Anda di halaman 1dari 48

KATA PENGANTAR

Pendidikan berkualiti yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk menghasilkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sikap serta nilai yang positif. Bagi membina murid yang bersemangat waja, mempunyai kemahiran menangani risiko, menjaga kesihatan diri dan mengamalkan cara hidup yang sihat, unsur Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti (PKK) diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran KBSR dan KBSM. Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi ia diajar secara bersepadu dan merentasi kurikulum. PKK diajar dalam mata pelajaran bahasa, Sains, Sains Tambahan, Biologi, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dalam Pendidikan Kesihatan, PKK diberi tumpuan khas dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

Dalam menghadapi gejala sosial masa kini, murid perlu meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran serta memupuk dan menanamkan sikap dan nilai yang sihat dalam diri. Modul-modul Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum adalah bertujuan untuk membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh merujuk panduan yang disediakan dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan bagi memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan seksualiti dan gaya hidup sihat terhadap kesejahteraan dalam kehidupan.

Pelbagai pihak telah memberi sumbangan masa, tenaga dan fikiran untuk menyempurnakan modul-modul ini. Pusat Perkembangan Kurikulum ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga modul-modul ini dapat dimanfaat oleh semua pihak.

(Dr. SHARIFAH MAIMUNAH SYED ZIN) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

KANDUNGAN

Kata Pengantar

Kemahiran Pengetahuan Tentang Seksualiti 1 2 3 4 5 6 Seksualiti Mengamal Gaya Hidup Sihat Perkembangan Fizikal Diri Remaja Seksualiti Remaja Seksualiti Kekeluargaan 4 6 7 8 12 14

Kemahiran Asertif 1 2 Kekeluargaan Kekeluargaan 16 16

Kemahiran Penyelesaian Masalah 1 Kekeluargaan 21

Kemahiran Mengenalpasti Situasi Berisiko 1 2 Seksualiti Seksualiti 25 32

Kemahiran Membuat Keputusan Bertanggungjawab dan Pilihan Bijak 1 Seksualiti 35

Kemahiran Meningkatkan Harga Diri (KMHD) 1 Harga Diri 38

Kemahiran Mendapatkan Bantuan

Seksualiti

41

Panel Membina dan Kawal Mutu

45

BERILMU PENGETAHUAN
1. PENERANGAN : Pengetahuan mengenai gaya hidup sihat ialah hubungkait dinamis antara keadaan fizikal, mental-emosi, sosial dan rohani seseorang. Kefahaman yang mendalam tentang konsep amalan gaya hidup sihat serta sikap positif terhadap pelbagai cabaran situasi hidup akan dapat menjamin kehidupan yang sihat dan seimbang. Segala pengetahuan, pengalaman dan tuntutan yang berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat perlulah dimanfaatkan untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Melalui pengetahuan, pengalaman dan pemahaman pelbagai tuntutan untuk mencapai keseimbangan, remaja akan menghadapi cabaran dengan rasional di samping bijak membuat pilihan yang betul berlandaskan hukum-hukum keagamaan, adat dan budaya masyarakat serta undang-undang dan peraturan negara.

2.

ILMU BERILMU? ... YA! Menurut Al-Ghazali, akal dikaitkan dengan sifat orang berilmu mengetahui hakikat segala sesuatu menangkap dan mendapat segala ilmu "Kejadian yang mula-mula dijadikan oleh ALLAH ialah ILMU (akal)" [ Al-Ghazali ] BERAKAL? ... YA! Akal merupakan : sifat ilmu yang disemat di hati daya fikir manusia untuk menilai sama ada baik atau keburukan pembentukan personaliti manusia MEMANFAATKAN ILMU ... YA! Ilmu adalah : amalan yang baik mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai penghidupan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat memupuk nilai baik dan kesempurnaan iman

SUMBER ILMU ... Ilmu diperolehi melalui keluarga alam semula jadi bilik darjah guru/ulama media dan lain-lain 3. KESIMPULAN Berilmu pengetahuan merupakan daya fikir manusia untuk menilai kebaikan dan keburukan menentukan pembentukan personaliti manusia memupuk nilai baik dan kesempurnaan iman menentukan hala tuju matlamat hidup menampilkan kesejahteraan dalam penghidupan mewujudkan suasana yang harmonis dan seimbang dalam hubungan antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan penciptaNya RUMUSAN GURU Guru hendaklah memberi penjelasan kepada murid berkaitan kepentingan ilmu dalam kehidupan seseorang dengan memberikan penekanan bahawa hanya ilmu dapat mendisiplinkan murid ke arah mengamalkan budaya hidup yang sihat. Perlu ditegaskan juga bahawa dengan berilmu dan mengamalkannya, seseorang murid dapat membeza, mentafsir, menganalisis, dan membuat pilihan terhadap keputusan yang perlu dibuat.

KEMAHIRAN PENGETAHUAN TENTANG SEKSUALITI


CABARAN REMAJA MASA KINI 1. 2. 3. 4. 5. 6. Memahami perkembangan mental, emosi,sosial, dan fizikal diri sendiri. Menentukan personaliti. Keperluan pengetahuan tentang konsep gaya hidup sihat bagi membina ketahanan diri Memenuhi dan menangani emosi dengan rasional Menyelesaikan konflik akibat perubahan-perubahan fizikal, emosi sosial dan sosial. Membuat keputusan berkaitan dengan nilai, memilih rakan sebaya, hala tuju dan cita-cita

CABARAN REMAJA MASA KINI Memahami perkembangan diri sendiri dari segi aspek fizikal membantu menyelesaikan dan menagani konflik akibat perubahan-perubahan fizikal, emosi dan sosial dengan rasional. Pengetahuan tentang konsep seksualiti dapat mengenalpasti dan meningkatkan personaliti seseorang. Dengan pengetahuan ini dan ketekalan latihan dapat membantu membina ketahanan diri di samping ia dapat membuat keputusan berkaitan dengan nilai memilih rakan sebaya ke arah masa depan dan cita-cita yang mulia. Seksualiti bukan sahaja melibatkan reproduksi dan keseronokan hubungan seks malah keperluan untuk berkasih sayang dan keperluan untuk memenuhi hasrat diri sendiri. Ia merangkumi faktor-faktor fisiologi dan budaya berkaitan tabiat seksual manusia. Seksualiti juga termasuk kesedaran dan tindakbalas terhadap sifat kelelakian atau sifat kewanitaan. Seksualiti merangkumi beberapa dimensi atau aspek iaitu budaya, psikologi, biologi dan etika. Aspek-aspek ini membentuk seksualiti individu dan seksualiti merupakan sebahagian daripada personaliti atau sahsiah individu.
Etika
kesempurnaan beragama nilai murni moral

