Anda di halaman 1dari 32

X PENGENALAN

Guru yang terlibat dengan pengajaran sesuatu kemahiran perlu menilai sama
ada pelajarnya telah menguasai kemahiran yang diajarnya. Contohnya, anda
sebagai seorang guru pendidikan jasmani yang akan mengajar kemahiran servis
gaya tenis dalam permainan bola tampar. Bagaimanakah anda menentukan
bahawa pelajar anda telah mempelajari apa yang anda telah mengajar? Apakah
yang perlu anda perhatikan untuk menilai dan sejauh manakah pembelajaran
kemahiran servis itu telah berlaku? Bagaimana pula anda dapat memastikan
bahawa apa yang anda perhatikan adalah hasil daripada pembelajaran dan
bukan kebetulan?

T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
6
6

X
Pembelajaran
Kemahiran
Motor
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan secara ringkas empat ciri yang digunakan semasa
membuat pentakrifan pembelajaran motor;
2. Menggunakan tiga pendekatan untuk menyatakan tanggapan atau
jangkaan prestasi pada akhir sesuatu pembelajaran;
3. Merumuskan teori pemindahan pembelajaran;
4. Mengenal pasti lapan prinsip pemindahan pembelajaran semasa
merancang suatu pengajaran dan pembelajaran;
5. Menghuraikan dua jenis pemindahan kemahiran dalam
mempengaruhi pembelajaran baru; dan
6. Menyatakan enam faktor yang mempengaruhi proses pemindahan
sesuatu pembelajaran kemahiran.
HASIL PEMBELAJARAN
X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
148
Mari kita lihat pandangan berikut tentang penilaian pembelajaran:



Perbezaan ini dapat membantu kita membentuk satu definisi yang sesuai dengan
istilah pembelajaran. Ia juga membantu kita mengambil kira keadaan yang sesuai
untuk memerhatikan perlakuan supaya kita dapat membuat satu inferens yang
sah tentang pembelajaran. Rujuk Jadual 6.1 berikut untuk memahami
perbezaannya.

Jadual 6.1: Definisi Perlakuan dan Pembelajaran
Istilah Definisi
Perlakuan Perlakuan ialah tingkah laku yang boleh diperhatikan. Jika anda
memerhatikan seorang pelajar berlari, anda sedang memerhatikan
perlakuan kemahiran lariannya. Begitu juga apabila anda
memerhatikan seorang pelajar melakukan servis badminton, anda akan
memerhatikan perlakuan servisnya. Oleh itu, istilah perlakuan adalah
merujuk kepada pelaksanaan sesuatu kemahiran pada satu masa dan
situasi tertentu
Pembelajaran Pembelajaran tidak dapat diperhatikan secara terus tetapi boleh
dibuktikan dengan ciri-ciri perlakuan seseorang
DEFINISI DAN PENILAIAN PEMBELAJARAN
MOTOR
Menurut Schmidt (1988), pembelajaran motor telah didefinisikan dalam pelbagai
takrifan oleh penulis yang berlainan. Empat ciri yang jelas telah digunakan
dalam mendefinisikan pembelajaran motor dipaparkan dalam Jadual 6.2 berikut.

Jadual 6.2: Empat Ciri dalam Mendefinisikan Pembelajaran Motor
Ciri-ciri Penerangan Tambahan
Pembelajaran merupakan satu proses
penguasaan kebolehan untuk menghasilkan
aksi kemahiran yang dikuasai
Iaitu pembelajaran merupakan set acara
atau perubahan yang berlaku apabila
latihan menyebabkan seseorang itu
bertambah mahir dalam tugasannya
Pembelajaran berlaku hasil secara langsung
daripada latihan atau pengalaman

Dalam penilaian pembelajaran, kita perlu membezakan istilah perlakuan dan
pembelajaran.
Magill (2003)
6.1
TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
149
Pembelajaran tidak dapat diperhatikan
secara terus
Ini kerana proses yang membawa kepada
perubahan dalam tingkah laku dari
dalaman. Ia pada kebiasaannya tidak
dapat diuji secara terus dan memerlukan
seseorang membuktikan proses
pembelajaran yang telah berlaku dengan
menunjukkan perubahan dalam tingkah
lakunya yang boleh diperhatikan
Pembelajaran dianggap untuk
menghasilkan satu perubahan relatif yang
kekal dalam kebolehan tingkah laku yang
mahir
Perubahan tingkah laku yang disebabkan
oleh perasaan, motivasi atau keadaan
dalaman seperti perasaan dahaga tidak
dianggap disebabkan oleh pembelajaran

Apakah rumusan Schmidt (1988)?



Sama ada benar atau tidak seseorang itu melakukan kemahiran tersebut secara
konsisten dengan keupayaan, ini bergantung kepada kehadiran angkubah
perlakuan. Ia merangkumi faktor yang boleh mempengaruhi perlakuan individu
itu. Sebagai contoh, faktor kewaspadaan seseorang, kerisauan yang disebabkan
oleh persekitaran, keunikan persekitaran dan kelesuan. Oleh itu adalah penting
pendekatan penilaian yang digunakan perlu mengambil kira faktor ini untuk
memperoleh satu inferens pembelajaran yang tepat.
6.1.1 Ciri-ciri Umum Perlakuan Pembelajaran
Kemahiran
Empat ciri perlakuan kemahiran yang biasa diperhatikan semasa pembelajaran
kemahiran berlaku adalah seperti dalam Rajah 6.1 berikut.

Rumusan Schmidt (1988) ialah pembelajaran motor merupakan satu set
proses yang dikaitkan dengan latihan atau pengalaman yang menghala
kepada perubahan relatif yang kekal dalam kebolehan bertindak balas.
X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
150

Rajah 6.1: Empat ciri umum perlakuan pembelajaran kemahiran

(a) Kemajuan
Kemajuan perlakuan sesuatu kemahiran akan bertambah baik dengan
masa. Ini bermaksud perlakuan sesuatu kemahiran adalah lebih baik
sekarang dari yang sebelumnya. Perlu diingati bahawa pembelajaran tidak
seharusnya terhad kepada setakat kemajuan dalam perlakuan sahaja. Ada
kalanya latihan menyebabkan pembentukan tabiat buruk yang akan
mengakibatkan perlakuan kemahiran pelajar itu gagal.

(b) Konsistensi
Perlakuan akan menjadi semakin konsisten apabila pembelajaran
berlangsung. Ini bermakna dari satu ke satu percubaan perlakuan lain, ciri-
ciri perlakuan pelajar akan mempunyai lebih persamaan atau konsisten.
Dalam percubaan awal perlakuan pelajar, ia adalah berbeza-beza antara
percubaannya. Namun, ia akan bertambah baik dan konsisten apabila
semakin banyak percubaan diadakan. Semakin konsisten perlakuan
kemahiran itu, maka bertambah stabil ciri-ciri perlakuan tersebut. Ini
bermakna kemahiran baru yang diperoleh tidak mudah dipengaruhi oleh
perubahan kecil dalam ciri-ciri peribadi dan persekitarannya.

