Anda di halaman 1dari 2

Cabaran guru Cabaran tersebut merupakan asam garam yang perlu dilalui oleh seorang guru.

Mahu tidak mahu ianya pasti dan harus dilalui bukannya dielakkan.Emosi yang harmoni pasti menghasilkan hasil kerja berkualiti.Manakala penglibatan dengan ahli masyarakat sebenatnya menguji daya tahan seorang guru mendepani masyarakat umum Antara cabaran paling utama bagi guru alaf baru ialah pengendalian emosi yang baik.Kecemerlangan seorang guru di dalam pengajarannya tidak mungkin begitu andai dirinya tidak mampu mengawal emosi sendiri.Guru-guru harus memahami , pendidik masa kini memang terlalu banyak tugasnya.Tetapi ianya harus dilihat dari sudut rasional dan kepentingan bersama.Seandainya emosi yang tidak berfikir secara waras , maka timbullah perasaan tertekan terhadap bebanan kerja yang sebenarnya merupakan tanggungjawab pendidik sendiri. Merungut bukanlah penyelesaian yang baik. Menyalahkan orang lain juga bukan suatu jawapan yang baik. Maka tidak lain dan tidak bukan, di dalam menghadapi beban yang pelbag ai ini, strategi perlu disusun rapi. Pembahagian tugas perlu dilaksanakan dengan effektif. Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing. Memang guru juga insan biasa.Adakalanya berdepan dengan keadaan murid dan pelajar yang agak keterlaluan tindak tanduknya.Kita adakalanya pening

memikirkannya.Mengapa dahulu, kita tidak melawan apabila dimarahi guru, walaupun adakalanya guru juga silap di dalam melaksanakan sesuatu

tindakan.Saya pernah berhadapan dengan situasi di herdik murid sendiri.Diherdik oleh seorang murid 9 tahun dengan kata-kata yang kesat.Kesannya masih terasa sehingga ke hari ini.Menggeletar seluruh badan ketika itu.Saya buntu memikirkan bagaimana boleh terfikir seorang insan mengherdik gurunya sendiri yang sekian lama mendambakan diri memberikannya ilmu.Itulah juga rasanya tahap kesabaran saya diuji dengan begitu dahsyat sekali.Saya boleh membalasnya kembali malah menggunakan dendaan yang hebat sebagai balasan.Tetapi entah mengapa dari mana datangnya kekuatan untuk hanya bersabar dan tidak pun melawa n, walaupun ketika itu maruah diri sudah disiat-siat dicalar.Saya belajar suatu perkara.Rupanya orang menghargai kesabaran tersebut.Insan yang hebat adalah insan yang mampu mengawal kemarahannya sendiri.Memang benar.

Anda mungkin juga menyukai