Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan

 Pengucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan

 Dilakukan dalam situasi yang terancangiaitu tempat, masa dan isuyang


disampaikan telah ditetapkan

 Abdul Mua’ti Ahmad, (1994) dalam bukunya; Panduan Pengucapan Awam,


menyatakan bahawa “Pengucapan Umum menggunakan anggota
komunikasiverbal dan bukan verbal”.

Proses Ucapan

Perucap
Individuyang bertanggungjawab meluahkan isi bicaranya di khalayak dengan tujuan
tertentu

Bahan Ucapan/Skrip
Kandungan isi bicara yang diluahkan

Audien
Kumpulan manusia yang mendengar bicara dan seterusnya bertindak balas
terhadap bicara tersebut

Persembahan Ucapan/Situasi
Gaya ucapan disampaikan atau keadaan sesuatu ucapan diadakan
Jenis-Jenis Ucapan

Untuk Memberi Maklumat (Informatif)

 Matlamat perucap adalah untuk memaklumkan atau menerangkan kepada


audiens tentang sesuatu konsep, fenomena, perkara, proses, idea dan
sebagainya.

 Contohnya, Ceramah Motivasi

Untuk Memujuk

 Menerusi ucapan, perucap cuba mempengaruhi fikiran audiens untuk


menghasilkan perubahan dari segi citarasa, sikap, kepercayaan, fahaman
atau tindakan.
 Contoh; Jurujual, hakim, peguam, ahli politik dan pegawai motivasi

Untuk Menghibur

 Tujuan untuk membangkitkan suasana ceria dan menyeronokkan.


 Di majlis keraian. Tetamu khas yang diminta berucap menyentuh hal-hal yang
melucukan dan menarik minat audien.

Majlis Khas

 Ucapan berlangsung dalam sesuatu majlis yang bersifat rasmi. Teks ucapan
akan disediakan oleh AJK untuk tetamu yang dijemput berucap.

Impromptu
 Disampaikan secara spontan. Perucap hanya membicarakan isu-isu ringan
yang menyentuh hal-hal yang telah berlalu, isu semasa, harapan dan ramalan
masa hadapan.
 Isi ucapan berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran.

Hafal Teks

 Ucapan disediakandengan lengkap


 Perucap hafal teks
 Contohnya, Perbahasan dan Pidato

Membaca teks

 Membaca sebuah skrip atau teks.


 Ucapan ini dilakukan sekiranya terdapat fakta-fakta yang penting, setiap
perkataan tercatat perlu dibaca.
 Contoh; Pembentangan Belanjawan Tahunan oleh Perdana Menteri/Menteri
Kewangan

Ucapan Yang Cukup Persediaan (Ekstemporaneous)

 Menggabungkan ketiga-tiga jenis ucapan


 Perucap hanya menghafal bahagian-bahagian tertentu

Contoh seorang penceramah agama


 Impromptu – berucap berdasarkan pengalaman dan kemahiran.
 Hafal – hafal petikan dan contoh-contoh
 Baca teks – menyediakan isi-isi utama
Ciri-ciri Perucap Yang Baik

Berpengetahuan
 Berpengetahuan luas
 Berpengetahuan luas
 Sensitif pada topik

Berkemahiran berucap
Berkeupayaan untuk mengawal dan menarik perhatian audien kepada ucapannya

Berkeyakinan
Yakin terhadap diri, persediaan dan penguasaan topic

Peribadi/Perwatakan baik
Audien menilai perucap termasuk cara berpakaian, berjalan ke tempat ucapan,
gerak-geri fizikal dan lain-lain

Langkah-Langkah Penyediaan dan Persembahan


Ucapan Berkesan

Mengawal Gugup

Gugup bermaksud perasaan takut apabila berada di hadapan khalayak ataupun ia


juga dikenali sebagai ketakutan pentas.