(c) Berterusan
Ciri perlakuan yang ketiga adalah ciri berterusan. Peningkatan perlakuan
boleh dilihat dengan peningkatan perlakuan yang berterusan. Ini bermakna
apabila pelajar itu menuju ke arah proses peningkatan dalam pembelajaran
kemahiran tersebut, peningkatan perlakuannya akan kekal untuk satu
tempoh masa yang panjang. Pelajar yang telah menguasai sesuatu
kemahiran seharusnya boleh menunjukkan perlakuannya pada bila-bila
masa. Namun disebabkan oleh faktor lupa dan faktor lain, pelajar itu
mungkin tidak dapat mempamerkan tahap perlakuan seperti pada akhir
latihan sebelum ini.

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
151
(d) Penyesuaian
Ciri perlakuan yang terakhir ialah apabila kemahiran itu telah dikuasai,
pelajar boleh menyesuaikannya kepada pelbagai situasi. Pada
kebiasaannya, kita tidak melakukan sesuatu perlakuan dalam situasi atau
persekitaran yang mempunyai ciri-ciri yang sentiasa sama. Perbezaannya
mungkin dari segi emosi, fizikal, persekitaran, tempat dan sebagainya. Oleh
itu untuk melakukan sesuatu perlakuan yang berjaya, ia memerlukan
pelajar itu menyesuaikan diri serta kemahirannya kepada perbezaan yang
ada pada masa berkenaan.
6.1.2 Penilaian Pembelajaran Motor
Penguasaan sesuatu kemahiran motor adalah dinilai berdasarkan kepada
perlakuannya.

Dua isu yang perlu diberikan perhatian dalam membuat penilaian pembelajaran
motor adalah seperti berikut:
(a) Matlamat yang hendak dicapai oleh pelajar; dan
(b) Aspek prestasi yang menjadi indikator terbaik kepada lakuan kemahiran.

Terdapat dua kategori untuk membuat pengukuran prestasi pembelajaran motor:
(a) Pengukuran hasil (outcomes measures)
Pengukuran mengenai keputusan atau hasil lakuan pergerakan.
Contohnya, masa, jarak, jumlah kesilapan, ketepatan dan kekerapan.

(b) Pengukuran mengenai kualiti lakuan (process of movement)
Pengukuran melalui pemerhatian lakuan secara terus (contohnya,
menggunakan pita video). Kaedah pengukuran ini dilakukan untuk
mengenal pasti dan menentukan komponen lakuan bagi mencapai lakuan
yang disasarkan, contohnya, spike atau merejam dalam bola tampar yang
diukur dari aspek biomekanik.

Sesuatu pembelajaran dapat dinilai dengan menyimpan rekod tahap pencapaian
sesuatu perlakuan yang diukur dalam tempoh masa seseorang pelajar itu
melakukan latihan kemahiran berkenaan. Ia dapat ditunjukkan dalam graf
lengkok perlakuan.

Ia diplotkan dengan menunjukkan tahap pencapaian perlakuan yang diukur
dalam setiap tempoh masa dalam bentuk saat, minit, percubaan, hari dan
sebagainya.

X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
152
Apakah yang diukur di paksi-x dan paksi-y?



Pengkaji tingkah laku motor biasanya menggunakan lengkok perlakuan untuk
menunjukkan kesan pelbagai strategi instruksional ke atas pembelajaran
kemahiran motor. Oleh kerana pembelajaran ditakrifkan terlebih awal tidak
dapat diperhatikan secara terus, maka pengukuran perlakuan diukur dengan
menunjukkan perubahan dalam tingkah laku semasa latihan dalam sesuatu
tempoh masa.
Dalam lengkok perlakuan, kita dapat melihat kemajuan pelajar berlaku dengan
masa dan begitu juga dengan konsistensi kemajuan. Jika kejayaan servis dalam
bola tampar ditentukan dengan bilangan kali servis dilakukan melepasi jaring
serta masuk ke dalam gelanggang, peratus kejayaan servis sepatutnya bertambah
dengan masa. Konsistensi juga akan berlaku.

Rajah 6.2 menunjukkan jenis lengkok perlakuan ini. Dalam lakaran jenis graf
lengkok ini, perlakuan yang digunakan untuk menilai kemahiran itu diletakkan
dalam paksi-y dan masa atau percubaan diletakkan dalam paksi-x.


Rajah 6.2: Lengkok perlakuan

Dalam setiap lengkok perlakuan, tahap perlakuan yang diukur adalah pada
paksi-y dan masa perlakuan diukur pada paksi-x.
TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
153
(a) Jenis umum keluk prestasi
Apabila seseorang itu belajar kemahiran baru, lengkuk prestasi untuk
mengukur hasil yang biasanya mengikut salah satu daripada empat trend
umum dari awal hingga akhir tempoh amalan untuk kemahiran. Tempoh
masa ini boleh diwakili sebagai beberapa percubaan, jam, hari dan
sebagainya.

Ada empat jenis lekuk bagi keluk prestasi iaitu (rujuk Rajah 6.3, 6.4, 6.5 dan 6.6):

(i) Lengkuk linear (lurus)

Rajah 6.3: Lengkuk yang menggambarkan peningkatan prestasi yang
seimbang sepanjang tempoh praktis

(ii) Lengkuk negatif

Rajah 6.4: Lengkuk yang menggambarkan peningkatan prestasi yang tinggi
pada awal praktis; lanjutan proses pembelajaran akan menyaksikan
penurunan kadar peningkatan prestasi
X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
154
(iii) Lengkuk positif

Rajah 6.5: Lengkuk yang menggambarkan peningkatan prestasi yang rendah
pada awal praktis; lanjutan proses pembelajaran akan menyaksikan kenaikan
tinggi kadar peningkatan prestasi

(iv) Lengkuk ogif (ogive) atau S

Rajah 6.6: Lengkuk yang menggambarkan peningkatan prestasi yang
mempamerkan kombinasi ketiga-tiga jenis lengkuk.


SEMAK KENDIRI 6.1
Nyatakan dan jelaskan secara ringkas jenis-jenis lengkuk prestasi.
TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
155
6.1.3 Peringkat Pembelajaran
Pernahkah anda melihat seorang guru yang mahir dalam sesuatu kemahiran
motor tetapi menghadapi masalah atau kesukaran untuk mengajar kemahiran
tersebut kepada pelajarnya? Kesukaran ini mungkin kerana guru itu gagal
memahami bagaimana pelajar tersebut akan menerima kemahiran itu setiap kali
pelajar itu mencubanya. Untuk memudahkan pembelajaran sesuatu kemahiran,
guru perlu mengambil kira faktor seperti arahan, maklum balas dan keadaan
latihan adalah seimbang dan harmonis dengan keperluan pelajar.

Satu ciri penting dalam pembelajaran kemahiran motor adalah semua pelajar
akan melalui beberapa peringkat pembelajaran dalam penguasaan sesuatu
kemahiran. Beberapa model telah dicadangkan untuk mengenal pasti dan
menjelaskan peringkat pembelajaran ini. Dalam subtopik berikut, kita akan
melihat dua daripada model yang popular mengenai peringkat pembelajaran ini.

