Anda di halaman 1dari 3

Kesalahan Teknik yang Biasa Dilakukan Dalam Acara Lari Berpagar a) Peserta melompat pagar mengikut gaya gunting

dalam acara lompat pagar. b) Bilangan langkah larian antara pagar tidak sama. c) Ketika cuba melepasi pagar, peserta melonjak terlalu dekat dengan pagar. d) Melepasi pagar dengan badan yang tegak. e) Kaki belakang tidak ditarik dengan pantas ke hadapan semasa melepasi pagar. Peraturan Asas Bagi Pertandingan Lari Berpagar a) Peserta hendaklah mengikut lorong masing-masing. b) Blok mulaan atau alat berlepas mestilah digunakan pada masa pertandingan. c) Peserta dikehendaki melangkah pagar melalui bahagian atasnya. Peraturan dan Undang-Undang Berpandukan buku peraturan Olahraga KOM (2010-2011), Peraturan 168 Lari Berpagar: 1. Jarak. Jarak standard untuk acara lari berpagar : Lelaki dan Remaja Lelaki : 110m, 400m Wanita dan Remaja Perempuan: 100m, 400m Semua larian akan mengandungi 10 set pagar yang diaturkan mengikut jadual di bawah: Lelaki dan Remaja Lelaki Jarak Larian Meter 110 400 Jarak dari mula ke set pagar pertama Meter 13.72 45.00 Jarak antara set pagar Meter 9.14 35.00 Jarak dari set pagar akhir ke penamat Meter 14.02 40.00

Wanita dan Remaja Perempuan Jarak Larian Meter 100 400 Jarak dai mula ke set pagar pertama Meter 13.00 45.00 Jarak antara set pagar Meter 8.50 35.00 Jarak dari set pagar akhir ke penamat Meter 10.50 40.00

Setiap pagar hendaklah diletakkan di atas sedemikian rupa supaya penopang kakinya menghala arah datangnya peserta-peserta. Ia juga hendaklah diletakkan sedemikian rupa supaya sisi palang yang menghala ke peserta selari dengan tanda garisan di balapan. 2. Pembinaan. Pagar hendaklah diperbuat daripada logam atau bahan lain yang sesuai, bepalangkan kayu atau bahan lain yang juga sesuai. Ia hendaklah mengandungi dua penopang kaki dan dua tiang menyokong bingkai empat segi, diperkuatkan dengan satu atau dua palang menyilang, dan tiangnya terpasang ke penghujung setiap tapak. Pagar-pagar tersebut direka bentuk sedemikian rupa supaya hanya tekanan sekurang-kurangnya seberat 3.6kg yang diletakkan mengufuk di bahagian atas tengah-tengah palang mampu menumbangkannya. Pagarpagar tersebut hendaklah dilaraskan ketinggiannya bagi setiap acara. Pemberatnya juga boleh dilaraskan supaya pada ketinggian tertentu hanya tekanan sekurang-kurangnya seberar 3.6kg dan maksimumnya 4kg mampu menumbangkannya. Pemesongan mendatar maksima bahagian atas pagar (termasuk tiang-tiang) sekiranya tekanan seberat 10kg dikenakan di bahagian tengah tidak boleh melebihi 35mm. 3. Ukuran . Ketinggian standard pagar-pagar ialah: Acara 100H / 110H 400H Lelaki 1.067m 0.914m Lelaki Junior 0.990m 0.914m Remaja L 0914m 0.840m Wanita Junior 0.840m 0.762m Remaja P 0.762m 0.762m

Peringatan: Disebabkan aneka pembuatan pagar hingga 1.000m juga diterima di dalam 110m Junior berpagar. Lebar pagar hendaklah dari 1.18m ke 1.20m. Panjang maksimum penopang kakinya ialah 70sm. Berat pagar mestilah tidak kurang daripada 10kg. Dalam keadaan biasa, kelonggaran 3mm dibenarkan lebih atau kurang daripada ukuran ketinggian bagi menampung ketidakseragaman pembuatannya. 4.Lebar palang ialah 7sm. Tebalnya pula mestilah antara 1sm dan 2.5sm, dan bahagian atasnya dibulatkan. Palang ini hendaklah terpasang kukuh pada tiang di kedua-dua hujungnya. 5. Palang juga hendaklah dicat berbelang putih dan hitam, atau warna-warna terang yang berkontras, supaya belang yang membawa warna lebih muda, yang sekurang-kurangnya selebar 22.5sm, terdapat di kedua-dua hujungnya. 6. Semua larian mengikut lorong dan setiap peserta mesti berada di lorongnya sepanjang larian (pengecualian seperti di dalam 163.4)

7. Seseorang atlet akan dibatalkan sekiranya : a) Tidak melompat sebarang pagar. b) Merewangkan kakinya atau kaki di bawah satah ufuk di atas sebarang pagar semasa melepasi. c) Melompat sebarang pagar bukan di dalam lorongnya, atau d) pada pendapat Refri sengaja merebahkan sebarang pagar. 8. Kecuali yang dinyatakan di perenggan 7d, merebahkan pagar tidak akan menyebabkan sama ada seseorang peserta itu dibatalkan atau catatannya tidak diambil. 9. Untuk satu Rekod Dunia, semua pagar mestilah mematuhi spesifikasi-spesifikasi yang dinyatakan dalam Peraturan ini.

Anda mungkin juga menyukai