Anda di halaman 1dari 3

Cooper test

Ujian Cooper adalah satu bentuk ujian berlari ataupun berjalan dalam tempoh masa yang telah di
tetapkan dalam masa (12minit) yang dijalankan di padang ataupun balapan dan merupakan satu aktiviti
yang di gunakan sebagai salah satu ujian yang di jalankan terhadap seseorang untuk menguji tahap
kecergasan kardiovaskular seseorang individu tersebut. Ujian ini sebenarnya melibatkan pengguanaan
sistem tenaga aerobik di mana ia dijalankan pada intensiti yang rendah tetapi jangka masa yang panjang
dan penggunaan oksigen yang lebih lama serta memerlukan daya ketahanan yang tinggi. Ujian ini
sebenarnya telah di asaskan oleh Keeneth H. Cooper pada tahun 1968 bretujuan untuk menguji
kecergasan dalam pasukan tentera Amerika Syarikat. 

Selain daripada itu, ujian cooper ini juga adalah membantu pelaku menentukan VO2 max dengan
ketepatan yang munasabah, dan tanpa keperluan peralatan yang mahal. Ujian ini memerlukan seseorang
individu berjalan ataupun berlari mengikut masa yang ditetapkan dalam tempoh 12 minit dalam balapan
yang berukuran 400meter panjang dan setiap 50meter di tandakan jarak dengan menggunakan kon. Apa
yang di maksudkan di sini ialah masa akan mempengaruhi jarak larian seseorang. Selepas 12minit
pengadil atau pencatat masa akan mengambil jarak yang dapat di lakukan oleh individu atau pelaku
berkenaan dalam tempoh masa tersebut.Jadi apa yang dapat kita jelaskan di sini ialah ujian cooper
adalah bagi mengukur jarak dalam masa yang di tetapkan.

Mengikut pada kajian luar Negara,ujian cooper ini sesuai di jalankan oleh pelaku samada lelaki ataupun
wanita mengikut peringkat umur.
KAITAN UJIAN COOPER DENGAN FISIOLOGI
Menurut Mc Ardle ( 1991 ) daya tahan kardiovaskular boleh didefinisikan sebagi kemampuan otot-otot
atau jantung melaksanakan kerja berulang-ulang kali untuk mengatsi rintangan atau beban yang tinggi
pada jangka masa yang panjang dan dapat mengatasi kelesuan.Daya tahan kardiovaskular merupakan
keupayaan jantung dan system peredaran darah berfungsi secara berterusan semasa seseorang itu
melakukan kerja untuk tempoh masa yang lama. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada
kombinasi efisien tiga komponen seperti :- 
•Paru-paru
•Jantung
•Saluran darah
Oleh itu, ujian ini penting kerana melibatkan komponen – komponen kecergasan dalam tubuh manusia

OBJEKTIF UJIAN COOPER

Di antara objektif yang dapat di peroleh semasa menjalankan ujian cooper dalam masa yang di tetapkan
dalam tempoh 12 minit ini ialah :-
Dapat menentukan tahap kecergasan kardiorespiratori seseorang individu.
Menentukan tahap keupayaan dan kecergasan kardiovaskular dalam diri seseorang.
Bagi menentukan kadar VO2 max setiap pelaku ataupun atlet yang menjalani ujian ini.

KELEBIHAN UJIAN COOPER


Setiap ujian ataupun aktiviti latihan yang di jalankan mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Di
antara kelebihan melakukan ujian cooper ini ialah :-
Ujian ini dijalankan dengan had masa yang telah ditetapkan.
Boleh dijalankan dalam kumpulan yang ramai ataupun di lakukan secara individu.
Ujian ini tidak memerlukan peralatan yang mahal hanya memrlukan perbelanjaan yang sedikit kerana
alatan ujian ini adalah ringkas dan mudah di kendalikan.
Satu ujian kardiovaskular yang mudah dan dapat menghasilkan keputusan yang tepat jika di lakukan
dengan betul.
Ujian ini sebenarnya dijalankan dalam persekitaran yang terbuka dan bukan di jalankan di dalam
makmal.

KEKURANGAN UJIAN COOPER


Walaupun ujian ini mempunyai banyak kelebihannya, namun begitu terdapat juga beberapa kelemahan
pada ujian cooper ini.
Ujian cooper sebenarnya bergantung kepada keadaan persekitaran kerana jika cuaca hujan maka ujian
tidak dapat dijalankan dengan sempurna
Bentuk ujian cooper ini juga adalah cepat mengundang seseorang pelaku itu keletihan.
Setiap pelaku yang kekurangan daya tahan berkemungkinan tidak menghabiskan latihan ini.

KAJIAN LETERATUR
UJIAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR MASA LAMPAU

Kajian pada masa lampau dalam ujian cooper melihatkan bagaimana ujian ini telah di jalankan oleh
Kenneth H. Cooper pada tahun 1968 bertujuan untuk menguji kecergasan dalam pasukan tentera
Amerika Syarikat. 

UJIAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR MASA KINI DI MALAYSIA

Kajian ini ingin melihat kebolehpercayaan Ujian Larian/Berjalan Satu Batu, Ujian Larian/Berjalan Satu
Setengah Batu dan Ujian PACER dan tahap persetujuan rujukan kriteria dan rujukan norma berbanding
dengan noma ujian yang telah diperkenalkan oleh Prudential FITNESSGRAM® dan American College of
Sports Medicine (ACSM, 1999). Ketika ini pelbagai ujian lapangan digunakan oleh guru Pendidikan
Jasmani dan Sains Sukan bagi tujuan mengukur tahap kecergasan kardiovaskular di kalangan pelajar
sekolah menengah Malaysia. 
Di antara ujian lapangan yang biasa digunakan bagi tujuan tersebut ialah Ujian Larian/Berjalan Satu
Setengah Batu, Ujian Larian/Berjalan Satu Batu dan Ujian PACER. Persoalannya ialah sejauhmanakah
kebolehpercayaan setiap satu ujian tersebut dapat diterima pakai di negara kita bagi menganggarkan
tahap kemampuan pengambilan isipadu maksima oksigen pelajar lelaki dan perempuan berumur 13, 14
dan 15 tahun. Sejauhmanakah anggaran kebolehpercayaan rujukan kriteria bagi Ujian Larian/Berjalan
Satu Batu dan Ujian PACER serta Indeks Jisim Badan melalui ‘proportion of agreement’ ( Pa ) dan
‘modified kappa’ ( Kq ) dengan menggunakan piawaian FITNESSGRAM® (Cooper Institute for Aerobics
Research, 1992) ke atas pelajar lelaki dan perempuan berumur 13, 14 dan 15 tahun. Sejauhmanakah
anggaran kebolehpercayaan rujukan kriteria bagi Ujian Larian/Berjalan Satu Setengah Batu melalui
‘proportion of agreement’ ( Pa ) dan ‘modified kappa’ ( Kq ) dengan menggunakan piawaian American
College of Sports Medicine (ACSM, 1999) ke atas pelajar lelaki dan perempuan berumur 13, 14 dan 15
tahun. 

KAEDAH / METHODOLOGI UJIAN COOPER

Kajian untuk menguji tahap kecergasan seseorang pelaku yang menjalaninya.


Membantu setiap pelaku atau individu menentukan VO2 max dengan ketepatan yang munasabah, dan
tanpa keperluan semasa peralatan yang mahal.
Dijalankan di padang ataupun trek olahraga.
Untuk mendapatkan garisan permulaan sudut 45° hendaklah di tentukan 
Masa di tetapkan 12 minit bagi setiap pelatih.
Setiap kon diletakkan pada jarak 50 meter.
VO2MAX diperoleh berpandukan formula:
(Distance covered in metres - 504.9) ÷ 44.73 
Berlari mengelilingi trek balapan.
Dilakukan secara solo atau berkumpulan.
Keputusan ujian diambil kira dari :-
jarak larian
jantina
Umur

PROSEDUR UJIAN COOPER

Pastikan ujian dijalankan di padang / balapan


Padang / balapan mestilah berukuran 400 meter
Memerlukan seorang pencatat masa/jarak
Pelatih terlebih dahulu di minta untuk memanaskan badan dengan berjoging dan meregangkan otot
sebelum ujian.
Masa ujian di tetapkan 12minit
Pelatih dibenarkan berjalan atau berlari dan jarak akan di ambil selepas pelatih menghabiskan ujian
dalam tempoh 12minit.
Pastikan peralatan ujian berfungsi dengan baik
Pastikan di setiap kon penanda 50m terdapat pencatat masa / jarak
Pastikan pelatih/atlet menghabiskan larian 12minit di garisan penamat yang di tetapkan.

Lelaki umur (tahun) Tahap kecergasan untuk jarak (km) yang dilalui dalam masa 12minit
Sangat lemah Lemah Sederhana Baik Sangat baik
Bawah 30 <1.60 1.60-1.99 2.00-2.39 2.40-2.79 >2.80
30-39 <1.50 1.52-1.83 1.84-2.23 2.24-2.63 >2.64
40-49 <1.36 1.36-1.67 1.68-2.07 2.08-2.47 >2.48
50-59 <1.25 1.28-1.59 1.69-1.99 2.00-2.39 >2.40

Jadual ini menunjukkan pengukuran aerobik Cooper yang piawai bagi lelaki sihat. Apakah tahap
kecergasan seorang lelaki yang sihat berumur 45 tahun yang telah berlari sejauh 1.75 km dalam masa 12
minit ?

VO2 max = ( jarak larian dalam meter) – 505 /45


= _____________ ml/min/kg.

Anda mungkin juga menyukai