(a) Model tiga peringkat Fitts dan Posner
Fitts dan Posner pada tahun 1967 telah mengemukakan model klasik tiga
peringkat pembelajaran motor iaitu:

(i) Peringkat lisan-kognitif
Peringkat ini merupakan peringkat permulaan atau awal pada
kontinum peringkat pembelajaran. Ini adalah peringkat kognitif di
mana pelajar akan memberi lebih tumpuan kepada masalah yang
berorientasikan kepada kognitif. Pada peringkat ini, pelajar banyak
buat kesilapan, banyak soalan bertanya, perlakuan tidak konsisten.
Jurulatih atau guru perlu memberi banyak maklum balas ekstrinsik
kepada pelajar kerana pada peringkat ini pelajar tidak tahu apa
perlu dibuat untuk membaiki kesilapan perlakuan.

(ii) Peringkat assiosiatif
Peringkat ini adalah peringkat pertengahan di mana pelajar mula
memperhalus atau memperbaiki perlakuan kemahiran. Aktiviti
kognitif bertukar pada peringkat ini kerana pelajar telah mengetahui
bagaimana menghubungkaitkan beberapa maklumat persekitaran
dengan pergerakan yang diperlukan untuk mencapai matlamat
kemahiran tersebut.

Oleh kerana penambahbaikan kemahiran masih diperlukan di
peringkat ini, maka Fitts dan Posner merujuk peringkat ini sebagai
peringkat penyempurnaan (refining stage), di mana pelajar akan
melakukan perlakuan yang berjaya dan lebih konsisten dari satu
percubaan ke percubaan berikutnya, kesilapan besar semakin
X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
156
kurang. Pelajar juga dapat mengesan kesilapan yang dilakukan.
Walau bagaimanapun, ia masih memerlukan maklum balas
daripada jurulatih atau guru.

(iii) Peringkat autonomus
Peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam kontinum
pembelajaran. Ia juga dikenali sebagai peringkat automatik. Pada
peringkat ini, kemahiran telah menjadi hampir automatik atau
biasa. Pelajar pada peringkat ini tidak secara sedar memikirkan
tentang ciri-ciri pergerakan tertentu semasa melaksanakan
kemahiran kerana mereka boleh melakukannya tanpa berfikir.

Variabiliti prestasi semasa peringkat ini adalah sangat kecil kerana
pelajar dapat melaksanakan kemahiran secara konsisten dengan
baik daripada percubaan kepada percubaan yang berikutnya. Selain
itu, pelajar yang mahir boleh mengesan kesilapan mereka sendiri
dan membuat pelarasan yang betul untuk membetulkan kesilapan
yang mereka lakukan. Kualiti pengajaran dan praktis serta jumlah
praktis adalah faktor penting menentukan pelajar dapat mencapai
peringkat ini.

Tiga peringkat pembelajaran Fitts dan Posner dapat dilihat dalam
kontinum masa seperti dalam Rajah 6.7 berikut.


Rajah 6.7: Peringkat pembelajaran model Fitts dan Posner dilihat daripada
kontinum masa



Sila layari laman web berikut untuk mempelajari dengan lebih lanjut
mengenai peringkat pembelajaran model Fitts dan Posner (1967):

http://clem.mscd.edu/~broida/hps450/CH04/sld004.htm

AKTIVITI 6.1
TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
157
(b) Model dua peringkat Gentile
Model ini diperkenalkan oleh Gentile (1972), secara perbandingan kepada
Fitts dan Posner. Dia melihat kemahiran motor berjalan melalui sekurang-
kurangnya dua peringkat dan menyampaikan peringkat ini dari perspektif
matlamat pelajar pada setiap peringkat.

(i) Peringkat awal (initial stage)
Peringkat awal adalah istilah yang Gentile gunakan untuk peringkat
pertama. Pada peringkat ini, pelajar baru mempunyai dua matlamat
penting untuk dicapai iaitu:
x Memperoleh corak pergerakan penyelarasan yang akan
membolehkan beberapa tahap kejayaan untuk mencapai matlamat
tindakan kemahiran. Ini bermakna bahawa pemain baru mesti
membangunkan ciri-ciri pergerakan yang sepadan dengan
keadaan regulatori dalam konteks alam sekitar di mana
kemahiran dilakukan; dan
x Belajar untuk membezakan antara situasi regulatori dan bukan
regulatori dalam konteks alam sekitar di mana pelajar melakukan
kemahiran. Tidak seperti keadaan regulatori, keadaan bukan
regulatori, pencapaian ciri-ciri persekitaran yang tidak
mempengaruhi ciri-ciri pergerakan yang diperlukan untuk
mencapai matlamat tindakan. Contohnya, warna gelanggang,
sorakan penonton dan warna jersi.

Untuk mencapai kedua-dua matlamat penting, pelajar baru meneroka
pelbagai kemungkinan pergerakan. Melalui percubaan dan kesilapan,
pelajar mengalami ciri-ciri pergerakan yang sepadan dan tidak
sepadan dengan keperluan keadaan regulatori. Di samping itu, kerana
pelajar perlu menyelesaikan masalah yang banyak untuk menentukan
bagaimana untuk mencapai matlamat aksi, pelajar terlibat dalam
jumlah yang besar kognitif untuk menyelesaikan masalah. Apabila
pelajar mencapai penghujung peringkat ini, dia telah membangunkan
corak pergerakan koordinasi yang membolehkan beberapa
pencapaian matlamat aksi, tetapi pencapaian ini adalah tidak
konsisten dan tidak cekap.

(ii) Peringkat kedua (later stage)
Pada peringkat kedua, ia menunjukkan kemungkinan lebih daripada
satu peringkat di mana pelajar perlu memperoleh tiga ciri umum
iaitu:
X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
158
x Individu mesti membina keupayaan menyesuaikan corak
pergerakan yang dia telah diperoleh dalam peringkat pertama
kepada keperluan spesifik;
x Individu perlu meningkatkan konsisten dalam mencapai
matlamat kemahiran; dan
x Individu itu mesti belajar untuk melaksanakan kemahiran dengan
usaha yang ekonomi.

Kemahiran tertutup memerlukan penetapan corak (fiksasi) koordinasi
pergerakan asas yang diperoleh semasa peringkat pertama
pembelajaran. Ini bermakna bahawa pelajar mesti memperbaiki corak
ini supaya dia secara konsisten boleh mencapai matlamat aksi. Pelajar
berusaha ke arah membangunkan keupayaan untuk melaksanakan
corak pergerakan dengan usaha yang sedikit, jika ada, sedar dan
tenaga fizikal minimum.

Oleh itu, praktis kemahiran tertutup semasa peringkat ini mesti
memberi pelajar peluang untuk menetapkan corak koordinasi
pergerakan yang diperlukan dengan cara yang dia mampu
melaksanakan secara konsisten.

Sebaliknya, kemahiran terbuka yang diperlukan kepelbagaian corak
pergerakan asas yang diperoleh semasa pembelajaran peringkat
pertama.

Apakah perbezaan antara kemahiran terbuka dan tertutup?



Keadaan ini berubah dalam tempoh percubaan aksi serta antara
percubaan. Ini bermakna bahawa pelajar mesti menjadi biasa kepada
keadaan regulatori dan berkeupayaan untuk mengubahsuai
pergerakan untuk memenuhi keperluan yang sentiasa berubah ke atas
pelajar.

