnya. Mortimore dan Byford (1981) di Swesen oleh Grosin (1993) dan Teddlie (1996) di United State menunujukkan bahawa walaupun faktor pengaruh latar belakang individu dikawal atau tahap pencapaian dikawal, namun masih wujudnya kecenderungan bagi sekolah di kawasan SES menengah yang menunjukkan prestasi yang lebih baik, daripada sekolah di kawasan SES rendah. Secara tegasnya, kumpulan sekolah di bawah garisan regresi wujud dalam komuniti yang kurang beruntung walaupun sekolah sebegini sering

menerima sumber tambahan dalam aspek sumber kewangan untuk memajukan sekolah-sekolah tersebut dan biarpun sekolah-sekolah ini telah banyak membangkitkan perhatian daripada reformasi pendidikan. Idea tambahan adalah penting apabila ia dapat menerangkan satu dapatan yang kukuh daripada semua percubaan, reformasi pendidikan selepas perang, yakni ketidaksamaan kelas sosial untuk mengakses kelayakankelayakan pendidikan tidak diubah oleh pembaikan pendidikan dalam keadaan tindihan, lebih menjelaskan persefahaman antara para pengkaji sekolah dalam 2 bidang iaitu bidang sosiologi pendidikan yang menerangkan pengaruh struktur sosial, dan ahli pendidikan sekolah keberkesanan yang menekankan kekesanan sekolah itu tersendiri. Perbezaan yang berlaku dapat memberi tanggapan tentang perubahan struktur sosial yang bakal berlaku. Kita perlu tahu mengapa terdapat kecenderungan sekolah berkesan berada di kawasan yang lebih beruntung kedudukannya. Perbezaan penempatan guru yang berkualiti ke sekolah di kawasan yang lebih mungkin merupakan salah satu faktor. Menitikberatkan keutamaan kedudukan sosial, perluasan penawaran pekerjaan disebabkan oleh perkembangan populasi dan kurangnya tekanan dari persekitaran mungkin adalah antara faktor-faktornya. Wujudnya situasi sekolah yang banyak mendatangkan tekanan stress akan mendorong kepada kelemahan dalam pengurusan organisasi dan personal, unsur tekanan berkaitan dengan kekurangan staf berkualiti dalam sesebuah sekolah. 6. Keperluan untuk Mendalami Unsur Dalaman Di antara Tahap Persekolahan

Metadologi multilevel yang semakin terkenal dengan jelas telah menekankan keperluan untuk mengkonseptualisasi semula proses data yang telah dikumpul. Penggunaan unsur individu, kelas, sekolah dan faktor-faktor sekolah dengan jelas telah mewujudkan pelbagai paras dalam kajian SER (multilevel). Setakat ini kita memiliki pemahaman yang kurang tentang interaction dan transaction di antara paras biarpun dalam penumpuan yang lebih umum seperti kelas / sekolah atau yang lebih khusus dalam wilayah (sekolah / wilayah). Perkembangan pengenalan terhadap kepentingan range atau variasi yang dinyatakan di atas menggalakkan kita ke arah pemahaman bahawa pengurusan sumber unsur dalaman di antara sekolah dan kelas menghasilkan variasi yang luas dalam keberkesanan sekolah dalam sesetengah keadaan. Unsur-unsur dalaman kelas / sekolah yang perlu diberi perhatian melibatkan: Guru yang terpilih Penyeliaan guru besar terhadap persembahan guru (pada paras sekolah) Mekanisme sekolah dalam memastikan orientasi matlamat guru adalah sama Kegunaan data persembahan guru dalam memahami persembahan guru yang outliner Konsistensi hubungan di antara guru

Interaksi-interaksi yang berlaku pada paras persekolahan yang berlainan, dengan kemungkinan interaksi antara paras sekolah dengan paras daerah difikirkan sebagai penting. Area-area yang boleh dikaji dalam agenda SER ini adalah seperti berikut: Variasi sekolah yang ditimbulkan daripada penasihat wilayah, inspektor dan personal.

