Anda di halaman 1dari 4

AMALI 1: SISTEM KARDIO

Pengenalan: Ujian Bleep atau ujian Beep merupakan satu ujian larian ulang-alik pelbagai tahap yang meningkat secara progresif. Ujian ini telah dicipta di Kanada dan kini merupakan salah satu ujian kecergasan aerobik atau ujian kecergasan daya tahan kardiovaskular yang popular di dunia. Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kecergasan respiratori dan kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasan terpenting. Kecergasan kardiovaskular adalah asas kepada sebarang aktiviti fizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakit kardiovaskular. Kardiovaskular cergas meningkatkan kebolehan melakukan sebarang tugas. Komponen dalam kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot. komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia. Nama Ujian: Bleep Test Objektif: Ujian ini bertujuan untuk mengukur tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular beberapa individu lelaki dengan pengiraan saintifik VO2 Max. Kaedah : 1. Tandakan jarak larian 20 meter diatas lantai dan tandakan setiap hujungnya dengan masking tape dan kon penanda. 2. Peserta mendengar arahan dan penerangan daripada penguji. 3.Peserta melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum melakukan Ujian Bleep. 4. Setiap peserta dikehendaki berdiri di belakang garisan permulaan dan seorang pembantu diperlukan untuk merekodkan setiap tahap yang dilalui. 5. Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyarat bleep yang akan dibunyikan dari pemain audio / pembesar suara. 6. Peserta bersedia di satu hujung dengan satu kaki berada di belakang garisan yang dibuat dan berlari apabila bleep yang pertama kedengaran.Peserta akan berlari ke garisan yang di hadapan semula dan apabila tiba mereka perlu melepasi garisan sama ada dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki sebelum isyarat bleep berbunyi. 7. Peserta hendaklah menunggu sehinggableep seterusnya kedengaran sebelum berlari ke garisan permulaan. Peserta akan terus berlari sehingga ke tahap maksima yang boleh dicapai dan tidak mampu lagi untuk mengikut bunyi beep. 8. Masa antara isyarat bleep akan berkurangan setiap tahap. Selaras dengan itu, kelajuan larian perlu ditingkatkan. 9. Ujian ini memerlukan keupayaan sepenuhnya dari setiap peserta. Justeru,peserta perlu berlari sehingga merasa lesu. 10. Ujian bleep dikira tamat sekiranya dia tidak dapat melepasi garisan kedua dua hujung dua kali berturutturut.

Dapatan: Norma Bleep test :

Maximal oxygen uptake norms for men (ml/kg/min)


Age (years) rating excellent good above average average below average poor very poor 18-25 > 60 52-60 47-51 42-46 37-41 30-36 < 30 26-35 > 56 49-56 43-48 40-42 35-39 30-34 < 30 36-45 > 51 43-51 39-42 35-38 31-34 26-30 < 26 46-55 > 45 39-45 35-38 32-35 29-31 25-28 < 25 56-65 > 41 36-41 32-35 30-31 26-29 22-25 < 22 65+ > 37 33-37 29-32 26-28 22-25 20-21 < 20

NAMA

Level Bleep Test

Shuttle

Pengiraan isipadu VO2 max(ml/kg /min) 42.86 44.30 51.73 46.52

Pencapaian

1. 2. 3. 4.

NOR AMIRULFITRI BIN OTHMAN NOR AMIRUL AKMAL BIN HISHAM MOHAMAD KHAIRUL NIZAM BIN MOHD JOHAR KHAIRUL ANUAR BIN MUSTAFFA

8 9 11 9

9 3 5 10

Average Average Above average Average

Rumusan :Berdasarkan ujian bleep test yang telah dilakukan, jelas dapat dilihat pada 4 sampel yang telah diuji bahawa mereka mempuyai daya tahan kardiovaskular yang berlainan. Berdasarkan pengiraan saintifik VO2 Max, Mohamad Khairul Nizam memperoleh pengiraan isipadu VO2 Max yang paling tinggi iaitu 51.73 . Ini membuktikan bahawa tahap kecergasan beliau adalah lebih tinggi berbanding 3 rakan yang lain.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP) SEMESTER 2 AMBILAN JANUARI 2011 PENDIDIKAN JASMANI (ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106) SISTEM ENDOKRIN (AMALI 7)

NAMA UNIT PENSYARAH

: NURUL ATIQAH BINTI AZAMI : PJ / PK / BM : PN CHONG CHAI LIAN

Anda mungkin juga menyukai