Anda di halaman 1dari 11

PERATURAN 168 Lari Berpagar 1.

Jarak berikut adalah jarak-jarak yang standard: Lelaki Dan Remaja Lelaki Wanita Dan Remaja Perempuan 110m dan 400m 100m dan 400m

Semua larian akan mengandungi 10 set pagar yang diatur mengikut jadual di bawah:

Lelaki dan Remaja Lelaki Jarak Larian Meter 110 400 Jarak dari mula ke set pagar pertama Meter 13.72 45.00 Jarak antara set pagar Meter 9.14 35.00 Jarak dari set pagar akhir ke penamat Meter 14.02 40.00

Wanita dan Remaja Perempuan Jarak Larian Meter 110 400 Jarak dari mula ke set pagar pertama Meter 13.00 45.00 Jarak antara set pagar Meter 8.50 35.00 Jarak dari set pagar akhir ke penamat Meter 10.50 40.00

Setiap pagar hendaklah diletakkan di atas sedemikian rupa supaya penopang kakinya menghala arah datangnya peserta-peserta. Ia juga hendaklah diletakkan sedemikian rupa supaya sisi palang yang menghala ke peserta selari dengan tanda garisan di balapan.

2. Pembinaan. Pagar hendaklah diperbuat daripada logam atau bahan lain yang sesuai, berpalangkan kayu atau bahan lain yang juga sesuai. Ia hendaklah

mengandungi dua penopang kaki dan dua tiang menyokong bingkai emapt segi, diperkuatkan dengan satu atau dua palang menyilang dan tiangnya terpasang ke penghujung setiap tapak. Pagar-pagar tersebut direka bentuk sedemikian rupa supaya hanya tekanan sekurang-kurangnya seberat 3.6kg yang diletakkan mengufuk di bahagian atas tengah-tengah palang mampu menumbangkannya. Pagar-pagar tersebut hendaklah dilaraskan ketinggiannya bagi setiap acara. Pemberatnya juga boleh dilaraskan supaya pada ketinggian tertentu hanya tekanan sekurang-kurangnya seberat 3.6kg dan maksimumnya 4kg mampu menumbangkannya. Contoh Pagar

3. Ukuran. Ketinggian standard pagar-pagar ialah: Acara 100H/110H 400H Lelaki 1.067 m 0.914 m Lelaki Junior 0.990 m 0.914 m Remaja L 0.914 m 0.840 m Wanita Junior 0.840 m 0.762 m Remaja P 0.762 m 0.762 m

Peringatan: Disebabkan aneka pembuatan pagar hingga 1.000 m juga diterima di dalan 110 m Junior berpagar.

Lebar pagar hendaklah dari 1.18m ke 1.20m. Panjang maksimum penopang kakinya ialah 70sm. Berat pagar mestilah tidak kurang daripada 10kg.

Dalam keadaan biasa, kelonggaran 3mm dibenarkan lebih atau kurang daripada ukuran ketinggian bagi menampung ketidakseragaman pembuatannya.

4. Lebar palang ialah 7sm. Tebalnya pula mestilah antara 1sm dan 2.5sm dan bahagian atasnya dibulatkan. Palang ini hendaklah terpasang kukuh pada tiang di kedua-dua hujungnya. 5. Palang juga hendaklah dicat berbelang hitam dan putih atau warna-warna terang yang berkontras supaya belang yang membawa warna lebih muda yang sekurang-kurangnya selebar 22.5sm terdapat di kedua-dua hujungnya. 6. Semua larian mengikut lorong dan setiap peserta mesti berada di lorongnya sepanjang larian (pengecualian seperti di dalam (163.4). 7. Seseorang atlet akan dibatalkan sekiranya: a) Tidak melompat sebarang pagar. b) Merewangkan kakinya atau kaki di bawah satah ufuk di atas sebarang pagar semasa melepasi. c) Melompat sebarang pagar bukan di dalam lorongnya atau d) Pada pendapat Referi (pengadil) sengaja merebahkan sebarang pagar.

8. Kecuali yang dinyatakan di perenggan 7d, merebahkan pagar tidak akan menyebabkan sama ada seseorang peserta itu dibatalkan atau catatanya tidak diambil. 9. Untuk Rekod Dunia, semua pagar mestilah mematuhi spesifikasi-spesifikasi yang dinyatakan dalam Peraturan ini.

LARI BERPAGAR
Aktiviti ini kurang mendapat perhatian dalam rancangan Pendidikan Jasmani di peringkat sekolah. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Di antaranya ialah masalah ketiadaan atau kekurangan alatan yang sebenar. Selain itu, mungkin juga ada pihak yang menganggap bahawa aktiviti ini adalah suatu lompatan yang terlalu teknikal dan oleh itu kurang sesuai bagi murid sekolah.

Faktor-faktor yang telah disebutkan diatas tidak seharusnya timbul. Seorang guru yang berpengetahuan dan kreatif boleh menggunakan alatan asas seperti tali, batang rotan dan skitel untuk mengajar kemahiran asas lari berpagar. Alatan tersebut adalah memadai untuk memperkenalkan asas-asas lari berpagar kepada murid sekolah rendah. Acara lari berpagar adalah acara lari pecut melepasi halangan dan bukan satu acara lompatan pagar.

KEMAHIRAN LARI BERPAGAR


Bagi acara lari berpagar, seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan berlari. Di samping itu, kelicinan berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama yang harus ada pada setiap peserta. Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Setiap peserta acara ini mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya. Badan peserta pula mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik. Dengan ini, dia akan dapat melenturkan badannya secara automatik semasa membuat lompatan.

Sebagai usaha memperkenalkan acara lari berpagar ini di peringkat awalan, para guru hendaklah mengamalkan pengajaran yang beransur maju. Cara ini akan membantu murid mempelajari asas-asas lari berpagar dengan cara yang

menyeronokkan dan sesuai pula dengan kemampuan mereka. Di samping itu, cara

pengajaran ansur maju juga dapat menyemaikan sifat-sifat keyakinan diri dalam kalangan murid.

LATIHAN ANSUR MAJU LARI BERPAGAR


Latihan I Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang tertentu.

Melangkah batang rotan

Latihan II Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan.

Melangkah batang rotan yang ditinggikan

Tujuan Latihan I dan II ialah untuk membantu setiap peserta membina ritma dan bilangan langkah yang seragam ketika berlari di antara halangan. Semasa latihan

berlari, peserta-peserta digalakkan membilang setiap langkah yang mereka buat dengan menyebut, Lompat...satu...dua...tiga...lompat...

Latihan III Latihan ini merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi halangan. Peserta perlu berjalan dan melangkah di hujung batang rotan. Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itu dan ini diikuti dengan kaki belakang yang dibengkokkan sehingga paras tumitnya menjadi rapat dengan punggung peserta.

Latihan menggerakkan kaki belakang (Lihat rajah di atas.) Mulakan latihan ini dengan mencuba cara berjalan dan kemudian tukar kepada berlari anak.

Latihan IV Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun.

Susun batang rotan dan lompat melepasinya

Tujuan latihan III dan IV ialah untuk mengajar teknik pergerakan kaki belakang semasa melepasi pagar.

Latihan V Lari berpagar dari peringkat mulaan gaya dekam sehingga ke garis penamat. Tujuan latihan ini ialah untuk membina keseragaman langkah-langkah pelari ketika menuju ke pagar pertama dan di antara pagar-pagar.

BUTIRAN MENGAJAR
a) Menuju pagar pertama i) Bilangan langkah larian hendaklah tetap. ii) Berlari dengan pantas (lari pecut). iii) Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar. b) Melepasi pagar i) Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah ke hadapan. ii) Bongkokkan badan ke hadapan. iii) Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu. iv) Tapak kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).

Gaya melepasi pagar

c) Berlari di antara pagar i) Bilangan langkah hendaklah sama. ii) Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan.

Bilangan langkah larian antara pagar hendaklah sama

d) Mengakhiri larian Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari pecut jarak dekat.

Pada waktu Pendidikan Jasmani, guru yang mengajar boleh juga menggunakan alatan lain untuk mengadakan latihan ansur maju bagi acara lari berpagar. Antaranya ialah seperti yang ditunjukkan di bawah ini: a) Tali b) Pagar c) Gelung rotan d) Batang rotan dan skitel

KESALAHAN TEKNIK YANG BIASA DILAKUKAN DALAM ACARA LARI BERPAGAR

a) Peserta melompat pagar mengikut gaya gunting dalam acara lompat tinggi. b) Bilangan langkah larian antara pagar tidak sama. c) Ketika cuba melepasi pagar, peserta melonjak terlalu dekat dengan pagar. d) Melepasi pagar dengan badan yang tegak. e) Kaki belakang tidak ditarik dengan pantas ke hadapan semasa melepasi pagar.

PERATURAN ASAS BAGI PERLUMBAAN LARI BERPAGAR


a) Peserta hendaklah mengikut lorong masing-masing. b) Blok mulaan atau alat berlepas mestilah digunakan pada masa pertandingan. c) Peserta dikehendaki melangkah pagar melalui bahagian atasnya.

Maklumat tambahan: JARAK DAN UKURAN PAGAR UNTUK PERTANDINGAN OLAHRAGA Jarak pagar 1 dari garis mula 13 m 45 m 13.72 m 18.29 m 45 m Jarak antara pagar 8.5 m 35 m 9.14 m Jarak pagar ke garis penamat 10.5 m 40 m 14.02 m 17.10 m 40 m

Acara

Tinggi Pagar 0.840 m 0.762 m 1.067 m 0.762 m 0.914 m

Bilangan Pagar 10 10 10 10 10

100 m (W) 400 m (W) 110 m (L) 200 m (L) 400 m (L)

18.29 m 35 m

Nota: W = (Wanita)

L = (Lelaki)

Anda mungkin juga menyukai