Anda di halaman 1dari 23

X PENGENALAN

Acara lari berpagar merupakan satu acara larian pecut melepasi halangan-
halangan yang disusun rapi di trek. Pada peringkat antarabangsa acara yang
dipertandingkan ialah 100 meter (wanita), 110 meter (lelaki) dan 400 meter (lelaki
dan wanita). Acara lari berpagar 80 meter pula dikhususkan kepada pelajar
bawah 12 tahun di peringkat Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia. Dalam
acara lari berganti-ganti, setiap peserta harus menghabiskan larian satu pusingan
yang jaraknya seperti 100 meter, 200 meter dan 400 meter sambil membawa
baton. Kesemua empat peserta dalam satu-satu pasukan akan menghabiskan
kesemua pusingan secara bergilir.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

6
6

X
Lari Berpagar
dan Lari
Berganti-ganti
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan mengenai pelaksanaan acara lari berpagar dan lari
berganti-ganti;
2. Menyatakan dengan jelas keperluan dari segi fizikal dan peralatan
acara lari berpagar dan lari berganti-ganti;
3. Membincangkan perbezaan ciri-ciri dalam teknik larian bagi setiap
acara;
4. Menjelaskan teknik-teknik yang betul dalam kedua-dua acara; dan
5. Mengaplikasikan semua teknik yang telah dibincangkan dengan
berkesan.
X TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI
118
LARI BERPAGAR
Acara lari berpagar merupakan satu acara larian melintasi rintangan iaitu pagar
yang memerlukan para atlet sentiasa berada pada tahap kecergasan yang tinggi.
Acara lari berpagar ini melibatkan semua komponen kecergasan fizikal iaitu
kepantasan, kekuatan dan daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa,
imbangan, masa tindak balas, koordinasi, kelenturan dan ketangkasan.

Oleh itu satu program khas harus dirancang untuk membina komponen-
komponen kecergasan ini bagi menyediakan atlet menghadapi situasi
pertandingan. Program latihan yang dirancang dibahagikan kepada beberapa
fasa yang berunsurkan aspek-aspek dalam usaha membina kecergasan fizikal
atlet. Dengan itu, seseorang jurulatih harus melengkapkan dirinya dengan
pelbagai pengetahuan tentang perancangan dan pelaksanaan satu program
latihan jangka masa panjang supaya program itu boleh mendatangkan kesan
yang positif di samping memastikan kejayaan yang cemerlang pada musim
pertandingan.
6.1.1 Sejarah Acara Lari Berpagar
Lari berpagar atau dahulunya disebut lari lompat pagar dipercayai bermula di
Great Britain pada abad ke-19. Walaupun kebanyakan buku tentang sukan tidak
menyebut dengan tepat tarikh atau tempat sebenar permulaan acara ini, ramai
pula mendakwa bahawa larian terawal yang menggunakan pagar bermula pada
pertengahan abad ke-19, di sebuah sekolah di Bandar Eton, London.

Pada peringkat awal, lari berpagar diadakan untuk jarak 120 ela, 200 ela dan 440
ela, menggunakan 10 pagar pada setiap acara itu. Undang-undang dan peraturan
ini diikuti dan kekal hingga kini. Pertukaran ukuran daripada sistem Inggeris
kepada sistem metrik diaplikasikan dalam semua acara termasuk lari berpagar.
Dengan demikian, kini terdapat acara 100 meter, 110 meter dan 400 meter.

Dalam acara lari berpagar, Britain adalah sebuah negara yang paling banyak
melahirkan jaguh-jaguh bagi acara ini. Atlet Don Finlay telah memenangi pingat
gangsa semasa Sukan Olimpik 1932 dan pingat perak dalam Sukan Olimpik 1936
dalam acara 110 meter berpagar. Manakala pada tahun 1968 di Mexico City,
David Hemery telah merangkul pingat emas dengan mencipta rekod dunia.
Pada tahun 1972, sekali lagi David Hemery memenangi pingat emas di Moscow.
Bagi atlet wanita, pada tahun 1984 Shirley Strong telah memenangi pingat perak
dalam acara 100 meter berpagar di Los Angeles.

