Anda di halaman 1dari 15

MATLAMAT, TUJUAN & OBJEKTIF

KURIKULUM

Kuliah 7
PLG 517
Pendidikan sebagai aktiviti berniat
 Aktiviti bererti
(purposeful activity)
 Peringkat niat:
– Matlamat pendidikan – Global, Negara

Semakin khusus
– Tujuan kurikulum – Negara, Tempatan
– Objektif kurikulum – Tempatan, Sekolah
– Tujuan pengajaran – Sekolah, Bilik darjah
– Objektif pengajaran – Bilik darjah
Matlamat Pendidikan
 Pernyataan luas dan umum tentang erti pendidikan –
tanpa menyatakan hasil yang spesifik
 Dibentuk diperingkat antarabangsa dan kebangsaan,
BUKAN diperingkat daerah atau sekolah
 Sebagai petunjuk dan arah tujuan bagi penduduk
dunia, masyarakat, dunia dan negara
 Dalam bentuk ideal, visi, matlamat akhir – sukar
dicapai
 Berdasarkan kehendak masyarakat
 Sarat nilai: bernilai kepada masyarakat
 Berdasarkan kepada kepercayaan falsafah
 Sebagai sumber kepada tujuan kurikulum
Matlamat pendidikan global

Matlamat pendidikan UNESCO:


– Memupuk persefahaman antarabangsa
dikalangan penduduk dunia
– Meningkatkan taraf hidup penduduk di berbagai
negara
– Menyelesaikan perbagai masalah
berterusan(peperangan, wabak penyakit,
kebuluran, pengangguran)

Kesemua matlamat di atas tidak pernah


dicapai sepenuhnya, tetapi masih kekal.
Dimensi Matlamat Pendidikan
 Intelek (Kognitif):
– Pengetahuan, kemahiran, pemikiran, penyelesaian masalah
 Sosial-Personal (Afektif):
– Interaksi personal, interpersonal & intrapersonal
 Produktif (Pekerjaan):
– Peringkat personal, keluarga dan masyarakat
Ronald Doll, 1996
 Fizikal: Mengekalkan kesihatan
 Aestetik: Menghargai seni
 Moral: Nilai dan tingkah laku
 Spiritual: Kepercayaan kepada kuasa ghaib
Ornstein & Hunkins, 2004
Contoh pernyataan Matlamat
Pendidikan

 untuk mewujudkan warganegara yang …


 untuk menyediakan tenaga kerja untuk …
 untuk memupuk perpaduan antara …
 untuk mencapai persefahaman penuh tentang …
 untuk memancarkan warisan budaya kepada …
 untuk memulihkan penyakit masyarakat …
 untuk menyemai nilai-nilai …
 untuk memacu mobiliti sosial di kalangan …
 untuk menyediakan pendidikan bertaraf dunia …
Tujuan Kurikulum

 Matlamat pendidikan apabila diaplikasi dalam sistem


sekolah  tujuan kurikulum
 Pernyataan yang luas dan umum tentang hasil yang
diharapkan daripada kurikulum
 Tanpa kriteria pencapaian, tetapi menyatakan
destinasi penambahbaikan
 Tanpa jangkamasa tertentu
 Tetapi tidak tetap seperti matlamat pendidikan
Contoh-contoh Tujuan Kurikulum

 Untuk membina kemahiran membaca, menulis dan


mengira
 Untuk membina kemahiran bagi memasuki bidang kerja
yang khusus
 Untuk membina rasa hormat terhadap manusia dan
budaya selain daripada budaya sendiri
 Untuk membina rasa sayang terhadap negara
 Untuk menggalakan pengetahuan dan amalan gaya
hidup sihat
 Untuk mewujudkan kesedaran alam sekitar di kalangan
pelajar
 Untuk meningkatkan kadar literasi komputer di kalangan
pelajar sekolah menengah
Menterjemah Matlamat Pendidikan
menjadi Tujuan Kurikulum