Budaya
peraturan media masyarakat adat

Biologi
pembiakan pertumbuhan fizikal perkembangan mental perubahan fisiologi

Psikologi
emosi intelek motivasi pengalaman

Dari segi perundangan, salahlaku seksual boleh didakwa di bawah Akta KanakKanak 2001. Guru hendaklah memberi penjelasan kepada murid berkaitan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Penekanan hendaklah diberi bahawa ilmu pengetahuan mampu mendisiplinkan murid ke arah mengamalkan seksualiti yang sihat. Perlu ditegaskan juga dengan berilmu pengetahuan dan mengamalkannya seseorang murid dapat mentafsir, membeza, menganalisis dan membuat pilihan bijak terhadap keputusan yang akan dibuat.

MENGAPA PERLU PENGETAHUAN TENTANG SEKSUALITI?


Kemahiran pengetahuan seksualiti dapat memberi kefahaman berkaitan hubungan antara manusia meliputi perasaan, kewanitaan, kelelakian, keinginan, kepuasan, kasih sayang, kehilangan, kesedihan, kemesraan, tertekan, perhatian, perkongsian, sentuhan, cemburu, penolakan, harga diri dan kebahagiaan di kalangan remaja. Kemahiran pengetahuan seksualiti akan dapat membantu remaja mengelakkan diri daripada gejala sosial dan tingkahlaku berisiko seperti seks sebelum nikah, kehamilan, gangguan seksual, rogol dan gangguan tingkahlaku yang lain. Kemahiran pengetahuan tentang perundangan, budaya dan adat resam berkaitan seksualiti pula akan dapat membantu remaja menyedari tentang hakhak asasi serta menghalang remaja terjerumus ke dalam kancah salahlaku seksual.

AKTIVITI 1 TAJUK : Seksualiti Pengetahuan tentang seksualiti 2 waktu Pada akhir pembelajaran , murid dapat: 1. Menjelaskan konsep dan dimensi seksualiti 2. Menerangkan unsur-unsur yang terdapat dalam setiap dimensi 3. Mengamalkan sikap yang positif terhadap seksualiti Poster, gambar, carta, pengurusan grafik KBKK Kemahiran pengetahuan Isi/Aktiviti Guru mempamerkan poster tentang budaya masyarakat Malaysia Murid melengkapkan gambar berkaitan adat resam rakyat Malaysia Guru menjelaskan konsep dan dimensi seksualiti Guru menerangkan kepentingan pengetahuan tentang seksualiti Catatan Perbincangan Soal jawab Sumbangsaran

SUB-TAJUK : MASA
OBJEKTIF

:
:

BAHAN P&P : NILAI : Perkara Set induksi

Perkembangan Langkah 1

Penerangan dan perbincangan

Langkah 2

Murid dibahagi kepada 4 kumpulan Murid diminta mengklasifikasikan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap dimensi tersebut Melengkapkan grafik KBKK Murid diminta membentangkan hasil

Pembelajaran berkumpulan Penerokaan nilai Grafik KBKK Pengelasan web

Perkara

Isi/Aktiviti perbincangan Guru membuat rumusan tentang hasil kerja murid Murid memberi erti pengertian tentang elemen budaya, etika, biologi dan psikologi dalam dimensi seksualiti

Catatan

Penutup

Sumbang saran Perbincangan Soal jawab

AKTIVITI 2 TAJUK SUBTAJUK MASA OBJEKTIF : : : : Mengamal gaya hidup sihat Pengetahuan tentang seksualiti 1 waktu Pada akhir pembelajaran murid dapat: Murid dapat menyenaraikan amalan-amalan gaya sihat Kertas mahjong, pen marker 1. Aktiviti ini dijalankan dalam 4 kumpulan 2. Kaedah penyampaian dalam bentuk pembelajaran koperatif 3. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua 4. Setiap kumpulan dibenarkan mengadakan perbincangan mengenai amalan gaya hidup sihat dan menyenaraikan dapatan kumpulan 5. Murid dikehendaki mengisi borang grafik KBKK dalam bentuk grafik pengkelsan 6. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan masing-masing, manakala kumpulan yang lain digalakkan memberi respons 7. Guru membuat rumusan pengajaran Arahan Senaraikan amalan gaya hidup sihat mengikut keutamaan Bil 1 2 3 4 5 Amalan Gaya Hidup Sihat

hidup

BAHAN PROSEDUR P&P

: :

AKTIVITI 3 TAJUK SUBTAJUK MASA OBJEKTIF : : : : Perkembangan fizikal diri remaja Pengetahuan tentang seksualiti 1 waktu Murid dapat menyenaraikan persamaan dan perbezaan perkembangan fizikal remaja lelaki dan remaja perempuan Kertas mahjong, pen marker, bahan rujukan 1. Aktiviti ini dijalankan secara 4 kumpulan 2. Kaedah penyampaian dalam bentuk pembelajaran koperatif 3. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua 4. Murid membuat rujukan berkaitan tajuk yang diberi mengikut kumpulan masing-masing 5. Setiap kumpulan dibenarkan mengadakan perbincangan mengenai perkembangan fizikal diri remaja dan menyenaraikan dapatan 6. Murid dikehendaki mengisi borang grafik KBKK dalam bentuk grafik persamaan dan perbezaan 7. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan masing-masing, manakala kumpulan yang lain digalakkan memberi respons 8. Guru membuat rumusan pengajaran dengan menekankan bahawa perbezaan perkembangan fizikal antara remaja lelaki dengan remaja perempuan bukanlah merupakan halangan untuk saling menghormati antara satu dengan lain Arahan Senaraikan persamaan dan perbezaan fizikal remaja lelaki dan remaja perempuan
PERSAMAAN FIZIKAL

