Anda di halaman 1dari 5

Definisi daya tahan kardiovaskular Daya tahan kardiovaskular atau kecergasan jantung bermaksud kecekapan sistem peredaran dan

sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti. Ia merupakan komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia. Senaman tetap akan meningkatkan kecekapan sistem peredaran dengan membesarkan otot jantung, membolehkan lebih banyak darah dipam pada setiap degupan, dan meningkatkan jumlah arteri kecil dalam otot rangka terlatih, yang membekalkan lebih darah ke otot yang bekerja. Senaman juga memperbaiki sistem pernafasan dengan meningkatkan jumlah oksigen yang disedut dan diedarkan ke tisu badan. Tahap kecergasan meningkat apabila keupayaan daya tahan kardiovaskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik, iaitu kapasiti penggunaan oksigen yang maksimum oleh badan semasa melakukan aktiviti fizikal. Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang ialah dengan mengambil kadar nadi rehat. Nadi rehat yang rendah menandakan kecergasan jantung yang baik. Jadual di bawah digunakan untuk mengetahui taraf kecergasan jantung anda.

Sangat cergas........................bawah 50 denyutan seminit. Cergas..................................51 - 69 denyutan seminit. Sederhana.............................70 - 80 denyutan seminit. Tidak Cergas..........................lebih dari 80 denyutan seminit.

Kategori kecergasan fizikal Daya tahan kardiovaskular terdiri dari kategori komponen kecergasan berlandaskan kesihatan

Kepentingan daya tahan kardiovaskular dalam sukan Mengawal berat badan Mengekalkan kesihatan jantung Mengelak daripada penyakit berkaitan jantung Mengekalkan kesihatan psikologi diri

Contoh ujian daya tahan kardivaskular Naik Turun Bangku 3 Minit Ujian Bleep Rockport Fitness Walking Test 12 Minit Coopers Ujian Berlari/Berjalan Larian 600 Ela Harvard Step Test

Prosedur ujian daya tahan kardiovaskular

Naik Turun Bangku 3 minit Objektif: Menilai daya tahan kardiovaskular Alatan dan kemudahan: 1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm 2. Jam Randik 3. Borang Skor 4. Rakaman atau Metronome Pengurusan dan organisasi:

1. Aktiviti dijalankan berpasangan. 2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.) 3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit. Prosedur: 1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai. 2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas bangku. 3. Penguji akan memberikan isyarat mula. 4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya). 5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit. 6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. 7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor. 8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit. 9. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.

Ujian Bleep Test Objektif: Bleep test adalah ujian yang digunakan oleh jurulatih untuk menilai anggaran VO2 max iaitu pengambilan oksigen secara maksimum oleh atlit apabila ujian dijalankan .

Alatan dan kemudahan: 1. Radio 2. Rakaman ujian bleep 3. Borang skor Prosedur: 1. Ujian ini melibatkan larian secara berterusan di antara dua garisan yang terpisah dalam jarak 20 meter. 2. Pelari akan berdiri di belakang garisan pertama dan menghadap garisan kedua dan ujian bermula apabila bunyi beep pertama kedengaran. 3. Tahap kelajuan larian agak perlahan pada permulaan ujian. Pelari akan berlari secara brterusan dan perlu menghabiskan jarak larian sebelum bunyi beep yang seterusnya. 4. Sekiranya pelari mencecah garisan sebelum bunyi beep, pelari tersebut harus menunggu sehingga bunyi beep seterusnya kedengaran. 5. Selang masa bunyi ini akan berkurangan lalu memaksa atlet untuk meningkatkan kelajuan larian mereka sehinggalah mereka tidak mampu lagi mengikutinya ataupun selesai menghabiskan ujian ini.

Cooper test Objektif: 1. Dapat menentukan tahap kecergasan kardiorespiratori seseorang individu. 2. Menentukan tahap keupayaan dan kecergasan kardiovaskular dalam diri seseorang. 3. Bagi menentukan kadar VO2 max setiap pelaku ataupun atlet yang menjalani ujian ini.

Alatan dan kemudahan: 1. Padang/balapan berukuran 400m 2. Jam randik 3. Kon/penanda

Prosedur: 1. Pastikan ujian dijalankan di padang / balapan 2. Padang / balapan mestilah berukuran 400 meter 3. Memerlukan seorang pencatat masa/jarak 4. Pelatih terlebih dahulu di minta untuk memanaskan badan dengan berjoging dan meregangkan otot sebelum ujian. 5. Masa ujian di tetapkan 12minit 6. Pelatih dibenarkan berjalan atau berlari dan jarak akan di ambil selepas pelatih menghabiskan ujian dalam tempoh 12minit. 7. Pastikan peralatan ujian berfungsi dengan baik 8. Pastikan di setiap kon penanda 50m terdapat pencatat masa / jarak 9. Pastikan pelatih/atlet menghabiskan larian 12minit di garisan penamat yang di tetapkan.

Anda mungkin juga menyukai