MATLAMAT PENDIDIKAN TUJUAN KURIKULUM


 Untuk menghapus buta huruf di  Untuk membina kemahiran
kalangan murid sekolah rendah membaca, menulis, dan mengira
 Untuk mewujudkan  Untuk menggalakan pengetahuan
warganegara yang sihat, aktif dan amalan gaya hidup sihat
dan produktif  Untuk membina kemahiran khusus
 Untuk menyediakan tenaga untuk bidang-bidang tertentu
kerja yang mencukupi untuk  Untuk memupuk rasa hormat
negara terhadap orang lain dan budaya
 Untuk menggalakan perpaduan lain, selain budaya sendiri
di kalangan warga negara yang  Untuk membina rasa sayang
berbagai bangsa dan agama kepada negara
 Untuk memupuj semangat
nasionalisme dan patriotisme
Objektif Kurikulum

 Hasil pemurnian tujuan kurikulum


 Pernyatakan umum tentang objektif kurikulum,
disertai kriteria pencapaian
 Menyatakan darjah penguasaan yang dihasratkan
bagi populasi tertentu
 Dinyatakan dalam bentuk performans atau
tingkahlaku
 Dua atau lebih objektif boleh memenuhi satu tujuan
kurikulum
Contoh-contoh Objektif Kurikulum

 85 % pelajar akan mencapai gred lulus


dalam peperiksaan UPSR bagi ujian
membaca, menulis dan mengira
 90 % pelajar akan diambil bekerja dalam
bidang-bidang berkaitan, selepas latihan
 Kadar ponteng kerana sebab kesihatan akan
turun kepada 3 peratus setahun
Tujuan Kurikulum diterjemah kepada
Objektif Kurikulum

1. Untuk membina kemahiran 1. 85 % pelajar mendapat gred


membaca, menulis dan lulus dalam UPSR dalam ujian
mengira membaca, menulis dan
2. Untuk menggalakan mengira
pengetahuan dan kemahiran 2. Kadar ponteng kerana sebab
gaya hidup sihat kesihatan akan turun kepada 3
3. Untuk membina kemahiran peratus setahun
bagi memasuki berbagai 3. 90 % pelajar akan mendapat
bidang pekerjaan pekerjaan dalam bidang
4. Untuk membina rasa hormat berkaitan selepas tamat latihan
terhadap orang lain dan 4. 85 % pelajar akan terlibat
budaya mereka, selain dalam aktiviti antara budaya
daripada budaya sendiri sepanjang tahun.
5. Untuk membina rasa sayang 5. Semua pelajar akan terlibat
terhadap negara dalam pertandingan menulis
esei Hari Kemerdekaan yang
dianjurkan oleh sekolah.
Tujuan Pengajaran (Objektif Am)
 Pernyataan performans yang dijangka bagi setiap pelajar
 Dalam ayat umum, tanpa kriteria pencapaian
 Menghubungkan tujuan kurikulum dan Objektif Pengajaran
 Khusus dalam tiga domain utama: kognitif, afektif dan
psikomotor
 Contoh:
– Pelajar dapat menunjukkan kefahaman tentang ‘makanan
seimbang’
– Pelajar dapat mempamerkan kemahiran dalam menaip
menggunakan komputer
– Pelajar dapat memahami urutan peristiwa yang membawa kepada
berlakunya Perang Naning
Objektif Pengajaran

 Pernyataan performans yang ditunjukkan


oleh setiap pelajar
 Boleh diperhatikan dan diukur
 Contoh:
– Pelajar dapat menukar angka pecahan kepada
angka perpuluhan, dengan 100 peratus tepat
– Pelajar dapat menyenaraikan peristiwa-peristiwa
mengikut kronologi yang betul, dengan 90 peratus
tepat.
Kesimpulan: Daripada Matlamat
Pendidikan kepada Objektif
Pengajaran

 Matlamat Pendidikan: Menghapuskan buta huruf di kalangan


pelajar sekolah rendah
 Tujuan Kurikulum: Kemahiran membaca, menulis dan mengira
di kalangan pelajar sekolah rendah ditingkatkan setiap tahun
 Objektif Kurikulum: Pada akhir tahun enam, 75% pelajar
sekolah rendah dapat membaca, menulis dan mengira
 Tujuan Pengajaran: Pelajar dapat mempamerkan kebolehan
membaca, menulis dan mengira tanpa menghadapi sebarang
kesukaran
 Objektif Pengajaran:
– Pelajar dapat membaca kuat satu teks, dan menjawab 8 daripada
10 soalan kefahaman dengan betul
– Pelajar dapat menulis satu karangan 250 perkataan, dengan
kesalahan tata bahasa tidak melebihi 10 kesalahan.

Anda mungkin juga menyukai