Hasilnya, pelajar mesti berkeupayaan secara automatik memantau
konteks persekitaran dan mengubahsuai pergerakan yang sewajarnya.
Oleh itu, amalan kemahiran terbuka pada peringkat ini mesti
menyediakan pelajar dengan pengalaman yang akan memerlukan
Satu ciri penting kemahiran terbuka yang berbeza daripada
kemahiran tertutup adalah keperluan untuk menukar situasi
ruang dan masa (spatial dan temporal).
TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
159
jenis pengubahsuaian pergerakan. Lihat Rajah 6.8 berikut untuk lebih
memahami perkara ini.


Rajah 6.8: Model pembelajaran dua peringkat Gentile


TANGGAPAN PRESTASI PADA PERINGKAT
AKHIR PEMBELAJARAN
Tanggapan atau jangkaan prestasi pada akhir sesuatu pembelajaran boleh
dilakukan berdasarkan kepada potensi perlakuan pada peringkat awal
pembelajaran pelajar.

Sama ada seseorang pelajar itu telah mencapai potensinya atau tidak akan
bergantung kepada beberapa faktor seperti:
(a) Faktor motivasi;
(b) Latihan; dan
(c) Peluang.

Pengkaji telah menggunakan tiga pendekatan yang berlainan untuk melihat
sejauh manakah prestasi perlakuan peringkat pembelajaran awal dapat
digunakan untuk membuat jangkaan pencapaiannya pada peringkat akhir
pembelajaran.

6.2
SEMAK KENDIRI 6.2
Empat ciri telah digunakan untuk mendefinisikan pembelajaran motor.
Nyatakan dan huraikan secara ringkas keempat-empat ciri tersebut.
X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
160
Dua daripada pendekatan ini menggunakan darjah perhubungan antara prestasi
perlakuan peringkat awal dan akhir pembelajaran dengan statistik korelasi.
Pendekatan ketiga mengambil kira peranan yang dimainkan oleh keupayaan
motor di setiap peringkat pembelajaran. Mari kita pelajarinya.
6.2.1 Korelasi Prestasi Awal dan Akhir Pembelajaran
Pendekatan pertama yang digunakan untuk menentukan perhubungan antara
pencapaian perlakuan awal dengan akhir adalah dengan menghubungkaitkan
skor seseorang pelajar sepanjang perkembangan peringkat pembelajarannya.
Kaedah yang paling mudah adalah dengan menghubungkaitkan skor perlakuan
awal dengan skor perlakuan akhir.

Dalam kebanyakan kes, korelasinya adalah rendah, menunjukkan satu korelasi
yang rendah antara pencapaian awal dengan akhir. Satu kajian telah dijalankan
oleh Trussell (1965) yang kini menjadi contoh kajian klasik dengan menggunakan
pendekatan ini. Trussell telah menjalankan kajiannya ke atas pelajar wanita kolej
yang membuat latihan lambungan (juggling) tiga biji bola tenis dalam 27 sesi
latihan dengan tiga sesi latihan seminggu selama sembilan minggu. Dalam setiap
sesi latihan, peserta akan melakukan 75 lambungan.

Beliau mentakrifkan perlakuan lambungan sebagai jumlah kesilapan atau bola
itu jatuh. Seperti dijangkakan oleh beliau, prestasi perlakuan akan meningkat
dengan latihan. Seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.9 berikut, skor kesilapan
menurun daripada 50 kesilapan setiap sesi 75 lambungan dalam sesi latihan
pertama ke 20 kesilapan setiap sesi latihan 75 lambungan dalam sesi latihan
terakhir. Graf ini penting yang menunjukkan unjuran skor bagi setiap tempoh
sesi latihan dapat menjangkakan skor-skor akhir. Nilai R
2
paksi X menunjukkan
nilai jangkaan prestasi. Statistik ini diperoleh dengan menggandaduakan korelasi
antara skor peserta untuk satu tempoh latihan dan purata tempoh empat latihan
terakhir. R
2
menunjukkan darjah kesamaan iaitu kesamaan antara set skor
perlakuan awal dan akhir.

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
161

Rajah 6.9: Korelasi prestasi awal dan akhir pembelajaran

Dalam kajian ini, skor lima latihan pertama cuma dapat membuat jangkaan tepat
prestasi perlakuan sebanyak 50% hingga 60% sahaja. Namun, peratusan jangkaan
prestasi perlakuan di akhir pembelajaran akan bertambah tinggi peratusannya
atau lebih tepat dengan semakin bertambahnya sesi latihan. Contohnya, prestasi
perlakuan semasa sesi latihan ke-15 dapat menjangkakan prestasi akhir
pembelajaran dengan tepat adalah 85%.
(R
2
)
X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
162
6.2.2 Korelasi antara Percubaan
Pendekatan kedua adalah lebih kompleks iaitu prosedur korelasinya melibatkan
perhubungan antara semua percubaan dalam latihan. Pendekatan ini
memberikan maklumat tentang perhubungan antara skor perlakuan dengan
mana-mana dua percubaan.

Hasil daripada analisis dapatan menunjukkan kesamaan percubaan yang
hampir sama antara satu sama lain dengan masa adalah tinggi korelasinya
berbanding dengan percubaan yang lebih jauh daripada satu sama lain.

Apakah maksud pepenjuru-maha?



Ini bermaksud korelasi antara percubaan yang kelihatan dalam matriks korelasi
yang membandingkan kesemua percubaan antara satu sama lain, dengan
percubaan yang sama terletak di kedua-dua paksi-x dan y dalam matriks
tersebut.

Korelasi sesuatu percubaan dengan percubaan berikutnya seperti percubaan 2
dan 3 adalah kelihatan cuma berada di atas pepenjuru matriks tersebut di mana
sesuatu percubaan akan dikorelasikan dengan ia sendiri. Berdasarkan kepada
kegunaan kata imbuhan maha bermaksud atas, satu bentuk pepenjuru-maha
berlaku apabila korelasi tertinggi dalam matriks adalah sepanjang pepenjuru
tersebut iaitu cuma berada di atas pepenjuru utama matriks berkenaan.

Thomas dan Halliwell (1976) telah melakukan kajian ke atas peserta yang
mempelajari tiga kemahiran motor iaitu:
(a) Kejaran rotari (rotary pursuit);
(b) Stabilometer; dan
(c) Pergerakan ritma lengan (rhythmic arm movement).

Matriks korelasi pada Rajah 6.10 menunjukkan dapatan kajian 15 percubaan awal
semasa latihan untuk pergerakan ritma lengan. Hasil kajian menunjukkan
korelasi tertinggi antara percubaan adalah terletak sepanjang pepenjuru yang
berada atas pepenjuru utama dalam matriks korelasi. Seperti yang ditunjukkan
dalam matriks korelasi ini, jika kita perhatikan jadual kanan dibandingkan
dengan sesuatu percubaan tertentu dengan percubaan lain, korelasi antara
Perhubungan antara percubaan dikenali sebagai bentuk pepenjuru-maha
(super-diagonal).
TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
163
percubaan semakin jauh adalah lebih rendah. Contohnya, korelasi antara
percubaan 4 dan 5 adalah 0.73, sementara korelasi antara percubaan 4 dan 12
menurun sehingga 0.15. Dengan itu, hasil kajian ini menunjukkan bahawa
perlakuan awal latihan merupakan panduan jangkaan yang lemah perlakuan
akhir sesuatu latihan.


