Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan Berucap di khalayak atau berpidato adalah satu kaedah komunikasi, iaitu komunikasi lisan yang menggunakan anggota-anggota

komunikasi lisan dengan bantuan anggota-anggota komunikasi bukan lisan. Anggota-anggota lisan ialah mulut ( iaitu dalam proses pembentukan suara atau perkataan ) manakala anggota komunikasi bukan lisan pula ialah seluruh tubuh pengucap seperti mata, kepala, tangan, badan, nada suara dan juga mimik muka. Sebagai rakyat sebuah negara yang sedang membangun, seharusnya kita berkeupayaan untuk berucap dengan berkesan di khalayak. Ini mustahak terutama untuk menyampaikan buah fikiran dan idea-idea baharu yang bernas lagi berguna untuk pembangunan. Saban hari, permintaan untuk berucap di khalayak semakin meningkat, tidak sama ada kita seorang pegawai kerajaan, eksekutif sektor swasta, jurujual, pendakwah ataupun ahli sesebuah pertubuhan. Maka, untuk menjadikan ucapan kita lebih berkesan, kita seharusnya mampu menguasai ucapan kita. Ingatlah bahawa ucapan yang berkesan sahaja yang dapat mengubah pendengar dari segi pemahaman, pengertian, kepercayaan, sikap dan kesediaan mereka untuk bertindak.

Konsep Pengucapan Awam

Pengucapan awam adalah satu interaksi penghantaran mesej antara seorang pengucap dan sekumpulan pendengar. (Maimunah Osmam (2000))

Terdapat beberapa jenis pengucapan awam dalam Bahasa Melayu. Antaranya pidato, ceramah, ucapan, syarahan dan taklimat)

Konsep Pengucapan Awam

Satu proses komunikasi yang bertujuan untuk memindahkan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain

Komunikasi berteraskan adanya penyampai mesej dan pihak yang menerima mesej.

Syarahan

Konsep Syarahan

Kata-kata baik, nasihat, ucapan yang benar, kata-kata betul yang telah kita ketahui,yang sering kita dengar sehingga ia tidak akan dibaca tetapi masih dilaporkan dengan berulang-ulang. (Mohd.Sidin Ahmad Ishak(1996)

Bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi menyakinkan sekumpulan pendengar.

Disampaikan dalam pertandingan atau majlis khusus anjuran pihak tertentu.

Ceramah, pidato, ucapan (Kamus Dewan Edisi empat) Aktiviti komunikasi secara sehala, iaitu pengucap akan menjelaskan sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan. untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan yang disampaikan.

Definisi Syarahan

Pelajaran yang diberikan di universiti, kuliah (Kamus Dewan Edisi Empat)

Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk.

Dalam Konteks Pertandingan

Bentuk syarahan
Dalam Konteks Bukan Pertandingan

Memberi penerang tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang perkara tersebut.

Mempengaruhi audien supaya memberi perhatian yang serius terhadap isu yang penting

Tujuan Syarahan

Memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal-ehwal tang menarik hati.

Memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendirian terhadap sesuatu perkara.

Pembuka Kata Menyatakan penghargaan kepada hadirin dan pihak-pihak tertentu yang mengundangnya untuk menyampaikan syarahan berkenaan.

Penutup Bahagian terakhir syarahan. Fungsi untuk mengukuhkan semula kefahaman audien mengenai mesej dan juga memaklum kepada audien bahawa speaker akan mengakhiri pengucapan awamnya. Pengucap perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin.

Binaan Teks Syarahan

Pendahuluan Dimuatkan dengan penerangan tentang tajuk, objektif dan gambaran isi kandungan. Padat dan ringkas.

Kandungan/ Isi/ Tubuh Bahagian paling penting dan besar dalam syarahan. Isi perlu tepat dan logik. Mengandungi mesej atau bahan penyokong untuk memberi kefahaman yang jelas. Mempunyai penutup isi iaitu kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam syarahan.

Ciri-ciri Penyampaian Syarahan

Kelancaran Memulakan syarahan dengan penuh keyakinan diri dan pengetahuan yang sedia ada. Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan syarahan. Pengaliran idea secara berterusan tanpa terlalu kerap rujuk kepada nota. Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti 'eh', 'em' atau 'ya' Menyampaikan syarahan menggunakan tempo yang sederhana. Gaya Penyampaian Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta. Jangan kaku dan beraksi berlebihan Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eyecontact yang sesuai Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius. Nada dan Intonasi

Ciri Penyampaian Syarahan

Semasa berpidato, pastikan suara sedap didengar dan menarik. Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Contoh nada tinggi dan bersemangat untuk menarik perhatian nada sederhana tetapi mesra untuk memujuk.

Kecekapan Berbahasa Penggunaan bahasa yang tepat dan indah seperti bahasa kiasan, pantun dan peribahasa. Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.