6.1
TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI W
119
Pemegang rekod dunia bagi acara 110 meter lelaki dengan catatan masa 12.87
saat dipegang oleh Dayron Robles dari Cuba di Ostrava (Republik Czech) pada
tahun 2008. Manakala pemegang rekod kebangsaan bagi acara 110 meter lelaki
dengan catatan masa 13.73 saat dipegang oleh Nur Herman Majid di Hiroshima
(Jepun) pada tahun 1994. Pemegang rekod dunia bagi acara 100 meter
perempuan dengan catatan masa 12.21 saat dipegang oleh Yordanka Donkova
dari Bulgaria di Stara Zagora (Bulgaria) pada tahun 1988. Manakala pemegang
rekod kebangsaan bagi acara 100 meter perempuan dengan catatan masa 13.27
saat dipegang oleh Moh Siew Wei di Kassei (Jerman) pada tahun 2004.
6.1.2 Kategori Acara Lari Berpagar
Aktiviti ini memerlukan seseorang membuat larian untuk satu jarak yang
mempunyai halangan dengan sepantas yang terdaya. Ia terdiri daripada
beberapa kategori iaitu:
(a) 80 meter (lelaki dan perempuan) bawah umur 12 tahun.
(b) 100 meter (perempuan)
(c) 110 meter (lelaki)
(d) 400 meter (lelaki dan perempuan)

Berikut adalah jadual perbezaan antara acara lelaki dan wanita.

Jadual 6.1: Perbezaan antara Acara Lelaki dan Wanita
Acara
Tinggi Pagar
(meter)
Jarak Antara Garisan
Permulaan Dengan
Pagar Pertama
(meter)
Jarak
Antara
Pagar
(meter)
Jarak Antara
Pagar Akhir
Dengan
Garisan
Penamat
(meter)
80m lelaki /
wanita
0.762 12 8 12
100m wanita 0. 84 13 8.5 10.5
110m lelaki 1.067 13.72 9.14 14.02
400m wanita 0.76 45 36 40
400m lelaki 0.914 45 35 40
X TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI
120
6.1.3 Teknik Lari Berpagar
Bagi acara lari berpagar, seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan
berlarinya. Pelari juga perlu menunjukkan kemampuan melepasi halangan
mengikut ritma tertentu. Bagi acara ini kemahiran yang baik amat diperlukan
bagi membantu larian antaranya seperti:
(a) Memiliki kemahiran yang baik dalam mengkoordinasi pergerakan tangan
dan kaki.
(b) Lenturan badan yang baik dan kemampuan bertindak secara automatik
dalam melenturkan badan ketika larian.
(c) Teknik larian yang baik. Dalam acara ini, teknik yang digunakan adalah
sama dengan larian pecut, kecuali teknik ketika melepasi pagar (lihat Rajah
6.1).

Rajah 6.1: Seorang atlet sedang berlari lompat berpagar
Berikut adalah teknik-teknik dalam lari lompat pagar:

(i) Menuju pagar pertama
Berikan tumpuan kepada pagar pertama (lihat Rajah 6.2).
Berlari dengan bilangan langkah yang tetap.
Berlari dengan pantas seperti dalam gaya lari pecut.
Lonjakan yang dibuat dalam cubaan melepasi pagar perlu dilakukan
dalam jarak yang sesuai dan tidak terlalu hampir dengan pagar kerana
cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa
melepasi pagar.
TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI W
121

Rajah 6.2: Seorang atlet bersedia di garisan permulaan

(ii) Melepasi pagar

Rajah 6.3: Gaya melepasi pagar

Luruskan kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar dan
pastikan ia telah mengarah ke hadapan (rujuk Rajah 6.3).
Bongkokkan badan ke hadapan.
X TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI
122
Selari dan hulurkan tangan yang bertentang dengan kaki yang
melangkah.
Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan
melangkah melepasi pagar.
Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki
hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).

(iii) Berlari antara pagar
Bilangan langkah antara pagar mestilah tetap.
Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan.


Rajah 6.4: Bilangan langkah larian antara pagar hendaklah sama

(iv) Mengakhiri larian
Teknik yang harus diikuti pada peringkat ini adalah sama dengan teknik
yang digunakan lari pecut jarak dekat (rujuk Rajah 6.4).
6.1.4 Latihan Ansur Maju Lari Berpagar
Sebagai acara pecut, faktor utama yang perlu difahami ialah konsep berlari. Oleh
itu, latihan ansur maju ini hendaklah dimulakan dengan berlari tanpa halangan
sehinggalah kepada penggunaan pagar sepenuhnya. Kaedah latihan ansur maju
adalah seperti berikut:
(a) Latihan Tanpa Alatan
(i) Lompat sebelah kaki dan angkat ke hadapan
Pelajar melompat dengan kaki kiri dan angkat kaki kanan ke hadapan
dengan mengaplikasikan teknik tendangan yang betul.
(ii) Angkat sebelah kaki belakang
Pelajar mengangkat kaki belakang dan melipatkan paha dan kaki
selari dengan padang.

TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI W
123
(iii) Berlari sebelah kaki angkat ke hadapan
Pelajar berlari dan mengangkat satu kaki ke hadapan dengan teknik
lonjakan dan tendangan yang betul.
(iv) Berlari sebelah kaki angkat ke belakang
Pelajar berlari dan mengangkat kaki belakang dengan
membengkokkan paha selari dengan padang.

(b) Latihan Menggunakan Alat Ganti
(i) Lari merentasi satu kayu
Pelajar diberi sedikit rintangan untuk membiasakan diri dengan
keadaan larian sebenar. Sediakan kayu, rotan atau tali yang
disusun merintangi lorong larian. Jarak susunan bersesuaian dengan
jarak acara 110m (lelaki) dan 100m (perempuan). Ulang aktiviti ini
antara 2 hingga 10 kali. Latihan bertujuan supaya atlet dapat
menanam idea bahawa terdapat rintangan semasa membuat larian
serta memberi keyakinan.
(ii) Lari merentasi dua batang kayu
Aktiviti ini sama dilakukan seperti lakuan di atas. Dua batang kayu
diletakkan di antara tempat pagar yang sebenar. Jarak dua kayu ini
disesuaikan dengan lonjakan pelajar lebih mendapat rintangan. Ini
membuat pelajar melompat sedikit. Pelajar dikehendaki berlari tanpa
mengurangkan kelajuan apabila membuat lonjakan. Semasa membuat
lonjakan, langkah kaki hendaklah dibesarkan. Tujuan aktiviti ini
dilakukan supaya pelajar dapat membuat lonjakan dan mendarat.
(iii) Berlari merentasi palang merah
Aktiviti ini dibuat bagi memperkenalkan pelajar kepada ketinggian
sebagai rintangan. Palang yang rendah diletakkan pada tempat
sebenar pagar atau lebih dekat sesuai dengan langkah pelajar. Kayu
penanda untuk lonjakan masih dikekalkan bagi memudahkan pelajar
untuk membuat lonjakan. Setiap pergerakan kaki dan tangan
hendaklah diseimbangkan supaya dapat membuat ayunan yang baik.
(iv) Berlari melintasi palang yang lebih tinggi
Ulang aktiviti seperti di atas tetapi ketinggian palang perlu diubah
menjadi lebih tinggi. Pergerakan tangan dan kaki perlu
diseimbangkan dengan latihan membongkok ke hadapan semasa
melintasi palang. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah supaya pelajar
dapat koordinasi yang baik ketika melintasi halangan dan
membongkokkan badan ketika melintasinya.


X TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI
124
(v) Melintasi pagar terbalik
Dalam aktiviti ini, pagar terbalik diletakkan pada jarak yang sesuai.
Pagar ini hendaklah diarahkan kepada pelajar bagi mengelakkan
pelajar memijak palang besar ketika mendarat. Dalam aktiviti ini
rentak larian diperkenalkan antara jarak pagar pertama dan
seterusnya. Setelah mendapat rentak langkah, jumlah pagar bolehlah
ditambah. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah supaya pelajar
mendapat koordinasi lonjakan kaki hadapan dan belakang serentak
dengan pergerakan badan ketika melintasi halangan.