Rajah 6.10: Matriks korelasi antara percubaan
6.2.3 Perkaitan antara Kebolehan Motor dengan
Peringkat Pembelajaran
Pendekatan ketiga untuk melihat perkaitan antara pencapaian perlakuan awal
dengan akhir dalam pembelajaran adalah dengan membandingkan kebolehan
motor yang menyebabkan pencapaian perlakuan dalam setiap peringkat
pembelajaran. Walaupun kontroversi wujud sama ada kebolehan berkaitan
dengan perlakuan kekal atau berubah-ubah semasa pembelajaran motor, namun
kebolehan yang diperlukan untuk melakukan sesuatu kemahiran boleh berubah
sepanjang masa apabila seseorang menjadi lebih mahir atau cekap untuk
melakukan kemahiran tersebut. Ini bermakna kebolehan yang berkaitan dengan
perlakuan sesuatu kemahiran dalam peringkat awal pembelajaran mungkin tidak
sama seperti dalam peringkat akhir pembelajaran.

Ackerman (1988, 1992) telah menjelaskan perubahan ini semasa dia
mencadangkan satu model untuk menjelaskan perkaitan antara jenis kebolehan
yang memainkan peranan utama dalam sesuatu perlakuan dalam setiap
peringkat pembelajaran dalam model Fitts dan Posner. Rajah 6.11 menunjukkan
perkaitannya.
X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
164

Rajah 6.11: Model hiraki Ackerman

Dalam peringkat kognitif pembelajaran di mana pelajar mesti menguasai
pengetahuan tentang matlamat tugasan, peraturan dan strategi serta kebolehan
umum kognitif dan kandungan yang menyebabkan perlakuan.

Kebolehan kognitif umum termasuk:
(a) Penaakulan;
(b) Penyelesaian masalah;
(c) Kebolehan verbal; dan
(d) Kebolehan kandungan termasuklah orientasi ruang, kawalan tumpuan dan
sebagainya.

Semasa pelajar itu beransur ke peringkat asosiatif, kebolehan kelajuan perseptual
akan bertambah dominan dalam perlakuan. Pada peringkat autonomous,
keperluan dalam perseptual dan kebolehan meningkat supaya ia menjadi
kebolehan yang paling tinggi kaitannya dengan perlakuan.


AKTIVITI 6.2
Tanggapan atau jangkaan prestasi pada akhir sesuatu pembelajaran boleh
dilakukan dengan menggunakan beberapa pendekatan. Jelaskan secara
ringkas bagaimana pendekatan-pendekatan tersebut dapat digunakan
untuk membuat jangkaan prestasi akhir sesuatu pembelajaran.
TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
165
PEMINDAHAN PEMBELAJARAN
Mari kita meneruskan pembacaan tentang pemindahan pembelajaran pula.
6.3.1 Teori Pemindahan Pembelajaran
Pembelajaran adalah suatu proses perubahan tingkah laku hasil daripada
pertembungan antara individu dengan persekitarannya, sama ada secara
langsung atau sebaliknya. Pembelajaran juga boleh dihasilkan melalui latihan. Di
dalam usaha seseorang itu untuk memperbaiki, mendalami sesuatu ilmu
pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan tingkah lakunya, dia secara tidak
langsung akan menggunakan konsep Drowatzky (1975). Proses di mana
seseorang itu menggunakan pembelajaran lepas di dalam situasi baru yang
berlainan daripada asalnya, maka akan berlakulah proses pemindahan
pembelajaran.

Mengikut Sage (1977), pemindahan pembelajaran adalah kesan pembelajaran
lepas ke atas penerimaan sesuatu pembelajaran baru. Manakala Singerv (1980),
menyatakan pemindahan pembelajaran adalah penggunaan pengetahuan dan
pengalaman lepas untuk mempelajari sesuatu kemahiran baru dalam situasi
yang berlainan.

Pengetahuan serta pemahaman konsep pemindahan pembelajaran amat penting
bagi guru kerana ia dapat digunakan oleh pelajar untuk menghasilkan
pembelajaran yang optimum dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dalam
perlakuan motornya.

Berikut merupakan empat teori pemindahan pembelajaran (rujuk Rajah 6.12):


Rajah 6.12: Empat teori pemindahan pembelajaran

6.3
X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
166
(a) Teori unsur umum
Teori ini telah diusahakan oleh Judd (1908) dalam penyelidikannya. Beliau
telah asas mengenai sesuatu kemahiran spesifik boleh dipindahkan.
Contohnya, beliau dapati individu boleh menepati sasaran di dalam air
sekiranya dia dijelaskan tentang prinsip biasa sebelum dia memanah
sasaran dalam air.

Beliau juga menekankan kepada ketepatan motor sebagai hasil pemindahan
yang tidak disedari daripada tugas dan perlakuan yang lepas kepada
keperluan pergerakan sekarang. Keadaan ini adalah hasil daripada
penggunaan saluran saraf neurologi yang telah diasaskan untuk tugas yang
terdahulu daripada keperluan pergerakan sekarang. Contohnya, perlakuan
membuat pukulan smesy (smash) atas kepala dalam permainan tenis atau
membuat servis, adalah keperluan pergerakan yang diperoleh daripada
perlakuan lepas seperti membaling atas tangan dalam permainan sofbol
atau permainan badminton.

(b) Teori unsur persamaan
Teori ini dikemukakan oleh Thorndike (1932), di mana beliau menyatakan
bahawa pemindahan pembelajaran boleh berlaku apabila unsur sesuatu
tugas itu bersesuaian dengan tugas kedua dari segi rangsangan dan gerak
balas. Di dalam kajian yang telah dijalankan oleh Gagne dan rakan-
rakannya tentang kebolehan menekan butang apabila dirangsang oleh
lampu, didapati bahawa semua subjek bertumpu kepada pengkhususan
kemahiran di mana pemindahan pembelajaran berlaku berpunca daripada
persamaan gerak balas atau rangsangan antara dua variasi yang sama
tugasan. Contohnya, alam melakukan pukulan kilas dan lob pergerakan
kaki, pengetahuan lantunan, dan strategi permainan tenis digunakan pula
di dalam permainan skuasy.

(c) Teori Gestaltik
Mengikut teori ini, pemindahan pembelajaran akan berlaku apabila corak
perhubungan yang dinamik ditemui di dalam dua situasi pembelajaran.
Transposisi (transposition) akan berlaku sekiranya latihan sesuatu tugasan
yang terdahulu dapat membantu perlakuan tugasan yang kedua. Proses
transposisi atau rentasan kedudukan boleh berlaku bila terdapat kehadiran
corak, susunan dan perkaitan yang sama antara kedua-dua perlakuan itu.