Punca-punca gugup:

 Perucap tidak suka dinilai


 Hasil bicara terlalu kritikal
 Perucap tidak berpengalaman/mahir
 Audien yang disegani
 Perucap kurang bersedia

Teknik mengawal gugup

 Pilih subjek yang diminati


 Analisis audien
 Relaks mental dan fizikal
 Berangan
 Susun Idea dengan jelas
 Matlamat ucapan munasabah
 Bersedia secukupnya
 Jaga makan minum
 Tarik nafas panjang-panjang
 Berlatih secukupnya
 Pujuk diri sendiri
 Senaman
 Memahami emosi gugup

Nyatakan fakta-fakta menarik atau unik

Contoh:
 “… Hadirin sekalian, beberapa malam yang lalu ketika menonton rancangan
berita di televisyen, saya ada terdengar berita yang kononnya pihak pengkaji
angkasa lepas Amerika Syarikat memberi jaminan bahawa bulan sebenarnya
boleh menampung kehidupan manusia. Mereka akan memulakan rancangan
membawa beberapa orang perintis untuk memulakan penghidupan di bulan,
meneroka permukaan bulan dan menjalankan aktiviti-aktiviti harian seperti
kita di bumi. Tetapi nampaknya hujung kampung ini pun belum betul-betul kita
terokai, masih banyak tanah yang terbiar tanpa diusahakan. Pada hari ini
saya akan perkatakan tentang potensi tanah-tanah terbiar atau tanah-tanah
rang dalam daerah kita ini…”

Berikan Statistik

Contoh:
 “… Saudara/saudari sekalian, menurut laporan kajian separuh penggal
Rancangan Malaysia Keempat, terdapat 140 ribu jawatan kosong yang masih
dibekukan oleh kerajaan sebagai langkah berjimat-cermat. Kali ini terdapat
lebihan tenaga kerja bagi siswazah sebanyak lebih 2 ribu orang di peringkat
diploma dan 2,600 orang di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains.
Inilah yang dikatakan pengangguran para intelek kini…. Pada hari yang
berbahagia ini izinkan saya untuk memberi sedikit penerangan tentang
„Siswazah dan penciptaan kerja di Malaysia pada masa ini…

Ajukan soalan-soalan pidato yang mendorong


audiens untuk berfikir

Contoh:
 “… Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Sudah kerapkali kita
mendengar orang memperkatakan tentang pencemaran alam sekitar. Sudah
sering benar kita baca dalam akhbar-akhbar, menonton melalui televisyen
dan mendengar melalui radio tentang perkara tersebut. Tetapi apakah
langkah-langkah yang paling berkesan untuk mengatasinya. Apakah
tanggungjawab kita sendiri untuk mengatasi masalah ini? Pada hari ini
marilah sama-sama kita renungkan langkah-langkah….”

Berikan kenyataan lucu atau berjenaka (sekiranya


ada bakat)

Contoh:
 “… Beberapa hari yang lepas seorang petani datang ke pejabat saya untuk
menguruskan soal permohonan bantuan tanam semula getah. Mula-mula
petani tersebut berjumpa dengan salah seorang kerani dan menceritakan
tujuan beliau datang. Tetapi kerani tersebut menolak permohonan petani tadi
dengan alasan tiada „hitam putih‟ untuk menyokong permohonan beliau.
Selepas itu petani tersebut pergi pula berjumpa dengan ketua kerani, jawapan
yang sama juga diterima. Petani tadi masih belum berputus asa, beliau
masuk pula ke bilik Pegawai Pertanian dan mengemukakan permohonan tadi.
Malangnya pegawai ini tidak dapat melayan permohonan tersebut kerana
tiada hitam-putih. Petani pun mulalah hilang sabar, sambil melangkah keluar,
beliau berkata –nampaknya orang-orang di sini tak boleh buat kerja kalau
tiada hitam-putih. Kalau nak sangat hitam-putih, mintalah dari cicak….Pada
pagi ini saya juga ingin memperkatakan tentang hitam-putih, bukan dari cicak,
tetapi dari Perintah Am yang perlu tuan-tuan sebagai pegawai-pegawai baru
membaca dan memahaminya….”