Perbezaan wilayah dalam pengagihan tenaga kerja (staff) kepada sekolah yang berbeza (USA). ii.

kumpulan rawatan kumpulan kawalan.

sahaja

tetapi

tidak

kepada

Kajian SER terhadap unsur dalaman pelajar / kelas boleh didalami dengan memberi tumpuan kepada area-area berikut: Lingkungan di antara peralihan pengurusan yang baik di antara guru dengan gred / tahun Penyelarasan pelbagai program pelajar pada peringkat wilayah untuk memenuhi keperluan kursus atau untuk pelajar yang berkeupayaan tinggi.

Ancaman-amcaman (untuk kesahan) yang berlaku apabila kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dipilih secara rawak dalam sesebuah sekolah, ataupun dari segi geografi, sekolah-sekolah yang terpilih secara rawak untuk kajian berada di lokasi yang dekat dalam sesuatu daerah.

7. Keperluan Untuk Mengkaji Eksperimen-Eksperimen Persekolahan Yang Telah Sedia Wujud Semua masyarakat kini menunjukkan sistem pendidikan mereka yang boleh dikaji secara eksperimen pada tahap makro (perubahan polisi) dan tahap mikro (perubahan sekolah dan bilik darjah dalam aspek organisasi, kurikulum, pentadbiran, penilaian dan sebagainya). Kajian-kajian eksperimen sememangnya mempunyai banyak kebaikan dalam mengkaji keberkesanan sekolah. Dalam hal ini, metadologi good standard (Fitz-Gibbon, 1996) telah menyediakan keadaan rawak untuk membolehkan pemilihan kumpulan pelajar rawatan dan kawalan yang diguna untuk kajian. Walau bagaimanapun, beberapa pertimbangan telah menjadi penghalang untuk penggunaan kaedah eksperimen dalam kajian keberkesanan sekolah. Di antaranya: i. Masalah-masalah etika yang berkaitan kesukaran untuk memberi faktor-faktor dengan kepada

Sebenarnya, kaedah eksperimen sememangnya persekolahan yang telah sedia wujud mempunyai potensi penggunaan yang harus dipertimbangkan dalam bidang ini. Output kumpulan rawatan (sekolah-sekolah atau pelajarpelajar yang diberi rawatan) akan dibandingkan dengan output kumpulan kawalan (sekolah-sekolah atau pelajarpelajar yang tidak diberi rawatan). Kedua-dua kumpulan yang dibandingkan itu mempunyai faktor-faktor latar belakang yang serupa, yang berlainan hanyalah dari segi pemberian faktor rawatan. Jika kedua-dua output tersebut menunujukkan perbezaan, ini dapat menunjukkan kesan untuk rawatan yang diberikan. Selain daripada kebaikan tersebut, kaedah eksperimen juga boleh diguna untuk mengelakkan masalah multicollinearity (seperti yang dibincangkan dalam Topik 3) yang boleh mengganggu kajian. Selain itu, kaedah ini juga membolehkan pelajar-pelajar mendapat kualiti pendidikan yang lebih baik (kerana diberi rawatan) sewaktu kajian dilakukan. Tambahan pula, kajian eksperimen yang bersifat semulajadi juga akan melibatkan reka bentuk yang bersifat kohort (seperti kumpulan intact) dan memerlukan jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, beberapa masalah tetap mungkin tertimbul dalam kaedah eksperimen ini. Misalnya, kumpulan-kumpulan yang dikaji sendiri akan mengalami