(d) Teori dua faktor
Pemindahan pembelajaran boleh berlaku apabila terdapat kombinasi faktor
am dan spesifik. Teori ini mencadangkan bahawa individu mempelajari
sesuatu tugasan yang baru melalui perolehan rangsangan dan corak gerak
balas. Teori dua faktor ini dikemukakan oleh Munn (1932) pada masa dia
TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
167
mengkaji pemindahan bilateral, di mana pemindahan pembelajaran berlaku
daripada pergerakan terasing tangan yang berlawanan.

Pemindahan pembelajaran bergantung kepada lima ciri tertentu iaitu:
(i) Faktor am yang mengasaskan tugasan;
(ii) Haluan dalam sistem saraf;
(iii) Persamaan dalam unsur rangsangan gerak balas;
(iv) Perkaitan antara tugasan pertama dengan tugasan kedua; dan
(v) Kombinasi faktor am dan spesifik.

Mari kita lihat lakaran proses pembelajaran dalam Rajah 6.13 yang melibatkan
individu, tugasan dan persekitaran yang saling berkaitan.


Rajah 6.13: Proses pembelajaran

X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
168

6.3.2 Prinsip dan Konsep Pemindahan Pembelajaran
Melalui kajian yang telah dijalankan oleh pakar pendidik terhadap pemindahan
pembelajaran, maka terhasillah beberapa prinsip umum yang dapat membantu
guru serta pengajar aktiviti perlakuan motor.

Sembilan prinsip yang boleh dijadikan panduan di dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran motor adalah disenaraikan seperti berikut:
(a) Hasil pemindahan pembelajaran adalah lebih berkesan apabila terdapat
persamaan unsur yang lebih banyak di antara dua tugasan. Contohnya,
kemahiran yang diperoleh dalam sesuatu permainan seperti permainan
tenis akan memberi kelebihan ketika membuat pukulan dalam permainan
skuasy kerana kedua-dua permainan ini mempunyai banyak persamaan
dari segi kemahiran pukulan, gerakan dan strategi permainan;
(b) Apabila kemahiran yang sedia ada memberi sumbangan terhadap
pembelajaran atau perlakuan dalam situasi baru, maka berlakulah
pemindahan positif. Contohnya, kelenturan dan kawalan tubuh badan
yang telah terbina melalui kemahiran gimnastik dapat digunakan untuk
perlakuan tarian dan sukan terjun air (water diving);
1. Lengkapkan jadual berikut (gunakan kertas berasingan untuk
melengkapkan jadual ini):
Jenis teori
Unsur
Umum
Unsur
Persamaan
Gestaltik Dua Faktor
Siapa
pengasas?

Penyataan
teori

Contoh

2. Teori-teori pemindahan pembelajaran adalah amat penting bagi
guru. Rumuskan secara ringkas teori-teori pemindahan
pembelajaran yang telah anda pelajari.

3. Sebelum anda meneruskan pembacaan pada bahagian seterusnya,
cadangkan beberapa panduan dalam proses pemindahan
pembelajaran yang berkesan berasaskan pengalaman anda sebelum
ini.
AKTIVITI 6.3
TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
169
(c) Apabila sesuatu kemahiran yang telah sedia ada tidak dapat digunakan
atau disesuaikan dalam melakukan perlakuan yang baru, maka berlakulah
pemindahan negatif. Contohnya, seorang pemain badminton yang
mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam permainan itu tidak dapat
mengelakkan dirinya daripada menggerakkan pergelangan tangannya
semasa membuat pukulan kilas lob dalam tenis;
(d) Apabila kemahiran yang telah sedia ada tidak dapat memberikan kesan
atau sumbangan kepada perlakuan atau pembelajaran baru, maka
pemindahan neutral atau kosong berlaku;
(e) Pemindahan pembelajaran tidak berlaku secara automatik walaupun apa
yang dilakukan itu adalah dua tugas yang sama;
(f) Untuk mendapatkan pemindahan pembelajaran yang positif dalam
perlakuan yang baru, adalah penting bagi guru serta pengajar
menyemaikan pemahaman prinsip dan prosedur sesuatu perlakuan motor
yang akan dilaksanakan. Prinsip seperti Hukum Newton, prinsip
momentum, daya memusat dan sentrifugal dan peranan tarikan daya pusat
graviti banyak memainkan peranan dalam menentukan prestasi sesuatu
perlakuan motor;
(g) Jumlah pemindahan bergantung kepada bahan pembelajaran dan
kemampuan individu. Pelaku yang lebih cerdas dapat mengaplikasi dan
menghasilkan pemindahan pembelajaran dengan lebih efektif akan prinsip
dan pengetahuan asas yang telah dipelajari;
(h) Pemindahan yang lebih baik dapat dihasilkan apabila latihan yang lebih
banyak dilakukan terhadap tugasan asal; dan
(i) Pemindahan boleh berlaku hasil daripada pertalian kognitif yang terbentuk
di antara dua tugasan.
Ringkasan bagi sembilan prinsip pemindahan pembelajaran ini diilustrasikan
dalam Rajah 6.14.

X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
170

Rajah 6.14: Sembilan prinsip pemindahan pembelajaran

Pemindahan pembelajaran merujuk pengaruh pengalaman sedia ada terhadap
proses pembelajaran yang sedang berlaku. Ia melibatkan tiga jenis pemindahan
pembelajaran yang berlaku iaitu:
(a) Pemindahan positif
Pemindahan ini berlaku apabila pengalaman lepas pelajar dengan satu
kemahiran memudahkan pembelajaran kemahiran baru atau penggunaan
kemahiran dalam konteks yang berbeza.

(b) Pemindahan negatif
Sebaliknya, pemindahan negatif berlaku apabila pengalaman lepas pelajar
dengan kemahiran menggalang atau menghalang pembelajaran kemahiran
baru atau prestasi kemahiran di bawah situasi baru.

(c) Pemindahan sifar
Pemindahan ini berlaku kerana pengalaman dengan kemahiran yang
pertama tidak mempunyai pengaruh ke atas yang kedua.

Walaupun jurulatih atau guru mahu mengambil manfaat ke atas pemindahan
positif, pemindahan negatif boleh berlaku dan hasil pelajar perlu belajar tindak
balas baru. Contohnya, pemindahan negatif berlaku apabila pemain badminton
mahir memutuskan untuk belajar tenis. Dalam badminton, pukulan depan
(forehand) memerlukan penggunaan pergelangan tangan dan ini tidak berlaku
TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
171
dalam tenis, di mana terdapat sumbangan minimum pergelangan tangan. Pada
mulanya, pemain badminton mungkin cuba untuk menggabungkan penggunaan
pergelangan tangan dalam pukulan depan tenis. Walau bagaimanapun, kesan
daripada pemindahan negatif adalah sementara dan boleh diatasi dengan
praktis.

6.3.3 Jenis Pemindahan Kemahiran
Untuk memudahkan pemahaman tentang jenis pemindahan, maka kita
membahagikan ia kepada dua kategori utama iaitu:
(a) Pemindahan bilateral
Pemindahan bilateral berlaku apabila terdapatnya pemindahan kemahiran
motor dari sebelah anggota badan ke sebelah badan yang bertentangan.
Contohnya, kemahiran membaling dan menyambut bola dari tangan ke
kaki atau sebaliknya.