Aras bahasa bersesuaian dengan audien. Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradap.

Rumusan Memberikan ucapan adalah lumrah dalam kehidupan individu kita. Tidak kira orang itu guru, pemimpin kumpulan, ketua masyarakat, ahli politik ataupun penghulu mukim, persediaan yang dibuat sebelum berucap memberi kesan kepada kualiti ucapan yang diberikannya. Ucapan sangat penting kerana ia adalah satu cara bagaimana manusia dapat berkongsi idea antara satu sama lain. Perkongsian idea amat penting bagi mewujudkan persefahaman yang mungkin sukar diwujudkan antara individu yang unik. Kemahiran berucap amat penting tidak kiralah apabila seorang itu berucap disebabkan kerjayanya ataupun dipilih berucap secara tiba-tiba. Ada orang berpendapat kemahiran berucap di khalayak ramai adalah keunikan yang diwarisi secara turun-temurun, tetapi sebenarnya tidak. Ahli psikologi percaya berdasarkan kajian yang mereka jalankan, kemahiran berucap ini dapat dibentuk serta diwujudkan oleh sesiapa juga yang ada kemahuan untuk menguasainya. Sebagaimana kemahiran-kemahiran yang lain, kemahiran berucap ini perlu dipupuk melalui latihan, pendedahan, pengalaman serta melalui

pembacaan buku panduan berucap. Orang yang tidak ada masa membaca sebarang buku semata-mata untuk menguasai kemahiran tertentu adalah umpama manusia yang mati tatkala masih bernyawa. Jangan jadikan diri kita seperti itu kerana amalan membaca adalah suruhan agama. Membaca patut dijadikan syarat bagi memahirkan diri dalam menghadapi bidang baru yang sentiasa dinamik dan berubah-rubah. Jadilah ahli masyarakat yang bertamadun, gemar berkongsi idea dengan niat ikhlas untuk meninggikan darjat bangsa dan negara di mata dunia. Perjuangan memartabatkan bangsa dan agama di mata dunia sebelum selesai.

Refleksi Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus pendek ini, saya telah

memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang bakal guru. Saya telah menghadapi beberapa masalah semasa melaksanakan tugas ini. Saya menghadapi kesulitan untuk memahami kehendak soalan. Pengucapan awam merupakan soalan tugasan yang agak umum dan skopnya agak luas. Walaubagaimana pun , saya berusaha mencari maklumat dari pelbagai aspek dan meminta tunjuk ajar daripada pensyarah dan kawan-kawan. Selain itu , saya juga menghadapi masalah dalam proses pengolahan data.Saya berusaha untuk mengolah data dalam bentuk yang ringkas. Sehubungan dengan itu , saya menyedari kepentingan pengucapan awam kepada kita .Melalui kerja kursus ini , saya memahami secara mendalam lagi mengenai jenis pengucapan awam dan cara penyampaiannya. Betapa perlu dan pentingnya pengucapan awam kepada individu kerana ia boleh melatih keyakinan diri seseorang. Pengucapan awam merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Seseorang yang mempunyai yakin diri yang tinggi mampu menyampaikan mesej atau ucapan dengan lebih berkesan. Segala tingkah laku dan penampilan diri serta persembahan seorang penyampai adalah menjadi tumpuan pendengar atau audiens.Selain daripada keyakinan diri, anggota badan dan intonasi juga memainkan peranan dalam penyampaian sesuatu ucapan. Saya juga mempelajari teknik kawalan suara dalam menekankan isi penting serta untuk menambahkan daya tarikan audiens. Aspek-aspek tersebut mampu mempengaruhi keseluruhan ucapan. Sementelahan itu, sebagai seorang bakal guru, saya juga perlu sentiasa mengemaskini diri saya dengan format terbaru tentang penulisan teks pengucapan awam. Saya mendapat pengetahuan tambahan tentang format penulisan teks pidato, ceramah, ucapan, syarahan dan taklimat. Setiap pengucapan awam mempunyai format- format tertentu. Sebagai seorang bakal

guru, saya patut menguasai kemahiran penulisan pengucapan awam dengan baik. Saya mempunyai tanggungjawab untuk menyalurkan segala ilmu pengetahuan yang saya tahu kepada murid saya dan ilmu pengetahuan tersebut mestilah tepat dan betul.Saya telah memperolehi banyak ilmu baru dan tidak ternilai melalui kerja kursus ini. Di akhir coretan refleksi ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan, sekiranya ada terdapat salah silap, kekurangan dan kelemahan dalam kerja kursus pendek ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan kerja kursus ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Maimunah Osman(2000), Pengucapan awam yang Berkesan,Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Samsudin Wahab(2005),Belajar Berucap, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai