Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN-PERATURAN ACARA

Acara 5000M

Pelari akan berlari sebanyak 12 ½ pusingan balapan bersaiz 400 meter. Pelari akan
berlari tanpa mengikut lorong tertentu. Pelari hendaklah berlari dari mula hingga tamat larian
untuk memenangi sebarang kedudukan. Pelari yang menarik diri dikira batal dan terkeluar
daripada perlumbaan. Pelari dibenarkan berjalan sebentar jika perlu dan kemudian
meneruskan larian, tetapi dia mesti berada di dalam balapan dan tidak mengganggu pe;ari
lain.Pegawai perlumbaan akan membunyikan isyarat (biasanya loceng) atau siren apabila
pelari mempunyai baki satu pusingan lagi untuk menamatkan larian. Pelari hendaklah
memakai pakaian yang sesuai baru dibenarkan untuk berlari. Pelari boleh berlari sama ada
dengan memakai kasut, spikes ataupun tanpa berkasut,tetapi pastikan kasut itu tidak
mendatangkan masalah atau kemungkinan mendapat kecederaan. Pelari hendaklah berlari
dengan mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh IAAF. Pelari tidak
dibenarkan melakukan sesuatu kepadapelari lain dengan niat untuk menghalangnya berlari,
mencederakan atau membatalkan lariannya. Pegawai perlumbaan akan memberi isyarat batal
jika terdapat pelari yang bertindak demikian.

Acara 10000m

Sebagai panduan, berikut adalah sebahagian daripada aturan dan undang-undang


larian untuk acara 10 000 meter. Pelari dinasihatkan supaya memahami aturan ini sebelum
dia dapat mengambil bahagian dalam sesuatu kejohanan atau perlumbaan.Pelari akan berlari
sebanyak 25 pusingan balapan bersaiz 400 meter.Pelari akan berlari mengikut lorong tertentu.
Pelari hendaklah berlari dari mula hingga akhir larian untuk memenangi sebarang kedudukan.
Pelari yang menarik diri dikira batal dan terkeluar daripada perlumbaan.Pelari dibenarkan
berhenti atau berjalan sebentar jika perlu dan kemudian meneruskan larian, tetapi dia mesti
berada di balapan dan tidak mengganggu pelari lain yang sedang berlari.

Pegawai perlumbaan akan membunyikan isyarat arat siren apabila pelari mempunyai satu
pusingan lagi untuk menamatkan lariannya.Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai
dan dibenarkan untuk berlari serta mempunyai nombor peserta serta logo atau bendera
pasukan atau negara yang diwakilinya. Pelari boleh berlari sama ada dengan kasut, spikes
ataupun tanpa berkasut, tetapi kasut itu hendaklah tidak mendatangkan masalah atau
kemungkinan kecederaan kepada pelari itu atau pelari lain. Pelari hendaklah berlari dengan
mematuhi aturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh IAAF. Pelari tidak dibenarkan
melakukan sesuatu kepada pelari lain dengan niat untuk menghalangnya untuk berlari, untuk
mencederakannya atau untuk membatalkan lariannya. Pegawaiperlumbaan akan memberi
isyarat batal jika terdapat pelari yang bertindak demikian. Pelari hendaklah mengambil
bahagian dengan penuh semangat kesukanaan dan tidak bermegah jika mencapai
kemenangan serta tidak pula berkecil hati atau kecewa jika tidak berjaya.

Acara 3000m berhalangan

Semua pelari akan berlari sebanyak 7 1/2 pusingan balapan yang diubahsuai yang
keseluruhannya terdapat 28 halangan berpagar dan tujuh halangan kolam berair. Pelari
dibenarkan memijak atau memegang halangan berpagar pada setiap kali melompat untuk
melepasi halangan ini. Pelari berlari tanpa mengikut lorong dan ini bermakna setiap pelari
boleh berlari sama ada pada lorong paling dalam atau sebaliknya. Untuk memulakan larian,
semua peserta akan berbaris di garisan permulaan dan dibenarkan berlari sebaik sahaja isyarat
berlepas diberikan oleh pegawai pelepas. Untuk memenangi acara ini , pelari dikehendaki
berlari dan permulaan larian hingga ke garisan penamat. Pelari yang gagal berbuat demikian,
bukan sahaja kedudukannya di akhir perlumbaan akan dibatalkan, malah larian menjadi sia-
sia sahaja.

Untuk membuat lompatan melepasi halangan kolam berair,terdapat perkara-perkara


hendaklah diberikan perhatian.  Pelari hendaklah mengelakkan daripada memperlahankan
larian ketika mahu membuat lompatan melepasi halangan kolam berair. Titik untuk membuat
lompatan hendaklah lebih kurang 1.4 hingga 1.5 meter daripada halangan. Pelari hendaklah
memijak di sebelah kaki pada halangan pagar dan menggunakan kaki yang sama untuk
menolak kaki yang satu lagi ke hadapan untuk mendarat di dalam kolam. Pelari hendaklah
membuat lompatan dengan mengekalkan keseimbangan pada badan ketika melompat dan
mendarat.  Elakkan daripada mendarat di luar kawasan berair kerana untuk melakukan
pendaratan pelari perlu menggunakan tenaga yang lebih kuat sehingga sukar untuk
meneruskan semula larian.

Anda mungkin juga menyukai