Berikan petikan daripada tokoh atau kitab-kitab


seperti Al-Quran

Contoh:
 “….Dalam kitab Al-Quran, Tuhan telah berfirman bahawa sesungguhnya Dia
tidak akan membantu sesuatu umat manusia, melainkan umat itu sendiri
terlebih dahulu berusaha untuk membantu diri sendiri. Berpandukan firman
inilah, pada petang ini saya ingin memperkatakan tentang perlunya kita
berusaha berdikari untuk memajukan diri sendiri, jiran-jiran kita, seterusnya
kampung kita ini….”

Merancang Penutup

Elakkan
 Tukar gaya bercakap
 Mengaku lupa idea
 Minta maaf keterlaluan
 Huraian panjang
Beritahu hendak berhenti
Ringkaskan idea utama
Ulang sebut idea utama
Menyediakan audien untuk berhenti mendengar

Kaedah Latihan
 Jangan berlatih bahasa badan
 Jangan berlebihan
 Ukur masa
 Hayati ucapan
 Berlatih guna APD
 Rujuk nota
 Rakaman
 Buat penilaian
 Berlatih 3-6 kali
 Hafal idea
 Hafal secara ‘mentally’

Penutup

Perucap yang cemerlang merupakan perucap yang sentiasa berupaya dalam menyampaikan
setiap ucapannya dengan baik dan berkesan tanpa mengira audiens, suasana, dan saluran
berucap
Yang Berusaha Mejar (B) Zainan bin Sangit Timbalan Komandan Latihan
Yang Berusaha Kapten Ahmad Zul-Izzi Omran, Timbalan Komandan Pengurusan
Yang Berusaha Saudara Jasni Yakub, Ketua Fasilitator PPSB
Semua Pensyarah
dan seterusnya semua pelajar yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Malaysia, negara yang amat kita cintai dan sayangi.
Tahun ini kita menyambut hari kemerdekaan negara kali ke-47. Bermakna telah
47 tahun, kita sebagai rakyat Malaysia merasai nikmat kemerdekaan. Nikmat
yang sukar disebut dengan lidah, sukar digambarkan dalam pemikiran, dan
sukar dijelaskan oleh perasaan nikmat kemerdekaan yang hanya dapat kita rasai
melalui perjalanan hidup kita semua selama ini, terutama kepada anak-anak
remaja yang menjadi generasi kelahiran selepas kemerdekaan.
Remaja adalah generasi pewaris bangsa yang akan memikul tanggungjawab
besar sebagai teraju kepimpinan negara akan datang. Remaja adalah pelapis
masyarakat Malaysia. Namun, perkara yang merisaukan setiap lapisan
masyarakat ialah remaja terdedah kepada kerosakan akibat gejala-gejala yang
dibawa oleh arus kemodenan. Mereka kini begitu dipengaruhi budaya kuning
yang merosakkan jiwa, pemikiran dan akhlak. Kemerdekaan yang kita kecapi
hari ini tidak bemakna apabila generasi pewaris dan bangsa tidak dapat
mempertahankannya.
Marilah kita renung kembali makna kemerdekaan. Merdeka bermaksud bebas
daripada perjajahan negara-negara penjajah, bebas berdiri sendiri dan tidak
bergantung kepada yang lain. Itulah maksud yang sangat jelas menusuk
pengetahuan kita tentang erti kemerdekaan. Kita merdeka daripada cengkaman
penjajah Jepun dan Inggeris setelah kita berjuang mendapatkannya dengan
darah melalui keberanian para pahlawan terdahulu seperti Mat Salleh, Antanum,
Monsopiad dan Pengiran Syahbandar. Bahkan, dengan kebijaksanaan melalui
perundingan aman di London yang diterajui oleh Tuanku Abdul Rahman dan Tun
Abdul Razak.
Namun, erti kemerdekaan bukanlah setakat dirasai oleh fizikal. Sebaliknya,
kemerdekaan sebenar ialah kemerdekaan hati dan fikiran yang tidak dibelenggu
oleh hawa nafsu dan syaitan. Tanpa sedar sebenarnya kita masih belum
merdeka sepenuhnya dari sudut hati dan fikiran. Penjajahan bentuk baru akibat
dunia globalisasi menyelinap mempengaruhi hati dan fikiran kita terutama para
remaja. Inilah suatu kebimbangan untuk generasi pewaris negara.
Sebentar tadi kita diperkenalkan dengan beberapa nama pejuang bangsa.
Sebenarnya mereka ini terdiri daripada para remaja yang sedar akan erti
kemerdekaan. Demi kemerdekaan mereka sanggup berjuang dan berkorban
demi negara. Kenapa mereka sanggup berkorban? Kenapa? Kerana kasih
sayang. Kasih sayang menyebabkan mereka sanggup berkorban. Manusia walau
apa bangsa, bahasa, warna kulit, status atau darjat, dan di mana sahaja mereka
berada dilahirkan dengan sifat ingin dikasihi dan suka berkasih sayang. Kasih
sayang adalah fitrah semulajadi dan anugerah Allah yang tiada tolok banding.
Kasih sayang manusia meliputi sesama manusia, sesama makhluk dan terhadap
negara sendiri.
Kasih sayang kepada negara adalah kasih sayang yang begitu besar maknanya,
tidak terbatas oleh perbezaan bangsa, budaya dan sebagainya, kerana ia dapat
melahirkan remaja yang berkasih sayang dan memiliki keutuhan perpaduan
bersesuaian konsep Islam Hadhari.
Menyayangi negara Malaysia bermaksud menyayangi semua yang hidup di
negara Malaysia. Apabila kita menyayangi negara Malaysia, bermakna kita
sanggup berkorban mempertahankan diri kita daripada sebarang bentuk
penjajahan. Ini semua demi untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia.
Untuk itu, remaja perlu mengubah pemikiran mengenai sambutan kemerdekaan
ini. Sambutlah kemerdekaan dengan acuan akhlak dan nilai ketatasusilaan yang
dicanang dalam rukun negara. Buanglah acuan sambutan yang diresapi oleh
unsur-unsur budaya luar yang sememangnya merosakkan bukan sahaja remaja
bahkan negara. Jadilah remaja merdeka yang kasih dan sayang akan negaranya
kerana ‘Remaja Merdeka Model Kasih Sayang’.
Selaras dengan Konsert Kebudayaan Islam Sempena Bulan Kemerdekaan 2004
ini, usaha untuk mencuba mengenengahkan suatu bentuk hiburan alternatif
merupakan salah satu kaedah mengatasi gejala sosial di kalangan remaja wajar
dicontohi. Saya mengucapkan tahniah kepada Unit Belia Masjid At-Taqwa,
Kampung Rancangan Klias dengan kerjasama Rakan Muda Masjid Nur Ikhwan,
Kampung Pilajau, Beaufort kerana menjayakan konsert hari ini. Tidak lupa
kepada semua hadirin dan hadirat yang dimuliakan, kita semua berbangga
menjadi rakyat Malaysia.
Semoga konsert ini mendapat rahmat dan keampunan Allah S.W.T. bagi
melahirkan generasi remaja merdeka yang cemerlang, gemilang dan terbilang
berpaksikan satu visi dan misi unggul iaitu menjadikan Allah dan Rasulullah
sebagai idola bagi mencapai kejayaan dalam semua bidang dan urusan.
Dengan lafaz ‘Bismillahirahmanirahim’ saya merasmikan ‘Konsert Kebudayaan
Islam, Sempena Bulan Kebudayaan Kemerdekaan 2004’.
Sekian,
Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Rujukan
Panduan Pengucapan Awam. Abdul Mua’ti Ahmad, (1994)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS ILMU KHAS

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

( PPISMP )

KERJA KURSUS

Bahasa Melayu Kontekstual

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HAZMI BIN ZAINULDIN

NO. K/P. : 900724-10-5427

KUMPULAN : J 3.5

NAMA PENSYARAH : PN. MUNAH

Anda mungkin juga menyukai