(c) Dengan Alatan Sebenar
(i) Berjalan di sisi pagar (kaki kiri dan kanan)
Dalam aktiviti ini, pagar diletakkan pada tempat yang sebenar dan
ketinggian yang sederhana. Pelajar dikehendaki berjalan di luar sisi
pagar. Apabila sampai di sisi pagar, kaki lonjakan akan membuat
lonjakan dan mendarat di hadapan sedikit dari pagar. Apabila
berpatah balik, pelajar dikehendaki mengangkat kaki belakang pula.
Semasa kaki hadapan dan belakang diangkat, teknik yang betul
hendaklah diaplikasikan.
(ii) Berlari di sisi pagar (kaki kiri dan kanan)
Dalam aktiviti ini, pagar diletakkan pada tempat yang sebenar dan
ketinggian yang sederhana. Pelajar dikehendaki berlari di luar sisi
pagar dan apabila sampai di sisi pagar, kaki lonjakan akan membuat
lonjakan dan mendarat di hadapan sedikit dari pagar. Apabila
berpatah balik, pelajar dikehendaki mengangkat kaki belakang pula.
Semasa kaki depan dan belakang diangkat, teknik yang betul
hendaklah diaplikasikan.
(iii) Berjalan melintasi pagar rendah
Dalam aktiviti ini, ketinggian pagar adalah rendah. Pelajar berjalan
dan apabila sampai di tempat lonjakan, lonjak penuh pagar dengan
teknik yang betul. Tujuannya adalah supaya pelajar dapat
membetulkan teknik lonjakan, layangan dan pendaratan.
(iv) Berlari melintasi pagar rendah / tinggi
Dalam aktiviti ini, ketinggian pagar adalah rendah. Pelajar berlari dan
apabila sampai di tempat lonjakan, lonjak penuh pagar dengan teknik
yang betul. Apabila pelajar telah dapat melakukan aktiviti dengan
teknik yang sempurna, ketinggian pagar hendaklah ditambah sedikit
demi sedikit hinggalah ke ketinggian sebenar. Tujuannya adalah
supaya pelajar dapat membetulkan teknik lonjakan, layangan dan
pendaratan. Ansur maju ini dapat meningkatkan lagi keyakinan
pelajar dalam melepasi rintangan ketinggian pagar.
TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI W
125
(d) Ansur Maju antara Dua Pagar
Untuk menggilap larian antara dua pagar, bolehlah dimulakan dengan
pagar yang rendah berserta jarak antara pagar yang lebih dekat. Tiga
langkah antara pagar adalah teknik yang terbaik. Apabila teknik asas ini
telah dikuasai, jarak pagar dan ketinggian pagar haruslah disasarkan
kepada jarak dan ketinggian yang sebenar, sedikit demi sedikit mengikut
kemampuan pelajar.
6.1.5 Kesalahan Teknik Biasa Dilakukan dalam Lari
Berpagar
Tidak dapat dinafikan bahawa untuk mendapat larian dan lompatan yang baik
dan licin dalam acara 110m lari berpagar ini bukan mudah. Apatah lagi dengan
ketinggian pagar dan kedudukannya seakan-akan bersambung antara pagar di
lorong pertama, kedua dan seterusnya. Dengan keutamaan diberikan kepada
kepantasan larian, seseorang peserta dalam acara ini harus mempunyai ciri-ciri
serta kualiti tertentu yang menjadikannya lebih lengkap dan lebih terlatih
daripada mereka yang mengambil bahagian dalam acara lain.

Dalam sesuatu kejohanan olahraga, pelari sering melakukan kesalahan yang
selalunya tanpa disengajakan. Kemungkinan pelari melakukan kesalahan dalam
acara lari berpagar adalah lebih tinggi dibandingkan dengan acara-acara lain. Ini
tidak dapat dinafikan memandangkan kelainan acara lari berpagar terutama dari
segi perlakuan pelari yang tepaksa membuat larian dan pada masa yang sama
membuat lompatan. Mereka mudah terdedah kepada kecederaan.

Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu dapat berlari dan melompat dengan
betul dan tepat pada masanya serta menggunakan teknik lompatan yang
berkesan, dia dapat mengurangkan kemungkinan mengalami kecederaan ini.

Beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari lari berpagar yang
kadang-kadang bukan sahaja boleh menjejaskan kepantasan larian tetapi
mungkin menyebabkan larian batal dan antaranya adalah seperti berikut (lihat
Rajah 6.5):
(a) Pelari membuat lompatan menggunakan gaya seperti gunting yang
sememangnya tidak sesuai untuk acara ini.
(b) Pelari tidak dapat mengekalkan jumlah atau bilangan langkah antara dua
pagar. Pelari perlu berlari dengan bilangan langkah yang sama.
(c) Pelari berada terlalu dekat dengan pagar ketika hendak melepasi pagar.
X TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI
126
(d) Pelari tidak membongkokkan badannya ketika melepasi pagar dan pelari
melakukannya dalam keadaan badan yang menegak.
(e) Pelari cuba menyentuh pagar dengan kaki bagi tujuan mendapatkan
tolakan.
(f) Pelari tidak menarik kaki belakangnya dengan pantas ke hadapan ketika
hendak membuat lompatan.
(g) Pelari berlari dan melakukan lompatan dengan teragak-agak atau tidak
mempunyai keyakinan diri.
(h) Pelari memperlahankan larian ketika hendak membuat lompatan.
(i) Pelari membuat lompatan dengan sebelah kakinya berada di luar pagar.
(j) Pelari cuba menghalang pelari lain ketika berlangsungnya perlawanan.