BAHAN PROSEDUR P&P

: :

Remaja lelaki

Remaja perempuan

PERBEZAAN FIZIKAL

Remaja lelaki

Remaja perempuan

AKTIVITI 4 TAJUK : Seksualiti remaja Pengetahuan tentang seksualiti Perbezaan, persamaan dan penyelesaian masalah tingkah laku remaja Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Membincang perkembangan seksualiti remaja dan menyelesaikan masalah dengan bijak 2. Mengenal pasti tingkah laku khusus yang ditunjukkan oleh remaja semasa proses kematangan atau perkembangan sosial dan emosi 3. Membezakan seksualiti antara remaja lelaki dan perempuan dari segi emosi, mental, fizikal dan sosial 2 waktu Penyusunan Grafik KBKK 1. Penyelesaian masalah dengan bijak 2. Persamaan dan perbezaan Mengamalkan seksualiti yang positif Isi/Aktiviti Guru menyoal murid apakah masalah remaja masa kini? Mengapa remaja mempunyai masalah? Apakah kemungkinan masalah itu boleh diatasi? Apakah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi? Guru mengedarkan borang penyusunan grafik untuk menyelesaikan masalah Murid mengisi borang grafik untuk menyelesaikan masalah yang diberi Catatan Soal jawab Sumbang saran

SUBTAJUK :
SUB-TAJUK :

OBJEKTIF

MASA

BAHAN P&P : PROSEDUR : P&P NILAI Perkara Set Induksi :

Perkembangan Langkah 1

Penyelesaian masalah secara bijak

Perkara Langkah 2

Isi/Aktiviti Apakah perbezaan antara remaja lelaki dan remaja perempuan dari aspek fizikal, emosi, mental dan sosial Apakah persamaan yang boleh dikesan di kalangan remaja lelaki dan perempuan Bagaimana perasamaan dan perbezaan ini dapat membantu memahami tentang seksualiti Guru merumuskan aktiviti langkah 1 dan langkah 2 Guru perlu menjelaskan kepada murid tentang nilai-nilai seksualiti yang positif Melalui penyelesaian masalah yang bijak dengan kefahaman perbezaan dan persamaan remaja dapat membantu murid membuat keputusan bijak Contoh : - menghormati hak individu dari segi seksualiti

Catatan

Rumusan

Perbincangan Merumus

10

Lampiran 1 PENGURUSAN GRAFIK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

PERSAMAAN

PERBEZAAN

DARI SEGI

CORAK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN YANG PENTING

KESIMPULAN DARIPADA PENTAKRIFAN


11

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN Aktiviti 5 TAJUK : SUB-TAJUK : MASA OBJEKTIF : : Kepentingan tentang seksualiti Pengetahuan tentang seksualiti 1 waktu Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Melengkapkan grafik KBKK berkaitan dimensi seksualiti 2. Menerangkan unsur-unsur yang terdapat dalam setiap dimensi seksualiti 3. Menyatakan kepentingan pengetahuan seksualiti Gambar, lembaran kerja Kerajinan, rasional Isi/Aktiviti Penerangan berdasarkan gambar tentang budaya masyarakat Malaysia Guru bersoal jawab berkaitan adat resam rakyat Malaysia Guru menjelaskan maksud dan dimensi seksualiti Guru menerangkan kepentingan pengetahuan tentang seksualiti Murid dibahagikan kepada empat kumpulan Guru mengedarkan lembaran kerja grafik KBKK untuk dilengkapi oleh murid Catatan Perbincangan Sumbangsaran

BAHAN P&P : NILAI Perkara Set Induksi :

Perkembangan Langkah 1

Perbincangan Penerangan

Langkah 2

Pembelajaran berkumpulan

12

Perkara Penilaian

Isi/Aktiviti Murid melengkapkan grafik KBKK Murid membentangkan hasil perbincangan Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan hasil kerja yang dibentangkan Guru meminta murid menyatakan kepentingan pengetahuan seksualiti Murid menyatakan kepentingan pengetahuan seksualiti Guru membuat rumusan pelajaran dengan menjelaskan bahawa pengetahuan tentang seksualiti amat penting kepada remaja bagi mengenal pasti tingkah laku seksual dan tingkah laku berisiko

Catatan Sumbangsaran Perbincangan Soal jawab

Penutup

Grafik KBKK Pengelasan web

13

PENGURUSAN GRAFIK KLASIFIKASI WEB

Etika

Budaya

Dimensi seksualiti

Biologi

Psikologi

14

AKTIVITI 6 TAJUK SUB-TAJUK OBJEKTIF : : : Kekeluargaan Pengetahuan tentang seksualiti Pada akhir pembelajaran murid dapat 1. Membincangkan hal-hal berkaitan seksualiti 2. Memberi pendapat untuk penyelesaian masalah seksualiti 3. Menyenarai cara mengatasi masalah seksualiti 1 waktu Terapi kumpulan

MASA PROSEDUR P&P

: :

PERINGATAN :

1.

2.

Guru perlu peka terhadap murid yang melampaui tahap perkembangan umur. Terapi khas perlu diberi kepada murid ini Keinginan seksual adalah normal. Amalan salah laku seksual adalah tidak normal. Isi/Aktiviti Catatan Soal jawab

Perkara Set Induksi

Gambar, statistik dan keratan akhbar Murid diminta menerangkan kefahaman sendiri tentang bahan yang diedarkan

Perkembangan Langkah 1

Murid diminta memberi pandangan tentang pergaulan bebas Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan membincangkan tentang cara menghadapai risiko rogol dan cara menghadapi keinginan seksual yang mendadak tinggi Murid diminta membentangkan hasil perbincangan : cara menghadapi risiko rogol cara menghadapi keinginan seksual yang tinggi

Perbincangan

Langkah 2

Perbincangan kelas

15

Perkara Penutup

Isi/Aktiviti Guru merumuskan langkah 1 dan langkah 2 Guru menjelaskan perkara-perkara positif tentang cara untuk menghadapi risiko rogol dan masalah seksualiti

Catatan Merumus Perbincangan

16

KEMAHIRAN ASERTIF
Kemahiran asertif merupakan satu bentuk komunikasi di mana seseorang individu melahirkan pemikiran, perasaan dan kepercayaannya secara jujur dan terus dengan mengambilkira pemikiran, perasaan dan kepercayaan orang lain. Setiap individu mempunyai hak-hak asasi tertentu. Kemahiran asertif boleh digunakan untuk membantu seseorang individu yang mengalami sesuatu konflik mencapai persetujuan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak tanpa mengorbankan maruah dan kehormatan diri.

