Anda di halaman 1dari 4

Ujian daya tahan kardiovaskular merupakan salah satu jenis ujian kecergasan fizikal.

Menurut Baumgartner dan Jackson (1999), sesuatu ujian yang dapat mencapai tahap pekali korelasi kebolehpercayaan .85 hingga .93, kesahan melebihi .85 hingga .93 adalah wajar diterima dalam pengukuran. Terdapat berbagai jenis bateri ujian yang digunakan untuk menilai daya tahan kardiovaskular seperti Cooper Test,

Harvard Step Test, Step Up Test, 2.4km Test, Rocxport Walking Test, Bicycle Ergometer, Treadmill Submaximal Test, 1.5mile Test, Bleep Test, 1 mile Test
dan sebagainya.

Prosedur Ujian Ujian Bleep/ Beep/ Multistage Fitness Test

Deskripsi : Ujian ini melibatkan kaedah larian berterusan di antara dua jarak 20 meter di dalam masa beep yang dirakam. Masa di antara beep akan menjadi lebih pantas pada setiap tahap. Kelajuan permulaan larian adalah 8.5 km/ jam. Ianya akan meningkat 0.5km/ jam setiap minit.

Objektif : Untuk mengukur pengambilan oksigen maksimum (VO2max) subjek selepas melakukan gerak kerja atau aktiviti yang telah dijalankan.

Skor : Skor yang dibuat oleh subjek adalah berdasarkan tahap dan jumlah ulangan yang mampu dibuat sehingga subjek tidak mampu menyaingi bunyi beep. Sasaran :

Peralatan : i. Skitel ii. Pita pengukur 30 meter iii. Radio Kaset iv. Pita kaset ujian Bleep v. Borang data pengiraan/ kad skor

Borang biodata : i. Alat penimbang berat dan ukur tinggi

ii. Bib bernombor iii. Jam randik iv. Pita pelekat v. Permukaan rata, tidak licin, dan selamat digunakan serta melebihi jarak 20 meter.

Kaedah pengukuran : Subjek yang melakukan ujian Bleep perlu mengikut langkah- langkah berikut:-

i. Subjek melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu sebelum menjalani ujian.

ii. Subjek meletakkan sebelah kaki pada atau melebihi tanda 20 meter pada penghujung setiap ulangan. iii. Jika subjek tiba sebelum bunyi beep, maka subjek mesti menunggu bunyi beep dan kemudian meneruskan larian.

iv. Subjek akan terus berlari selama mungkin sehingga subjek tidak mampu menyaingi kelajuan bunyi. v. Jika subjek gagal sampai sebelum bunyi beep, maka mereka akan diberikan 2 3 peluang untuk mengejar kelajuan. Jika masih gagal maka subjek tersebut akan digugurkan dari terus berlari.

vi. Tahap yang telah ditamatkan oleh subjek dicatatkan ke dalam borang data pengiraan.

vii. Subjek melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian. Sementara itu, pengurusan, pengelolaan, dan pentadbiran ujian tersebut, pengkaji akan membahagikannya kepada 3 fasa iaitu:-

1. Fasa Persediaan

1.1 Alatan Radio kaset serta pita kaset ujian Bleep adalah alat yang penting dalam ujian Bleep ini. Pastikan radio kaset serta pita rakaman berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan. Peralatan lain yang diperlukan ialah jam randik, penimbang berat, alat pengukur tinggi, borang data pengiraan, pita pelekat, nombor subjek, dan pita pengukur.

1.2 Tempat ujian Persediaan dan pemasangan alatan dilakukan di kawasan yang lapang, rata, tidak licin dan selamat digunakan serta sekurang-kurangnya 22 meter panjang. Ukur jarak tepat ialah 20 meter. Jarak di antara setiap subjek yang hendak diuji ialah kira-kira 1 hingga 1.5 meter.

1.3 Masa ujian Pada waktu petang yang bersesuaian dengan waktu senggang pelajar.

1.4 Demonstrasi Satu tunjukcara dilakukan sebelum ujian dijalankan supaya subjek

mendapatmkefahaman yang lebih jelas bagaimana prinsip dan prosedur yang betul untuk melakukan ujian. 1.5 Penerangan Sebelum ujian dilaksanakan, subjek diberi penerangan mengenai objektif, dan kaedahlakuan.

2. Fasa Ujian Fasa ujian dibahagikan kepada tiga iaitu:2.1 Semasa ujian dijalankan, penyelidik perlulah memberikan perangsang kepada subjek bagi meningkatkan keupayaan yang maksimum. 2.2 Subjek juga akan diingatkan agar sentiasa mendenga r beep kerana masa di antara beep akan menjadi lebih pantas pada setiap tahap.

2.3 Subjek yang dipilih juga hendaklah bersungguh-sungguh menjalani ujian ini kerana sekiranya subjek hilang tumpuan maka ia akan mempengaruhi tahap jarak larian yang semakin kurang.

3. Fasa Pengumpulan Data Semua skor yang diperolehi daripada ujian Bleep tersebut akan dicatatkan dalam kad skor sebagai skor mentah. Skor ini digunakan untuk pengiraan pengambilan VO2 max setiap subjek sebelum dianalisis. Dengan penghasilan data ini akan mengetahui perbezaan yang signifikan terhadap tahap daya tahan kardiovaskular di antara pemain bola baling bawah 15 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Aris Bendahara, Kluang dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat menggunakan ujian t. Tahap kesignifikan yang ditetapkan ialah pada aras keertian p = 0.05

RAJAH PERLAKSANAAN UJIAN BLEEP

Anda mungkin juga menyukai