Rajah 6.5: Pelari ini melompat terlalu rendah
6.1.6 Peraturan Asas Acara Lari Berpagar
Walaupun pada dasarnya lari berpagar 100m wanita, 110m lelaki dan 400m
lelaki dan wanita ini adalah hampir sama, tetapi dari segi peralatan, jarak,
kedudukan pagar dan teknik berlari adalah berbeza-beza. Berikut adalah antara
peraturan larian untuk acara ini:
(a) Pelari dikehendaki berlari dan melompat melepasi semua pagar yang
disediakan mengikut lorong masing-masing.
(b) Pelari boleh membuat lompatan menggunakan cara atau teknik yang sesuai
dan selesa baginya asalkan lompatan itu tidak melanggar peraturan dan
undang-undang perlumbaan.
TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI W
127
(c) Pelari hendaklah menamatkan larian bermula dari garisan permulaan yang
ditetapkan.
(d) Pelari hanya dibenarkan memulakan perlumbaan selepas isyarat berlepas
diberikan oleh pegawai pelepas.
(e) Pelari dibolehkan menjatuhkan tidak lebih daripada dua pagar. Jika lebih
daripada itu, larian pelari itu dibatalkan.
(f) Penggunaan blok permulaan digalakkan bagi mendapatkan lonjakan yang
baik bagi memulakan perlumbaan ini.
(g) Pelari hendaklah mengenakan pakaian dan peralatan yang sesuai untuk
acara ini.
(h) Pelari dilarang sama sekali cuba melakukan sesuatu terhadap pelari lain
sehingga boleh menjejaskan larian mereka.


LARI BERGANTI-GANTI
Lari berganti-ganti merupakan acara larian yang melibatkan empat pelari dalam
satu pasukan yang bergilir-gilir berlari dalam satu pusingan trek sambil
membawa baton. Kita akan membincangkan acara ini bermula dengan
sejarahnya sehinggalah kepada peraturan asas acara ini.
6.2.1 Sejarah Lari Berganti-ganti
Acara ini dikatakan berasal dari Amerika Syarikat. Punca-punca lahirnya acara
ini adalah berdasarkan kepada catatan berikut:
(a) Perjalanan kereta kuda jarak jauh (Pony Express) di mana surat-surat atau
berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain.
6.2
1. Senaraikan kategori yang dipertandingkan dalam acara lari
berpagar.
2. Apakah kemahiran yang diperlukan dalam acara lari
berpagar?
3. Jelaskan apakah teknik yang boleh digunakan dalam acara lari
berpagar.
SEMAK KENDIRI 6.1
X TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI
128
(b) Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera dan
menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulakan di
Universiti Pennsylvania, Amerika).
(c) Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan
berlari dengan pantas dan menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat
kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.
Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan
dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

Pemegang rekod dunia bagi acara 4 x 100 meter lelaki dengan catatan masa 37.04
saat dipegang oleh kuartet dari Jamaica yang terdiri daripada Nesta Carter,
Michael Frater, Yohan Blake, Usain Bolt di Daegu (Korea Selatan) pada tahun
2011. Pemegang rekod dunia bagi acara 4 x 400 meter lelaki dengan catatan masa
2:54.29 minit dipegang oleh kuartet dari Amerika Syarikat yang terdiri daripada
Andrew Valmon, Quincy Watts, Harry Reynolds, Michael Johnson di Stuttgart
(German) pada tahun 1993.

Pemegang rekod dunia bagi acara 4 x 100 meter perempuan dengan catatan masa
41.37 saat dipegang oleh kuartet dari Jerman Timur yang terdiri daripada Silke
Gladisch-Mller, Sabine Rieger-Gnther, Ingrid Auerswald-Lange, Marlies Ghr
di Canberra (Australia) pada tahun 1985. Pemegang rekod dunia bagi acara 4 x
400 meter perempuan dengan catatan masa 3:15.17 minit dipegang oleh kuartet
dari Russia yang terdiri daripada Tatyana Ledovskaya, Olga V. Nazarova,
Mariya Kulchunova-Pinigina, Olga Vladykina-Bryzgina di Seoul (Korea Selatan)
pada tahun 1988.

Pemegang rekod kebangsaan bagi acara 4 x 100 meter lelaki dengan catatan masa
39.83 saat dipegang oleh kuartet yang terdiri daripada Watson Nyambek, Azmi
Ibrahim, Nazmizan Muhamad dan Raman Ganeshwaran di Kuala Lumpur pada
tahun 2001. Manakala pemegang rekod kebangsaan bagi acara 4 x 400 meter
lelaki dengan catatan masa 3:06.64 minit dipegang oleh kuartet yang terdiri
daripada Azhar Hashim, Mohd Yazid Parlan, Vellabouy Samson dan Nordin
Jadi di Kuala Lumpur pada tahun 1991.