MENGAPA PERLU KEMAHIRAN ASERTIF? Kemahiran asertif perlu dikuasai supaya individu boleh menyatakan TIDAK tanpa rasa bersalah, marah atau sebarang tekanan perasaan terhadap desakan daripada sebarang pengaruh.

Aktiviti 1 TAJUK : Kekeluargaan Kemahiran asertif 1 waktu Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan tiga situasi selesa dan tidak selesa. 2. Menyenaraikan situasi selesa dan tidak selesa yang berlaku dalam kehidupan seharian. 3. Menjelaskan kemahiran asertif dalam situasi berisiko Soal selidik (Lampiran1) Keselamatan diri Isi/Aktiviti Murid diminta memberikan situasi selesa dan tidak selesa. Catatan Perbincangan Penerangan

SUB-TAJUK : MASA OBJEKTIF : :

BAHAN P&P : NILAI : Perkara Set Induksi

Langkah 1

Guru menjelaskan maksud asertif Murid bersoal jawab berkaitan kemahiran asertif.

Soal-jawab bersama Penerangan


17

Perkara Langkah 2

Isi/Aktiviti Guru mengedarkan helaian soal selidik dan murid berbincang dalam kumpulan kecil.Murid menjawab soal selidik Murid dapat menyatakan YA atau TIDAK tanpa berasa salah dalam sesuatu situasi

Catatan Penyelesaian masalah secara bijak

Penilaian

Membanding beza situasi

Penutup

Guru merumus hasil perbincangan murid berkaitan kemahiran asertif

Sumbangsaran Pebincangan Merumus

18

Lampiran 1 ARAHAN : Guru mengedarkan Lampiran A kepada setiap murid

Tandakan [ YA ]atau [ TIDAK ] dalam ruang kosong di mana anda dapat memperaktikkan asertif.

1. 2. 3.

Menerima pujian tentang kecantikan anda Menyatakan tidak terhadap permintaan seorang kawan Menerima pujian tentang sesuatu yang anda telah lakukan Mengingati seorang kawan yang telah menyatakan kasih kepada anda Diajak oleh seseorang untuk temu janji dengan seseorang yang tidak dikenali melalui e-mail Diajak oleh seseorang untuk temu janji secara bersemuka Menolak temu janji daripada seseorang Mengaku telah melakukan sesuatu kesilapan Diberitahu oleh seseorang yang dia menyukai anda Meminjam sesuatu daripada seorang kawan

[ [ [

] ] ]

4.

5.

6.

7. 8. 9. 10.

[ [ [ [

] ] ] ]

19

Aktiviti 2 TAJUK : Kekeluargaan Kemahiran Asertif 2 waktu Di akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan maksud pelakuan asertif. (gambaran individu yang tegas diri) 2. Mengenal pasti situasi pelakuan ini patut diamalkan 3. Menyatakan tiga cara mengelakkan diri daripada situasi yang berisiko. 4. Menjelaskan faedah perlakuan asertif serta hak mereka untuk menyuarakan perasaan Senarai situasi, kad arahan Perlakuan tegas diri, pasif atau agresif Isi/Aktiviti Catatan

SUB-TAJUK : MASA OBJEKTIF : :

BAHAN P&P : NILAI : Perkara Set Induksi

Langkah 1

Guru menerangkan gambaran Penerangan tentang situasi asertif dan murid diminta memberi ulasan. Murid mengenal pasti dan Penerokaan kendiri menyenaraikan faedah bersikap asertif Murid berbincang dalam kumpulan kecil dan merancang role play yang diberi ( gunakan situasi berasaskan kes 1, 2, dan 4) Murid merancang role play (main peranan) berkaitan perlakuan asertif Pembelajaran berkumpulan Sumbangsaran Perbincangan

Langkah 2

Langkah 3

Perbincangan Lakonan

Langkah 4

Murid menilai/kenal perlakuan asertif dalam peranan

pasti main

Penerokaan nilai Perbincangan

20

Perkara Penilaian

Isi/Aktiviti Guru merumus penegasan apabila mengamalkan pelakuan asertif kita dapat membina personaliti yang baik. Murid menjawab soalan berikut. 1. Makna pelakuan asertif 2. Menyenaraikan situasi berisiko 3. Senaraikan tiga faedah kemahiran asertif

Catatan Perbincangan Merumus

Penutup

21

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH


PENERANGAN

Kehidupan seseorang remaja umumnya penuh dengan cabaran dan tekanan. Masalah seharian kadangkala mengakibatkan kesan negatif kepada seseorang remaja dan menjejaskan keupayaannya untuk berfungsi secara optimum. Oleh itu, setiap remaja perlu memperoleh kemahiran dalam penyelesaian masalah untuk membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan keupayaannya.

Takrifan penyelesaian masalah : mengenalpasti masalah dan puncanya serta kaedah yang dipilih untuk mengatasi masalah berkenaan Faedah kemahiran penyelesaian masalah berupaya : membuat pilihan yang bijak memperoleh keputusan yang bijak mengurangkan tekanan Langkah-langkah menyelesaikan masalah : mengenal pasti masalah menjelaskan beberapa pilihan cara penyelesaian menilai kebaikan dan keburukan pilihan tersebut bertindak atas pilihan yang telah dibuat menyemak semula keberkesanan tindakan yang telah diambil

MENGAPA PERLU KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH? Kemahiran ini diperlukan untuk membantu remaja mengenal pasti dan menyelesaikan masalah secara rasional.
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN

TAJUK

Kekeluargaan Kemahiran Menyelesaikan Masalah 1 waktu Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Memberi takrifan penyelesaian masalah 2. Menyenaraikan tiga faedah hasil daripada penyelesaian masalah

SUB-TAJUK : MASA OBJEKTIF : :

22

3.

