Anda di halaman 1dari 2

http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.

com/
Jenis-jenis Penguncupan Otot Dalam pergerakan terdapat 3 jenis penguncupan otot iaitu; penguncupan isotonic, penguncupan isometric, dan penguncupan isokinetik. Iso bemaksud konstan sementara kinetic bermaksud pergerakan dan metric bermaksud panjang. Penguncupan isometric penguncupan jenis ini melibatkan otot memendek atau memanjang, di mana otot yang memendek akan menghasilka ketegangan(tension). Ketegangan yang terbina tidak sama sepanjang pergerakan otot serta mengikut sudut tarikan otot tersebut. Contohnya, gerakan-gerakan mengangkat barang dan mendaki tangga atau bukit. Penguncupan isitonik boleh dibahagikan kepada 2, iaitu: Penguncupan konsentrik di mana otot memendek semasa penguncupan berlaku serta mampu mengatasi sesuatu rintangan. Penguncupan esentrik yang dikaitkan dengan otot memanjang semasa menguncup,iaitu semasa berlakunya ketegangan aktif. Penguncupan esentrik berlaku apabila seseorang individu membengkokkan siku dan menyuruh seseorang lain menarik untuk cuba meluruskan siku tersebut dan pada masa sama anda berusaha mengekalkan kedudukan siku yang bengkok. Apabila lengan anda diluruskan, otot flexor siku akan memanjang semasa berlaku penguncupan. Penguncupan esentrik digunakan untuk melawan daya tarikan gravity seperti sewaktu berjalan menuruni bukit atau tangga. Penguncupan Isometrik Iosmetrik bermaksud sama panjang atau panjang yang konstan. Iso bermaksud konstan dan metric bermaksud panjang. Otot menguncup secara isometric apabila wujudnya ketegangan tetapi tidak ada perubahan dari segi panjang otot. Sebab otot tidak memendek ialah kerana daya rintangan luaran adalah lebih kuat daripada daya dalaman yang dihasilkan oleh otot yang terlibat. Contoh penguncupan isometric ialah apabila seseorang individu membuat regangan menolak dinding. Penguncupan Isokinetik Otot menguncup dalam satu pergerakan yang sama. Ini bermaksud regangan otot berlaku secara sekata dengan beban atau daya yang konstan sepanjang perlakuan penguncupan otot tersebut. Semasa berlakunya penguncupan isokinetik, daya yang dihasilkan oleh otot semasa ia memendek adalah sama pada semua sudut mengikut julat pergerakan di sesuatu sendi. Contoh pergerakan sebegini ialah

hayunan tangan dalam air semasa berenang gaya bebas. Contoh lain ialah semasa melakukan latihan menggunakan mesin Cybex, di mana bebanan yang sama berlaku pada seluruh julat pergerakan.

http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai