Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 7

1.Mengapakah dalam Model Displin asertif Canter, seorang guru perlu menjadi asertif?

Seorang guru perlu menjadi asertif sebab guru perlu berinteraksi dengan pelajar secara tenang,
serius dan juga secara konsisten. Seterunsya, murid-murid berhak mendapatkan suasana
pembelajaran yang tenang dan teratur dan pada masayang sama guru berhak mengajar tanpa
sebarang gangguan. Seterusnya, guru perlu menyediakan persekitaran yang kondusif,
keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang
asertif.

2. Huraikan langkah-langkah yang dicadangkan oleh Canter untuk membantu guru

mengenakan tindakan pembetulan.

Terdapat enam langkah yang telah dicadangkan oleh Canter bagi membantu guru mengenakan
tindakan pembetulan. Antaranya adalah guru perlu bertindak dengan tenang ketika membuat
peneguran kepada murid. Seterusnya, guu harus memberikan teguran secara individu untuk
murid yang lebih dewasa agar ia tidak menyinggung perasaan seseorang individu serta tidak
menimbulkan rasa malu. Seterusnya, guru haru melaksanakan teguran secara langsung untuk
murid berperingkat rendah agar mereka mudah faham tentang teguran dan juga kesalahan
yang telah mereka lakukan. Seterusnya, seseorang guru seharusnya beri peluang kepada
murid agar mereka dapat luahkan perasaan tentang sebab perbuatan tersebut dilakukan dan ia
dapat memberi peluanng kepada murid tentang sebab peneguhan diberikan kepada mereka.
Seterusnya, guru seharusnya memberikan peneguhan ke atas tingkah laku yang telah dingini
kepada pelajar agar suasana pembelajaran dapat dijalankan dengan lancer tanpa sebarang
gangguan. Seterusnya, guru juga haruslah konsisten dalam melaksanakan tindakan
pembetulan kepada murid.

3. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, bincangkan cara Model Displin Asertif

Canter dapat digunakan dalam pengurusan dispin bilik darjah.

Pertamanya, pengurusan bilik darjah harus dilakukan secara berkeyakinan dan tegas. Sebagai
contoh, pelajar yang membuat bising atau bercakap dengan rakan pada waktu pdp dijalankan
tidak dapat pergi ke rehat. Seterunsya, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan
aktiviti bilik darjah berjalan lancer. Sebagai contoh, guru pendidikan jasmani harus memberikan
arahan yang tegas kepada murid untuk memakai baju pendidikan jasmani pada kelas
pendidikan jasmani dan memberikan peneguhan yang tegas kepada murid yang tidak mengikut
arahan agar memastikan semua murid dapat melibatkan diri dalam kelas pendidikan jasmani
tanpa sebarang gangguan. Seterusnya, guru perlu memberi peneguhan yang sesuai kepada
pelajar terhadap tingkah laku yang mereka ingini. Sebagai contoh, guru perlu memberi
peneguhan yang tegas kepada pelajar agar menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

4. Bincangkan prinsip Model Displin Logikal Drekurs dalam pengurusan bilik darjah.

Inginkan perhatian : Menurut Haliza Hamzah dan Samuel, J.N. (2009), sesetengah murid
akan cuba mendapatkan perhatian guru dengan cara yang boleh mengundang kemarahan
guru. Contohnya, Ali mengetuk meja dengan sengaja. Tindakan yang boleh dilakukan bagi
mengawal situasi ini ialah, guru boleh mengalihkan tumpuan semua murid dengan melakukan
aktiviti yang boleh mengalihkan tumpuan Ali bagi berhenti daripada mengetuk meja.Mencabar
kuasa (konflik) : Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru seperti enggan
menyiapkan tugasan yang diberi, guru perlu bertenang, kaji serta cuba kenal pasti punca
kelakuan mereka, tanya dan jumpa mereka secara individu. Membalas dendam : Murid
bertindak membalas dendam untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap sikap guru yang
mengongkong atau bersifat tidak adil terhadap murid. Contohnya, Azman sengaja
menyembunyikan buku rakannya kerana dia selalu disisihkan oleh guru kerana tidak pandai
dalam matapelajaran matematik. Bagi murid yang berkelakuan begini, guru boleh mencuba
untuk memberikan perhatian dan memberi pujian kepada mereka bagi meningkatkan motivasi
mereka untuk belajar. Menunjukkan kekurangan : Setelah gagal mendapatkan pengiktirafan
melalui motif seperti diatas, murid mungkin akan bertindak dengan memencilkan diri.
Contohnya dengan berseorangan dan mengelak dari bercampur dengan rakan sekelas. Bagi
mengelakkan perkara ini, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan
keupayaan dan menghargai usaha mereka.

5. Huraikan peranan guru dalam membantu murid memahami motif- motif tingkah laku
mereka dalam usaha untuk mengurangkan salah kaku dalam kalangan murid.
Kekuatan yang boleh dilihat dalam model akibat logikal Dreikurs adalah model ini menurut
Choong (2009) dapat membantu guru di dalam memahami motif tingkah laku murid. Sebagai
contoh, guru yang berpengalaman akan mengetahui sesetengah murid yang sengaja untuk
membuat tingkah laku bermasalah didalam kelas bagi mendapatkan perhatian guru dengan
cara yang salah. Hal ini akan memudahkan guru untuk mengambil tindakan dengan
sewajarnya bagi menyelesaikan masalah sebegini. Apabila guru telah berinteraksi dengan
murid untuk membincangkan motif tingkah laku bermasalah mereka, secara tidak langsung
persekitaran yang kondusif akan muncul hasil daripada sikap tolak ansur murid dengan guru.

Anda mungkin juga menyukai