Menyatakan lima langkah utama dalam proses menyelesaikan masalah

BAHAN P&P :

Lembaran kerja 1, OHP, keratan akhbar, grafik berkaitan

NILAI

Yakin diri dan berupaya menyelesaikan masalah secara berkesan Isi/Aktiviti Tiga orang murid menceritakan contoh situasi di mana mereka perlu menyelesaikan masalah Murid meneliti edaran (nota)tentang kemahiran menyelesaikan masalah Catatan Perbincangan Sumbangsaran Banding beza kejadian baik dan buruk

Perkara Set Induksi

Perkembangan Langkah 1

Guru menjelaskan takrifan penyelesaian masalah Murid membincang dan melaporkan butiran berkaitan faedah yang berkesan hasil daripada penyelesaian masalah

Soal-jawab bersama rakan/guru Sumbangsaran (kumpulan berenam) Penerangan berkumpulan Membuat inferens Memberi pendapat dan nilai Perbincangan Persembahan Rumusan murid

Langkah 2

Guru menayangkan grafik/ dialog berkaitan situasi yang bermasalah Murid membuat kajian kes dalam kumpulan mengikut topik tertentu seperti dalam lembaran kerja

23

Perkara Penilaian

Isi/Aktiviti Murid menyebut tiga faedah hasil daripada penyelesaian masalah Murid menjawab secara bertulis dan melaporkan lima langkah utama dalam proses menyelesaikan masalah Satu kumpulan memberi satu gambaran situasi bermasalah dan kumpulan yang lain cuba menyelesaikan Pengukuhan : guru memberi rumusan untuk menghadapi masalah : 1. Jangan panik 2. Ingat! setiap masalah ada jalan penyelesaian 3. Jika perlu : luahkan masalah kepada orang yang anda percayai

Catatan Soal-jawab Pelapoaran bertulis Pemerhatian tingkah-laku semasa beraktiviti

Penutup

Bercerita Memberi pendapat

24

Lembaran kerja 1

KUMPULAN

KAJIAN KES

1.

John dalam perjalanan ke kelas tuisyen. Rakan-rakannya mengajak dia untuk bersama mereka menonton video lucah. Apa yang harus John lakukan?

2.

Janet tinggal bersama ibu kandung dan bapa tiri. Semasa ibunya tiada di rumah, bapa tirinya selalu mengganggu Sofia dengan meraba-raba badan Janet. Apakah tindakan yang patut Janet lakukan dalam situasi ini?

3.

Johan telah jatuh cinta dengan seorang kawan dalam "chat club" melalui laman web, dan ini telah menyebabkan dia tidak memberi perhatian kepada pelajaran. Johan akan menghabiskan masa berjam-jam "chatting" dengan kawannya itu. Ibu bapanya marah kerana bil telefon telah meningkat. Johan tidak sanggup memutuskan hubungan dengan kawannya itu. Apa yang harus Johan lakukan?

4.

Sara mempunyai ramai kawan yang telah bekerja. Mereka berpakaian berjenama dan selalu belanja Sara makan di restoran mewah. Mereka sering mengajak Sara keluar berpacaran bersama beberapa orang dewasa dengan menawarkan wang yang lumayan. Patutkah Sara ikut mereka?

25

KEMAHIRAN MENGENALPASTI SITUASI BERISIKO

Situasi yang berisiko bermaksud situasi yang boleh membawa masalah atau berbahaya kepada seseorang dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Dalam kehidupan seharian kita mestilah dapat mengenal pasti dan membezakan antara perbuatan atau situasi yang selamat dan berisiko.

MENGAPA PERLU KEMAHIRAN MENGENALPASTI SITUASI BERISIKO Kemahiran mengenalpasti situasi yang berisiko adalah perlu supaya murid mahir mengenal pasti situasi yang memudaratkan dan tahu untuk menyelamatkan diri.

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN TAJUK : Seksualiti Kemahiran mengenalpasti situasi berisiko 1 waktu Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Mengenal pasti sentuhan yang tidak membawa maksud seksual 2. Mengenal pasti tanda-tanda (isyarat dan lisan) yang membawa mesej seksual 3. Membanding beza antara perlakuan serta situasi yang selamat dengan yang berisiko

SUB-TAJUK : MASA OBJEKTIF : :

BAHAN P&P : NILAI Perkara Set Induksi :

Kertas mahjung, Lembaran kerja1-3 Kebebasan, Hormat menghormati Isi/Aktiviti Murid diminta bangun dan berpegangan tangan atau memeluk rakan sejenis Guru bertanya soalan kepada pelajar : i. Apakah perasaan anda apabila dipeluk atau dipegang oleh rakan sejenis anda? ii. Bagaimana pula kalau anda dipeluk atau dipegang oleh Catatan Sumbangsaran Jawapan: 1. Tiada apa-apa kesan 2. Geli atau malu

26

Perkara

Isi/Aktiviti rakan bukan sejenis anda?

Catatan

Perkembangan Langkah 1

Guru membahagikan kelas kepada lima kumpulan Setiap kumpulan diberikan lembaran kerja yang berlainan Murid melakukan perbincangan dalam kumpulan masing-masing lembaran kerja (rujuk) i. sentuhan membawa maksud seksual ii. mencari cinta sejati iii. kenali isyarat dan istilah seksual iv. kajian kes : seandainya masa boleh diundur.

Perbincangan Sumbangsaran

Langkah 2

Setiap kumpulan membuat persembahan masing-masing Guru menilai persembahan tersebut, ahli kumpulan lain diminta merumus hasil persembahan folio

Berkongsi pandangan Kemahiran mengelaskan

Penilaian

Guru meminta murid menutup buku folio masing-masing Dengan menggunakan soalan, guru bertanya kepada pelajar secara rawak : Lembaran kerja 1 : - Apakah sentuhan yang membawa maksud seksual? - Apakah sentuhan yang tidak membawa maksud seksual? Guru merumuskan pembelajaran yang telah dijalankan.