Cara yang baik untuk mengajar sesuatu kemahiran motor adalah kaedah
terus. Contohnya, untuk mengajar kemahiran menendang dengan kaki kiri,
kita tidak perlu mengajar mula dengan kaki kanan. Sebaliknya terus
dengan kaki kiri. Dengan adanya kemudahan pemindahan bilateral, kita
dapat menggunakan dengan sepenuhnya kedua-dua bahagian anggota
badan.

Bagi guru pendidikan jasmani, konsep pemindahan jenis ini dapat
digunakan dalam usaha untuk mempertingkat dan meninggikan
perkembangan dan pencapaian perlakuan motor dalam mengajar beberapa
kemahiran seperti berikut:
(i) Melatih pelajar melakukan dirian tangan dan berjalan dalam
gimnastik;
(ii) Membuat hantaran, menggelecek, menendang dan menjaring gol
dalam permainan bola sepak dengan kedua-dua belah kaki;
AKTIVITI 6.4
Terdapat beberapa prinsip pemindahan pembelajaran yang harus guru
fahami sebelum merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Huraikan secara ringkas bagaimana prinsip-prinsip tersebut dapat
membantu guru semasa merancang suatu pengajaran dan pembelajaran.
X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
172
(iii) Mengajar pemain sofbol menukar tempat semasa memukul;
(iv) Mengajar pemain bola tampar memukul bola dengan menggunakan
kedua-dua belah tangan; dan
(v) Melatih penari, ahli gimnastik atau ahli terjun air mengimbangi
seluruh badan.
(b) Pemindahan intra tugasan (intratask)
Pemindahan jenis ini melibatkan pemindahan satu variasi dalam satu jenis
tugasan kepada variasi yang berlainan di dalam jenis tugasan yang sama.
Tahap sesuatu variasi boleh dipertingkatkan atau direndahkan bergantung
kepada perkembangan dan kebolehan serta keupayaan individu.

Antara angkubah yang terdapat di dalam melakukan pemindahan intra
tugasan adalah:
(i) Perkaitan kerumitan tugasan dan pemindahan
Jumlah pemindahan pembelajaran adalah bergantung kepada darjah
kerumitan sesuatu tugasan itu. Seandainya sesuatu kemahiran motor
itu memerlukan pergerakan yang kompleks, maka pemindahannya
adalah lebih merumitkan.
(ii) Pemilihan kaedah secara keseluruhan atau separa
Untuk mendapatkan sesuatu pengajaran yang berkesan, guru harus
memahami kehendak dan matlamat pengajaran yang hendak dicapai
pada akhir pengajaran. Dari situ, bagi mewujudkan kesan
pembelajaran yang baik dan berkesan, guru itu perlu memilih kaedah
bersesuaian dengan jenis dan bentuk perlakuan motor yang hendak
dicapai pada akhir pengajaran.

Untuk mendapatkan pengajaran yang efektif, pergabungan kedua-dua kaedah
perlu dipraktikkan. Dari situ disarankan bahawa penyesuaian penggunaan
kaedah tertentu dalam pengajaran kemahiran motor perlu difikirkan terlebih
dahulu oleh guru sebelum merancang sesuatu pengajaran motor.

Contohnya, aktiviti yang kompleks dan yang memerlukan urutan atau yang
berterusan serta kederasan, kelajuan dan koordinasi, perlukan pengajaran
keseluruhan. Bagi aktiviti yang mempunyai subtugasan (subtasks) pula, perlu
dipecahkan kepada unit tertentu dan kemudiannya dituruti dengan kaedah
keseluruhan.

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
173

6.3.4 Faktor yang Mempengaruhi Pemindahan
Kemahiran
Dalam memahirkan sesuatu perlakuan, ada enam faktor yang terlibat iaitu (rujuk
Rajah 6.15):

(a) Faktor kaedah latihan
Kaedah latihan yang dipraktikkan akan mempengaruhi proses pemindahan
pembelajaran. Kemahiran motor yang mempunyai unit kecil yang berkait
rapat perlu diajar secara keseluruhan. Bagi kemahiran yang besar dan
senang, boleh dipecahkan pengajarannya kepada unit yang lebih kecil.

(b) Faktor latihan mental
Untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih positif, seseorang itu perlu
melakukan latihan mental yang berdasarkan kepada prinsip perlakuan dan
penganalisisan pergerakan. Individu perlu diberikan pengetahuan serta
penerangan berkenaan dengan aktiviti yang hendak dilakukan. Kecerdasan
individu juga akan mempengaruhi perlakuan kemahiran motor.

(c) Faktor motivasi
Motivasi memainkan peranannya dalam proses pemindahan kemahiran
dari satu situasi ke situasi yang baru. Kesan motivasi terhadap individu
bergantung kepada sahsiahnya, perhubungannya dengan persekitaran dan
juga tugasan pemindahan itu. Dengan adanya motivasi, individu akan
dirangsang untuk mencapai prestasi yang tinggi dalam perlaksanaan
sesuatu jenis atau bentuk perlakuan motor.

Motivasi boleh diadakan dalam bentuk:
(i) Insentif ganjaran;
(ii) Minat dalaman;
(iii) Insentif sosial;
(iv) Galakkan kepada pencapaian dan prestasi;
AKTIVITI 6.5
Dalam mempelajari sesuatu kemahiran baru, pengalaman atau
kemahiran lepas akan mempengaruhi pembelajaran baru. Nyatakan
secara ringkas bagaimanakah pengalaman atau kemahiran lepas
mempengaruhi pembelajaran kemahiran baru.
X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
174
(v) Insentif kewangan;
(vi) Deraan; dan
(vii) Kehadiran penonton.

(d) Faktor jumlah latihan
Jumlah latihan yang dipraktikkan untuk sesuatu kemahiran akan
mempengaruhi pemindahan tugasan dalam perlakuan yang sama.
Contohnya, pemain bola keranjang yang mempunyai kemahiran yang
tinggi dalam membaling dan menyambut bola akan lebih mudah
melakukan kemahiran yang sama dalam permainan bola jaring, walaupun
dia baru melibatkan diri dalam permainan itu.

(e) Unsur persamaan antara dua tugasan
Apabila terdapat unsur persamaan yang lebih banyak antara dua tugasan,
ia akan menghasilkan pemindahan kemahiran yang positif. Contohnya,
persamaan dalam teknik pergerakan dan balingan dalam permainan bola
jaring dengan bola baling.

(f) Kebolehan individu untuk pemindahan prinsip umum
Pemahaman serta mengetahui akan sesuatu teori dan prinsip umum
mengenai sesuatu perlakuan akan dapat mengaplikasikannya dalam situasi
yang berbeza. Sebaliknya bagi individu yang hanya mengetahui prinsip
spesifik, hanya berupaya menggunakannya untuk situasi tertentu sahaja.

Rajah 6.15: Enam faktor yang mempengaruhi pemindahan pembelajaran kemahiran

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
175

6.3.5 Penilaian dan Pengukuran Pemindahan Hasil
Penilaian dan pengukuran bagi jumlah pemindahan kemahiran dapat dilakukan
mengikut prinsip berikut:
(a) Pengetahuan asal dan latihan mempengaruhi pembelajaran;
(b) Latihan yang asal mempengaruhi pembelajaran berikutnya; dan
(c) Pembelajaran yang telah sedia ada dalam sesuatu tugasan mempengaruhi
pemindahan pembelajaran dalam tugasan yang lain.