Pemegang rekod kebangsaan bagi acara 4 x 100 meter perempuan dengan
catatan masa 45.33 saat dipegang oleh kuartet yang terdiri daripada Yee Yi Ling,
Nurul Sarah A. Kadir, Norjannah dan Siti Zubaidah Adabi di Zgorzelec (Poland)
pada tahun 2010. Manakala pemegang rekod kebangsaan bagi acara 4 x 400
meter perempuan dengan catatan masa 3:35.83 minit dipegang oleh kuartet yang
terdiri daripada Ramachandran Shanti, Josephine Mary, Govindasamy Shanti
dan Rabia Abdul Salam di Singapura pada tahun 1993.

TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI W
129
6.2.2 Kategori Acara Lari Berganti-ganti
Acara ini memerlukan sekumpulan pelari yang terdiri daripada empat orang,
berlari mengikut jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yang
mampu (lihat Rajah 6.6) dan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
(a) 100 meter
(b) 200 meter
(c) 400 meter

Rajah 6.6: Keadaan ketika sukan larian berganti-ganti
6.2.3 Teknik Lari Berganti-ganti
Dalam acara ini beberapa teknik utama yang sering digunakan dapat membantu
anda dalam memantapkan kemahiran dalam acara ini. Berikut adalah beberapa
teknik penting yang perlu dikuasai oleh pelari:

(a) Teknik Penukaran Baton
Dalam teknik penukaran baton terdapat dua cara yang digunakan iaitu:

(i) Gaya selang-seli tanpa pandang
Gaya ini biasa diamalkan oleh pelari-pelari 4 x 100 meter. Dalam
gaya ini pelari pertama dan ketiga diperlukan untuk membawa
baton dengan menggunakan tangan kiri dan pelari seterusnya
iaitu yang kedua dan keempat menerima baton dengan tangan
kanan.
Pelari tidak boleh menoleh ke belakang ketika larian.
X TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI
130
Apabila pembawa baton sampai di tandaan, pelari yang sedang
menunggu akan mula berlari.
Seterusnya pembawa baton akan memberi isyarat supaya pelari
hadapan bertindak cepat menghulurkan tangan ke belakang dan
bersedia menerima baton daripada pembawa (rujuk Rajah 6.7).


Rajah 6.7: Menerima baton gaya selang-seli tanpa pandang

(ii) Gaya selang-seli cara pandang
Nama gaya ini adalah berdasarkan kaedahnya yang memerlukan
pelari ketika berada di zon penukaran baton, penerima baton akan
menoleh ke belakang dan memerhatikan pembawa baton.
Pembawa baton bertanggungjawab menyerahkan baton ke dalam
tangan penerima dengan sebaik mungkin (rujuk Rajah 6.8).

Rajah 6.8: Memberi dan menerima baton gaya selang-seli cara pandang







TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI W
131
(b) Cara Memberi Baton


Rajah 6.9: Cara penerimaan dan letakkan baton

(i) Kepantasan larian terus dikekalkan semasa menerima baton.
(ii) Beri isyarat pada penerima.
(iii) Hulurkan tangan secara lurus semasa penyerahan baton.
(iv) Perhatikan tangan penerima dan letakkan baton tepat pada
tangannya (rujuk Rajah 6.9).

(c) Menerima Baton


Rajah 6.10: Pastikan tangan berada dalam keadaan sedia untuk menerima baton

(i) Sentiasa berada dalam keadaan siap sedia (lihat Rajah 6.10).
(ii) Toleh sambil melihat pelari yang sedang membawa baton.
(iii) Sediakan tandaan dan bersedia untuk memecut sebaik sahaja
pembawa baton sampai di tandaan.
X TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI
132
(iv) Jika menggunakan teknik tanpa pandang pastikan anda tidak
menoleh ke belakang.
(v) Setelah anda mendengar isyarat daripada pembawa baton segera
hulurkan tangan secara lurus ke belakang.
(vi) Pastikan pegangan baton dilakukan dengan kuat di pangkalnya
(rujuk Rajah 6.11).

Rajah 6.11: Zon penukaran baton
6.2.4 Panduan Mengatur Pelari Untuk Perlumbaan
Susunan pelari juga dapat membantu kejayaan dalam acara ini, kerana
penyusunan pelari yang memiliki ciri-ciri dan kemampuan yang berbeza dapat
mencetus peluang yang cerah dalam acara ini. Berikut adalah susunan pelari dan
ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap pelari:

(a) Pelari Pertama

Rajah 6.12: Pelari pertama memulakan larian dengan baik, manakala pelari kedua
bersedia menerima baton daripada pelari pertama
TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI W
133
(i) Mampu memulakan larian dengan baik (lihat Rajah 6.12).
(ii) Memiliki kepantasan dan berkemahiran berlari di bahagian selekoh.