Soal jawab

Penutup

rumusan

27

Lembaran kerja 1

SENTUHAN MEMBAWA MAKSUD SEKSUAL ARAHAN : Senaraikan bentuk sentuhan yang membawa maksud seksual dan yang tidak membawa maksud seksual di dalam lajur yang disediakan.

Sentuhan membawa maksud seksual

Sentuhan tidak membawa maksud seksual

28

Lembaran kerja 2

MENCARI CINTA SEJATI Arahan: 1. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan tanggungjawab Saiful untuk menjamin cinta sejati mereka :

" ... Robert bertemu dengan Sara dalam satu pesta sukan sekolah. Robert tertarik dengan perwatakan Sara yang seksi dan manja. Mereka bersetuju berkawan.Selepas 3 bulan menjalinkan hubungan melalui surat, telefon dan e-mail, mereka ingin bertemu. . Apabila hubungan menjadi intim Robert mengajak Sara datang ke rumahnya semasa ketiadaan ibu bapa Robert di rumah ... ...

2.

Apakah peranan yang perlu dimainkan mengelakkan diri dari dinodai cintanya?

oleh

Sara

untuk

29

Lembaran kerja 3 KAJIAN KES

"Seandainya masa boleh berundur "

ARAHAN : 1. Baca petikan di bawah dan bincang bersama rakan sebagaimana arahan di bawah :

Jennifer, Mia dan Ben merupakan tiga orang rakan karib. Pada satu petang, semasa bersiar-siar, Jennifer dan Mia berjumpa dengan Ben dan teman wanitanya Suzy di perhentian bas. Ben mempelawa untuk menghantar mereka pulang ke rumah. Dalam perjalanan Ben mengajak mereka menghadiri majlis harijadi Suzy. Melihatkan kesungguhan Ben dan Suzy, kedua-dua gadis tersebut bersetuju untuk menghadiri majlis harijadi tersebut. Dalam majlis tersebut tanpa disedari, minuman Ben, Jennifer dan Mia telah dicampurkan dengan pil khayal. Apabila tersedar Jennifer dan Mia mendapati bahawa mereka telah diperkosa oleh rakan-rakan Suzy

Bincangkan bersama rakan anda tentang perkara berikut: i. Murid perempuan :

Bincangkan strategi dan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Jennifer dan Mia untuk mengelakkan kejadian tersebut dari berlaku

ii.

Murid lelaki :

Bincangkan peranan Ben bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada rakan-rakan karibnya

30

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN TAJUK : Seksualiti Kemahiran mengenal pasti situasi berisiko 1 waktu Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Membanding beza sentuhan atau situasi yang membawa maksud seksual dan bukan seksual 2. Menyenaraikan tanda-tanda awal yang mendorong kepada hubungan seks tidak selamat 3. Menyatakan langkah-langkah pencegahan awal daripada berlaku hubungan seks Kajian Kes 1 dan Kajian Kes 2 Menghargai diri sendiri Isi/Aktiviti Catatan

SUB-TAJUK : MASA OBJEKTIF : :

BAHAN P&P : NILAI Perkara Set Induksi :

Guru memaparkan gambar 4. Soal jawab seorang doktor memeriksa pesakit 5. Sumbangsaran dengan membuat sentuhan. Seseorang dipeluk apabila mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan. Seseorang diselamatkan dalam situasi kecemasan. Guru bertanya; adakah sentuhan atau situasi itu adalah sentuhan atau situasi yang selamat atau tidak selamat. Guru memberi penerangan mengenai perbezaan situasi yang membawa maksud sentuhan seksual dan bukan seksual Pembelajaran berkumpulan

Perkembangan Langkah 1

31

Perkara Langkah 2

Isi/Aktiviti Guru mengedarkan kajian kes 1 dan kajian kes 2 Murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk sesi perbincangan, membuat skrip lakonan berkaitan kajian kes yang diberikan oleh guru - Kump. 1&2 : Kajian Kes 1 - Kump. 3&4 : Kajian Kes 2 Murid melakukan perbincangan dalam kumpulan masing-masing

Catatan Berkongsi pandangan Kemahiran mengelaskan

Langkah 3

Sumbangsaran Bekerjasama

Langkah 4

Setiap kumpulan membentang hasil perbincangan Guru membuat penilaian bagi setiap persembahan

Pembentangan Guru membuat penilaian

Penilaian

Guru bertanyakan murid, catatan dibuat di papan tulis dalam bentuk peta minda - Apakah situasi yang boleh mendorong kepada hubungan seks - Bagaimanakah kita boleh menghindari daripada situasi tersebut?

Soal jawab Membuat peta minda

Penutup

Guru merumuskan pembelajaran hari ini dengan bantuan murid Guru perlu menjelaskan keburukan hubungan seks Guru membimbing murid merumus pembelajaran.

rumusan

32

Lembaran Kerja 1 KAJIAN KES 1 TAJUK : "Remy dan Sarah"

Remy dan kawan-kawannya mengunjungi sebuah pusat hiburan. Sambil menyanyi mereka minum minuman keras sehingga mabuk. Sarah yang mabuk telah mengajak Remy balik. Remy memandu kereta. Dalam perjalanan balik Remy meminta Sarah menciumnya. Sarah menolak, tetapi Remy terus memujuk rayu agar Sarah membuktikan cintanya. Timbul perasaan serba salah dalam diri Sarah sama ada untuk menerima atau menolak pujuk rayu Remy. Sarah dalam dilema.