perubahan menjelang masa yang panjang, atau terlibat dalam perubahan faktor-faktor lain seperti kejadian reformasi dalam bidang pendidikan yang berlaku di Britain telah melibatkan perubahan dalam latihan guru, organisasi sekolah, kurikulum sekolah serta kaedah-kaedah pengajaran. Seterusnya, perubahan ini akan merumitkan lagi pengenalan kesan rawatan yang diamal dalam kajian. Tambahan lagi, masalah multicollinearity (misalnya, pelajarpelajar yang sememangnya baik dan juga berasal daripada keluarga yang baik akan menunjukkan hasil kajian yang positif terhadap program rawatan baru yang digunakan) mungkin kembali semula apabila kajian dengan tempoh masa yang panjang. Walaupun wujud beberapa kelemahan dalam kajian eksperimen, kaedah ini masih mempunyai jauh lebih banyak kekuatan lain, misalnya, hasil-hasil kajian yang dapat menghasilkan pengetahuan yang lebih kukuh dalam penyelidikan keberkesanan sekolah. Oleh itu adalah menjadi satu harapan supaya para pengkaji akan lebih tertarik kepada aplikasi kaedah eksperimen kuasi terutamanya apabila kajian dilakukan di negara-negara yang telah menyediakan pelbagai peluang untuk kajian jenis ini. 8. Keperluan untuk Meningkatkan Variasi Pada Paras Sekolah Banyak pandangan mencadangkan bahawa paras bilik darjah atau paras pembelajaran yang memberi lebih banyak pengaruh terhadap perkembangan pelajar berbanding dengan paras sekolah, yang mana lebih berpengaruh jika dibanding dengan paras pentadbiran pendidikan tempatan ataupun daerah (rujuk topik 3). Akan tetapi, dengan adanya perkembangan beberapa bentuk metadologi pelbagai paras, variasi pada paras bilik darjah yang telah disembunyikan dan diganti oleh penggunaan nilai purata pada paras sekolah.

Kelemahan ini dapat dikesan dalam kajian SER yang melibatkan sekolah-sekolah dan proses-prosesnya sebagai unit analisis dalam kajian polisi dan intervensi polisi (seperti yang dibincang dalam topik 4). Sekolah mempunyai kesan tersendiri yang berlainan daripada peranan yang dimainkan dalam paras bilik darjah. Kesan sekolah adalah pada peringkat budaya atau etos yang mana lebih besar daripada pengaruh jumlah bahagian-bahagian komponen, seperti yang dinyatakan oleh Rutter et al. (1979). Salah satu alasan yang menyebabkan para pengkaji gagal dalam menunjukkan kekuatan atau kuasa pada paras sekolah dalam memperlihatkan hasil analisis ialah mereka telah menggunakan variasi dalam paras sekolah yang terlalu sempit, di mana sampel-sampel sekolah adalah diambil dalam sesuatu negara ataupun kebudayaan yang menunjukkan sifat-sifat sekolah yang hampir sama disebabkan pengaruh daripada tradisi negara. Misalnya, saiz sekolah rendah di Britain dengan nilai minimum 15 orang pelajar dan maksimum 750 orang pelajar mempunyai sifat yang sangat berbeza dengan Taiwan yang mana saiz sekolah rendahnya yang paling kecil mempunyai 80 orang pelajar dan paling besar mengandungi 8000 pelajar. Jelas disini bahawa, variasi yang wujud merentasi negara-negara yang berlainan adalah lebih besar berbanding dengan variasi yang diwujudkan dalam sesebuah negara sendiri. Akan tetapi dalam hal ini, saiz bilik darjah tidak menunjukkan perubahan variasi yang begitu pesat walaupun merentasi beberapa negara. Sebagai contoh, saiz bilik darjah dalam Britain sendiri mungkin berjulat dari minimum 17 atau 18 orang kepada maksimum 40 orang pelajar. Apabila pensampelan yang serupa dilakukan merentasi dunia, mungkin saiznya mencapai 12 atau 13 orang pada minimum dan 60 atau 70 orang pelajar pada

maklumannya dalam masyarakat-masyarakat yang sedang membangun. Menambahkan julat variasi akan meningkatkan kuasa penerangan terhadap hasil kajian keberkesanan sekolah, bukan sahaja dari aspek kuantiti tetapi juga dari aspek kualiti. Misalnya di Britain, terdapat beberapa tahap gaya kepimpinan ketua guru yang berjulat dari sederhana lateral kepada sederhana mendominasi. Keadaan ini agak berbeza di negara lain, seperti Taiwan yang jelas diperhatikan bahawa gaya kepimpinan yang autokrati dan Denmark pula menunjukkan gaya kepimpinan yang lateral (polisi sekolah dihasilkan oleh para guru) sahaja. Oleh yang demikian, gambaran yang lebih sah terhadap pengaruh bilik darjah atau sekolah dapat dihasilkan. 9. Keperluan Untuk Mengkaji Kegagalan / Ketidakkeberkesanan Sekolah

