Anda di halaman 1dari 30

Teori-Teori Pembelajaran

Pendekatan humanistik Implikasi Teori-Teori Pembelajaran Terhadap Pengajaran-Pembelajaran Implikasi Teori-Teori Pembelajaran Terhadap Pengajaran-Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Disediakan oleh: Chong Win Wei Tan Shi Ting PISMP Pendidikan Prasekolah Sem 2

Pendekatan Humanistik
Pendekatan humanistik melihat pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Matlamat: Menyediakan asas kepada perkembangan personal supaya pembelajaran sepanjang hayat berbentuk arahan kendiri dapat berlaku (DeCarvalho, 1991). Situasi pembelajaran, hubungan dan penerimaan guru dan rakan-rakan merupakan faktor penting dalam menghadapi pembelajaran.

Prinsip Pendekatan Humanistik


Menurut Gagne dan Berliner(1991), prinsip-prinsip pendekatan humanisme merangkumi: 1 Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari oleh mereka dan perkara yang ingin diketahui oleh mereka. 2 Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak pengetahuan. 3 Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih bermakna, namun pelajar perlu dapat mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan.

4 Perasaan adalah sama penting dengan fakta. 5 Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman.

Teori Pembelajar an Humanisme


Teori Abraham Maslow

Teori Carl Rogers

Teori Carl Rogers

Carl Rogers(1902-87) terkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien, dilahirkan di Oak Park, Illinios, Amerika Syarikat. Pada asalnya, beliau belajar teologi dan kemudian beralih kepada psikologi klinikal serta psikologi pendidikan. Carl Rogers beranggapan bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai potensi diri.

Menurut Rogers, seorang insan yang sempurna memiliki kualiti berikut: Berfikiran terbuka terhadap pengalaman dunia. Dapat membuat tanggapan yang betul tentang pengalamannya. Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara yang ada pada hari ini, bukan semalam dan esok. Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai sesuatu yang tepat. Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke atas tindakan sendiri. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang khidmat kepada masyarakat mengikut kemahiran masing-masing.

Pembelajaran

1. Pembelajaran kognitif -pembelajaran mata pelajaran semata-mata

2. Pembelajaran pengalamanmelibatkan aplikasi pengetahuan. Cth :


kemahiran menjahit, membaiki motosikal

Menurut Rogers, pembelajaran pengalaman:


Mengambil kira keperluan dan kehendak pelajar. Melibatkan perkembangan personal, motivasi, daya usaha, penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang. Merupakan belajar melalui proses membuat. Mengutamakan pelajar terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran: merancang, membuat, menganalisis, merumus dan membuat keputusan.

Dalam pembelajaran, Rogers memberikan penekanan kepada hubungan personal antara guru sebagai fasilitator dengan pelajar. Teori humanisme mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan penerimaan tanpa syarat. Prinsip umum yang dikemukan oleh Rogers:

Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita hanya dapat membimbing pembelajarannya. Struktur dan organisasi diri seseorang menjadi lebih rigid jika dia merasakan dirinya terancam. Dia akan menjadi tenang jika tiada ancaman.

Oleh itu, pembelajaran berkesan akan terhasil jika pelajar berasa tenang dan bebas daripada ancaman serta perbezaan individu atau pengalaman pelajar diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang sewajarnya .

Teori Abraham Maslow


Biodata Tokoh: Dilahirkan di Rusia dan kemudiannya berpindah ke Amerika. Berminat untuk mempelajari psikologi di Universiti Wisconsin, di mana beliau menerima semua ijazahnya dalam bidang psikologi. Seorang ahli psikologi yang terkenal kerana Hierarki Keperluan yang diutarakan antara tahun 1947 hingga 1954 dan diterbitkan dalam Motivation and Personality pada tahun 1954. Dikenali sebagai Bapa Psikologi Humanis

Hierarki Keperluan Maslow


Penyempur naan Kendiri Keperluan Estetika Keperluan Pencapaian Intelek (Pencapaian akademik) Keperluan Penghargaan (Penghargaan, Pengiktirafan) Keperluan Kasih Sayang (Penerimaan dan kasih sayang daripada keluarga dan rakan-rakan) Keperluan Keselamatan (Bebas daripada ancaman fizikal dan emosional) Keperluan Fisiologi (Makan, minum, udara, tempat tinggal, berkumuh)

Keperluan Perkembangan

Keperluan Kekurangan

Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Maslow membahagikan keperluan manusia kepada dua bahagian , iaitu keperluan kekurangan (deficiency needs) dan keperluan perkembangan (being / growth needs) Keperluan kekurangan perlu dipenuhi peringkat demi peringkat sebelum manusia berusaha untuk memenuhi keperluan perkembangan. Sekiranya keperluan kekurangan masih belum dipenuhi, keperluan perkembangan tidak akan bermakna.