KAJIAN KES 2

TAJUK :

"Gina dan Kenalan Lama"

Semasa membeli-belah di sebuah pasaraya, Gina menemui teman lamanya, Mike. Setelah berbual-bual, Mike mengajak Gina bersiar-siar. Kerana telah mengenali dan mempercayai Mike, Gina tidak menolak pelawaan Mike. Mike membawa Gina berjumpa dengan sekumpulan Mat Motor. Mike meminta Gina menunggu disitu kerana katanya ada hal yang mustahak. Mike bersama tiga orang Mat Motor tadi beredar dari situ dan pulang 20 minit kemudian. Kemudian Mike meminta Gina pulang bersama beberapa orang Mat Motor tadi setelah memberitahu motosikalnya rosak. Dalam perjalanan, Gina telah dibawa ke suatu tempat yang tidak diketahui. Gina diberitahu bahawa Mike telah kalah perlumbaan dan Gina adalah pertaruhan mereka kerana diugut dan rasa takut, Gina terpaksa menyerahkan tubuhnya kepada Mat Motor tersebut.

33

KEMAHIRAN MEMBUAT PILIHAN BIJAK

KEPUTUSAN

BERTANGGUNGJAWAB

DAN

Di dalam kehidupan harian setiap individu menghadapi pelbagai cabaran hidup dan perlu membuat keputusan yang bijak dan bertanggungjawab. Dalam hal seksualiti remaja, terdapat beberapa tingkah laku berisiko dan remaja perlu berhati-hati menghadapi tekanan-tekanan rakan sebaya yang boleh menjerumuskan mereka kepada risiko tersebut. Sememangnya amat sukar menolak tekanan rakan sebaya dan adalah penting bagi remaja mempelajari strategi membuat pilihan bijak dan keputusan yang bertanggungjawab.

MENGAPA PERLU KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN BERTANGGUNGJAWAB DAN PILIHAN BIJAK? Kemahiran bertanggungjawab penting supaya seseorang remaja boleh membuat pilihan bijak dalam isu-isu berkaitan seksualiti dan bersedia untuk bertanggungjawab ke atas keputusan yang dibuat.

Aktiviti 1 TAJUK : Seksualiti Kemahiran membuat keputusan bertanggungjawab dan pilihan bijak 1 waktu Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan tiga sifat yang ada pada remaja pilihan 2. menerangkan tiga situasi yang kritikal (tidak selamat) 3. Pelajar dapat mengenal pasti isu-isu positif dan negatif jika mereka melibatkan diri dengan percintaan Kertas mahjung, pen marker dan gambar foto (pelbagai personaliti) Berterus terang, kerjasama, peka Isi/Aktiviti Guru mengedarkan gambar foto (pelbagai personaliti) Murid melakukan inferens mengenai gambar foto yang Catatan Perbincangan Penerangan

SUB-TAJUK :

MASA OBJEKTIF

: :

BAHAN P&P :

NILAI

: Perkara

Set Induksi

34

Perkara

Isi/Aktiviti diedarkan Murid dibahagikan kepada empat kumpulan Setiap kumpulan diberi tajuktajuk perbincangan Kump.1 : Bilakah masanya paling sesuai untuk anda memikirkan urusan percintaan? Pada pandangan anda apakah kebaikan dan keburukan bercinta di zaman persekolahan? Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada individu pilihan anda untuk dijadikan sebagai pasangan hidup? Bagaimanakah caranya kamu boleh mengelak/hindar situasi yang menjurus kepada salah laku seks?

Catatan

Langkah 1

Kump.2 :

Kump.3 :

Nilai kepimpinan & kerjasama Guru mendapatkan pandangan murid dan memberi panduan Guru membimbing dan memberi pandangan positif Gambar foto individu sebagai role model Contoh kajian kes

Kump.4 :

Langkah 2

Membentangkan hasil Menggalakkan perbincangan penglibatan murid Sumbangsaran daripada murid lain Guru menyenaraikan isu-isu positif dan negatif hasilan daripada rumusan aktiviti kumpulan Murid melengkapkan jadual ciriciri positif & negatif Mengisi jadual ciri-ciri positif & negatif

Penutup

35

Aktiviti Pengukuhan :
YA TIDAK

1. 2.

Saya keluar rumah hingga larut malam tanpa kebenaran ibu bapa. Untuk mengelak perkara yang tidak diingini, saya harus berwaspada dari segi berpakaian dan tingkah laku Bercinta tidak sesuai pada zaman persekolahan Bahan-bahan lucah akan mengakibatkan perkembangan pemikiran negatif Saya akan menjauhi situasi yang tidak selamat

3. 4.

5.

36

KEMAHIRAN MENINGKATKAN HARGA DIRI Aktiviti 1 TAJUK : Harga Diri Kemahiran meningkatkan harga diri 1 waktu Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menguasai kemahiran memuji orang lain 2. Memberi sekurang-kurangnya dua pujian kepada rakan berlainan gender 3. Menyatakan faedah memuji orang Senarai kata nama, Lembaran kerja 1 Menghargai orang lain Isi/Aktiviti Catatan

SUB-TAJUK : MASA OBJEKTIF : :

BAHAN P&P : NILAI Perkara Set Induksi :

Kad-kad imbasan dipamerkan di 6. Sumbangsaran depan (contoh: cantik, rajin, anggun, gagah dll.) Murid diminta mengaitkan kad nama tersebut dengan rakan dalam kelas.

Perkembangan Langkah 1

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan Murid berdiri dalam dua bulatan, satu bulatan di luar dan satu bulatan di dalam Murid bulatan dalam bersemuka dengan murid bulatan luar Secara bergilir-gilir, murid akan menyatakan ciri-ciri positif pasangan masing-masing Selepas dua minit bulatan dalam diminta bergerak ikut jam/lawan jam Aktiviti ditamatkan selepas 1 pusingan Murid diminta menyatakan perasaan diri selepas memberi pujian

Permainan kumpulan Pembelajaran berpasangan

37

Perkara Langkah 2

Isi/Aktiviti Setiap murid menyediakan dua pujian untuk seorang rakan yang berlainan gender Dengan sukarela murid berdiri dan meminta rakan yang hendak dipuji berdiri. Murid memberi pujian (contoh: Ali memuji Aminah "awak sungguh hebat kerana telah menjuarai pertandingan syarahan Bahasa Inggeris, awak tidak sombong, awak suka membantu orang lain. Guru menegaskan bahawa : - cara memuji mestilah sopan - perlu memuji dengan ikhlas - bila memuji kita menghargai orang lain dan meningkatkan harga diri kita

Catatan 1. Pembelajaran rakan sebaya 2. Penerokaan nilai

Penilaian

Murid menjawab lembaran kerja Perbincangan dan membuat rumusan bersama

Penutup

Murid membaca ungkapan berikut : Ada ubi ada batas Ada budi ada balas Kita puji dengan ikhlas Semoga hati ..... .....