(b) Pelari Kedua

Rajah 6.13: Pelari pertama sedang memberi baton kepada pelari kedua
(i) Adalah seseorang yang boleh berlari di lorong yang lurus.
(ii) Memiliki keupayaan dan kecekapan menerima dan memberi baton
menggunakan tangan kiri (lihat Rajah 6.13).

(c) Pelari Ketiga


Rajah 6.14: Seorang pelari sedang memberi dan seorang lagi menerima baton
(pelari ketiga kepada pelari keempat)

X TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI
134
(i) Mampu berlari pantas dan mahir berlari di bahagian selekoh.
(ii) Memiliki keupayaan dan kecekapan menerima dan memberi baton
dengan tangan kanannya.

(d) Pelari Keempat


Rajah 6.15: Pelari-pelari terakhir (keempat)
(i) Pelari ini adalah antara pelari yang paling pantas dalam pasukannya
(lihat Rajah 6.15).


Rajah 6.16: Pelari keempat yang berusaha hingga ke garisan penamat
(ii) Memiliki ciri-ciri seorang yang tidak putus asa, azam yang tinggi dan
mampu bertindak tenang ketika larian terakhir (lihat Rajah 6.16). Ciri-
ciri ini perlu ada kepada pelari kerana di saat ini mungkin pelari
perlu mengejar atau dikejar oleh pelari-pelari lain.

TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI W
135
6.2.5 Latihan Ansur Maju Lari Berganti-ganti
Ansur maju merujuk kepada latihan fizikal yang bersifat progresif. Progresif
pula merujuk kepada peningkatan kesukaran latihan secara beransur-ansur.
Kadar peningkatan hendaklah berdasarkan kepada keupayaan individu. Dalam setiap
peringkat peningkatan, beban kerja akan ditambah. Ini dilakukan secara beransur-
ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang pelajar yang menjalani latihan.
Berikut dicadangkan latihan ansur maju yang boleh dilaksanakan semasa
mengajar kemahiran lari berganti-ganti.

(a) Latihan Mendorong
(i) Berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan cuba menyentuh pinggul
kawan yang berlari di hadapan.
(ii) Berlari berpasangan depan-belakang. Pelari hadapan hulur tangan ke
bawah dan ke belakang. Pelari belakang menepuk tapak tangan pelari
hadapan. Ulang.
(iii) Ulang latih tubi (ii). Selepas menepuk tangan pelari hadapan, pelari
belakang meluru ke hadapan dan menghulurkan tangan. Pelari
belakang menepuk tapak tangan pelari hadapan dan berlari ke
hadapan. Ulang.
(iv) Berlari dalam kumpulan empat orang. Pelari terakhir (keempat)
memberi isyarat up kepada pelari ketiga dan menyentuh tapak
tangan yang dihulurkan. Selepas itu pelari ketiga melakukan perkara
yang sama kepada pelari kedua. Pelari kedua meneruskan lakuan ini.
Ulang beberapa kali.

(b) Latihan Hantaran Baton Secara Statik (Mudah)
(i) Dalam kumpulan empat orang, berdiri satu meter di antara pelari.
(ii) Pelari kedua menghulur tangan ke belakang (lihat Rajah 6.17).
(iii) Pelari pertama menepuk tapak tangan pelari kedua.
(iv) Selepas itu pelari kedua melakukan perkara yang sama kepada pelari
ketiga. Pelari ketiga meneruskan lakuan ini. Ulang beberapa kali.
(v) Ulang langkah (i) hingga (iv) menggunakan baton.

(c) Latihan Hantaran Baton Secara Statik (Sukar)
(i) Dalam kumpulan empat orang, berdiri satu meter di antara pelari.
(ii) Pelari pertama mula dengan memberi isyarat up.
X TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI
136
(iii) Bila isyarat up diberi, pelari kedua menghulurkan tangan kiri untuk
disentuh oleh pelari pertama.
(iv) Pelari kedua melakukan perkara yang sama kepada pelari ketiga.
Pelari ketiga meneruskan lakuan ini. Ulang beberapa kali.
(v) Ulang langkah (ii) hingga (iv) menggunakan baton.