Walau bagaimanapun, kesan pemindahan pembelajaran kemahiran melalui tiga
jenis pemindahan iaitu:

(a) Pemindahan positif
Kesan pemindahan positif berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor
lepas, memudahkan sesuatu pembelajaran kemahiran motor baru.
Contohnya, seorang pemain tenis akan dapat mempelajari kemahiran
motor permainan pingpong dengan lebih mudah dan cepat.

(b) Pemindahan negatif
Kesan pemindahan negatif berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor
lepas menyukarkannya mempelajari sesuatu kemahiran motor baru.
Contohnya, seorang pemain badminton akan menghadapi kesukaran untuk
mempelajari kemahiran permainan tenis.

(c) Pemindahan neutral atau kosong
Kesan pemindahan neutral atau kosong berlaku apabila pembelajaran
kemahiran motor lepas tidak memberi sebarang kesan kepada
pembelajaran kemahiran motor yang baru. Contohnya, kemahiran motor
dalam permainan bola keranjang tidak akan mempengaruhi pembelajaran
kemahiran dalam permainan bola sepak.

AKTIVITI 6.7
Cadangkan satu contoh perlakuan yang boleh dikaitkan dengan
keenam-enam faktor pemindahan pembelajaran kemahiran. Bincang
dengan tutor anda bagi memastikan contoh anda itu tepat.
X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
176




x Peringkat pembelajaran kognitif di mana tahap di mana pelajar cuba
membentuk konsep keseluruhan sesuatu kemahiran motor dengan
memperoleh maklumat melalui deria dalam bentuk maklum balas sensori
melalui pemerhatian, memperoleh maklum balas lisan daripada guru atau
melalui otot gelendong yang menghalusi setiap pergerakan secara dalaman.
x Peringkat hubung kait merupakan tahap di mana perlakuan sesuatu
kemahiran akan lebih konsisten.
x Peringkat pembelajaran autonomous merupakan tahap di mana sesuatu
kemahiran yang dipelajari akan menjadi automatik, stabil dan mudah.
x Model Fitts dan Posner mencadangkan bahawa pelajar mesti melalui tiga
peringkat pembelajaran iaitu:
Peringkat kognitif iaitu pelajar mula melibatkan diri dengan kebanyakan
aktiviti kognitif seperti penyelesaian masalah, pengarahan tumpuan
kepada pergerakan dan sebagainya;
SEMAK KENDIRI 6.3
Terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi pemindahan
pembelajaran kemahiran. Huraikan secara ringkas bagaimana faktor-
faktor ini mempengaruhi proses pemindahan sesuatu pembelajaran
kemahiran.
Sebelum anda meneruskan pembacaan anda ke subtopik seterusnya, uji
kefahaman anda. Cuba ke laman webberikut:

http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_view0/
chapter5/multiple_choice_quiz.html

Laman ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda
menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai.
Selain itu terdapat pautan ke online laboratory manual dan related
reading untuk memantapkan kefahaman anda.
AKTIVITI 6.8
TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR W
177
Peringkat hubung kait iaitu pelajar mengurangkan aktiviti kognitif
terlibat dalam perlakuan sesuatu kemahiran dan berusaha menghalusi
kemahiran untuk menghubungkaitkan kejayaan perlakuan dan
kekonsistenan; dan
Peringkat autonomous iaitu pelajar melakukan sesuatu kemahiran secara
automatik.
x Model Gentile mencadangkan pelajar melalui dua peringkat pembelajaran
iaitu:
Peringkat motor di mana matlamat pelajar permulaan adalah untuk
membentuk satu koordinasi corak pergerakan dan mempelajari untuk
mendiskriminasikan situasi regulatori dan bukan regulatori; dan
Peringkat kedua adalah peringkat penetapan di mana matlamat pelajar
adalah untuk menguasai kebolehan untuk mengadaptasikan corak
pergerakan yang dipelajari pada peringkat awal untuk memenuhi situasi
perlakuan dan meningkatkan konsistensi perlakuan serta melakukan
perlakuan dengan usaha yang minimum. Matlamat pergerakan adalah
kemahiran spesifik dalam peringkat ini untuk kemahiran tertutup ia
memerlukan fiksasi corak pergerakan itu dan kemahiran terbuka
memerlukan satu diversifikasi corak pergerakan itu.
x Pengaruh pengalaman lepas mungkin menggalakkan, menghalang atau tidak
ada kesan ke atas perlakuan sesuatu kemahiran dalam kontak baru atau
pembelajaran sesuatu kemahiran baru.
x Terdapat empat jenis pemindahan iaitu pemindahan positif, pemindahan
negatif, pemindahan bilateral dan pemindahan kosong atau neutral.



Bentuk pepenjuru-maha (super-diagonal)
Diversifikasi (diversification)
Fiksasi (fixation)
Keadaan bukan regulatori
Pemindahan bilateral
Pemindahan negatif
Pemindahan neutral
Pemindahan pembelajaran
Pemindahan positif
Peringkat autonomous
Peringkat hubung kait
Peringkat kognitif
X TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
178

Ackerman, P. L. (1987). Individual differences in skill learning: An integration of
psychometric and information processing perspectives. Psychological
Bulletin, 102, 3-27.
Ackerman, P. L. (1988). Determinants of individual differences during skill
acquisition: Cognitive abilities and information processing. Journal of
Experimental Psychology: General, 117, 288-318.
Drowatzky, J. N. (1975). Motor learning: Principles and practices. US: Burgess.
Fitts, P. M., & Posner, M. I. (1967). Learning and skilled performances in human
performance. Belmont C. A.: Brock-Cole.
Gentile, A. (2000). Skill acquisition: Action movement and neuromotor processes.
Dalam: Carr, J., Sheperd, R., Gordon, J. (ed.). Movement science: Foundations for
physical therapy in rehabilitation (2nd ed.). Aspen: Rocville.
Judd, C. H. (1908). The relation of special training to general intelligence.
Educational Review, 36, 28-42
Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. US:
Morton.
Magill, R. A. (2003). Motor learning and control: Concepts and applications.
(7th ed.). New York, NY: McGraw-Hill.
Munn, N. (1932). Bilateral transfer of learning. Journal Experiment Psychology,
15, 343353.
Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neurophychological
approach. Dubuque, Iowa, IA: Wm. C. Brown.
Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis.
(2nd ed.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics.
Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human Kinetics.
Singer, R. N. (1980). Motor learning and human performance: An application to
motor skills and movement behaviors. New York, NY: McMillan.
Thomas, J. R., & Halliwell, W. (1976). Individual differences in motor skill
acquisition. Journal of Motor Behaviour, 8, 8999.
Thorndike, E. L. (1932). The fundamentals of learning. New York, NY: Teachers
Press College.
Trussell, E. (1965). Prediction of success in a motor skill on the basis of early
learning achievement, The Research Quarterly, 36, 342347.

Anda mungkin juga menyukai