38

Lembaran kerja 1

JAWAB SEMUA SOALAN

1.

Semasa memuji orang lain, a. b. c. kita patut berniat ........... Kita menggunakan kata-kata yang ........... Kita tidak menyebabkan orang lain berasa ...........

2.

Beri dua contoh ayat bagaimana anda memuji seorang rakan yang berlainan gender a. ......................................................

b.

......................................................

3.

Nyatakan dua faedah memuji orang lain a. ......................................................

b.

......................................................

39

KEMAHIRAN MENDAPAT BANTUAN Apabila anda atau rakan anda menjadi mangsa penderaan, gangguan seksual atau kejadian rogol, JANGAN MENDIAMKAN DIRI, anda MESTI melaporkan kepada salah seorang daripada berikut iaitu ibu bapa, ahli keluarga, guru, guru agama, kaunselor, jururawat, doktor, rakan pembimbing, polis, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan( NGO) atau orang dewasa yang boleh dipercayai.

MENGAPA PERLU KEMAHIRAN MENDAPAT BANTUAN? Kemahiran menyampaikan apa yang telah berlaku kepada diri atau rakan adalah perlu supaya anda tahu kepada siapa dan bagaimana untuk mendapatkan bantuan. Anda boleh beritahu secara langsung atau tidak langsung, secara berselindung atau bersyarat kejadian tersebut kepada orang yang anda telah pilih.

AKTIVITI TAJUK : Seksualiti Kemahiran mendapatkan bantuan 1 waktu Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Mengenal pasti kepada siapa untuk mendapatkan bantuan 2. Menyatakan bagaimana untuk mendapatkan bantuan Lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2 Berani, berterus -terang Isi/Aktiviti Dengan menggunakan keratan akhbar yang menyiarkan berita tentang sumbang mahram, guru menerangkan definisi 'sumbang mahram' dan bertanyakan pendapat murid mengapa ianya berlaku Catatan Perbincangan Soal jawab Sumbangsaran

SUB-TAJUK : MASA OBJEKTIF : :

BAHAN P&P : NILAI Perkara Set Induksi :

40

Perkara Perkembangan Langkah 1

Isi/Aktiviti Guru mengedarkan lembaran kerja 1 untuk murid memilih seseorang yang mereka akan temui untuk mendapatkan bantuan jika anda atau rakan anda menjadi mangsa penderaan seks, gangguan seksual atau rogol Guru meminta beberapa orang murid menjelaskan kenapa mereka memilih tindakan tersebut Guru mengedarkan lembaran kerja 2 sebagai panduan kepada murid untuk menjalankan main peranan bagaimana menyatakan kejadian penderaan seks, gangguan seksual dan rogol kepada orang yang dipilih dalam lembaran kerja 1

Catatan

Langkah 2

Langkah 3

Main peranan Menyelesaikan masalah

Langkah 4

Guru menerangkan empat cara Penerangan bagaimana remaja boleh memberitahu apa yang berlaku kepada mereka atau rakan mereka dan menyenaraikannya Murid dapat mengenal pasti individu Bimbingan dan mana yang mereka boleh dapatkan keyakinan kepada bantuan muird Murid dapat menguasai kemahiran bagaimana menyatakan apa yang berlaku ke atas mereka atau rakan mereka

Penilaian

Penutup

Guru merumuskan perkara-perkara yang mesti dilaporkan dan kepada siapa mesti dilaporkan Guru memberi contoh-contoh atau situasi lain yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual sama ada melalui percakapan, perlakuan atau isyarat

41

Lembaran kerja 1 ARAHAN

1.

Jika anda atau rakan anda menjadi mangsa kejadian rogol, gangguan seksual atau penderaan seks, siapakah yang akan anda beritahu atau hubungi untuk mendapakan bantuan. Sila pilih satu a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. Ibu Bapa Guru Guru agama Kaunselor Jururawat Doktor Rakan pembimbing Polis Lain-lain. Sila nyatakan ___________________________________________________ ___________________________________________________

2.

Jelaskan pilihan anda itu :

42

Lembaran kerja 2

MAIN PERANAN

Seorang rakan remaja anda telah diperkosa oleh bapa saudaranya. Nyatakan bagaimana : 1. 2. Anda hendak memberitahu perkara tersebut kepada orang pilihan anda seperti dalam lembaran kerja 1. Anda hendak membantu rakan anda itu supaya dia memberitahu perkara tersebut kepada orang pilihannya seperti dalam lembaran kerja 1

CONTOH CARA-CARA UNTUK MEMBERITAHU KEJADIAN YANG BERLAKU

SITUASI 1A :

BERITAHU SECARA LANGSUNG

"........... saya telah dirogol oleh .................. di rumah ................ " SITUASI 1B : BERITAHU SECARA LANGSUNG

"...........kawan saya telah dirogol oleh .................. di rumah ................

SITUASI 2A :

BERITAHU SECARA TIDAK LANGSUNG

" .........., Pak Long telah kacau saya tidur malam tadi"

SITUASI 2B :

BERITAHU SECARA TIDAK LANGSUNG

" .........., Pak Longnya telah kacau kawan saya tidur malam tadi"

SITUASI 3

PEMBERITAHUAN SECARA BERSELINDUNG

" ............., saya tahu siapa yang pernah kena usik sebegitu"

43

SITUASI 4A :

PEMBERITAHUAN BERSYARAT

" .............., saya ada masalah tetapi .......... mesti berjanji untuk tidak beritahu sesiapa tentang apa yang saya nak katakan ................"

SITUASI 4B :

PEMBERITAHUAN BERSYARAT

" .............., kawan saya ada masalah tetapi .......... mesti berjanji untuk tidak beritahu sesiapa tentang apa yang dia nak katakan ................"

44

Anda mungkin juga menyukai