Rajah 6.17: Latihan ansur maju - hantaran baton statik

(d) Latihan Mendorong (Mudah)
(i) Berlari perlahan dalam kumpulan empat orang.
(ii) Pelari kedua menghulur tangan ke belakang.
(iii) Pelari pertama menepuk tapak tangan pelari kedua.
(iv) Selepas itu pelari kedua melakukan perkara yang sama kepada pelari
ketiga. Pelari ketiga meneruskan lakuan ini. Ulang beberapa kali.
(v) Ulang langkah (i) hingga (iv) menggunakan baton.

(e) Latihan Mendorong (Sukar)
(i) Berlari perlahan dalam kumpulan empat orang.
(ii) Pelari pertama memberi isyarat up kepada pelari kedua.
(iii) Pelari kedua menghulurkan tangan selepas mendengar bunyi up
daripada pelari pertama.
(iv) Pelari pertama menyerahkan baton ke tangan pelari kedua yang
dihulurkan. Selepas itu pelari kedua melakukan perkara yang sama
kepada pelari ketiga. Pelari ketiga meneruskan lakuan ini. Ulang
beberapa kali.



TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI W
137
(f) Latihan Hantaran Baton Secara Dinamik
(i) Berlari perlahan dalam kumpulan empat orang.
(ii) Pelari pertama menyerahkan baton kepada pelari kedua sehingga ke pelari
keempat.
(iii) Pelari keempat menjatuhkan baton ke tanah.
(iv) Pelari pertama mengutip baton tersebut dan langkah (i) hingga (iii)
diulang beberapa kali.
6.2.6 Peraturan Asas Acara Lari Berganti-ganti
(a) Terdiri daripada empat orang pelari (kuartet) dalam satu kumpulan.
(b) Blok permulaan atau plat pelepasan hendaklah digunakan semasa
pertandingan.
(c) Baton hendaklah diberikan kepada setiap pelari di zon-zon dan pada jarak
tertentu yang telah ditetapkan (20 meter).
(d) Pelari hendaklah berlari mengikut lorong (lihat Rajah 6.18).


Rajah 6.18: Contoh berlari mengikut lorong

(e) Pelari juga perlu memastikan baton yang dipegang tidak jatuh ketika
perlumbaan.

X TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI
138

Rajah 6.19: Baton kuartet ini terjatuh ketika perlumbaan

(f) Jika peraturan ini dilanggar, ia akan menyebabkan kuartet itu disingkirkan
daripada perlumbaan (lihat Rajah 6.19).




Bagi acara lompat berpagar kategori yang dipertandingkan ialah 100 meter
(perempuan), 110 meter (lelaki) dan 400 meter (lelaki dan perempuan).

Bagi acara lompat berpagar kemahiran yang amat diperlukan bagi
membantu larian antaranya seperti memiliki kemahiran yang baik dalam
mengkoordinasi pergerakan tangan dan kaki, lenturan badan, kemampuan
bertindak secara automatik dalam melenturkan badan ketika larian dan
teknik lariannya. Dalam acara ini teknik yang digunakan adalah sama
dengan larian pecut kecuali teknik ketika melepasi pagar.
1. Jelaskan apakah cara yang baik untuk memberi dan menerima
baton bagi acara lari berganti-ganti.
2. Apakah peraturan asas dalam acara lari berganti-ganti?
3. Apakah panduan yang boleh digunakan untuk menyusun pelari
dalam acara lari berganti-ganti?
SEMAK KENDIRI 6.2
TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI W
139
Teknik lari berpagar dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti menuju
pagar pertama, melepasi pagar, berlari antara pagar dan mengakhiri larian.

Teknik penukaran baton yang sering digunakan bagi acara lari berganti-ganti
ialah gaya selang-seli tanpa pandang dan gaya selang-seli cara pandang.

Aturan pelari bagi acara lari berganti amat penting bagi memastikan setiap
pelari memiliki ciri-ciri fizikal yang boleh disesuaikan dengan keperluan
pertandingan.


Ke garisan
Sedia
Baton
Lari berganti-ganti
Lari berpagar


Ahmad Wafi. (1996). Olahraga: Balapan. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.
British Amateur Athletic. (1975). Athletic for school. B.A.AB Pulication, Surrey,
United Kingdom.
Farley, E., Bible, N. P., & Tonkin, A. E. Teaching physical education in primary
school. Western Australia: Youth, Sport & Recreation Department
Publication.
Ten, H. (1996). Manual olahraga. Selangor: Junjuara.
Teng, B. T. (1989). Panduan pengajaran olahraga. Kuala Lumpur: Longman.
Teng, B. T. (2001). Panduan pengajaran olahraga: Kursus diploma perguruan
Malaysia. Selangor: Pearson Education.

Anda mungkin juga menyukai