Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROJEK / AKTIVITI

LAPORAN KENAMA

NUR ATIKAH BINTI YAHYA

PROGRAM

PISMP AMBILAN JANUARI 2011

TARIKH

23 APRIL 2013

TEMPAT

DATARAN SEKOLAH

PROJEK

PERHIMPUNAN RASMI

Setiap minggu pada hari Selasa, Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1 akan
mengadakan perhimpunan rasmi pagi di dataran sekolah. Di sini saya ingin membuat
laporan perhimpunan minggu terakhir kami di sekolah ini.
Seperti biasa perhimpunan akan dimulai dengan bacaan doa oleh pengawas
yang ditugaskan. Kemudian, murid-murid dan guru-guru akan menyanyikan tiga buah
lagu wajib yang mesti dinyanyikan semasa perhimpunan iaitu Lagu Negaraku, Lagu
Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah. Para murid dan guru menyanyikan lagu ini
dengan peuh semangat.
Kemudian, acara penyampaian hadiah oleh Guru Besar, Puan Hasenah Binti
Ibrahim kepada wakil sekolah dalam pertandingan Bola Tampar peringkat negeri yang
memenangi tempat ketiga dalam pertandingan itu. Pihak sekolah sangat berbangga
dengan pencapaian mereka.
Kemudian, guru yang bertugas akan menyampaikan ucapan dalam slot Bicara
Topik. Guru yang bertugas akan memilih satu topik dan berbicara mengenainya. Dalam
slot ini, guru yang bertugas, Encik Shabri telah berbicara mengenai kebersihan diri.
Murid-murid diingatkan supaya menjaga kebersihan supaya tidak mudah ditimpa
penyakit.
Akhir sekali, Guru Besar SKDK 1 akan berucap. Beliau mengingatkan pelajar
supaya sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan menjaga disiplin sebagai pelajar.

Pelajar juga dinasihati supaya tidak melakukan perkara yang memburukkan nama baik
sekolah. Selepas guru besar berucap, majlis perhimpunan ditamatkan dan murid-murid
bergerak masuk ke kelas masing-masing.
Minggu terakhir praktikum sangat menyedihkan kami. Kami terpaksa berpisah
dengan guru-guru dan murid-murid. Berat hati kami hendak meninggalkan sekolah ini.
Namun apakan daya, kami hanya sebulan di sini. Kami berharap warga SKDK 1 akan
sentiasa mengingati kami.
Berikut merupakan gambar semasa kami berada di dalm perhimpunan.

Anda mungkin juga menyukai