Anda di halaman 1dari 5

Nama ahli kumpulan: Miesshalini a/p Perumal

Thamarai Selvi a/p Raj Kumar

Priscilla Dewi a/p Charles

Soalan 2

Terangkan apa yang anda faham tentang ketiga-tiga konsep moral, etika dan akhlak.

Ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral


yang menjadi pegangan seseorang
individu atau sesuatu kumpulan.

Etika deskriptif membicarakan sistem


moral yang dianuti individu atau golongan
dan berbeza mengikut perbezaan
individu, masa, temapt atau keadaan.

Etika normatif dapat menilai, mengkritik


dan membuat keputusan terhadap sistem
moral yang ada. Contoh: etika pemimpin,
etika perubatan.
Akhlak atau moral merupakan dua entiti penting yang
membentuk kemanusiaan dan menentukan
eksistensinya(dihormati/dihina)

Rasa bermoral atau berakhlak adalah sifat semula jadi-menjadi


ukuran bagi membenarkan sifat-sifat tertentu dan mencela
sifat-sifat lainnya.

Moral yang baik-keadilan, kebenaran, keberanian,


kejujuran(tetap mendapat sanjungan)
Ukuran-ukuran Manusia tanpa
moral dan Perasaan akhlak dan
akhlak pada tentang baik moral tidak
hakikatnya dan buruk akan menjadi
adalah adalah inheren manusia yang
universal. manusiawi.

Soalan 3

Secara berkumpulan, bincangkan bagaimanakah etika dan moral dalam masyarakat


majmuk seperti masyarakat di Malaysia dapat dipupuk dalam kalangan rakyat bagi
mencapai hasrat masyarakat yang maju dan bermoral?
Manusia dan akhlak atau moral merupakan dua identity penting yang membentuk
kemanusiaan dan menentukan eksistensinya, sama ada dihormati atau dihina. Etika dan
mora dalam masyarakat majmuk seperti masyarakat di Malaysia harus dipupuk dalam
kalangan masyarakat bagi memastikan rakyat negara sentiasa harmoni dan sejahtera. Etika
dan moral dapat dipupuk dalam kalangan rakyat dalam pelbagai cara dan kaedah.

Pertamanya, perlu wujud kesedaran dalam masyarakat usaha membina peradaban dan
mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, seharusnya bertunjangkan persefahaman, tolak ansur
dan rasa hormat-menghormati. Selain itu, Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan
dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu dititkeberatkan. Ini realiti harus
difahami dan diterima semua pihak.

Pendekatan integrasi menjadi tunjang agenda perpaduan negara membolehkan


masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana harmoni di
samping mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing. Walaupun rakyat Malaysia
terdiri daripada pelbagai penganut agama dan mengamalkan budaya berbeza, sifat
kebersamaan serta cintakan keharmonian dan keamanan perlu ada bagi merealisasikan
matlamat perpaduan nasional.

Kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan rasa
hormat tinggi antara kaum dan agama. Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha
membina sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat. Selain itu,
keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan
jika setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan masing-masing untuk
menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian.

Seterusnya , hubungan baik dalam masyarakat berbilang bangsa tidak boleh dijadikan
taruhan oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda peribadi atau kelompok tersendiri.
Tambahan pula, perlu ada belas kasihan kepada rakyat yang inginkan keamanan dan
kestabilan negara agar berpeluang untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat
dan terjamin. Cukuplah kekacauan dan konflik di negara asing sebagai pengajaran kepada
kita.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menggalas kewajipan ini.


Pemimpin pelbagai peringkat, terutama harus senada dalam merealisasikan agenda
perpaduan negara.

Anda mungkin juga menyukai