Anda di halaman 1dari 1

Maksud VO2max

VO2max bermaksud kuantiti oksigen yang anda boleh gunakan ketika melakukan aktiviti pada
prestasi paling maksimum.
Perkataan maksimum ni penting, kerana VO2max hanya boleh dikira ketika melakukan aktiviti pada
tahap sehabisnya, bukan ketika lari leha-leha.

Apakah signifikasi nombor ni,?


VO2max adalah nombor yang menunjukkan tahap kecergasan aerobik dan kapasiti kardiovaskular
anda, dalam kata lain, semakin besar nombor VO2max ini, semakin anda dapat melakukan aktiviti
tanpa rasa mengah. Menurut statistik VO2max bagi :

Golongan lelaki yang kurang aktif adalah lebih kurang 35-40 mL/kg/min,
Golongan wanita yang kurang aktif pula 27 – 30 mL/kg/min.

Namun, bagi atlet bertaraf dunia, VO2max mereka boleh mencecah sehingga 85 – 95 mL/kg/min.
Lebih kurang dua kali ganda dari mereka yang kurang aktif.

Bagaimana nak test VO2max ?


Cara paling tepat nak test VO2max seseorang ni adalah dengan menggunakan test VO2max makmal,
selalunya dengan menggunakan treadmill/basikal dan ventilator yang mengukur kandungan oksigen
dan karbon dioksida yang dihembus keluar. Untuk mengukur VO2max dengan tepat, anda perlu
berlari atau berbasikal dengan intensiti dan tempoh yang akan mengerjakan sistem aerobik ke tahap
maksimum.

Ujian Bleep Test


1) Apakah Ujian Bleep/bleep test?
Bleep test adalah ujian yang digunakan oleh jurulatih untuk menilai anggaran VO2
max iaitu pengambilan oksigen secara maksimum oleh atlit apabila ujian dijalankan. 2)

2) Bagaimanakah ujian ini dijalankan?


Ujian ini melibatkan larian secara berterusan di antara dua garisan yang terpisah
dalam jarak 20 meter. Pelari akan berdiri di belakang garisan pertama dan
menghadap garisan kedua dan ujian bermula apabila bunyi “beep” pertama
kedengaran. Tahap kelajuan larian agak perlahan pada permulaan ujian. Pelari akan
berlari secara brterusan dan perlu menghabiskan jarak larian sebelum bunyi “beep” yang
seterusnya. Sekiranya pelari mencecah garisan sebelum bunyi beep, pelari
tersebut harus menunggu sehingga bunyi beep seterusnya kedengaran. Selang
masa bunyi ini akan berkurangan lalu memaksa atlet untuk meningkatkan kelajuan
larian mereka sehinggalah mereka tidak mampu lagi mengikutinya ataupun selesai
menghabiskan ujian ini.

Anda mungkin juga menyukai