Anda di halaman 1dari 2

Prasekolah Pendidikan Khas

Program Pendidikan Khas Prasekolah adalah satu program yang mudahubah (flexible) dan tidak formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang berumur antara 4+ hingga 6 tahun. Program ini bertujuan untuk membentuk kesediaan belajar dalam diri kanak-kanak di samping memberi pendedahan awal berkaitan alam pembelajaran di sekolah sebelum mereka menempuh alam persekolahan yang sebenar.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam program ini dijalankan secara tidak formal melalui konsep Belajar Melalui Bermain. Kemasukan murid

Setiap program Pendidikan Khas Prasekolah menempatkan tidak lebih 7 orang murid (nisbah 1: 6.5) yang telah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai murid bekeperluan khas. Syarat kemasukan ke program ini adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia sahaja. Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengenalan Murid Belajar di Sekolah) 1998-U(A)275/98 dan dipinda oleh PU(A)445/07.

Berumur 4+ Disahkan oleh pengamal perubatan

Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain Kurikulum

Program Pendidikan Khas Prasekolah menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang diubahsuai mengikut keperluan pembelajaran murid berkeperluan khas masalah pendengaran dan masalah penglihatan. Pengubahsuaian yang dilakukan adalah dalam aspek hasil pembelajaran serta teknik pengajaran tetapi tidak melibatkan kandungan kurikulum tersebut. Selain pengubahsuaian, penambahan juga dilakukan terhadap kurikulum tersebut bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid bekerluan khas. (SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.26/1998 Garis Panduan Kurikulum

Prasekolah)
Kategori Masalah Pendengaran

Bagi masalah pendengaran, Kompenan Kemahiran Awal Pendengaran dan Pertuturan dimaskukan sebagai komponen tambahan. Kompenen ini merangkumi kandungan berikut:i. ii. iii. iv. v. vi.
Asas pengendalian perkakasan amplifikasi. Kemahiran pra-pertuturan Kemahiran mendengar Kemahiran mendidkriminasikan bunyi Kemahiran menghasilkan suara (vocalizations) Kemahiran memori auditori

vii. viii.

Kemahiran memori visual Kemahiran menghasilkan perkataan-perkataan awal.

Kategori Masalah Penglihatan

Bagi masalah penglihatan, Kompenen Asas dimasukkan sebagai kompenen tambahan. Komponen ini merangkumi kandungan berikut: i. ii. iii. iv. v. vi.
Orientasi dan Mobiliti Kemahiran Kehidupan Harian Latihan Deria Latihan Low Vison Kemahiran Braille Literasi Komputer

Kategori Masalah Pembelajaran

Bagi masalah pembelajaran, satu kurikulum khusus telah digubal iaitu Kurikulum Pendidikan Khas Prasekolah Masalah Pembelajaran. Kurikulum ini masih dalam peringkat edisi percubaan dan kajian bagi menilai kesesuaian kurikulum ini akan dilakukan. Kurikulum ini merangkumi kandungan berikut:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.
Pengurusan Diri Perkembangan Sosial dan Emosi Perkembangan Fizikal Bahasa Melayu English Language Perkembangan Kognitif Pendidikan Islam Pendidikan Moral Kreativiti dan Estetika

http://www.moe.gov.my/bpkhas/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=129&Itemid =190&lang=bm

Anda mungkin juga menyukai