Anda di halaman 1dari 5

Tugasan 3.

Murid-murid selalu digalakkan melakukan ujian kecergasan.Rangkakan satu batteri ujian kecergasan. Mengikut Falls (1980) ia bermaksud "Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakitpenyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya". Di sekolah, ujian kecergasan selalu dilakukan oleh guru bersama dengan pelajar-pelajar untuk memastikan kecergasan mereka. Antara aktiviti ujian kecergasan ialah, larian 2.4 km, jangkauan, lari ulang alik, naik turun bangku dan tekan tubi. Berkut merupakan rangka satu batteri ujian kecergasan ;

a) Larian 2.4 KM. Ujian larian 2.4 KM ini bertujuan menilai kecergasan daya tahan kardiovaskular seseorang. Peralatan Jam randik, trek larian, borang catatan, pencatat pusingan(jika ada pusingan) dan pencatat masa bagi 2.4 KM

Prosedur :

i) Guru memberikan taklimat ringkas. ii) Pelajar memanaskan badan sebelum berlari.

iii) Guru akan membahagikan kepada dua kumpulan lelaki dan dua kumpulan perempuan. Kumpulan yang pertama akan diarahkan untuk berlari dan menamatkan 2.4 KM manakala kumpulan kedua pula ditugaskan sebagai pencatat masa dan pusingan. Prosedur akan diulang untuk kumpulan 2. iv) Mula berlari apabila mendapat isyarat mula. v) Masa catatan diambil sebaik sahaja peserta sampai ke garisan penamat dan pada masa yang sama masa catatan direkodkan dalam borang catatan.

b) Jangkauan. Ujian jangkauan ini dilaksanakan untuk menguji kelenturan badan bagi seseorang pelajar. Peralatan : Papan jangkau, borang catatan. Prosedur : i) ii) iii) iv) Guru akan memangil murid satu persatu mengikut senarai nama. Percubaan boleh dilakukan. Murid akan diminta untuk menjangkau sejauh yang boleh. Guru akan merekodkan catatan jangkauan tersebut.

c) Larian ulang alik Satu ujian larian ulang-alik pelbagai tahap yang meningkat secara progresif dan ujian ini telah dicipta di Kanada yang kini menjadi salah satu ujian kecergasan aerobik yang popular di dunia.

Peralatan dan kemudahan :

Pita audio isyarat bunyi, pemain audio(jika ada) beep, borang rekod, kon/penanda, pita pengukur, pencatat.

Prosedur : i) pelajar akan berdiri di belakang garisan permulan dan seorang akan menjadi pencatat. ii) Pelajar akan diminta untuk berlari ulang-alik daripada satu kon ke ke kon seterusnya dan lakukan secara ulang alik mengikut isyarat beep. iii) Masa antara isyarat beep akan berkurang setiap tahap dengan itu kelajuan larian akan meningkat. iv) Ujian ini memerlukan keupayaan sepenuhnya dari setiap peserta di mana peserta perlu berlari sehingga ke tahap kelesuan. v) Peserta dikira tamat ujiannya sekiranya dia tidak dapat melepasi garisan kedua-dua hujung dua kali berturut-turut. vi) vii) Pengumuman tahap terakhir dari pita audio sebelum peserta tamat ujian diambil sebagai tahap peserta tersebut.

d) Naik turun bangku Ujian naik turun bangku ini dilaksanakan untuk menguji daya tahan kardiovaskular seseorang. Peralatan dan kemudahan : Bangku - Ketinggian 30.5 cm. jam randik, borang skor, rakaman atau metronome (Beep)

Pengurusan dan organisasi: Aktiviti dijalankan berpasangan. i) Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.) ii) Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.

Prosedur: a) Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.

b) Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas bangku. c) Penguji akan memberikan isyarat mula. d) Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya). e) Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit. f) Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. g) Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor. h) Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit. i) Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.

e) Ujian tekan tubi Tujuan ujian ini adalah untuk menguji daya tahan otot dan juga kardiovaskular seseorang. Peralatan dan kemudahan : borang catatan, pengira jumlah tekan tubi, penjaga masa, jam randik. Prosedur : a) Guru akan meminta murid membentuk kumpulan berdua. Seorang akan menjadi pengira b) Guru akan mulakan kiraan jam randik selama 30 saat dan murid akan mula tekan tubi. c) Sebaik saja penjaga masa akan meniup wisel (menandakan masa tamat), murid yang ditugaskan untuk mengira jumlah tekan tubi tersebut melaporkan kepada pencatat keputusan. d) Prosedur b dan cakan diulang untuk murid yang lain.

Anda mungkin juga menyukai