Keperluan Fisiologi merupakan keperluan yang paling

asas sekali yang hendak dipenuhi terlebih dahulu. Contohnya, kita akan berasa kurang selesa kerana lapar dan tiada makanan. Aras kedua ialah keselamatan dan perlindungan. Contohnya, kita akan pastikan rumah kita selamat daripada bahaya, pencerobohan DSB. Aras ketiga dalam Hierarki Maslow ialah keperluan kasih sayang, aras ini termasuklah keperluan untuk persahabatan, sokongan keluarga, keahlian kumpulan tertentu dan perhubungan yang intim. Aras keempat ialah keperluan penghargaan. Pada aras ini, kita akan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan orang lain. Jikalau keperluan ini tidak dapat dipenuhi, kita akan berasa rendah diri, kecewa, putus asa dan sebagainya.

Apabila keperluan kekurangan telah dipenuhi, seseorang tidak akan lagi bermotivasi untuk memenuhinya, tetapi akan bergerak ke arah hierarki yang lebih tinggi. Seterusnya bergerak ke keperluan perkembangan. Seseorang tidak akan jemu dan akan terus berusaha untuk mengembangkan lagi minat dan kecenderungannya dalam akademik atau seni estetik yang dicapainya. Aras kemuncak ialah penyempurnaan kendiri, iaitu mencapai potensi yang menyeluruh.

Implikasi teori-teori pembelajaran terhadap pengajaran-pembelajaran


Teori behaviorisme 2. Teori kognitif dan konstruktivis 3. Teori pembelajaran sosial 4. Teori pembelajaran humanisme
1.

Implikasi teori behaviorisme terhadap pengajaran dan pembelajaran (pembelajaran masteri)


1. 2. 3.

Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas, yang realistik dan boleh dicapai. Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran. Objektif hendaklah khusus. Satu objek bagi satu langkah kecil. Buat analisis tugasan. Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah-langkah kecil.

4.

Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat.

Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran. Susunan langkah hendaklah progresif/ansur maju.
5.

Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai.

Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah laku; Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai. - Berdasarkan masa: Masa tetap dan masa berubah. - Berdasarkan kandungan: Nisbah tetap dan nisbah berubah.
6.

Aplikasi hukuman kesediaan.

Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada. Sediakan situasi yang merangsangkan,cungkil rasa ingin tahu / motivasi pelajar.

7.

Aplikasi hukum latihan.

Banyakkan pengulangan dan latih tubi. Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai.
8.

Aplikasi hukum kesan/akibat.

Adakan aktiviti pengukuhan. Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai. Amalkan teknik hukuman dan ganjaran.
9.

Sediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra.

Amalan rutin belajar, rutin keceriaan, peraturan bilik darjah yang positif. Amalan dinamika kumpulan. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif.

Implikasi Teori Konstruktivisme kepada Pengajaran dan Pembelajaran


Guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira keupayaan pelajar. Pelajar belajar melalui proses membuat atau beraktiviti. Guru hendaklah mengenal ZPD pelajar melalui penyediaan beberapa aktiviti yang berkaitan dan gunakan ZPD pelajar untuk memastikan pembelajaran berkesan berlaku. Pilih pelajar yang lebih berkemahiran untuk mengajar pelajar yang belum menguasai. Kanak-kanak lebih mudah faham apabila rakan sebayanya yang membimbing. Galakkan pelajar menggunakan private speech semasa berfikir dan menyelesaikan masalah.

Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar. Tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar, simulasi dan sebagainya boleh dimanfaatkan. Penerangan guru hendaklah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar. Sertakan contoh yang pelbagai dalam sesi perbincangan untuk membantu murid membuat perkaitan dan membina pemahaman baru. Adakan gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan untuk mewujudkan interaksi yang berkualiti. Melalui aktiviti dan perbincangan dalam kumpulan, pelajar dapat berkongsi idea, mendapat yang lebih jelas dan meluahkan buah fikiran.

Implikasi teori pembelajaran sosial dalam pengajaran dan pembelajaran


1. Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan.

Pilih model yang ada ketokohan dengan matlamat modeling untuk dijadikan teladan di dalam kelas.