imej sistem pendidikan yang lemah dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, mengkaji sekolah yang tidak berkesan selalunya lebih sukar daripada mengkaji sekolah berkesan kerana maklumat yang diperolehi daripada sekolah tidak berkesan biasanya adalah tidak tepat untuk melindungi pihak sekolah daripada dikritik oleh masyarakat luar. Pelbagai masalah akan wujud sekiranya keberkesanan sekolah hanya memberi tumpuan yang lebih kepada kajian sekolah berkesan berbanding dengan sekolah yang tidak berkesan. Salah satunya, kita tidak dapat mengetahui faktor-faktor yang membolehkan sekolah untuk terus menjadi berkesan menjelang masa. Selain itu, faktor-faktor lain yang mungkin akan mengganggu keberkerkesanan sekolah juga tidak dapat dikesan. Faktor-faktor yang dimaksudkan itu mungkin hanya wujud dalam sekolah tidak berkesan tetapi tidak wujud dalam sekolah berkesan, misalnya, kejadian konflik di antara kakitangan yang berlaku dalam sekolah tidak berkesan. Selain itu, sasaran untuk mencontohi ciri-ciri dalam sekolah berkesan kadang kala tidak dapat dicapai oleh sekolah yang tidak berkesan memandangkan persekitaran di antara mereka yang jauh berbeza. Kelemahan dalam pendekatan kajian SER ini harus berubah kepada pendekatan kajian dalam bidang perubatan, di mana doktor akan mengkaji punca penyakit berdasarkan gejala-gejalanya dan memikirkan cara-cara untuk memberi rawatan yang sesuai demi memulihkan kesihatan. Dengan erti kata yang lain, kajian perubatan bukan mengatasi penyakit melalui kajian kesihatan yang baik, tetapi adalah menerusi kajian terhadap penyakit. Oleh itu, kajian keberkesanan sekolah harus mengalihkan dirinya ke arah mengkaji punca-punca ketidakberkesanan sekolah dan mencari jalan yang sesuai untuk mengatasi kelemahannya.

Satu kelemahan yang jelas diperhatikan dalam kebanyakan pengkajian keberkesanan sekolah dan pembaikan sekolah ialah penumpuan hanya diberi kepada sekolah yang sihat atau berkesan tetapi kurang diberi tumpuan kepada sekolah yang sakit atau tidak berkesan (Reynolds, 1996; Stoll and Myers, 1997). Kemudian, ciri-ciri sekolah berkesan akan cuba dijadikan sasaran untuk memperbaiki sekolah yang kurang berkesan. Kegagalan eksperimen dalam kejuruteraan sosial pada tahun 1970an (Reynolds et al., 1987) beserta dengan dapatan penyelidikan telah mencadangkan tiada perbezaan yang wujud di antara sekolah-sekolah (Coleman et al. 1966; Jenks et al., 1971; Bernstien, 1968). Keadaan ini telah membawa kepada pertahanan pengkaji kepada bidang keberkesanan sekolah dan keengganan untuk menerokai penyakit sekolah dengan ketakutan untuk menghasilkan

10. Keperluan Untuk Mengkaji Isu-Isu Kurikulum Dan Penilaian Adalah jelas bahawa kajian variasi kurikulum sama ada di dalam sekolah ataupun di antara sekolah-sekolah tidak difokuskan dalam kajian keberkesanan sekolah sejak tiga dekad yang lalu. Keadaan ini mungkin disebabkan: i. Para pengkaji lebih berkecenderungan untuk mengkaji tingkah laku dan pendekatan-pendekatan teknik yang mana merupakan sifat luaran sekolah dan bukan kandungannya. SER sentiasa berorientasikan politik kolot di mana persekolahan dianggap sebagai sesuatu yang baik dan kajian keberkesanan sekolah harus menggalakkan lebih banyak pelajar untuk meneruskannya. Dalam anggapan ini, sebarang penilaian ke atas kurikulum yang paling berkesan adalah tidak diperlukan ataupun kurang penting daripada mencurahkan pengetahuan yang tersedia wujud kepada pelajar. SER merupakan satu reaksi daripada perbincangan para pendidik tentang hal-hal untuk mencapai sasaran pendidikan yang sepatutnya. Oleh itu, kajian keberkesanan sekolah akan menerima sasaran-sasaran yang sedia ada serta corak kurikulum yang wujud dengan menumpukan perbincangan dari segi organisasi sekolah yang sesuai untuk membolehkan pelajar-pelajar mencapai sasaran tersebut. SER telah menyedari tentang kesukaran dalam mengukur pembolehubah kurikulum. Peruntukan masa untuk mengkaji organisasi pengetahuan dalam kurikulum secara umum masih tidak sukar diukur tetapi percubaan untuk kajian yang selanjutnya serta

pembinaan tipologi-tipologi organisasi dan kandungan kurikulum yang berterusan seperti open-closed, traditional-new atau culturally elitist telah terbukti memerlukan usaha yang banyak tetapi dengan hasil yang tidak setimpal. Kajian SER terhadap kurikulum adalah sukar dan sentiasa dielakkan dan tindakan sedemikian mungkin akan melemahkan pengajian dalam bidang pendidikan. Keengganan untuk mempertimbangkan isu-isu kurikulum akan menyempitkan perbincangan mengenai kandungan pengetahuan yang paling sesuai dalam sekolah pada dunia yang post modern age atau information economy and society. Wujud juga keengganan pengkaji SER untuk membincangkan perkara kurikulum mahupun melibatkan diri dalam perbahasan untuk menentukan sama ada bentuk pengetahuan dan kemahiran melalui tugasan pembelajaran (Resnick et al., 1992). Berbeza dengan teori-teori metakognitif, model pengajaran yang tradisi adalah berpusatkan guru di mana pengetahuan (yang sedia ada dalam kurikulum) disampaikan secara terus kepada pelajar melalui pengajaran guru. Model pengajaran yang baru pula adalah lebih berpusatkan pelajar untuk membina ilmu secara sendiri. Dalam hal ini, peranan guru perlu berubah dari memberi syarahan sahaja tetapi kepada melatih pelajar tentang teknik-teknik dan strategi-strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membina pengetahuan mereka sendiri. Keengganan pengkaji SER untuk membahaskan isu-isu nilai yang menjadi sebahagian elemen utama dalam perbincangan kurikulum dan keengganan dalam menyetujui hasil ukuran baru yang mana lebih sesuai untuk kajian pada masa depan akan meningkatkan risiko bagi mereka yang aktif dalam menjelajahi isu-isu kurikulum.

ii.

iii.

iv.

11. Keperluan Untuk Memperoleh Manfaat Daripada Penggunaan Analisis Statistik Multilevel Structural Equation Modelling (SEM) Satu kejayaan besar yang dapat diperhatikan dalam multilevel modeling adalah lebih sesuai daripada kaedah analisis regresi dalam menggambarkan proses pendidikan. Begitu juga, multilevel structural equation modelling (SEM) akan menggantikan multilevel modelling pada masa depan dengan alasan yang sama. Beberapa orang misalnya Hallinger and Hack (1996) serta Scheerens and Bosker (1997) mengagakkan bahawa kesan sekolah terhadap pelajar adalah berlaku secara tidak langsung. Multilevel SEM dapat membina model secara statistik untuk variabel-variabel sekolah yang tidak membawa kesan langsung kepada pencapaian pelajar dengan menggunakan pendekatan multilevel. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa kemunculan multilevel SEM memungkinkan para pengkaji untuk menghasilkan kajian statistikal dan teorikal yang berkualiti tinggi. Kesimpulan Secara kesimpulan, penulis mendapati wujudnya ketekalan merentasi budaya-budaya dalam SER seperti hubungan di antara proses dengan keberkesanan sekolah, saiz kesan sekolah dan sifat-sifatnya saintifiknya. Selain itu, penulis juga menemui bukti tentang kepentingan konteks negara dan tempatan dalam menentukan asas dapatan. Ini adalah kerana sebilangan daripada perbezaan yang wujud dalam konteks-konteks ini akan menunjukkan perbezaan dalam pemilihan struktur metadologi yang digunakan untuk membuat kajian di negara-negara yang berlainan. Oleh itu, adalah amat penting bagi para pengkaji untuk menyedari

tentang strategi yang sesuai digunakan dalam mengkaji konteks negara yang berlainan untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya variasi metadologi yang boleh mengakibatkan kepelbagaian dalam dapatan kajian.

Anda mungkin juga menyukai