2. Kukuhkan tingkah laku yang hendak dijadikan tiruan.

Puji pelajar yang bertulisan kemas, paparkan hasilan tulisan dan jadikan dia ketua kumpulan. Pelajar lain akan bermotivasi untuk mengikuti perlakuannya. Cth: tukang kebun tunjuk cara betul membuat cantuman tunas. Guru sediakan model simbolik-langkah kerja.

3. Guna model sebenar.

4. Pastikan setiap pelajar dapat melihat model dengan jelas. Tegaskan perlakuan yang hendak ditiru dan dikukuhkan. 5. Ulang dan tegaskan langkah yang penting. Beritahu sebab atau kewajarannya. 6. Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan pelajar berkenaan terus berusaha dan merangsang pelajar lain berusaha sebagaimana pelajar berkenaan. Akan timbul keinginan pelajar lain untuk hasil karya dipaparkan.

Implikasi Pendekatan Humanistik Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran


Guru hendaklah menerima setiap pelajar tanpa syarat, mengikut potensi dan keupayaan masing-masing. Layani perbezaan individu (pelajar). Guru hendaklah libatkan pelajar dalam gerak kerja kumpulan, terutama pembelajaran koperatif. Ini akan dapat membina hubungan sosial dan kemahiran emosi. Guru bertindak sebagai fasilitator bagi perbincangan kumpulan. Guru hendaklah memberikan pujian dan gerak balas kepada perasaan pelajar. Guru hendaklah menyesuaikan isi pelajaran dengan aras pemikiran, gaya pembelajaran dan keperluan pelajar.

Pelajar menentukan aktiviti pembelajaran dan bahan yang ingin dipelajari bagi meningkatkan motivasi belajar. Aktiviti / program pemulihan bagi pelajar yang lemah dapat membentuk konsep kendiri yang positif. Motivasi guru dan murid berada pada tahap tinggi. Hubungan guru murid berbentuk mesra. Guru menerima murid tanpa syarat.

Implikasi teori-teori pembelajaran terhadap pembelajaran pelajar berkeperluan khas


Aplikasi teori Behaviorisme Aplikasi teori Sosial Aplikasi teori Humanisme

Aplikasi teori Behaviorisme


Pelajar berkeperluan khas mempamerkan kerenah dan tingkah laku yang berbeza memandangkan masalah mereka yang berbeza. Guru boleh membentuk dan mengubah tingkah laku dengan menggunakan teknik peneguhan, analisis tugasan dan teknik modifikasi tingkah laku yang berasaskan pelaziman operan. Banyakkan peneguhan , latihan dan latih tubi. Beri peneguhan dalam bentuk hadiah, verbal dan pujian atau ganjaran lain yang akan mengukuhkan tingkah laku. Tetapkan matlamat yang realistik untuk membentuk tingkah laku. Buat analisis tugasan untuk mencapai matlamat. Pecahkan kepada langkah kecil dengan objektif yang spesifik. Aplikasi teknik modifikasi tingkah laku token, kontrak, dendaan, withdrawal dan pengasingan untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.

Aplikasi teori Sosial


Pelajar akan dapat mengikuti tingkah laku yang diperhatikan jika ada tumpuan perhatian terhadap tingkah laku. Teori sosial, khususnya modeling dan tunjuk cara amat sesuai diamalkan untuk membantu pembelajaran pelajar khas. Gunakan model tingkah laku seperti model sebenar atau model simbolik. Kukuhkan tingkah laku model agar pelajar mengikut tingkah laku yang dikukuhkan.

Aplikasi Pendekatan Humanistik


Pelajar berkeperluan khas mempunyai keperluan yang berbeza dan guru perlu memberi perhatisn kepada keperluan mereka. Sediakan persekitaran pembelajaran yang menyerupai persekitaran pembelajaran pelajar normal (least restrictive environment). Kenal pasti keupayaan pelajar dan sediakan rancangan pendidikan individu. Guna pendekatan multi-sensory seperti mendengar, melihat, membuat, berbincang dan merasa.

Rumusan
Secara kesimpulannya, pendekatan humanistik berfokuskan kepada unsur-unsur minat dan keperluan asas manusia. Carl Rogers terkenal dengan pembelajaran eksperiential di mana suasana pembelajaran yang kondusif akan membawa kepada perubahan dan pertumbuhan kendiri murid-murid. Abraham Maslow telah mengutarakan hierarki keperluan yang mengatur keperluan manusia mengikut satu hierarki bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti dengan keselamatan, kasih sayang, harga diri dan penyempurnaan kendiri. Keprihatinan guru akan memastikan supaya kebajikan dan kepentingan murid-murid sentiasa terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai